Sunday, March 10, 2013

Selamat Berhujung Minggu

5 comments
Salaam semua..

Pagi2 hujung minggu ni tangan terasa rajin nak mencoretkan sesuatu dalam blog kesayangan yg lama menyepi nih...

Tugasan utama hari ni adalah menjadi babysitter..huhu..akak minta tolong jaga anak dia sbb dorang ada kerja skit dekat Johor..tapi dak kecik ni tak bangun lagi la pulak..nak mengaco kang nanti teriak takmo brenti susah plak..hehe..

Nak update apa pun takde idea..nak cakap pasal Sabah yg tengah bergolak tu, sana sini dah banyak berita tentang tu..cuma, yang kami risau pasal Sabah ni sebab cousin & wife dia ada di Semporna bertugas di sana, harap2 semuanya dalam keadaan selamat hendaknya..bbm tak di balas pulak tu yg risau tu..Semoga Sabah sentiasa dalam lindungan-NYA dan cepat2 la ketegangan tu berakhir..

Ok, kita tinggalkan hal Sabah tu dulu, biar org yg lagi pakar je yang mengulas isu berkenaan ya...

Niat di hati nak pergi bercuti ke tempat2 peranginan yg ada kat Malaysia ni, tp macam kena hold je dulu, ada urusan yang lagi penting perlu diuruskan...member2 dah calling2, ada yg ajak pegi Krabi la pergi Redang la..oh, semua tu dalam list yg terpaksa hold dulu, Bandung pun best jugak..oh..terpaksa dipendamkan sahaja..huwaaaaa...

Dari rumah boleh nampak KLCC, kalau TS tu tak sampai 5 minit boleh sampai...hari2 lalu pun tak terasa nak singgah..kalau dulu waktu belajar gigih la naik monorail semata2 nak ke TS, sekarang lalu pun tak pandang..jalan depan sikit lagi, jumpa pula Pavilion, tu pun hari2 lalu tak terasa pun nak singgah, kalau dulu teringin la sangat nak pergi tapi sekarang, pandang pun tak..jalan depan lagi jumpa Sogo, kalau dulu pergi jarang2 sebab jauh dan parking asyik full je, tp sekarang beli lauk pun dalam sogo..haha (ni akak ye, saya ikut je..macam takde kaitan je dengan parking tu kan..huhu)..Masjid Jamek, tumpuan orang ramai..apa yg jadi tumpuan pun saya tak tahu la..sebab kalau pergi sana tanpa tujuan toksah pergi la..buat penat je jalan situ..kalau pergi sana mesti sebab nak cari tudung ke telekung ke kain pasang ke..ha sebab tu je la kut..ke ada lagi yg boleh dibeli kat sana?

Apa motif cakap pasal di atas tu pun tak tahu la..rindu nak shopping...ingatkan hari ni boleh kuar jalan2 sambil shopping, terlupa pulak kena jadi babysitter hari ni..pagi ni sarapan cucur bawang ngan teh o je..lunch nanti nak masak apa pun tak tahu..sementara si kecik tu tak bangun lagi mau bloghopping jap cari resipi menarik untuk hari ini....bye..selamat berhujung minggu semua.. =)

Friday, February 1, 2013

Suratan atau Kebetulan..

2 comments

Salam semua...

Lama tak singgah untuk coret sesuatu kat sini..tugasan baru amat mengehadkan masa untuk ber'internet'..

Suratan atau kebetulan? kenapa agaknya ya..

Tahun 2009, setelah 40 hari bekerja di Seremban, saya mengalami satu kemalangan yang mungkin takkan saya lupakan sampai bila2...

Tahun 2013, setelah 40 hari bekerja di KL tayar kereta saya pancit..dan tayar spare juga terpaksa dibuka semula sebab tak ada angin menyebabkan saya tersadai di Shell minyak hingga pukul 10 malam..huhu




Dua2 kejadian ni mengingatkan saya tentang ikatan persahabatan dan juga kekeluargaan..

Terima kasih pada yang sudi membantu...jasa kalian amat saya hargai...

Saturday, December 22, 2012

~Fraud email..

2 comments
Salam semua..

Singgah jenguk kawan2 sambil cek emel jap hr ni..sejak keje kt KL ni mmg hari2 blk kul 8pm lebih..abih kje kul 6, jgn harap nk sampai 6.30pm..paling awal bleh sampai umh adalah pukul 6.35pm, tu pun sbb hari sabtu..oh, hari ni keje sebab replace utk 31st dec ni..so next week cuti pjg la..hehe..tgk tu, tajuk lain tp entry psl benda lain..huhu

Fraud emel yg saya dpt hr ni adalah dr ambank customer service...nk dijadikan cerita, dah la saya ni takde acc ambank tetiba ckp acc saya kena suspended sbb ada org lain akses byk kali tp error..kalau nk menipu tu jgn la mcm ni..kalau yg fraud emel dr maybank tu mmg dh byk kali la sy dpt, ayat yg lebih kurang sama..sib baik akal ni panjang skit terus call cust.service dia utk tanya betul ke emel ni..dorang ckp jgn layan emel yg mcm tu sbb itu adalah scam..huhu

Antara kandungan emel ni:


This message contains blocked images.

Show ImagesOptions

Dear valued Customer's


During our usual security enhancement protocol,
we observed multiple login attempt error while login in to your online banking account.
We believed that someone other than you is trying to access your account for security reasons,
we have temporarily suspend your account and your access to online banking and will be restricted if you fail to update it.

Please click on the link below to verify your information with us:
Ambank-Customer Care Service Department
Copyright © 1985-2010 AmBank(M) Berhad. All Right Reserved.


P/s: Apa nk jadi la dorang ni..korang2 jangan mudah percaya dengan emel yg mcm ni ye...adios, wassalam

Saturday, December 8, 2012

Pesan ayah....

1 comments
Salam semua..

Innalillah..

Perginya seorang lagi saudara terdekat kami setelah kehilangan bapa saudara 2 minggu yang lepas, semalam kehilangan lagi seorang sepupu yang terdekat yang tinggal bersebelahan rumah kami di kampung..

Usai proses pengebumian, dan sahabat handai sedara mara mula pulang untuk berehat di rumah sebelum tahlil malam ni, ayah mak & saya berbual di bawah bangsal belakang rumah..

Entah kenapa hati terasa sayu bila dengar ayah berpesan..

Kata ayah: Esok2 kalau ayah dah takde, ayah nak anak2 ayah mengaji quran di sebelah ayah..biarlah tak pandai mengaji pun, baca la apa2 ayat yang ingat, yang penting, mengaji sebelah ayah..tak kisah la terjemahan ayat quran pun..

Saya yang ada bersama2 waktu tu terasa sebak yang amat, sebak bila ayah berpesan sebegitu..dalam hati berdoa semoga Allah panjangkan usia mak & ayah..

P/s: sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah..Al-Fatihah.


Monday, December 3, 2012

Hidup ni macam-macam

4 comments
Salam semua..

3hb Dec 2012...sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru 2013 pulak..bukan nak ckp azam baru atau pun azam yang dibuat dulu apa yg dah  di capai ke tidak..cuma mahu bermuhasabah diri sebelum melangkah ke tahun baru 2013..

Asam garam kehidupan, macam-macam rasa ada..kalau di adun sebati entah apa hasilnya kan..hidup ni satu proses pembelajaran..selagi mana kita bernafas di muka bumi ini, selagi itulah tempoh pembelajaran itu tidak akan selesai..tp, apa yang kita pelajari? pernah kita renung kembali apa yang dah kita lalui dan apa yang kita dah pelajari daripada pelajaran kehidupan yang kita lalui? Ya atau Tidak?

Ada orang sentiasa dengan mengomel, meng'komplen', memuji, dan sebagainya..ada juga yang sentiasa bersyukur, rendah diri, dan sebagainya..kita pula bagaimana?

Hidup ini hanyalah sementara..ya..sementara..selagi kita dipinjamkan nyawa ini olehNYA, rebutlah peluang untuk mengejar akhirat yang mendatang dan semakin tiba..kita tak tahu ajal kita, tp DIA Maha Mengetahui segalanya..

Bersangka baik dengan semua orang walau apa pun yang telah, sedang dan yang akan berlaku..sesungguhnya, di sebalik kejadian tu, ada hikmahnya..

 Wassalam


p/s: Fikiran bercelaru..nafas terasa sesak dalam dada, maaf atas segalanya..


Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template