Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Jom ambik ilmu kesihatan skit

0 comments
Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul semua..

Ok, baru2 ni saya ada buat check up skit dengan doktor & tekanan darah tu cam ala2 naik skit la...mungkin stress tempat kerja, tu yang naik tu...and then, last week kena pulak gastric setelah beberapa tahun tak kena..last kena seingat saya la waktu zaman blaja dulu2...lama dah tu..disebabkan 2 perkara ini saya ambil inisiatif untuk betul2 jaga kesihatan...then baru teringat hari tu (eh, macam tahun lepas je...hehe) ada beli buku "Bruce Miller's Better Health Series"...versi bahasa melayu punya...tajuk je english..yang ni siri untuk Tekanan Darah Tinggi...so, untuk ringkaskan macam mana kita nak tentukan samada kita ni dah terkena penyakit ni atau belum kat bawah ni saya letak jadual...jadi korang nilai la sendiri yea...=)

KATEGORI SISTOLIK/ DIASTOLIK PENGESYORAN
NORMAL Kurang daripada 130/85 Periksa semula dalam masa 2 tahun.



NORMAL TINGGI 130-139/85-89 Periksa semula dalam masa 1 tahun; mulakan perubahan gaya hidup.



HIPERTENSI PERINGKAT 1 140-159/90-99 Sahkan dalam masa 2 bulan; mulakan perubahan dalam gaya hidup.



PERINGKAT 2 160-179/100-109 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa sebulan.



PERINGKAT 3 180-209/110-119 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa seminggu.



PERINGKAT 4 210/120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera.

*Sistolik = tekanan yang dijanakan apabila otot jantung mengecut dan memaksa darah mengalir menerusi ateri.
Diastolik = tekanan yang ada pada arteri ketika jantung sedang mengisi dan bersiap sedia untuk berdegup semula.

Apabila jantung mengepam, tekanan dalam arteri itulah tekanan darah kita. So, sama2 la kita nilai sendiri kita pada tahap yang mana ye..

Thursday, September 29, 2011

~Sekarang tak perlu lagi beli sayur & buah-buah organik..hehe~

3 comments
Assalamualaikum semua..

Best2...hari tu ada gi umah membe..duk sibuk2 kat dapur umah dia ternampak la benda alah ni...ingatkan periuk ke apa ke..skali dia cakap ni la detoxifier..



Antara ayat yang paling saya suka dengar :

"Kalu ko tak nak (malas la tu..hehe) cuci sayur2 tu guna air paip..ko guna je benda ni..dh ada setting dah untuk sayur ke buah ke, beras ke, daging ke..botol susu anak ko pun boleh"..

"Oit, aku mana ada anak lagi la wei"

"Haha..aku tau la, maksud aku esok2 bila ko dah ada anak la..hehe"

Pastu dia pun gi ambik buah anggur terus dia msukkan air dalam bekas ni dan tekan setting utk buah-buahan..pastu sambil2 tunggu lebih kurang 8 minit tu, kami borak lagi..saya lebih teruja untuk lihat hasilnya sebenarnya dari apa yang dia cakap...ahahaha..;P

"Skarang ni, ko dah tak payah susah2 nak beli sayur @ buah organik kat pasaraya tu..ko pakai je benda ni untuk remove toxic2 ke pesticide yg dorang guna tu..botol susu anak aku pun aku rendam je dalam ni..ala2 sterile mcm kat klinik gitu"

Dan hasilnya......alamak, tak snap picture la pulak..dan memang sedap rasa anggur yang dah di detox guna biosafe ni compare to anggur yang basuh biasa je..nama pun detoxifier kan..mesti la semua toxin pun boleh dibuang..dia cakap hampir 99% bahan kimia yang ada dalam buah boleh disingkirkan..best kan..sekali beli je boleh guna untuk buah2 yang bukan organic jadi organic..saya mmg suka kalau bab2 organik nih..


Ni saya copy skit information pasal benda alah ni untuk korang baca yea..korang semua bijak pandai kan bahasa english..kalau tak paham, copy paste kat google translation yea..hehe

Pesticides presence in our essential food chain like vegetable and fruits are a common thing we have to deal with. Even organic vegetables produce are not spare totally. The quality of the organic food as claimed by many organic food producer cannot be verify and ascertain. There are instance of organic vegetable farmers growing in a land surrounded by other non organic producer hence getting pesticides toxification from contaminated surrounding water source. Even though the farmer does not uses pesticide and chemical fertilisers, the corps still getting it from its surrounding environment.

Preservative are found in abundance in imported fruits. Why would that be the case? A ripe fruit would have rot within a few day without preservatives, it would have rot even before it gets a custom clearance during shipment. It has always been the case that we encourage our children to consume more fruits but what happen to the preservative? Would just soaking it in water be sufficient?

Washing with water and soaking it for a period of time would have been the case until recent innovative product with advance technology that has made break through in truly eliminating harmful chemical from our foods. Introducing the latest cutting edge technology in food cleansing technology – BioSafe Plasma Detoxifier.

What is BioSafe Plasma

BioSafe plasma detoxifier is a specially designed cleansing equipment use to cleanse common household essential like Vegetable, Fruits, Baby Utensils, Baby cloths and etc. Its main function is to kill off harmful bacteria and neutralises toxic commonly found in food in the form of pesticides.

How BioSafe Plasma Work

BioSafe Plasma Detoxifier uses an advance patented technology from Korea. BioSafe generates Hydroxyl Radical ion (OH-) to perform an active reaction with many Volatile Organic Compounds (VOC) tying away one Hydrogen (H+) ion from VOC. As a results from these reaction, toxic will be neutralised and bacteria killed.

Clinical and labratory tests have proven using of Hydroxyl radical is safe for housewhole usage because radical ion (OH-) produced in the cleansing process has a very short life span that is about 10-9 of a second and would not pose health hazard.

Features of BioSafe

BioSafe comes with a specially made detachable container that you can remove, wash and dry separately after used. This is to ensure the electrical part of the system does not get wet during wash thus reducing the risk of rust that can cause short circuit to its electrical component.

Its water container is able to fill up to 5 liters of water enough to comfortably clean food for the whole family.

It has a specially design holder which can be use to submerge floating fruits and baby feeding bottle to ensure maximum cleansing for floating items.

Its has four plasma generator to allow generate and evenly distribution of Hydroxyl Radical in its container during operation. All radicals produce will vaporise.

As compare to some older food cleansing technology, BioSafe does not emit odour or sound in operation. It does not required periodical routine parts replacement or servicing giving you cost saving in long run.


Tuesday, September 6, 2011

~Cerita yang memang dicari~

2 comments
Assalamualaikum..

Akhirnya, cerita yang saya cari berkenaan dengan kejadian yang berlaku di Somalia tu dapat juga saya temui..macam tak puas baca kat newspaper..klik je atas tajuk kat bawah ni ye..


kemudian, muncul pula satu lagi artikel tentang analisa yang dibuat dari blog Military of Malaysia
(pendapat peribadi penulis serta rakan-rakannya)


Apa-apa pun yang ditulis, dari awal lagi saya dah ikuti perkembangannya dari blog papagomo yang ikut serta dalam misi tu..dia lagi tahu keadaan sebenar di sana..tapi agak terkilan jugak bila isu ni di politikkan oleh sesetengah pihak dan banyak tuduh menuduh yangg berlaku..

p/s: syukur hidup dibumi Malaysia yang aman dan damai..moga keadaan ini berkekalan hendaknya..Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul...


~Jangan bermain dengan acid, ianya sangat bahaya~

4 comments
Assalamualaikum semua..

Hari ni hari yang agak bizi agaknya..tapi tetap jenguk blog juga..hehe
Kenapa tajuk entry ni macam ni ek..bukanlah nak bagitau ada mangsa simbah acid yang terbaru..cuma, nak bagitahu kesan yang akan diterima je bila terdedah kepada acid..terutamanya acid pekat (concentrated acid dimana kepekatannya melebihi 65%)..

Hazard: Toxic


Hazard: Corrosive


Hazard: hazardous in the environment
Mari sini rapat-rapat kita belajar kimia hari ni..saya sebenarnya dah terdedah dengan bahan-bahan kimia ni secara langsung sejak di universiti lagi..iaitu tahun 2003 hingga lah sekarang ni..cuba bayanagkan berapa banyak toxic yang ada dalam badan saya ni..ermm..mesti tak terkira kan..pagi ni tergerak hati saya untuk tengok balik MSDS (material safety data sheet untuk concentrated acid) yang mana menerangkan secara terperinci ciri-ciri dan cara-cara pengendalian untuk apa sahaja bahan kimia..

Kenapa nak semak MSDS sedangkan kerja pun memang hari-hari mengadap bahan kimia..kadang2 kita manusia biasa ni bukanlah sempurna 100%..ada sesetengah perkara kita kena refresh balik..bila terlibat dalam bidang ni, selalu terfikir penyakit2 kronik yang berbahaya..sebabnya ada satu hari tu, saya langsung mengabaikan ciri keselamatan yang sepatutnya saya ambil masa mengendalikan concentrated hydrochloric acid (fuming acid)..tanpa mengenakan pakaian yang sesuai, hanya menggunakan glove & facemask je...dengan tak pakai goggle & labcoat..dan secara tak langsung, saya juga telah membahayakan keselamatan staf lain..huhu..

Kita tengok acid tu warna dia jernih..tapi warna jernih tu sebenarnya sangat berbisa..bila ada je mangsa simbahan acid yang kena acid ni, memang mengucap panjang la saya..sakit tertitis sedikit pon tak terperi rasanya, ni kan pula kena simbah abis satu muka..dan kecederaan yang kena pulak kemungkinan akan kekal..jangan kan terkena acid, terkena minyak & air panas tu pun pedihnya dah tak boleh nak tahan..jadi, jangan lah disebabkan ingin suka2 nak cuba bermain dengan acid, tanpa sedar bukan saja kita membahayakan orang lain, tapi sebenarnya turut membahayakan diri sendiri jika tidak dikendalikan dengan sempurna..

Kalau nak tahu lanjut pasal chemicals ni, korang type je kat mr.google tu nama acid yang korang nak tahu..pastu cari pula MSDS pasal chemicals tu..ok..saje nak share pasal ni..sebab saya terfikir2 dah brape banyak toxic agaknya terkumpul kat dalam badan..belum lagi masuk habuk2, debu2, asap2 kenderaan, asap2 rokok yang 'ter'hidu nih...haih...ajal maut kat tangan tuhan kan...selagi kita boleh cegah, kita cegah la..jangan disebabkan terlepas pandang, orang lain pula yang jadi mangsa...eh..merepek apa la saya ni...huhu

cau..cin..cau...air bandung cincau pon sodap nih...hehe...;)

Monday, April 11, 2011

~Jom jaga kesihatan dari sekarang!~

15 comments
Assalamualaikum semua..

Belum sampai seminggu berita kematian ayah ofismate, hari ni dengar lagi kematian rakan baik ayah saya..innalillahiwainnailaihirajiun buat arwah pakcik sulaiman..rakan baik ayah saya waktu sama2 di Felda Jerangau..

Saya masih muda, tapi jangan ingat orang muda tak dijemput olehNYA pada usia muda..ingat lagi bulan lepas rakan saya yang dijemput olehNYA disebabkan sakit yang dialaminya..dan kini bermacam2 penyakit jugak boleh menyerang tanpa mengenal usia..

Jaga pemakanan adalah yang terbaik pada waktu ini..kurangkan makanan manis, berlemak dan yang tinggi kolesterol...jangan ingat org kurus takde kolesterol...org kurus pon kadang2 kolesterol tinggi cuma lemak je yang rendah..

Arwah pakcik sulaiman ada penyakit diabetes..dan dah 3 minggu dimasukkan ke wad..baru 4 hari lepas menjalani pembedahan utk potong kaki nya pada paras peha..bila dengar berita tu, hanya doa je la yang mampu dipanjatkan..orang cakap kalau penyakit diabetes, sebolehnya berpantang la selagi boleh elak kaki drpd kena potong..kalau dah kena potong tu, tau je la luka dah la lambat baik..nak pulak kalau dah merebak, bertambah la kronik..

Makanan sekarang pun susah nak percaya jugak yang betul2 sihat ke tak..maksud saya lebih kepada organik atau tidak..mana taknya, bila ada rakan bangsa cina yang bagitau hati2 bila beli sayuran organik dari pasaraya tuttt..sebab ada masuk paper yang pekerja dorang guna ridsect utk elak serangga...tak ke tu dah tercemar dengan bahan kimia...erm..jadi seeloknya tanam la sayur sendiri kalau ada laman..sekarang guna tray pun boleh..saya?..dalam proses utk tanam sayur sendiri la ni..bila dah pindah rumah, ada la tanah skit boleh guna utk cucuk tanam...hehe..tapi rasanya tanam dalam tray kut...senang nak angkut..jimat space pulak tu..

Ayam pun dah jarang sangat makan...selalu pegi pasar pun kami pilih ikan je..tak pun udang dan sotong..ayam sekarang pun pakai hormon utk cepatkan tumbesaran dia..ermm..mcm2 teknik dorang guna utk dpt keuntungan berlipat ganda..nak yang sihat kena bayar lebih la utk beli ayam organik @ ayam herba..sekilo mau 13 hinggit gak tu..huhu

Orang ckp mencegah tu lebih baik daripada merawat kan..jadi, sebelum penyakit yang kronik datang, elok lah kita jaga kesihatan dari sekarang...bersukan/beriadah tu salah satu aktivit yang baik utk jaga kesihatan..

Panjang pulak jadi entry ni..huhu..semalam pegi Pedas Hot Spring..berendam dalam kolam air panas tu rasa mcm duk sauna..berpeluh2..pastu buat refleksologi pulak dalam kolam bersebelahan, siyes penat sangat rasa badan lepas tu..adakah itu petanda mempunyai penyakit?..mintak dijauhkan la..amin..



p/s: JOM JAGA KESIHATAN DARI SEKARANG..=)....esok & lusa saya cuti..hehe

Friday, March 25, 2011

~Pastu, Buat2 tak tau je~

14 comments
Assalamualaikum semua..=)

Dah cuti pon kena masuk opis jugak..last2 tulih je kat borg cuti tu half day w/pn masuk opis pukul 4 ptg..haha...lantak la bos approved ke tak half day tu..

Ni nak tanya korang ni..

1) Penah tak korang mengelak dari jumpa orang yang korang tak nak jumpa?...mesti pernah kan..oh, saya bukan la nak cerita pasal jumpa orang ke tak..tnya je nih..

2) Pastu kan, pernah tak kawan korang or sape2 la yang dekat/ korang kenal gi cerita la pasal kawan2 korang apa2 cite la..padahal korang dah tau dah cite tu..tp buat2 tak tau sbb kononnya nak jaga hati member la kan..

3) Pastu kan, pernah tak korang buat2 tanya pasal kawan korang walhal korang dah tau hal sebenar dah..haha..ini mmg mcm kepoh kan..

4) Pastu pastu...eh, byk pulak pastu ek..huhu..bila kawan korang cite pasal apa2 la, korang menahan perasaan yg amat dalam..muka ceria tapi dalam hati..ya ampunnn..Allah je la tau hati tu menjerit ke meraung ke melalak ke dan yg sewaktu dengannya la..

Haaa...cer cite cer cite kat saya..penah ke korang alami perasaan seperti di atas?

Tuesday, March 1, 2011

~Sabar dan tabahlah sayang~

20 comments
Assalamualaikum semua..

Semua manusia punya masalah..semua pun pernah merasa sedih..samada sedih itu berpunca akibat perbuatan diri sendiri ataupun sedih kerana kecewa diperlakukan oleh orang sekeliling..Nasihat pertama yang pasti akan diterima adalah..

"Bersabarlah wahai teman"...sabar itu senang untuk disuruh, tetapi amat payah untuk dilakukan..tambah2 lagi jika ianya berkaitan dengan masalah hati dan juga perasaan..sabar memerlukan komitmen daripada hati yang tabah, jika tidak, jiwa tidak akan mampu untuk bersabar..

Anda adalah seorang yang hebat jika mampu bersabar dalam menempuh kesedihan, masalah dan kekecewaan..ini kerana, hanya orang yang terpilih dan beriman saja mampu bersabar w/pn ditimpa dugaan demi dugaan..*mampukah saya menjadi salah seorang daripada mereka?..hanya tinggal tanda tanya dalam minda*

Seseorang pernah berpesan,

"Kalau ada masalah, jangan sekali kali kita lari sebab, orang yang lari daripada satu masalah akan pasti ada lagi masalah lain yang akan menimpa"

"Bila DIA timpakan ujian kepada kita, itu bermakna DIA mahu mendengar suara kita, mahu mendengar rayuan kita, dan mahu mendengar kita mengadu kepada-NYA, bukannya mencari manusia untuk mengadu".

"Bila kita mengadu dengan manusia, belum tentu dia akan membantu kita, kadang2 masalah yang kita hadapi tu boleh pulak dijadikan modal untuk umpatan dan fitnah keji mengeji..tindakan manusia ni susah kita nak duga"

Kata-kata di atas ada benarnya, walaupun kita tak dapat melihat DIA, tapi dia setia menemani kita, memberikan penyelesaian tanpa kita duga. DIA juga yang akan menyapu kesedihan dan airmata kita kita dengan rahmat-NYA yang luas meliputi langit dan bumi..kita sepatutnya bersyukur dengan adanya DIA di sisi..

sumber rujukan: Kerana-MU aku berubah

Monday, February 28, 2011

~Ermm..mood ke laut~

11 comments
Assalamualaikum semua..

Kat opis....sempat lagi update blog nih..

Pe kena entah hari ni..dah kebal sangat agaknya tu..dah lebih 4 tahun bergelumang dengan lab pon tak reti2 lagi yea..dah sah2 la Decon 90 tu tak boleh kena tangan..tak nampak tu..penutup aluminium pon boleh terhakis kalau rendam lama2 dalam tu..

Kulit kat tangan tu dah la nipis...yang blur sangat tak pakai glove tu kenapa haaa...ermm...

Ermm..

Orang slalu cakap, kita ni hanya pandai bagi nasihat kat orang lain..tapi diri sendiri tak pernah nak ikut nasihat yang diberi..

Orang cakap juga, kalau nak bagi nasihat kat orang lain tu, tgk dulu diri sendiri tu..samada layak atau tak nak bagi nasihat kat orang lain..

Orang kata juga, kalau orang yang bagi nasihat tu bukanlah alim ulama berhati hati la dalam menerima nasihat tu..

Ni, saya nak bagi nasihat sikit..saya bukanlah alim ulama..mungkin saya juga tidak layak untuk memberi nasihat, tapi tak salah jika kita saling mengingati antara satu sama lain..

Walau seburuk mana pun latar belakang, pendidikan yang diterima, didikan agama yang diperolehi, mungkin hanya penghinaan yang lebih layak diterima..namun, jika kesedaran dalam diri untuk bertaubat dan merubah diri ke arah yang lebih baik, orang tu mungkin lebih baik di sisi-NYA daripada menjadi orang yang bongkak dan riak, yang langsung tidak mahu menerima nasihat konon2 nya si pemberi nasihat tu tidak layak dan tidak sama taraf dengan mereka yang lebih layak...wallahualam..

Minta maaf kalau ada yang terasa..sekadar berkongsi untuk sama2 ingat mengingati..

Saturday, February 26, 2011

~Bersyukur la dengan apa yang ada~

10 comments
Assalamualaikum semua..


Kadang-kadang, mesti punya la pernah terdetik kat hati masing2 termasuklah saya dengan bisikan,

"Kenapa aku tak boleh jadi macam dia?"

"Kenapa nasib aku macam ni?"

"Kenapa semua orang salahkan aku?"

"Hina sangatkah aku ni sampai macam ni skali dorang buat aku?"

"Kenapa orang miskin tak boleh hidup senang?"

"Kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain?"

"Kenapa...kenapa..kenapa...bla..bla..bla.."..

dan macam2 lagi dengan pertanyaan kenapa la..

Tapi, pernah ke kita terfikir macam ni,

"Mungkin ini takdir aku dariNYA"

"Mungkin aku kena usaha lebih"

"Aku redho dengan ujian yang diberikan"

dan macam2 lagi yang kea arah positif la..semua pon mesti pernah kan...apa2 pon yang terjadi terhadap diri dan keluarga kamu, fikir la bahawa semuanya ada sebab yang tertentu yang kita belum nampak..bersyukur la dengan apa yang dikurnikan dan jangan sekali kali membelakangkan DIA...

Renung-renungkan dan selamat beramal..=)

Saturday, February 12, 2011

~Teka teki yang memberi keinsafan..huhu~

17 comments
Salam semua..


Ni ada satu teka teki..ini pon saya ambik dari page sorang rakan fb..

Teka teki tu berbunyi:

"Dibungkus bukan hadiah,
Di usung bukanlah raja,
Di tanam pula tak tumbuh-tumbuh,
Apakah ia?...."


Huhu..agak2 apa tu ek..jom sama2 kita beramal..

Bila tiba saat itu..tiada apa lagi yang hendak dikesalkan..hanya amalan yang baik akan dibawa bersama...insaf kejap.=)

Renung-renungkan dan selamat beramal semua...;-)

Friday, January 28, 2011

~Tips kesihatan mental...bahagian 1~

8 comments
Salam semua..

Pagi-pagi ni nak kongsi tips ngan korang semua...tak pernah letak tips apa pon sebelum ni dalam blog, so jom kita kongsi yea...

Tips kesihatan mental?..kenapa ek..kebelakangan ni minda saya teruk diuji dengan pelbagai perkara yang mendatang...jadi, untuk mengelakkan berlaku perkara yg tidak diingini saya banyakkan membaca dan mendekatkan diri dengan-NYA..

Gambar hiasan dari google..


So, antara tips yang saya baca banyak sebenarnya yang saya praktikkan...antaranya:

Langkah-langkah untuk mengatasi:
1) Amalkan cara hidup sihat
- Makan makanan seimbang
- Mengekalkan berat badan --->x menjdi pada saya sbb berat makin susut
- Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
- Cukup tidur dan rehat

2) Berpandukan kenyataan
- Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda
- Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai
- Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah

3) Berfikir dengan positif
- Mengamalkan bercakap positif pada diri sendir seperti
"Saya akan, saya boleh, saya akan cuba, saya juara, saya disayangi, dsb"

- Buat keputusan secara bijak:
-> Ketahui fakta-fakta yang berkaitan
-> Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan
-> Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan

4) Cari kawan
- Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama
- Menghormati pandangan mereka dan bersabar

5) Dengar suara hati anda
- Suara hati/ perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda

-Suara hati anda akan memberitahu anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti
-> Mencari teman bila kesunyian
-> Menangis bila sedih
-> Menyanyi dan tersenyum bila gembira

-Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan. Antara beberapa perasaan yang kuat dialami sesekali seumur hidup:
-> Keseorangan
-> Disayangi
-> Ketakutan
-> Kesedihan
-> Tiada upaya
-> Malu

- Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan anda.


Ok, takat tu dulu untuk bahagian pertama ni...next time kita sambung untuk bahagian seterusnya pulak..

Sharing is caring....=)...

p/s: Tips ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.

Tuesday, January 25, 2011

~Hentikan la menyebar SMS palsu tu wei..dah tak laku la~

9 comments
Salam semua..

Mari berehat bersama kitkat..hehe

Meh sini saya nak cite nih...korang penah baca tak berita pasal SMS top up palsu tu?..kalau tak silap saya la tahun lps dh kua paper dh psl ni..berita pasal ni ada keluar kat akhbar metro hari jugak..klik sini..

Haa...dasat kan penipuan ni...tup tup semalam saya dapat pulak SMS yang sama seperti yang dinyatakan tu berbunyi;

"Ni ayah, guna fon polis, tlong bgi credit maxis RM50 ke nombor baru ayah 0128640597. Ayh lgi ada msalah kat balai police. Ta payah call, sekejap baru ayah call"

Haa...pandai betul dorang ni ek...kalau sebelum ni guna no obersi..tapi skang ni dia guna no dari Malaysia jugak..dan SMS di atas dihantar dari no ni +60128271042..Sapa2 yang nak try call no ni call la..nyamar jadi peg.berkuasa ke..haha...bia gigil dorang nih..igt kan lepas kua paper tade lagi la sms gini...tade maknanya..huhu..bahasa yg digunakan pon nmpak sangat dari seberang..

Lepas je dapat SMS PALSU ni, terus call hp ayah, sebab setahu saya ayah guna no celcom dan tak penah2 tukar dari dulu..dan lagi satu untuk konfemkan betul ke ayah kat balai?..kenapa pulak..dah la skang tgh ada kes tu kan...so, call hp ayah, mak yang jawab..

Me: Hello, semekom mak
Mak: Waalaikumussalam..
Me: Ayah kat mana mak?
Mak: Ada tu kat luar rumah tengah berkebun..
Me: Eh, bukan kat balai ke?
Mak: La, apsal nak gi balai pulak..
Me: Ni ha..ada dpt sms cakap ayah minta top up, pastu dah tukar no maxis pulak dah.
Mak: Ermm..tipu la tu..bla..bla..bla..
Me: Bla...bla..bla..

Sampai la lebih kurang 20 minit borak ngan mak..

Seeeee...teruk betul dorang ni...nak duit dengan cara mudah je kan...tak tau ke kita keje punya la teruk nak dapat sesuap nasi...eceh..hehe..

p/s: berhati-hati la bila dapat sms yg sebegini...

Tuesday, January 18, 2011

~When you come down then only you will grow up~

4 comments
Salam semua...

Selamat malam..penat...2-3 hari ni asyik balik lewat je...ke sana ke sini...kluar awl blk lewat....hari ni ke Golf Club IOI Resort di Putrajaya....dah banyak kali ke situ tapi this is my first time entering their golf course...

First impression...waaaaa....very beautiful scenery...memang cantik sangat2...tau je la kan padang golf macam mana..oh, saya ke sana bukan la utk bermain golf...tapi atas urusan keje..seharian di sana muka pun dah macam udang kena bakar...nasib la..huhu..

Sangat syok bila duk situ...dalam tu ada apartment..tp most of the owner tak tinggal situ..samada dorg sewakan ataupon jadi rumah singgah...dann baru saya tau rumah big bos IOI Resort ni berhargaaaaaaa......hampir 15 juta ringgit Malaysia....erkkk....ternganga masa dengar bos ckp harga tu...

Tapi, ayat paling best dengar daripada org2 bisnes ni ialah;

"when u come down then only you will grow up"

Gambar hiasan dari google..

Memang ayat yang sangat bermotivasi kann...memang betul pn kan...buat bisnes ni bukan la macam goreng pisang yang hanya memerlukan modal berpuluh2 ringgit tu...tp mungkin mencecah puluh2 @ ratusan ribu ringgit @ mungkin juta2 ringgit...

Jadi, adakah anda bersedia menerima risiko utk jatuh sebelum naik???...fikir2 kan la..=)

Sunday, January 16, 2011

~Perkataan baru yang dipelajari~

4 comments
Salam semua..selamat berhujung minggu..

Semalam sedikit kendur kerisauan di hati setelah mendengar jawapan daripada pihak insurans berkaitan tuntutan saman yang difailkan...harap2 semuanya berlalu dengan tenang dan tiada isu lain yang berbangkit...

So, mari kita blaja serba sedikit istilah guaman yang digunakan..setelah dapat surat daripada lawyer ni, macam2 istilah yang tidak difahami..jadi kena la selidik serba sedikit untuk tahu lebih lanjut..jom lihat antara istilah2 yang digunakan...istilah2 ini saya rujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP..

Gambar hiasan dari google image..


1) Plaintif ---->pihak yang mendakwa (dalam kes sivil yang dibawa ke mahkamah).

2) Defendan ---> orang @ pihak yang didakwa @ dituntut dalam mahkamah undang-undang.

3) Memorandum ---> 1. catatan @ peringatan utk masa yg akan datang. 2. laporan dan lain2 mengenai sesuatu yang telah disetujui tetapi belum lagi ditandatangani atau disahkan.

3) Pengindorsan ---> tak dapat dipastikan, tapi ianya seperti pernyataan untuk apa saja tuntutan la..correct me if i'm wrong..=)

4) Peguamcara ---> peguam yg menyediakan dokumen undang-undang spt wasiat, jualan tanah atau bangunan, menasihati klien tentang perkara-perkara perundangan dan bercakap bagi pihak mereka di mahkamah rendah.

5) Peguambela ---> peguam yg membela kliennya dlm mahkamah undang-undang.

6) Doktrin ---> prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima.

7) Res ipsa loquitor ---> perkataan Latin which means, states that the elements of duty of care and breach can be sometimes inferred from the very nature of the accident, even without direct evidence of how any defendant behaved...fahamkan...maknanya tanpa bukti pun plaintif can claim from the defendant walau macam mana berhemah pon defendan tu..

8) Gantirugi ---> Pampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta.

9) Taksiran ---> anggaran atau nilaian..

Ok, itu la sedikit sebanyak perkataan2 yang banyak digunakan dalam istilah guaman...banyak lagi..tapi antara yang kerap diulang adalah perkataan2 seperi di atas..=)

Sekian pelajaran kita untuk hari ini...;-)

Friday, January 7, 2011

~Macam2 hal dunia blogging nie~

0 comments

Salam semua....

Mata dah berpinar2 baca salah satu entry yang agak meletops 2-3 hari ni...dan korang yang aktif berblogging mesti tau kisah2 blogger yang femes emes tu kann...

Not much to komen..cuma, kadang2 dunia maya ni kita perlu peka dengan apa saja keadaan terutama sensitiviti seseorang atau pun kaum2 tertentu...nak bagi teguran pun kena la berpada2 jangan sampai membuka aib diri sendiri pulak...dan menunjukkan kebodohan diri sendiri..

Entry seumpama teguran seperti tu bagus untuk buka minda masyarakat zaman kini...cuma bak kata entry kereta mayat....fatwa kaum beruk jangan disebabkan kejahilan diri sendiri, macam2 dalil pulak yang keluar..

Dunia ni pun hanya persinggahan...takkan pernah ada sorang manusia pun dalam dunia ni yang tak pernah buat silap...pandai2 sendiri la nak kembali ke pangkal jalan..yang penting kesedaran diri sendiri tu daripada nak hentam orang lain, tapi dalam masa yang sama dedahkan keburukan diri sendiri...jadi, sendiri mau ingat la kawan2 semua...


p/s: entry ni takde kaitan ngan sape2 pon samada yang ada blog mahupon yang takde blog..sekadar peringatan untuk diri sendiri...;-)

Sunday, December 26, 2010

~Syurga itu dekat di hati~

2 comments
Gambar hiasan dari google.

"Dapatkah aku masuk syurga?"..itulah pertanyaan yang pernah terdetik di hati..

'Yakinlah...kita berpeluang masuk syurga yang dijanjikan itu asalkan beriman dan bertakwa'.

"Beriman dan bertakwa? Aku bukanlah orang yang...."

'Hah..nak buat alasan lagilah tu! Kita sudah Islam. Yang tinggal hanya untuk menggilap keIslaman itu sehingga menerbitkan iman dan takwa'.

"Bagaimana?"

'Senang saja, cintai agama sendiri, ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang ditegah. Jangan melawan'.

Pesan Nabi, syurga itu tidaklah jauh. Syurga itu ada dekat saja dengan dirimu. Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk meraih syurga itu.


Sumber: Kerana-MU aku berubah, Ruhana Zaki.

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template