Showing posts with label Peringatan untuk diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label Peringatan untuk diri sendiri. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Jom ambik ilmu kesihatan skit

0 comments
Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul semua..

Ok, baru2 ni saya ada buat check up skit dengan doktor & tekanan darah tu cam ala2 naik skit la...mungkin stress tempat kerja, tu yang naik tu...and then, last week kena pulak gastric setelah beberapa tahun tak kena..last kena seingat saya la waktu zaman blaja dulu2...lama dah tu..disebabkan 2 perkara ini saya ambil inisiatif untuk betul2 jaga kesihatan...then baru teringat hari tu (eh, macam tahun lepas je...hehe) ada beli buku "Bruce Miller's Better Health Series"...versi bahasa melayu punya...tajuk je english..yang ni siri untuk Tekanan Darah Tinggi...so, untuk ringkaskan macam mana kita nak tentukan samada kita ni dah terkena penyakit ni atau belum kat bawah ni saya letak jadual...jadi korang nilai la sendiri yea...=)

KATEGORI SISTOLIK/ DIASTOLIK PENGESYORAN
NORMAL Kurang daripada 130/85 Periksa semula dalam masa 2 tahun.



NORMAL TINGGI 130-139/85-89 Periksa semula dalam masa 1 tahun; mulakan perubahan gaya hidup.



HIPERTENSI PERINGKAT 1 140-159/90-99 Sahkan dalam masa 2 bulan; mulakan perubahan dalam gaya hidup.



PERINGKAT 2 160-179/100-109 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa sebulan.



PERINGKAT 3 180-209/110-119 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa seminggu.



PERINGKAT 4 210/120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera.

*Sistolik = tekanan yang dijanakan apabila otot jantung mengecut dan memaksa darah mengalir menerusi ateri.
Diastolik = tekanan yang ada pada arteri ketika jantung sedang mengisi dan bersiap sedia untuk berdegup semula.

Apabila jantung mengepam, tekanan dalam arteri itulah tekanan darah kita. So, sama2 la kita nilai sendiri kita pada tahap yang mana ye..

Friday, December 30, 2011

~Pesanan dari penaja~

6 comments
Assalamualaikum..


Kurang 48jam kita akan melangkah ke tahun baru 2012, apa pencapaian yang dah kita capai tahun 2011?..

Adakah kesihatan kita semakin baik?
Adakah keluarga kita semakin harmoni?
Adakah kita puas hati dengan apa yang kita dapat?

Tepuk dada tanyalah hati..semua tu pasti ada jawapannya..

Wihiiii...bukan nak cakap pasal azam tahun baru pun sebenarnya..cuma nak bagi pesanan kat rakan-rakan semua supaya jaga kesihatan elok2...jangan terlalu taksub dengan kerja sehingga kita mengabaikan kesihatan tubuh badan kita sendiri...sedangkan enjin kereta pun kita servis..inikan pula badan sendiri..

Nasihat ni saya tujukan pada diri sendiri...sebab dah hampir seminggu saya postpone untuk buat medical checkup...dan parents saya pun tiap2 hari call tanya dah pergi check up ke belum...huaaa..siap bagi warning lagi dah sampai klinik call dorang, dah siap check up pun call dorang...adeiii..

Harapan saya selepas check up nanti:

1) Parents tak perlu bising2 lagi suruh saya pegi klinik...muehahaha..
2) Perkara yang baik2 sahaja yang akan saya dengar daripada mulut doc..(ini sangat cuak!)
3) Saya boleh tenang2 lepas ni...huhu

Agak2 doc marah tak ek kalau saya cakap saya lupa nak gi klinik?...huhu..hurmmm.

Tuesday, December 13, 2011

~Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan olehNYA walaupun ianya hanya lah bersiffat sementara~

5 comments
Assalamualaikum semua..

Selamat kembali bekerja setelah bercuti semalam..dan hari ni tak banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sehinggakan saya tak tahu nak buat apa lagi dah...hehe

Wiken baru-baru ni saya menghadiri majlis perkahwinan adik rakan baik saya di Temerloh..dan terkejut yang amat apabila sampai di rumahnya sebab rumah beliau betul2 berhadapan dengan sungai pahang...

Sesampai je rakan saya ni terus gorengkan ikan patin untuk saya untuk jamu saya makan...orang datang dari jauh la katakan..lagipun kami pun dah jadi adik beradik angkat dah pun...mak & ayah angkat saya sangat la sporting morting...hehe...sebabnya, semuanya dilayan sama rata..walaupun kami jarang jumpa..

Malam tu bagi penduduk kat sini, kenduri sudah bermula..maka dijamu lagi dengan ikan patin masak tempoyak...aduhhh...belum sempat lapar, makan lagi skali..huhu..teringat2 lagi rasa yang enak ikan patin masak tempoyak tu..=)...slurppp..yummy!

Namun, apa yang sangat menginsafkan saya ialah keakraban yang ditunjukkan sesama ahli keluarga rakan saya ni...mereka sangat2 rapat sehinggakan sanggup berhabis untuk menjayakan majlis adik mereka ini..walaupun timbul sedikit masalah semasa berlangsungnya majlis pada malam itu, saya lihat rakan saya ni tetap tersenyum melayan tetamu yang datang..

Ya, kasih seorang kakak terhadap adik..bukan balasan atas penat lelah yang diharapkan, bukan balasan wang ringgit yang diharapkan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang dinantikan daripada sang adik yang sedang meniti hari bahagianya itu...namun semua tu tidak diperolehinya, malah dihinanya pula...langsung tidak bersyukur dengan apa yang diberikan..sehinggakan air mata seorang bapa menitis disaat meraikan anak mereka...

Dan, ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir...sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, sekali air mata mereka jatuh disebabkan oleh kita segera lah meminta ampun daripada mereka sebelum kita mendapat gelaran anak derhaka...wassalam..

p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri

Wednesday, November 30, 2011

~PENGAJARAN!~

1 comments
DON'T DO ANY WORK LAST MINUTE!!

Friday, November 25, 2011

~Seruan dunia VS seruan akhirat~

0 comments
Assalamualaikum..


Sedikit petikan dari ANIS, bil 172 untuk tatapan kita semua..

Manusia sentiasa berhadapan dengan 2 seruan iaitu seruan keduniaan yang dihiasi dengan kelalaian, kealpaan dan kelazatan yang amat memukau serta menggiurkan.. dan juga seruan keakhiratan yang dijanjikan dengan keindahan yang tidak dapat disifatkan.

Seruan dunia dapat ditepis dengan sabar manakala seruan akhirat pula dapat dicapai dengan syukur. Syukur dengan segala pemberian Ilahi, insaf dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, sedar betapa banyaknya anugerah Illahiyyah yang dimiliki namun amat sedikit nikmat yang disyukuri.

Rugi atau untungnya manusia di akhirat kelak ialah bergantung kepada seruan mana yang dijawab oleh manusia. Menjawab seruan dunia bermakna manusia menyahut panggilan untuk kelazatan dan keindahan yang sementara, indah lagi mengasyikkan pada tatapan mata namun memedihkan pada penghujung kesudahannya.

Menyahut seruan akhirat maka manusia memilih untuk berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan cubaan yang perlu dihadapi namun indah lagi mendamaikan pada penghujungnya.

Hidup ini sebenarnya antara sabar dan syukur, antara istighfar memohon keampunan daripada Allah dan Alhamdulillah, pujian kepada Allah S.W.T.

Setiap kesalahan, kesilapan, dosa dan maksiat yang dilakukan maka disucikan dengan istighfar, manakala setiap anugerah nikmat kesenangan, kelapangan yang diterima diungkapkan dengan Alhamdulillah.

p/s: Sekadar renungan untuk kita semua dan peringatan untuk diri sendiri..moga kehadiran tahun baru Maal Hijrah akan memantapkan lagi iman di hati kita semua..

Salam Maal Hijrah 1433 untuk semua...=)

Monday, April 25, 2011

~Selamat hari Isnin~

4 comments
Assalamualaikum semua..=)


Tiada apa yang nak diungkapkan just nak quote ayat yang semua orang dah selalu sangat ucap dan kita dengar:



"WALAU APA PUN YANG BERLAKU, HIDUP MESTI DITERUSKAN BUKAN..PERJALANAN DI MUKA BUMI INI MASIH TERLALU JAUH, INSYAALLAH"..


"SEMOGA HARI2 YANG MENDATANG PENUH DENGAN KILAUAN CAHAYA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN PUDAR KERANA DILINDUNGI AWAN TEBAL"


Selamat hari Isnin semua..huhu..takde kena ngena pun..;)

Wednesday, April 13, 2011

~Kerenah manusia yang pelbagai~

15 comments
Assalamualaikum semua..

Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan..
Pemandangan yang indah, yang tidah indah, mungkin akan dilihat sepanjang perjalanan..

Keluhan demi keluhan yang keluar dari mulut bukan bererti tidak redha dengan ketentuanNYA..kadang2 keluhan yang terkeluar barangkali boleh melegakan sedikit rasa yang terpendam agar tidak terlalu membebankan..

Manusia juga ada pelbagai ragam..yang baik, yang tak baik, yang menurut perintah, yang ingkar dan macam2 lagi..adeiii...tak reti lak nak berkias pasal ni..ok, straight to the point..

Saya baru balik dari kuantan..cuti 2 hari untuk hadir ke mahkamah majistret berkaitan dengan tuntutan saman ke atas insurans kereta saya..erm..pengalaman pertama masuk mahkamah..pertama kali berjumpa kembali dengan keluarga plainitif..

Bukan nak mengata atau menghina, tapi sedih dengan sikap manusia kini..yang mungkin sudah kekurangan sifat perikemanusiaan yang sepatutnya ada..kami tiba awal di sana dan berselisih dengan keluarga plainitif, masih ingat lagi muka2 yang pernah hampir terjadi pergaduhan ditempat kejadian, kami tersenyum bila nampak mereka..tapi, langsung tidak dibalasnya senyuman yang dilemparkan..

Peguam datang dan terus saya tanya, kenapa still jalan jugak, takkan tak boleh settle luar court..then, lawyer tu pon bgtau..insurans dah offer utk bagi 10k, tapi mereka enggan menerima tawaran tersebut..itu yang jalan jugak..kami pon terkejut dengar lawyer ckp gitu...memang materialistik betul la..eee..geram pon ye jugak..

kemudian, kebetulan pegawai penyiasat yang siasat kes ni ada skali di tempat menunggu...kami pun berbual2 la dengan dia...dan dia jugak terkejut mereka failkan jugak kes ni sedangkan terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh plainitif..pegawai tu kena hadir jugak sbb plainitif enggan terima tawaran..sambil2 berbual tu En.Azizudin ni pun ckp la, sebenarnya kalau ikutkan undang2 mmg budak tu byk kesalahan..tapi, dia masih boleh menuntut NCB kereta saya..maka, akan berkurang la NCB kereta saya..huhu..mungkin ada yang nasihatkan mereka utk fail saman..

Akhirnya pakcik yang failkan kes ni bersetuju juga setelah tawaran akhir dikemukakan dan setelkan diluar mahkamah..kalau teruskan jugak pun, mungkin dia takkan dapat sebanyak tawaran yang diberi..

Manusia ni berbagai2 ragam kan..rambut mungkin sama hitam..tapi hati sapa yang tahu?..

Pengalaman mendewasakan kita..pengalaman yang saya dapat ni tak semua yang boleh dapat kan..dalam hal ni jugak saya bersyukur punya sahabat yang bukan sahaja sahabat ketika senang, malah ketika susah juga..terima kasih dan minta maaf kepada yang terlibat..menyusahkan emosi korang je kan..

Apa yang terjadi semoga tidak berulang lagi di masa hadapan..

Kepada semua..berhati-hati di jalan raya..ingat orang yang tersayang..=)

Friday, April 8, 2011

~Syukur dengan apa yang ada~

13 comments
Assalamualaikum semua..

Penatnya hari ni...keje sangat22222 banyak..rasa tak termampu nak handle..kepala dah mula penin sejak 2-3 hari ni..banyak sangat nak kena fikir...makan dah tak menentu..

Masa kecik2 dulu..slalu dekat dengan family..waktu skolah rendah sampai lah ke form 3 memang tak pernah berenggang dengan family..form 4 dah start duk asrama..walaupun pernah nangis ngongoi2 kat public phone asrama sebab nak balik, tetap sabar kan hati teruskan kehidupan di asrama sampai lah habis spm..yang nyata, kehidupan asrama tidaklah menggembirakan saya sebab terpaksa ikut peraturan walaupun slalu jugak langgar je peraturan tu..hehe

Kemudian, syukur dapat ke matrikulasi walaupun jauh dilubuk hati terasa seperti dengan result spm yang macam tu mana mungkin dapat peluang masuk matrik..dalam masa yang sama juga dapat tawaran untuk ikuti diploma kejururawatan..nampaknya bukan tempat saya untuk menjadi jururawat dan berada di hospital..

Tahun 2003 diterima masuk ke UM selepas menamatkan pengajian di matrikulasi..walaupun tak berjaya mendapatkan biasiswa JPA (eh, ada mohon ke?..mcm tak je..huhu)..dengan duit ptptn tu la saya berbelanja..setelah ditolak yuran dan asrama, yang tinggal hanya lah ~RM800 untuk satu sem..terpaksa la berjimat cermat..itu la nak beli buku itu la nak belanja, semua2 la..nasib baik kolej kediaman ada sediakan makanan, jadi tak perlu risau tentang makan minum..syukur ada duit ptptn utk tampung pelajaran..dapat jugak habiskan pengajian..

2007, dapat tawaran untuk further study, sambil2 bekerja sebagai RA, sambil2 belajar..berjaya jugak habiskan pengajian dengan titik peluh sendiri..

Abis blaja, dah ada kerja..dengan duit gaji ini dapat la bayar hutang masa belajar, bagi kat family skit, tanggung adik blajar..syukur dengan ape yg diberikan olehNYA..

Entah kenapa cakap pasal ni saya pon tak tau..sekarang ni, banyak sangat benda nak kena fikir..kadang2 tu bila concentrate satu benda, yang lain akan terlepas pandang dan kadang2 tu tak teringat..erm..adakah sebab proses penuaan yang berlaku?..minda pun jadi tak berapa kuat nak mengingat..papepon syukur masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan seharian..

Hanya satu yang perlu saya lakukan..bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYA...amin..

Tuesday, March 1, 2011

~Sabar dan tabahlah sayang~

20 comments
Assalamualaikum semua..

Semua manusia punya masalah..semua pun pernah merasa sedih..samada sedih itu berpunca akibat perbuatan diri sendiri ataupun sedih kerana kecewa diperlakukan oleh orang sekeliling..Nasihat pertama yang pasti akan diterima adalah..

"Bersabarlah wahai teman"...sabar itu senang untuk disuruh, tetapi amat payah untuk dilakukan..tambah2 lagi jika ianya berkaitan dengan masalah hati dan juga perasaan..sabar memerlukan komitmen daripada hati yang tabah, jika tidak, jiwa tidak akan mampu untuk bersabar..

Anda adalah seorang yang hebat jika mampu bersabar dalam menempuh kesedihan, masalah dan kekecewaan..ini kerana, hanya orang yang terpilih dan beriman saja mampu bersabar w/pn ditimpa dugaan demi dugaan..*mampukah saya menjadi salah seorang daripada mereka?..hanya tinggal tanda tanya dalam minda*

Seseorang pernah berpesan,

"Kalau ada masalah, jangan sekali kali kita lari sebab, orang yang lari daripada satu masalah akan pasti ada lagi masalah lain yang akan menimpa"

"Bila DIA timpakan ujian kepada kita, itu bermakna DIA mahu mendengar suara kita, mahu mendengar rayuan kita, dan mahu mendengar kita mengadu kepada-NYA, bukannya mencari manusia untuk mengadu".

"Bila kita mengadu dengan manusia, belum tentu dia akan membantu kita, kadang2 masalah yang kita hadapi tu boleh pulak dijadikan modal untuk umpatan dan fitnah keji mengeji..tindakan manusia ni susah kita nak duga"

Kata-kata di atas ada benarnya, walaupun kita tak dapat melihat DIA, tapi dia setia menemani kita, memberikan penyelesaian tanpa kita duga. DIA juga yang akan menyapu kesedihan dan airmata kita kita dengan rahmat-NYA yang luas meliputi langit dan bumi..kita sepatutnya bersyukur dengan adanya DIA di sisi..

sumber rujukan: Kerana-MU aku berubah

Monday, February 28, 2011

~Ermm..mood ke laut~

11 comments
Assalamualaikum semua..

Kat opis....sempat lagi update blog nih..

Pe kena entah hari ni..dah kebal sangat agaknya tu..dah lebih 4 tahun bergelumang dengan lab pon tak reti2 lagi yea..dah sah2 la Decon 90 tu tak boleh kena tangan..tak nampak tu..penutup aluminium pon boleh terhakis kalau rendam lama2 dalam tu..

Kulit kat tangan tu dah la nipis...yang blur sangat tak pakai glove tu kenapa haaa...ermm...

Ermm..

Orang slalu cakap, kita ni hanya pandai bagi nasihat kat orang lain..tapi diri sendiri tak pernah nak ikut nasihat yang diberi..

Orang cakap juga, kalau nak bagi nasihat kat orang lain tu, tgk dulu diri sendiri tu..samada layak atau tak nak bagi nasihat kat orang lain..

Orang kata juga, kalau orang yang bagi nasihat tu bukanlah alim ulama berhati hati la dalam menerima nasihat tu..

Ni, saya nak bagi nasihat sikit..saya bukanlah alim ulama..mungkin saya juga tidak layak untuk memberi nasihat, tapi tak salah jika kita saling mengingati antara satu sama lain..

Walau seburuk mana pun latar belakang, pendidikan yang diterima, didikan agama yang diperolehi, mungkin hanya penghinaan yang lebih layak diterima..namun, jika kesedaran dalam diri untuk bertaubat dan merubah diri ke arah yang lebih baik, orang tu mungkin lebih baik di sisi-NYA daripada menjadi orang yang bongkak dan riak, yang langsung tidak mahu menerima nasihat konon2 nya si pemberi nasihat tu tidak layak dan tidak sama taraf dengan mereka yang lebih layak...wallahualam..

Minta maaf kalau ada yang terasa..sekadar berkongsi untuk sama2 ingat mengingati..

Saturday, February 26, 2011

~Bersyukur la dengan apa yang ada~

10 comments
Assalamualaikum semua..


Kadang-kadang, mesti punya la pernah terdetik kat hati masing2 termasuklah saya dengan bisikan,

"Kenapa aku tak boleh jadi macam dia?"

"Kenapa nasib aku macam ni?"

"Kenapa semua orang salahkan aku?"

"Hina sangatkah aku ni sampai macam ni skali dorang buat aku?"

"Kenapa orang miskin tak boleh hidup senang?"

"Kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain?"

"Kenapa...kenapa..kenapa...bla..bla..bla.."..

dan macam2 lagi dengan pertanyaan kenapa la..

Tapi, pernah ke kita terfikir macam ni,

"Mungkin ini takdir aku dariNYA"

"Mungkin aku kena usaha lebih"

"Aku redho dengan ujian yang diberikan"

dan macam2 lagi yang kea arah positif la..semua pon mesti pernah kan...apa2 pon yang terjadi terhadap diri dan keluarga kamu, fikir la bahawa semuanya ada sebab yang tertentu yang kita belum nampak..bersyukur la dengan apa yang dikurnikan dan jangan sekali kali membelakangkan DIA...

Renung-renungkan dan selamat beramal..=)

Saturday, February 12, 2011

~Teka teki yang memberi keinsafan..huhu~

17 comments
Salam semua..


Ni ada satu teka teki..ini pon saya ambik dari page sorang rakan fb..

Teka teki tu berbunyi:

"Dibungkus bukan hadiah,
Di usung bukanlah raja,
Di tanam pula tak tumbuh-tumbuh,
Apakah ia?...."


Huhu..agak2 apa tu ek..jom sama2 kita beramal..

Bila tiba saat itu..tiada apa lagi yang hendak dikesalkan..hanya amalan yang baik akan dibawa bersama...insaf kejap.=)

Renung-renungkan dan selamat beramal semua...;-)

Tuesday, January 25, 2011

~Hentikan la menyebar SMS palsu tu wei..dah tak laku la~

9 comments
Salam semua..

Mari berehat bersama kitkat..hehe

Meh sini saya nak cite nih...korang penah baca tak berita pasal SMS top up palsu tu?..kalau tak silap saya la tahun lps dh kua paper dh psl ni..berita pasal ni ada keluar kat akhbar metro hari jugak..klik sini..

Haa...dasat kan penipuan ni...tup tup semalam saya dapat pulak SMS yang sama seperti yang dinyatakan tu berbunyi;

"Ni ayah, guna fon polis, tlong bgi credit maxis RM50 ke nombor baru ayah 0128640597. Ayh lgi ada msalah kat balai police. Ta payah call, sekejap baru ayah call"

Haa...pandai betul dorang ni ek...kalau sebelum ni guna no obersi..tapi skang ni dia guna no dari Malaysia jugak..dan SMS di atas dihantar dari no ni +60128271042..Sapa2 yang nak try call no ni call la..nyamar jadi peg.berkuasa ke..haha...bia gigil dorang nih..igt kan lepas kua paper tade lagi la sms gini...tade maknanya..huhu..bahasa yg digunakan pon nmpak sangat dari seberang..

Lepas je dapat SMS PALSU ni, terus call hp ayah, sebab setahu saya ayah guna no celcom dan tak penah2 tukar dari dulu..dan lagi satu untuk konfemkan betul ke ayah kat balai?..kenapa pulak..dah la skang tgh ada kes tu kan...so, call hp ayah, mak yang jawab..

Me: Hello, semekom mak
Mak: Waalaikumussalam..
Me: Ayah kat mana mak?
Mak: Ada tu kat luar rumah tengah berkebun..
Me: Eh, bukan kat balai ke?
Mak: La, apsal nak gi balai pulak..
Me: Ni ha..ada dpt sms cakap ayah minta top up, pastu dah tukar no maxis pulak dah.
Mak: Ermm..tipu la tu..bla..bla..bla..
Me: Bla...bla..bla..

Sampai la lebih kurang 20 minit borak ngan mak..

Seeeee...teruk betul dorang ni...nak duit dengan cara mudah je kan...tak tau ke kita keje punya la teruk nak dapat sesuap nasi...eceh..hehe..

p/s: berhati-hati la bila dapat sms yg sebegini...

Friday, January 14, 2011

~Semoga semuanya berakhir dengan baik~

8 comments
Salam semua..

Semalaman tak boleh tidur semalam..kes lama kembali menghantui fikiran...yang tak disangka2 akan menjelma akhirnya menjelma..

Kena saman?...saman ekor?...bese la tu..adik sendiri punya saman ekor pun dekat seriban...

saman speed trap?..bese la tu...ayah pun penah kena saman speed trap ni...

saman roadtax mati?...oh...lum penah kena lagi..

saman sebab kecuaian memandu??....owh..sangat memeningkan kepala otak...amount yang dituntut???...hampir 15K!!!!...kalau wat belanja kawen pon boleh lepas dah ni!...huh!!...

Gantirugi kesakitan?..gantirugi kecederaan??..gantirugi kerosakan motor..gantirugi itu ganti rugi ini....owh...banyaknye yang dituntuttt....bengang!!..

Gantirugi kerosakan kereta saya macam mana?..lebih 4K tau..trauma untuk saya?? trauma kawan2 saya seperti si Tukang Karut & si cantik manis tu macam mana?..lutut saya dan bahu kwn saya pon sakit jugak..ini boleh masuk jugak gantirugi kesakitan ni...

Tapi saya tidak lah sekejam itu sehingga semuanya pun hendak dituntut..dari apa yang telah berlaku, banyak pengajaran yang saya perolehi..semoga semuanya berjalan dengan lancar...walaupun ianya tuntutan insuran tapi tetap ada kaitan dengan kehidupan ini..

Semoga dipermudahkan segala urusan oleh-NYA..

p/s: doakan yang terbaik untuk saya sahabat2 semua..

~Ya Allah..Dugaan apakah ini~

11 comments

Hujan di luar
seolah-olah mengerti
perasaan kusut yang dihadapi...

Ya Allah..
Jika inilah balasan yang akan aku terima
atas dosa-dosa yang pernah ku lakukan
aku redha dengan izin-MU
Sesungguhnya KAU Maha Berkuasa
atas segala yang telah ditentukan..amin..

Monday, January 10, 2011

~Pada-MU ku berserah~

4 comments

Saat kugapai kasih-MU
Barulah kutahu dalam diri ini

Ada sejuta keindahan yang belum kukenali

Andai lama dahulu kukenal diriku

Tidaklah aku tersasar dari jalan-MU

Dan kini...dalam sujud aku menyerah

Taubatku hanya untuk-MU, Ya Allah..




Sumber: Kerana-MU Aku Berubah, Ruhana Zaki

Friday, January 7, 2011

~Macam2 hal dunia blogging nie~

0 comments

Salam semua....

Mata dah berpinar2 baca salah satu entry yang agak meletops 2-3 hari ni...dan korang yang aktif berblogging mesti tau kisah2 blogger yang femes emes tu kann...

Not much to komen..cuma, kadang2 dunia maya ni kita perlu peka dengan apa saja keadaan terutama sensitiviti seseorang atau pun kaum2 tertentu...nak bagi teguran pun kena la berpada2 jangan sampai membuka aib diri sendiri pulak...dan menunjukkan kebodohan diri sendiri..

Entry seumpama teguran seperti tu bagus untuk buka minda masyarakat zaman kini...cuma bak kata entry kereta mayat....fatwa kaum beruk jangan disebabkan kejahilan diri sendiri, macam2 dalil pulak yang keluar..

Dunia ni pun hanya persinggahan...takkan pernah ada sorang manusia pun dalam dunia ni yang tak pernah buat silap...pandai2 sendiri la nak kembali ke pangkal jalan..yang penting kesedaran diri sendiri tu daripada nak hentam orang lain, tapi dalam masa yang sama dedahkan keburukan diri sendiri...jadi, sendiri mau ingat la kawan2 semua...


p/s: entry ni takde kaitan ngan sape2 pon samada yang ada blog mahupon yang takde blog..sekadar peringatan untuk diri sendiri...;-)

Wednesday, January 5, 2011

~Bila sampai waktunya, tiada lagi penyesalan yang dapat dikesalkan~

8 comments
Air mata telah jatuh membasahi bumi
Takkan sanggup menghapus gelisah
Penyesalan yang kini ada
Jadi tak berarti
Karna waktu yang bengis terus pergi
Menangislah bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah
Dibalik segala duka tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran
Dibalik segala suka tersimpan hikmah
Yang kan mungkin bisa jadi cobaan

Lirik ni diambil dari sini

Dalam hidup ni ada masa kita terlupa asal usul kita, kita lalai, kita tidak bersyukur, kita tidak berfikir tentang baik buruk sesuatu perkara...

Dalam hidup ni juga ada masa kita bertafakur, bermuhasabah diri, kenang dosa2 lalu, kesilapan2 yang pernah kita buat, termenung dan menyesal dengan apa yang jadi...

Dalam hidup ni juga ada masa kadang2 kita buntu, keliru, tertekan, kusut dan sebagainya..tak tahu apa yang harus dilakukan bila keadaan terlalu 'complicated' untuk diselesaikan..

Apa pun keadaan sekalipun, hidup mesti diteruskan...perjalanan hidup ni masih terlalu jauh sebelum tiba di penghujung jalan...bila waktu itu tiba, tiada lagi penyesalan yang harus dikesalkan..semuanya sudah tertulis di SANA...

Sunday, December 26, 2010

~Syurga itu dekat di hati~

2 comments
Gambar hiasan dari google.

"Dapatkah aku masuk syurga?"..itulah pertanyaan yang pernah terdetik di hati..

'Yakinlah...kita berpeluang masuk syurga yang dijanjikan itu asalkan beriman dan bertakwa'.

"Beriman dan bertakwa? Aku bukanlah orang yang...."

'Hah..nak buat alasan lagilah tu! Kita sudah Islam. Yang tinggal hanya untuk menggilap keIslaman itu sehingga menerbitkan iman dan takwa'.

"Bagaimana?"

'Senang saja, cintai agama sendiri, ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang ditegah. Jangan melawan'.

Pesan Nabi, syurga itu tidaklah jauh. Syurga itu ada dekat saja dengan dirimu. Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk meraih syurga itu.


Sumber: Kerana-MU aku berubah, Ruhana Zaki.

Tuesday, December 21, 2010

~Pengalaman pahit, manis, kesempurnaan~

5 comments
Salam semua..

Dalam hidup, kita kena belajar terima kenyataan..Walaupun kenyataan itu terlalu sukar untuk diterima, namun kalau tidak mencuba bagaimana kita tahu akan hasilnya.

Pengalaman pahit, manis
Dalam banyak-banyak pengalaman hidup yang manis, pastinya ada terselit yang masam mahupun pahit..Yang manis itu sudah tentu akan sentiasa tersemat di hati sanubari..Yang masam dan pahit pula sebolehnya hendak dibuang jauh ke hujung dunia supaya tak terbayang2..


Please, don't blame on me...Gambar hiasan dari google

Namun, antara yang pahit itu pasti ada yang agak sukar diterima dek akal fikiran yang waras..Maka, disinilah rasionalnya kita harus menggunakan akal yang diberi supaya tindakan yang kita buat adalah tindakan yang rasional, tidak terburu2 mahupun terlalu mengikut emosi..

Selalu kita dengar orang cakap
"Masing2 dah besar, dah tahu fikir mana yang baik mana yang buruk"...

Tak kurang juga yang cakap,
"Belajar tinggi2 sampai menara gading, tapi kelakuan macam takde pelajaran"..

Masing2 ada pendapat masing2, masing2 ada pendirian masing2...Cakap2 orang tu ada betulnya..tapi, dimana silapnya lagi??..bukan salah ibu mengandung..bukan juga salah ayah yang mencari nafkah keluarga...pokoknya hati, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah..

Walau sepahit mana pun kenyataan itu, belajarlah untuk menerimanya secara rasional.. Ada yang berbisik,
"Abis tu kalau dah teruk macam ni jadinya, macam mana nak terima?"..

Waktu ni la kita harus menggunakan akal fikiran yang waras..Kalau dulu kita tak guna akal, belum terlambat kalau baru kini kita nak gunakannya...itu lebih baik daripada tidak menggunakannya langsung...

Kesempurnaan
Mungkin akan ada juga yang terdetik,

"Eleh, macam la dia tu baik sangat nak bagi nasihat kat orang lain"..

Tiada satu makhluk pun di muka bumi ini yang begitu sempurna...Sempurna di mata manusia belum tentu lagi sempurna di sisi-NYA..Kesempurnaan hanya akan hadir bila kita benar2 mengenal Allah...Bila kita benar mengikut suruhan-NYA...Bila kita benar2 menjadikan Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W. sebagai panduan kita..Setelah kita benar2 insaf dan bertaubat atas dosa2 yang pernah kita lakukan..

Kat muka bumi ni, tiada seorang manusia pun yang tidak mahu dilihat sempurna bukan...

Lari topik sudah
Tiba2 dapat message from housemte..."Nak masak tak?"

Adeii...takde ribut takde taufan..hujan pun tidak tetiba tanya nak masak ni pe kes..huhu..cakap pasal housemate ni teringat kat cerita dia pasal mencari jodoh...haha...lawak la CT..hehe...papepon good luck yea dalam misi tersebut..haha...mungkin dia bercerita sekadar untuk menghiburkan hati..=)

Ok, berbalik pada topik asal...korang sempurna ke?..kalau Semporna tu kat Sabah bah..hehe...Adeii...melalut2 ni sebenarnya idea dah melayang dek gangguan dari mesej pasal masak mmasak ni...adeii..tak tahu nak masak ape...jom google cari resipi...haha..

Goreng ikan je pon sodap kann...Pic dari google

Untuk entry ni kita sambung di next entry ok...=)

P/s: sekadar renungan untuk diri sendiri yang banyak kekhilafan...

Kamu semua akan dijejaki..=)

Printable by Type

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template