Showing posts with label Hati vs Mulut. Show all posts
Showing posts with label Hati vs Mulut. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

~Hati vs Mulut (entah episod ke brape ntah)~

15 comments
Salam semua..

Satu hari, tuan hati dan mulut pergi bersiar2 di tepi pantai..sedang asyik tuan mereka menikmati keindahan pantai sambil menghirup udara yang segar, terdengar bisikan kecil....ikuti kisah mereka..



Hati: bestnya kalau dapat merasa keindahan seperti ni setiap hari..kalau tak silap aku lah, zaman tuan kita blaja kat matrik dulu hari2 dapat merasa macam ni kan mulut..

Mulut: yea la hati..aku pun dah lama tak merasa kenyamanan udara tepi pantai ni..hati, kau sihat ke?..dah lama kita tak berborak2 kan..

Hati: aku sihat secara fizikalnya..

Mulut: kenapa kau cakap macam tu?..kau sakit ke?..

Hati: hai mulut, kau pun sakit jugak kan...aku tau la..kau tak payah la nak tipu aku..semuanya aku tau..

Mulut: yea la hati..aku sakit sbb banyak sangat ulser kat dalam ni..kalau nak letak bonjela, mau meraung aku nanti..kau jugak yang susah sebab tak tahan bunyi aku meraung..

Hati: haha..kalau kau meraung pon, aku pedli ape..

Mulut: sampai hati kau tak pedulikan aku hati..aku setia dengan kau selama ni..ini yang kau balas kat aku...wuaaaa!!..(sambil meraung sekuat hati)

Hati: alololo...meh sini meh..meh kita beli eskrem tu nak?..nnt sejuk skit kau, aku pon boleh merasa jugak sejuk tu..

Mulut: yeay!..mekasih hati..eh2..kau ni pandai tukar topik yea..aku tanya keadaan kau, kau tanya aku lebih2 pulak yea..

Hati: hehe..macam la kau tak tau aku ni macam mana..see the heart la..hihi

Mulut: yea la...kalau aku...see the mouth la...waaaa...hebat la kita speaking london pulak yea..

Hati: mesti la hebat..haha

Mulut: hati, cerita la keadaan kau sekarang..aku bukan boleh tgk kau pon..kalau aku boleh tgk, maknanya bercerai la roh tuan kita dari badan dia..

Hati: oit, mulut..kau ni celupar betul la..

Mulut: ala, aku cakap jer..aku tak maksudkan pon..

Hati: aku macam ni..kadang2 aku termenung..kadang2 aku ketawa..susah aku nak explain kat kau la..

Mulut: aku paham..sbb aku pn merasa ape yang kau rasa..aku pn dh susah nk tersenyum skang ni..

Hati: itu la mulut..kau tu dah pilih jalan yang salah..kenapa kau tak ikut direction yang dah lama kau tau??..tapi aku jugak yang salah, sebab degil tak nasihatkan kau kan..

Mulut: aku tak pernah salah kan kau dalam hal ni..otak yang salah..sepatutnya dia berfikir panjang dulu..

Hati: entah la mulut...yang aku tau sekarang, aku cuma nak lupakan kisah2 hitam yang lekat kat aku ni..dan nak jernihkan balik jadi putih..aku tau akan ambik masa untuk aku jernihkan..tapi aku akan cuba sedaya upaya aku selagi kudrat aku ada ni..

Mulut: aku akan tolong kau yea..lagipun kita serumah..tolong menolong kan amalan yang mulia..

Tiba-tiba terdengar pekikan dari organ2 lain.."kami pun sedia menolong kamu hati!!"

Hati: terima kasih semua..aku terharu sangat2 dengan sokongan dari kalian semua..aku tau, aku selalu susahkan korang semua kan..dan tanpa sokongan kamu aku seolah-olah organ yang dah mati..

Mulut: kau jangan cakap macam tu hati, aku tak nak kehilangan kau..aku harap kau cepat sembuh macam dulu..dan kita semua akan sentiasa mekar dalam ni..

Hati: terima kasih semua..sob...sob...sob..

Mulut: ala..kau jangan la sedih..aku kan ada..

Hati: aku bukan sedih..aku gembira sebab aku tau aku tak keseorangan kat sini..cuma aku kesiankan tuan kita nih..kalau aku dah tak ada perasaan, hidup tuan kita mesti tak ceria seperti dulu..aku tak nak tuan kita sentiasa bersedih..kau tau kan, tuan kita tu takkan tunjuk kat sesiapa pun w/pn dia punya masalah setinggi gunung kinabalu..sob..sob..sobs..

Mulut: aku tau, sebab itu la aku nak kau cepat sembuh..supaya kita semua boleh hidup gembira, aman dan bahagia selalu..

Hati: baiklah, aku janji untuk sembuh secepat yang mungkin..=)

Selepas itu, tuan hati dan mulut melangkah meninggalkan pantai nan indah..

p/s: kisah-kisah terdahulu tentang hati vs mulut..

Thursday, February 10, 2011

~Ubat ada macam2 jenis kan..tapi ubat untuk sakit hati ada ke?~

11 comments
Salam semua..

Mentang2 la demam..asyik nak cakap pasal ubat je ek..eh, jangan risau..saya dah makan ubat dah..ni pun dah cam kebah dah..cuma batuk ngan selsema je la..

Bila duk umah, maka sel2 otak ni pun slow la skit nak bersambung...jadi, hari ni adalah hari mengemas umah..huhu..terasa lapang skit bilik nih bila dah susun2 balik mana yang patut..kalau tak weekend la baru nak kuarkan baju2 dari beg yang bw blk kampung hari tu..hehe

Tajuk lain, tapi cakap lain pulak ek..

Hai obat la obat
Mari beli obat
Kalau la terlambat
Tak dapat..

hehe..kuar dah lagu cte P. Ramlee nih..bila sakit kita p klinik cari ubat..doc pon bagi la macam2 jenis ubat utk legakan sakit tu..tapi, kalau hati sakit, apa ubatnya yea?

Kamu ada jawapan?...sila la jawab bagi pihak saya..saya pun tak tau apa ubat yang paling mujarab..sebabnya, kalau hati saya sakit..apa yang saya buat hanyalah berdiam diri..tanpa mengeluarkan sepatah kata pun..

Tapi, orang cakap tak elok kalau asyik pendam je..elok la diluahkan..tapi, kalau diluah mati mak, ditelan mati bapak cemana pulak?...lagi susah kan kalau macam tu...

Kadang2 niat kita hanya lah untuk bergurau..tapi tak semua orang boleh terima gurauan kita, maka terjadi pendam memendam perasaan tu..kdg2 juga kita tak berniat nak buat orang lain sakit hati, tapi orang tu tersakit hati pulak dengan kita tanpa kita sedar...adeiii...pening kan kalau macam ni...

Jom layan lagu ni..eh, tetiba lagu patah hati lak ek..huhu...xde kaitan ngan sakit hati pon..;-)

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang

Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya

Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir


Monday, January 24, 2011

~Its all about life~

5 comments
When you take it, you don't even give it back..
When you have it, you don't even know what its all about..
When you see it, your beautiful eyes becomes blind with the shining..
When you trow it, you forget the value in it..
When you say it, you should know what you are talking about..

Its all about life..
Life will be so complicated when you complicate it..
But, don't take it easy when you touch people's feeling..

With the hurt that you left,
with the tears that fell down,
with the night without moon,
anythings become dark...

Wednesday, January 12, 2011

~Speechless~

0 comments
Salam semua...

Speechless....tu je nak cakap...


Biarlah matahari itu terus bersinar....gambar dari google..


Ya Allah, berikanlah petunjuk kepadaku agar tidak lagi terkeliru dengan ujian-MU..

Sunday, December 19, 2010

~Mencari sesuatu yang tak ternilai harganya~

0 comments

Jika sesuatu yang kita kehendaki belum kita perolehi, susah hati kita..

Setelah dapat, bimbang pula akan kehilangannya..

Kemudian, apa yang di perolehi itu rasa tidak cukup..
Lebih-lebih lagi apa yang diperolehi itu tidak sebanyak orang lain dapat..
Timbul pula rasa tamak memburunya..

Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan..

Sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu yang tiada bandingan nilainya...

Monday, October 25, 2010

~Ermm~

0 comments
Hati,

Menangis, merintih

Meratap pilu..

Mulut,

Tetap diam

seribu bahasa...

Monday, September 6, 2010

~Akhirnya, mereka kembali bersama~

2 comments
Nak cakap ke tak yea..
Segannya sebab kami dah lama tak bertegur sapa..
Tapi, raya kan dah nak dekat..
Tak guna juga kalau masing2 tak mahu bertegur..
Nanti tak ceria la hari raya..
Akhirnya, hati pun berdetik..

Hati: Mulut2, kau apa khabar? aku rindu nak dengar suara kau, celoteh kau..
aku tahu bulan puasa ni kau tak banyak bercakap, tapi aku nak la berbual2 dengan kau ,macam dulu2'..

Mulut: Eh, suara siapa tu...macam selalu ku dengar..tapi di mana ya..

Hati: Ala..kau merajuk lagi ke dengan aku?..sepatutnya aku yang merajuk dengan kau tau..tapi aku tak boleh hidup tanpa kau..cewahh..=)

Mulut: Tersenyum. =)..

Hati: Baguslah kalau kau dah boleh senyum..tapi aku harap senyum tu adalah senyuman yang paling ikhlas dari kau.

Mulut: Eh2 kau ni, takkan la kau tak tahu kalau senyuman tu ikhlas ke tak. Aku ikhlas. Aku pun tak nak la lama2 tak bertegur sapa dengan kau. Seksa kau tahu.

Hati: Aku tahu...=)..

Mulut: Tahu tak pe..hehe..mesti kau ada apa2 ni kan. Kalau tak mesti kau tak tegur aku lagi.

Hati: Kau memang kawan sejati aku la. Aku belum bagitahu pun kau dah tahu kan.

Mulut: Itu sebabnya kita ni sehati sejiwa..kemana je kau pergi aku kan ada juga..

Hati: Yea la..aku tahu..

Mulut: Apa dia kau nak bagitahu aku?

Hati: Eh, tadi kau cakap kau dah tahu..so, tak payah la aku bagitahu lagi.

Mulut: Ermm..kau ni..memang la aku tahu yang aku tak tahu..cuba kau bagitahu apa2 yang aku tak tahu..=D

Hati: Kau ni cakap berbelit2 lak..kena belit ngan ular baru tahu..

Mulut: Ala..gurau sikit pun tak boleh.kau ni sensitip sangat la sejak akhir2 ni..datang angin ape la kau ni sejak akhir2 ni ek..

Hati: Tu la aku pun tak tahu la..kalau ada angin tu rasa la juga nyaman sikit2..ni aku tak rasa nyaman pun..

Mulut: Haha..ada2 aja la kau ni..kalau nak angin sepoi2 bahasa kau pegi la pantai..bukan sepoi2 bahasa je, entah2 ribut pun boleh datang juga.

Hati: Wei, aku serius ni..

Mulut: Hehe..yea la.yea la..=D


Begitulah akhirnya mereka kembali bertegur sapa..mana la boleh dipisahkan mereka ni..dari kecil sampai ke umur dah suku abad tak pernah berpisah..kalau terpisah tu pun atas kehendak-NYA..=)

Thursday, June 17, 2010

~Manisnya..=)~

0 comments
Balik dr situ..
Kepala kembali pening..
Lama aku diam..
Tunduk..
Menghilangkan rasa sebu..
Ubat entah ke mana ku campak..

Mata yang terpejam..
Mengimbau saat2 manis..
Yea..manisnya dia..
Aku tersenyum..
Senyum yang penuh erti..
Dia begitu manis..
Rasanya cukuplah setakat ini..
..............=)

Friday, May 28, 2010

~Kusut~

0 comments
Saban hari...waktu semakin hampir..
Menghampiri tanpa mau menoleh kebelakang lagi..
Makin hari..terlalu payah untuk diterima akal..
Akal yang gagal menafsirkan apa yang tersimpul..
Dek kerana terlalu asyik..
Tanpa sedar telah jauh terpesong..
Hanya menunggu waktu..
yang tak mungkin dapat di putar kembali..
Mampukah lagi untuk bertahan?..
Tatkala waktunya semakin hampir..
Yang semakin menghimpit nafas..
Terasa sesak di dada bila mengenangkan..
Jiwa kosong..hati pedih.........kusutnya..

Tuesday, May 4, 2010

~Hati.....Mulut~

0 comments
Hati...............mulut.........

Macam mn nk dekat nih...

Haih...

Kena ada org tgh agaknye....

Mane nak cr nih???????

Minta tolong ngan hempedu la...

eh, x boleh...klau pecah nnt rs pahit lak...

mmm......sampai bila nk jd mcm ni nih...

Sesuatu perlu dilakukan.....



p/s: merepek di kala belum mula wt kje..huahuahua..;P

Thursday, April 22, 2010

~perang makin hebat~

0 comments
W/pun hanya pemerhati dr luar..

nmpknye perang semakin hebat..

mampukah mereka melaksanakan perang dengan sempurna bila ade sj yg x kena???

huhu..

Monday, April 12, 2010

~Warkah buat hati~

0 comments
Hati,
Janganlah kau bersedih dengan ketiadaan aku,
Aku juga merasa sunyi bila tiada lagi celoteh2 yg keluar dr aku..
Walaupun kau x pernah beritahu aku ape yg terbuku di hati,
Andai aku tahu apa yang patut aku lakukan
untuk menceriakan hati..

Namun, jgn lah risau akan aku,
Aku akan kembali bila tiba waktunya,
Aku takkan biar kau merasa kehilangan aku,
Akan aku hiasi hati dengan gelak ketawa yg keluar dr aku,
Akan aku ubat kelukaan yang pernah terguris di hatimu,

Berdoalah sayang,
Agar satu hari nnt
aku dan kau akan kembali seperti dulu,
Menjalani hari2 mendatang dengan penuh tabah
Bersama2 organ2 lain
Yang x pernah putus menyokong kita,
Agar kehidupan kita diberkati olehNYA..
Sesungguhnya, DIA Yang Maha Mengetahui
disebalik semua kejadian yang berlaku...

Ikhlas,
Mulut..

Wednesday, March 24, 2010

~bila mulut enggan berkata-kata~

0 comments
Setelah beberapa hari perang antara hati dan mulut,
hati menjadi gelisah,
kenapa mulut enggan lagi berkata-kata?
adakah mulut tidak mahu berbaik dengan hati lagi?
persoalan itulah yg sering membuatkan hati tertanya2..

saban hari hati menantikan sesuatu drp mulut,
namun, hampa yang datang..
hati ingin memujuk mulut,
tapi sikap diam mulut membuatkan hati bertambah sedih,
bila agaknya kita akan berbaiknye..
hati rindu dengan celoteh2 yang keluar dari mulut..
jgn la kerana ingin menjaga hati,
mulut terus biarkan keadaan ni sepi..

walaupun mulut terus menyepi,
hati tetap berdoa agar satu hari nanti,
mulut tidak lagi mendiamkan diri,
semoga satu hari nanti
mulut akan terus berceloteh
dan terus menceriakan hati
di masa2 akan datang...

Friday, March 19, 2010

~Hati vs Mulut~

0 comments
Hati kata macam tu,
tapi yang tersurat di mulut
selalu x serupa dengan kata hati,

walaupun kata hati selalu benar,
kenapa mulut susah nk mengikutnya..

lantas, hati merajuk kerana tidak dipedulikan,
walaupun pada hakikatnya hati tau
kenapa mulut tidak mengikut kata-katanya..

akhirnya berperang la hati dengan mulut,
dek kerana itu,
mulut membuat keputusan utk berdiam sahaja,
supaya hati tidak lagi merajuk
kerana tutur kata yg keluar darinya.....

Wednesday, March 3, 2010

~~~keciknye ht ku~~~

0 comments
kecik hati...

kecik hati...

kecik hati...

hati ku kecik...

terasanya...

terasanya...

aaah..die x peduli ponn..

xyah la kecik ht lg...huhu..=(

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template