Tuesday, July 5, 2022

UJIAN NO 1 SELEPAS BERKAHWIN IALAH KEWANGAN

0 comments
Bila letak tajuk ni mungkin ramai yang tak setuju, dan tak kurang juga yang setuju.
Hari ni kita dikejutkan dengan berita yg suami kelar isteri & bayi yang baru lahir, kemudian bawa motor dalam keadaan tanpa pakaian. Mengucap panjang Cik Eda.

Ya, bila kita tengok berita ni, istighfar banyak2, doa moga Allah lapangkan dada & hati kita supaya tidak terikut dengan hasutan syaitan. Katanya juga persiapan untuk bersanding tak lama lagi sudah siap. Allahuakbar.

Semalam Cik Eda sempat berbual dengan staff, perkara paling penting bila dah berkeluarga adalah tentang pengurusan. Pengurusan masa dan juga pengurusan kewangan. Sebab apa, bila kita tak mampu nak uruskan kedua duanya, maka akan ada kepincangan dalam kehidupan berkeluarga. Malah, bilamana seorang anak dilahirkan, maka bertambah komitmen kewangan dalam keluarga, sebab tu pengurusan kewangan juga penting.

Selalu kita dengar orang cakap, "aku tak de barang mewah pun takpe, janji makan minum pakai anak2 aku terjaga aku dah ok". Benda ni Cik Eda tak nafikan, sebab kami suami isteri pun ada ucap ayat ni. Bagi kami, keperluan anak2 jadi keutamaan. Cik Eda akui ibu bapa diluar sana pun setuju dengan ayat ni kan. Sebab tu kita boleh lihat ada suami sanggup buat 2-3 jenis kerja semata mata nak cari duit untuk tampung perbelanjaan keluarga. Kalau takde duit, macam mana nak bagi anak bini makan? Isteri turut sama bekerja untuk bantu ekonomi keluarga, sanggup buat bisnes untuk dapat pendapatan sampingan. 

Bila suami/isteri dah buat banyak kerja dalam satu masa, timbullah pula isu pengurusan masa. Dekat sini, pengurusan masa memang sangat2 penting. Ini kerana, bila dah buat banyak kerja dalam satu2 masa, masa untuk bersama dengan keluarga semakin berkurang. Jadi, suami & isteri perlu bijak untuk seimbangkan masa bersama keluarga & anak2 supaya hubungan kekeluargaan tu sentiasa utuh & juga harmoni. So, kedua dua ni amat berkait rapat. Bila kewangan tak stabil, bermacam macam maslah kita boleh dengar. Tambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil dengan kadar inflasi semakin meningkat.

Kuatkan iman di dada. Bila stress je pergi ambik wudhuk, baca al-quran atau apa saja yang boleh menenangkan hati. Jangan sampai terbawa bawa dalam emosi kelak diri sendiri yang merana. 

Moga dalam rahmat Allah S.W.T. semuanya.


Lots of love,
Cik Eda 💗

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template