Showing posts with label Kusut. Show all posts
Showing posts with label Kusut. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

~Entah la..terasa seperti putus asa~

7 comments
Assalamualaikum semua..


Sejak akhir2 ni saya asyik mendengar berita tentang kematian saja..entah bila pulak giliran saya dijemput olehNYA..dosa2 yang ada entah diampunkan entah tidak..hanya DIA yang tahu..

Hari ni juga saya rasa penat sangat..penat nak berdepan dengan perkara2 lama yang datang kembali..penat nak menurut apa yang perlu dilakukan..penat yang amat..

Kadang2 terasa seperti dah putus asa nak berdepan dengan hidup..banyak sangat dugaan yang datang..tak habis2..hati ni pun entah la..dah tak dapat bertahan..

Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambaMU ini..Sesungguhnya aku tidaklah sekuat yang disangkakan..berdepan dengan kehidupan yang penuh pancaroba ini..membuatkan aku jadi lemah..lemah segala2 nya..

Saturday, March 19, 2011

~Kalau boleh saya tak nak pon~

12 comments
Assalamualaikum semua..=)

Senyum..senyum..senyum...senyum walaupun pahit..

Ermm..camne nak mula ek..saya pon tak tau nak mula macam mana entry kali ni..

Apa yang saya tau ialah saya nak cakap yang kalau boleh saya tak nak pun libatkan sesiapa dalam masalah yang saya hadapi..saya tak suka nak menyusahkan orang lain..apa yang berlaku dah pun berlaku..

Kalau la masa boleh diputar kembali..akan saya ubah semuanya..agar yang tak betul jadi betul..yang keruh jadi jernih..agar tiada rasa tidak puas hati dalam diri masing2..agar tiada rasa terhutang budi yang tersimpan..agar semuanya normal dan tiada ungkit mengungkit di kemudian hari..

Maaf andai saya menyusahkan kalian..hanya itu yang mampu saya ucapkan..terima kasih kerana masih menjadi sahabat saya..

Wednesday, January 19, 2011

~She's always there when i need someone~

2 comments
tSalam semua..

Selamat petang...sekarang tgh chat dengan senior UM...she's quite close to me actually..=)

Whenever i need someone to be at my side, she's always there for me...macam nujum pak belalang pun yea...tak perlu bagitau tiba2 je boleh baca isi hati...the sad things, the happines things...

Well, thanks a lot Kak Ain...dia tak ada blog...mungkin juga tak baca blog saya..tapi saya tujukan entry ni khas untuk dia..

Saya tau, saya bukanlah sekuat yang disangkakan.. i have to admit that..

Dear sun,

Please rise again...so that i can see your very beautiful shining everyday....=)

Friday, January 14, 2011

~Ya Allah..Dugaan apakah ini~

11 comments

Hujan di luar
seolah-olah mengerti
perasaan kusut yang dihadapi...

Ya Allah..
Jika inilah balasan yang akan aku terima
atas dosa-dosa yang pernah ku lakukan
aku redha dengan izin-MU
Sesungguhnya KAU Maha Berkuasa
atas segala yang telah ditentukan..amin..

Thursday, January 13, 2011

~Sekarang saya mau pitam!!~

0 comments
Salam semua...

Bad news for the beginning of new year...2011..

Guys, please pray for the sake of my fren and myself life...hope everything will goes well and no any new things come up during the session...

Ya Allah...aku serahkan segala2 nya padaMU...moga dipermudahkan segala urusan yang mendatang dan semoga semuanya berlaku dalam keadaan yang aman dan tenang..amin..

Sunday, December 12, 2010

~Andai ku punya teman untuk berbicara~

2 comments
Andai ku punya teman
untuk berbicara saat ini
akan ku kongsi segalanya
yang membeban fikiran
yang menyesakkan perasaan
yang melemahkan kudrat

Andai ku punya teman tika ini
ingin ku peluk erat dirinya
meluahkan rasa terseksa
kekesalan yang marajai hati
yang menghantui minda
yang menghantui kehidupan

Namun, aku tidak punya teman
untuk berbicara saat ini
untuk berkongsi apa yang ku rasa
perasaan ini ku pendam
di lubuk hati yang paling dalam
tersisip kemas di kotak hati


Monday, December 6, 2010

~Kecelaruan fikiran tahap sepuloh juta~

2 comments
Tak suka....................................................

Tak boleh fokusssssssssssssssss.............

Petang ni ada meetingggggggggggggggggg..................tak suka meeting walaupun ada orang yang suka meetinggggg...

Kete dah nak kena servisss...tapi bolum boooooookkkk...tak servis boleh tak?..haih...duit lagi di situ..

Peningggg....ngadap borang2 yang entah brape version pon tak tau laaaaaaa.....25 jenis borang tuuuu....mana tak pening......

LAB?....lama sudah tak masukkkkkk...duk baik2 yea...byk dah pending work kat situuuu..

Arghhhh...nape dorang ni tak nak cari orang tuk replace post yg kosong!!..mencik!!!!!!!!!!

Friday, December 3, 2010

~Pagi ku yang CERIA bertukar MENDUNG~

3 comments
Assalamualaikum semua...selamat pagi..

Hari ni keluar awal...entah ada instinct pe ntah nak kuar awal gi keje pagi2 ni..
sangat syok tahap satuperpuluhandua juta...ahaha..=P..sebab tak banyak kancil2..kelisa2..wira thewarrior..waja2..angsa2..dan macam2 lagi yang gabak2 lagi besarnya..jalan smooth macam slurpy..eh, dah lama tak makan slurpy...tau x slurpy tu ape?..korang p 7e, pastu korang p tanya cashier die slurpy tu apa...hehe

Sampai je tol Kajang, tgh duk tggu abg tol bagi tiket (sbb dah lama tak top up t&g kena la guna tket)..skali abg tol tu tegur..

"Eh, doraemon la".

Ha?...mula la tersengih2 macam kerang wangi kat abg tol....ahahaha...pastu tergelak sorang2...baru teringat penlapik tengkuk ai adalah cartoon doraemon..hihi..itew mak ai yang kasi tao..kalau doraemon ada, bolehh ai minta kembali pada zaman kecit2 dulu..hehe

Sehinggalah tiba berhampiran exit ke Bangi betul2 depan Denso, berlaku satu kemalangan melibatkan motosikal dan kereta...sapa2 yg dengar hotfm pagi ni mesti tau kan berita ni..

Sangat ngeri ok...kejadian mungkin berlaku selang 1-2 minit sebelum me tiba di tempat kejadian sebab kesesakan baru ~50 meter jer..

Mangsa dua2 masih terbaring di jalan raya lorong tengah...ouucchhh...sakittnyeee...

Seorang mangsa tangan terkapai dengan kaki bersilang mungkin patah barangkali...dan calar2 di badan adalah sangat banyak...aduh!!..

Seorang lagi mangsa diam seribu bahasa dengan muka pucat lesi mcam dah takde darah mengalir kat muka dalam kedudukan mengiring...mungkin sedang menahan kesakitan yang maha hebat...

Dup dap dup dap..jantung mula mengepam darah dengan laju..seiring dengan halaju kereta..~80km/j.. Dah tak boleh nak bawa laju..sebab lutut dah terketar2..pastu rasa macam nak pitam sebab tengok darah..

Motosikal tu memang hancur remuk...kereta tu pecah lampu belakang sebelah kanan... Sapa yang salah pun tak pasti..mungkin moto tu yg langgar belakang kereta atau mungkin kereta tu nak ubah lorong tapi tak perasan ada moto...

Kemudian, nampak la ambulans dari arah selatan..tetiba je dalam hati cakap..

"Cepat la...dorang dah sakit sangat tu sampai pucat lesi"..

Eh, macam driver ambulans tu dengar ek..pastu mula la mata ni bergenang...pastu teringat la falsafah kematian yang ditulis oleh Bayyinat..nak tau lebih lanut sila la baca...tetiba je sensitip..takoooott!..

Teringat peristiwa hampir setahun yang lepas.....ermmmm....tapi, waktu tu setitik air mata pon tak menitik sewaktu kejadian...mungkin terlalu takooottt...mungkin terlalu tertekan...mungkin stresss...eh, sm lak maksud ek..macam2 duk pk..pasal kete..pasal mangsa yang terbaring..keesokannya barulah empangan mula pecah...arggghh!!!...tak mo igttt!!!1..

Mari sama2 tenangkan fkiran!!

Saturday, November 27, 2010

~Saya takut, saya belum bersedia~

0 comments
Saya diam sebab saya tertekan,
Minda saya tak dapat henti dari memikirkan kamu,
Saya hidup dalam dunia saya sendiri,

Dulu, saya selalu mengadu dengan kamu,
Tapi kini, saya tak tahu nak mengadu kat sape,
Kalau saya mengadu kat kamu pun,
bukan saya dapat ubah keputusan kamu,
Saya tak layak untuk kamu malah untuk sesiapa pun,
Ini pengajaran yang paling besar saya dapat,
Kini, hanya pada DIA tempat saya mengadu.

Saya tak pasti hidup saya akan ceria seperti dulu atau sebaliknya,
Saya tahu kamu susah hati bila saya tak tegur kamu,
Atau, mungkin kamu berasa senang hati
sebab saya tidak lagi membebankan kamu,
Masing-masing pun ego untuk bertindak,
Memang saya tertekan dengan apa yang berlaku,
Bila di ofis, sebolehnya saya akan membizikan diri dengan kerja,
Tapi, saya tak suka bila memandu..tambah pula bila jarak perjalanan adalah jauh,
Mula lah saya fikir pasal kamu, pasal apa yang dah jadi,
Tak guna bila kini baru saya sedar,
Saya sepatutnya sedar dari awal,
Cuma saya sedikit terkilan bila kamu sedikit pun tidak mengingatkan saya tentang hal ini.

Saya gagal dalam mempertahankan IMAN di hati saya,
Saya lalai dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati,
Adakah taubat saya akan diterima oleh-NYA?
Saya tak layak untuk ke syurga-NYA, tapi saya tak sanggup ke neraka-NYA,
Bila memikirkan pasal akhirat, saya jadi gentar,
Mata saya tak berhenti dari mengalirkan manik-manik jernih,
Entah diterima entah tidak segala ibadat yang saya kerjakan selama ini,
Adakah ianya sia-sia belaka,
Puasa saya, solat saya, adakah semua itu sempurna?
Pasti ada yang tidak sempurna,

Saya takut,
Kalau ajal saya semakin dekat?
Sempat kah saya memohon maaf dengan mak ayah saya?
dengan adik beradik saya? dengan saudara mara saya?
dengan sahabat2 saya?
sempatkah saya bertaubat?

Saya takut,
Saya belum cukup bersedia,
Amalan saya tidak cukup untuk malayakkan saya ke Syurga-MU..
Dosa saya terlalu banyak untuk diampuni..
Tapi saya tahu, Allah itu Maha Pengampun.
Selagi pintu taubat terbuka,
selagi itu la taubat kita akan diterima...mudah-mudahan..Insya-Allah..

Sunday, November 21, 2010

~Cuti panjang: bermanja dengan mak~

2 comments
TErasa malas mau update...tapi blog ni memanggil2 untuk update..

Cuti raya aidiladha adalah sangat panjang...terasa malas mau p keje esok hari..

Petang raya kedua,

Me dan mak di sofa, ayah di meja makan menikmati minum petang, adik sebuk denagn my pinky..Tetiba me rebahkan kepala ke riba mak sambil berkata...

"Mak, nak brenti keje la....kete tu jual je la, pastu nak duk umah je tak mau buat ape2, boleh tak?"

'EH, nape pulak ni..orang lain punya la payah nak dapat keje, ni senang2 je nak brenti keje'

Ayah sekadar menjadi pemerhati, me diam saja lepas tu sambil memejamkan mata..



Sabtu pagi, ke pasar pagi di Kuala Berang,

Mak beli nasi kerabu sebab keluar tadi mak tak sempat nak sarapan, me ngan ayah dan mkn kat rumah..

Mak membuka bungkusan nasi kerabu lalu memakannya di dalam kereta..aktiviti ini tidak dapat dilakukan sekiranya adik laki ikut skali...jangan harap la dia nak bagi kitorang makan dalam kete..huhu

Me kat blakang, mak tanya: 'nak tak?'

'Tak nak la, tengah makan kopok ni'..

Sudah makan kopok, me jenguk ke depan, 'Mak, de lagi ke nasi kerabu?' sambil tengok kat tangan mak..

"Ada lagi ni, mak saja makan lambat2 kut2 la ada yang terliur"..=)

Me: 'Mak, nak skit nasi tu, cam sedap je'

Mak hulur bungkusan nasi kerabu.

Me: 'Ala mak, suap la..tak nak la kotorkan tangan'

Lantas mak menyuapkan me makan nasi kerabu...syokkkk...dah lama tak merasa makan mak suap...pastu mak suap lagi...dah 2 suap...suap kali ke-3..me pun cakap kat mak,

'Cukup la tu mak, 3 suap tu ok dah tu..kenyang pun'..=)

Mak: "Eh, ni ada lagi 1 suap ni, meh mak suapkan yang last ni".....


Sabtu malam sebelum naik bas,

Dalam kete mata kiri me asyik bergerak2, me pun tanya la mak,

"Mak, kalau mata kiri bergerak2 tandanya ape ye?"

Mak jawab, 'Kalau mata kiri bergerak2 nak menangis la tu, kalau mata kanan yang bergerak2 ada orang jauh nak jumpa kita, kenapa?'

"Takde, dari tadi mata kiri ni asyik bergerak2 je".......

Dalam hati, mungkin nak menangis kot ni......sekadar andaian...

Sebelum naik bas, salam ngan peluk cium mak, rasa xmo tinggal pon ada...

Thursday, November 18, 2010

~Pada ketika-ketikanya~

0 comments
Pada ketika-ketikanya,
kita adalah pengembara,
yang sering mengangankan hari-hari
tanpa resah,
ataupun duka
hidup seakan sebuah tasik tenang
indah dalam kedamaiannya
atau sebuah padang hijau terhampar
dan deretan pohon-pohon di kejauhan
lalu kita pun merasa bahagia

Dan pada ketika-ketika yang lain
kita menjadi kekasih yg begitu perasa
sepi oleh rindu yg menekan dada
pedih rasa di setiap senja turun perlahan
bahawa mimpi yg sekian lama kita bina
sampai di saat ini
masih samar semuanya di ruang mata

Demikianlah kita
dalam debar menanti
hari-hari datang
dengan warna-warna
yang lebih bermakna
tetap membangunkan harap dan cita
meskipun dalam rasa sedih dan terdaya...

Karya: Dr Lim Swee Tin

Wednesday, November 10, 2010

~Naluri~

0 comments
Naluri itu kurniaan dari-NYA..
Naluri itu sentiasa ada..
Ada dekat..
Hanya memerlukan kepercayaan..

Naluri itu membuatkn rasa tidak enak..
Berada dalam keadaan gusar..
Tidak aman & tenteram..
Dan kegelisahan...

Menafikan bermakna tidak mahu percaya..
Namun, pengalaman lepas
menjadikan rasa itu semakin kuat untuk mempercayai..
Mungkin akan ada musibah yang akan berlaku..
Entah..

Sukar sekali ingin membuang..
Naluri yang kerap datang..
tanpa diundang..

Bukan itu yang ku mahu..
Hanya keredhaan dari-MU yang ku pinta..

Saturday, November 6, 2010

~Refuse~

2 comments
Refuse?..
Fuse?..
Re?..
Bergabung! ===> REFUSE!

Mengarut je mukadimah...
Tapi betul jugak bila gabung ( re + fuse = refuse )..Heehe..

Kenape refuse ek?..tade benda lain ke?..
Memang takde sbb tu je yang ada..

Sejak kebelakangan ni..asyik belakang je..
Bila nak kedepan nih...huhu..

Ok, balik pada tajuk entry ni..kenapa refuse?..me pun taktau..

Sebabnya?....kan dah cakap tak tau tadi...ish.

Contoh2 nya:

I'm hungry but i refuse to eat ----> mungkin sebab ni sudah ramai yang tegur me semakin kurus..mungkin betul sebab jeans yang feveret pun dah semakin longgar...

I'm stuck in traffic jam, but i refuse to move out ---> dah nama pun traffic jam, mana de jalan nak kuar, mengong!..

I know what is wrong and what is the right things, but i refuse to fix it ----> ini degil namanya, orang dah bagi nasihat tp still tak mo dengar...

I know that i'm getting older, but i refuse to grow up ---> ok, ini pun tak sedar diri nama nya..muahaha...actually, ni salah satu blog yang me follow..silalah klik utk blogwalking ye...jgn marah yea tuan punya blog..entry ini tiada kaitan dengan kamu pun...=)

I'm tired but i refuse to get rest ---> ingat hang tu iron woman ke?

I used to believe my friends but now i refuse to believe anyone surround me ---> kenapa ek?..sebab tak ramai yang menghargainya..

I used to share my problem with my so called friend but now i refuse to share it --->lama2 akan jadi macam Gunung Merapi kat Yogjakarta, need to explode before it become worse...

I used to be ignorant but now i refuse to be ignorant ---> i'm just ordinary person without any x-factor that can make me being superior to anythings happened.

I used to cry when bad things happened but now i refuse to cry ---> no more heart feeling maybe..hoho..

I used to be talkative but now i refuse and just be silent ---> why?..i don't even know..independent maybe..but this is not good for my healthy..ada kaitan ke dgn kesihatan?..=D


Ok, tu antara perkara2 yang berlaku dalam diri me..refuse with so many things...not good right?..please do not follow those refuse things in your daily life...pesanan dari penaja..=)

Semoga kalian semua tidak keliru dengan apa jua situasi..

Adios

Tuesday, June 8, 2010

~Hilang fokus~

0 comments
Enjin kereta myvi me hidupkan..jam menunjukkan pkul 5.10pm..ke mana nk dituju ye..hati berkata belum mahu pulang ke rumah..lantas gear di gerakkan ke tanda R..meninjau keadaan sekeliling utk memastikan tiada kereta yg akan muncul..segera menekan pula pedal minyak..lantas menukar pula gear ke tanda D..otak belum menghasilkan keputusan..di hujung simpang ringan saja jari menarik signal ke kanan..kaki pula terus saja menekan pedal minyak setelah tiada kereta yg menghalang laluan lagi..kereta dipandu dengan santai tanpa tahu ke mana nak dituju..apabila menghampiri simpang tiga, dengan tiba2 sebuah hilux memintas..tergamam..lantas menaikkan lampu..adeh..seb bek x laju..klau x..mm..terlalu hampir jarak kami..meneruskan perjalanan lagi..

Mahu meringankan kepala yg sarat dengan pelbagai benda yg menyerabutkan..lantas me halakan kereta ke jusco...ye..di situ..mungkin dapat sedikit ketenangan..setelah memakir kereta di tempat berbumbung (hujan renyai2 waktu itu)..kaki terus melangkah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling..tiba2 tersedar..apa nk buat kat sini ni..haih..ntah kenapa semua yg dipandang seolah2 tiada yg hidup..huhu..hantukah?..mengarut saje..

Terus melangkah sehingga ke hujung eskalator sehinggakan seorg hamba Allah ni igt me ikut dia barangkali..sekali sekala die menoleh..'maafkan saya ye,mgkn laluan kita sama tp sy bkn mahu ikut kamu'..b'kata-kata dalam hati..

Ya, di situ..terus melangkah...memasuki sebuah kedai buku yg x asing lagi dlm hidup me selama menetap di seremban ni..MPH..me capai sebuah bku yg me kira inilah yg di cari..me belek2 isi nya..mm..kandungan nya x seperti tajuk yg d paparkan..belum dpt menambat hati utk membaca..me capai lagi bku yg lain..bku nye menarik dan agak bagus utk pengisian rohani..tp, cari2 edisi pertmanya tidak me temui..lantas me letakkan blk..mencari lagi..tp ntah ape yg di cari pn me x tau..

dari satu rak ke satu rak..pandangan tertumpu pada deretan buku2 yg tersusun rapi..semuanya nampak biasa saja..me pandang lagi..pandang lagi deretan buku2 itu..ntah apa yg dipandang pun xtau la..aduh..tersedar..ape yg nk dicari nih..fokus semakin hilang..me capai sebuah novel..bc sinopsis nye...baca..baca..dan baca...aduh..ape yg di baca pun xtau la..me letakkan balik..beralih pula pada rak yg memaparkan buku2 yg laris dijual..pandang twilight, pandang newmoon, eclipse..argghh..semuanya x menarik di pandangan..ape lagi ni..menongkat dagu atas susunan buku2 yg disusun meninggi..mm..pandang lagi bahagian novel2..agak lama pandangan jatuh ke deretan novel2 yg ada...selalunya cepat je buat keputusan..tp kali ni ntah kenapa setiap pandangan terasa kosong..kosong sekosong kosongnya...umpama tin kosong yg tergolek2 tanpa arah tuju..ditendang ke sana..ke sana la melayang..di tendang ke sini..ke sini la melayang..haih..

akhirnya...tanpa berfikir panjang terus ambik novel yg telah lama diterbitkan..ADAM (Ramli Awg Mursyid) dan sebuah novel br...ape yg menarik pun xtau la..belum mahu mula pengembaraan untuk membca dua2 novel tu..

Hari ni..pagi2 lagi dh hilang fokus....ke tempat kje pon terlewat drp biasa..enjin kete dihidupkan baru perasan masih ada brg yg ketinggalan dirumah..x pasal2 exercise pagi2 turun nek tgga..huhu..

i hate this feeling..

Tuesday, June 1, 2010

~Pergilah~

2 comments
Kubulatkan hati...
Akan kukuburkan buat selama2 nya..
Biar tiada lagi yg tersisa..
Yang bisa merobek hati kecilku..
Hingga x mampu untuk berkata-kata..

Pergilah..
Biar jauh dr pandangan..
Agar suasana sesak tidak bertambah sesak..
Kelak akan teresak..
Yang ada hanya sisa2 tangisan..
Yang akan reda..
Tatkala dibawa angin lalu..

Tuesday, May 25, 2010

~Tatkala mata masih belum mahu tido~

0 comments
"Manisnya pershabatan kerana manisnya IMAN.
Diikat kuat bukan kerana aliran darah, tetapi dipateri kerana Allah.
Bersabar dengan kerenah insan dan menegur dengan kasih sayang,
kerana enggan terpisah di hari pembalasan".

Waktu di laptop me menunjukkan jam 12.20am..tatkala ini ramai yg sedang lena diulit mimpi indah, ngeri dsb...me?..br saje membuka laptop sbb mata x mau nk lelap..sudah agak lama x menjenguk blog2 org lain (dekat seminggu bleh dikira lama ke..hehe)..

Hai la mata...kenapa x mau lelap ni...esok kje lak tu..mata yang dh hampir tertutup segar kembali..akhirnya me sndr pon xtau kul bape br leh lelap ni..mungkin terlalu memikirkan sesuatu yg belum pasti ada penghujungnya...ya..x dpt dinafikan lagi..teringat pulak waktu zaman belajar dulu..waktu tdo x menentu..selesa saja w/pn tdo x mencukupi..

Lampu bilik sengaja me biarkan tertutup...w/pn agak merangkak2 utk mengetuk papan kekunci laptop ni dalam keadaan gelap..dengan bantuan mata tambahan (spek la) dan dengan kemahiran menaip yg telah lama ada memudahkan setiap pergerakan jari di papan ini..

X tau nk tulis ape dalam entry ni..tp sesuatu yg berkisar mengenai persahabatan..

"A friend is someone you can be alone with and have nothing to do
and not be able to think of anything to say
and be comfortable in a silence "- Sheryl Condie

Terjumpa satu blog ni..penulisnya seorg student lg..dan me pn br je follow blog die nie..ape yg menariknya, byk input2 yg di kongsi..dan lagaknya juga seperti seorang kaunselor..

Me tertarik dengan entry Kisah Bunga & Rama-rama..kadang2 kita x pernah bersyukur dengan ape yang ada..tanpa kita tau ade nikmat yg diberikan olehNYA pada kita...sehinggalah musibah dtg..

Kadang2 kita x mengharapkan sebuah pertemuan..kita juga x mengharapkan pertemuan itu berakhir dengan perpisahan..perpisahan sudah pasti amat manyakitkan..kita mahu biarlah sebuah pertemuan itu berterusan hingga akhir hayat..(maksudnya perpisahan lps hayat dh xde la..;-))..tetapi semua tu hanya boleh dirancang..DIA juga yang menentukan segala-galanya..

rasanya kita terpaksa berpisah disini sbb mata me dh mengantuk...mulut pun dh byk kali menguap...insyaAllah klau de ms me akan sambung lagi entry ni....

pergilah mimpi ngeri...semoga mimpi yang indah2 saja malam ni...

"Orang mukmin samada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T.,
samada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T. tanpa dia membawa dosa sedikitpun"..

Thursday, May 6, 2010

~Di kala itu~

0 comments
Di kala itu..

Hatiku cukup girang..

Di kala itu..

Hatiku cukup resah..

Dikala itu..

Hatiku dirundung sedih..

Di kala itu..

Hatiku cukup terharu..

Hatiku mengatakan sesuatu..

Di kala itu..

Aku ternampak sesuatu..

Segalanya cukup sempurna di mataku..

Aku terbuai dengan keindahan yg diciptaNYA..

Di kala itu juga..

Aku berfikir..berfikir..dan terus berfikir...

Thursday, April 1, 2010

~Mood x bagus~

0 comments
Ntah kenapa hari ni me rasa serba x kena..
Pagi2 lagi dh ada org spoil kan mood..
Itu xpe la..not a big deal pn..
Tp skang rs x best sgt2..

Semua rs pn ada..
Bila rs mcm ni mula la rs nk blk kg...sgt rindu kt mak ayah n adik..='(
Tension kje??...
Mungkin ada skit la..
Tp hari ni mmg x best langsung..

Wednesday, March 3, 2010

~~~keciknye ht ku~~~

0 comments
kecik hati...

kecik hati...

kecik hati...

hati ku kecik...

terasanya...

terasanya...

aaah..die x peduli ponn..

xyah la kecik ht lg...huhu..=(

Saturday, February 6, 2010

ntah..

0 comments
ntah..
keliru..
tak pasti..
betul ke tak ni?..
susah hati..
klau x betul mcm mn?
haih..

Ya Allah, semoga aku sentiasa berada dibawah lindungan-Mu..

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template