Tuesday, June 28, 2011

~Hari pertama menyahut cabaran~

6 comments
Assalamualaikum...

Hehehe...baru semalam up entry pasal cabar diri sendiri kan...hari ni terus buat tindakan..fuhh..rasa sedikit puas bila berjaya mengatasi perasaan gementar dan tidak yakin...apa yang penting, percaya dengan kebolehan diri sendiri..walaupun kita sudah tahu tahap kemampuan diri kita setakat mana, tak salah kalau kita cabar diri kita untuk melakukan sesuatu yang kita rasa kita tak mampu nak lakukan...eh, korang faham ke tak ni?...tak pe takpe...yang penting saya faham..hehe

Esok, cuti sempena israk mikraj...KL mungkin tak cuti...jadi, kepada yang cuti esok SELAMAT BERCUTI!!..dan kepada yang kerja esok..selamat BEKERJA!!!...hehe

Monday, June 27, 2011

~Cabar diri sendiri~

4 comments
Assalamualaikum..

Perkara yang paling sukar untuk diri kita lakukan adalah mencabar diri sendiri..sama ada cabar diri untuk diet ke..cabar diri untuk berani berhadapan dengan orang ramai ke..cabar diri sendiri untuk memberi ucapan ke..dan sebagainya lagi..

Tapi, bila ada saja cabaran dari orang di sekeliling, senang saja kita sahut cabaran itu..adakah kita hanya ingin menunjuk yang kita mampu buat?..adakah kita rasa kita yang paling hebat maka kita pun sahut cabaran tersebut?..atau apa?

Hanya orang yang berani menerima risiko sahaja yang berani mencabar diri sendiri..yang penting, mahu tau tidak sahaja..semuanya terpulang pada diri sendiri..selagi kita tak berani mengambil risiko untuk mencabar diri sendiri, selama itu lah hidup kita akan tetap sama dan tidak berubah..tidak ada salahnya berubah ke arah yang lebih baik..

Monday, June 20, 2011

~MC yang kebetulan..huhu~

4 comments
Assalamualaikum semua..

Dah lunch semua?..Amacam hari ni?..seronok ke keje?..hehe..pssst..psssst..saya cuti lagi hari ni..mc..huhu

Minggu lepas dah mc..selang beberapa hari mc lagi..ni bukan main2..ni betul2..smlm entah kenapa 'ketidakbermayaan' badan ni datang lagi..sib baik kat rumah kakak, jadi ada lah jugak orang yang monitor makan dan minum..smlm memang rasa otak ni dah tak dapat bertahan...sampai kan nak berdiri pun rasa tak mampu...nape entah..takut jugak kut2 kena denggi ke apa ke sebab badan ni rasa bisa2 je..tapi tanda2 lain takda pulak..badan memang toksah cakap la..panas dalam..rasa kering je..

Ermm..dah la hari ni ada interview..hihi..dengan tak prepare apa2 pergi interview, dalam hati gamble je sebab taknak di cop 'Tak datang interview'..pagi sebelum interview baru la kocoh2 nak prepare ape yang patut..sib baik resume & sijil2 memang dah spare beberapa salinan..bawa je la..sepatutnya saya memang cuti hari ni..tapi dah kebetulan pulak demam kan, jadi selamatkanlah cuti tu..pegi la klinik ambik mc..tapi yang tak bestnya bila time cuti ni la ramai yang mencari..adoii..susah betul la bila cuti nih..

Macam2 la kat ofis tu..harap cepat2 la dapat keje tempat lain..dah la annual leave pun dah abih..wuaa..huhu..mc byk lg tinggal...adeii..nampaknya raya nanti kena ambik unpaid leave la..huhu

p/s: Selamat bekerja semua!!..hehe..=)

Friday, June 17, 2011

~Sakit kepala sampai menangis~

11 comments
Assalamualaikum semua...

Hari ni saya mc..sakit kepala yang amat sangat disertai dengan demam dan sampai menangis2 sebab tak tahan..memang rasa sangat tidak bermaya dan rasa mau pitam..masuk ofis tak sampai setengah jam, pastu bos suh pegi klinik..maknanya mc terus la tu kan..

Sampai klinik, doktor terpaksa bercakap dengan saya dengan nada seperti nak pujuk budak2 pulak..huhu..mana taknya, ni la pertama kali saya rasa sakit kepala yang teramat macam ni..doktor tanya itu tanya ini..sempat lagi dia membebel sebab saya makan buah limau semalam..huhu..doktor cakap macam tu pun dah mula berair dah mata ni..

Skang ni dah ok skit..lepas makan ubat memang lencun abis baju disebabkan peluh...ok la tu kan...ni pun tekak rasa pahit je nak menelan..2-3 hari ni selera makan memang ke laut la...hari ni pun tak sentuh nasi pun..sebab tak de selera nak makan..huhu

Cuaca skang pun tak menentu kan..jadi jagalah kesihatan anda semua yea..=)

Thursday, June 16, 2011

~Papan Impian Saya~

7 comments
Assalamualaikum semua..

Pagi2 tadi, ada orang telah touch hati dan perasaan saya dengan berkata:

'Why is called a present, yesterday is a history, tomorrow is a gift'

sehingga hampir menitiskan air mata saya ni..2-3 hari ni saya di kelilingi dengan orang2 yang sangat membuatkan saya nak menangis je rasanya..huhu..

Ok, tinggalkan pasal perkara-perkara yang mengganggu emosi tu yea..Oh yea..nak bagitau berita yang sangat baik..pagi tadi kawan ofis saya interkom dan bagitau yang mak dia tak perlu dibedah..mak kawan saya ni ada breast cancer, stage 3...memang orang kata dah tak ada harapan untuk sembuh kalau dah sampai tahap tu..yang buat saya lagi gembira sebab tak sia2 saya perkenalkan satu supplement kat dia utk bagi mak dia makan..dan alhamdulillah, kadar sembuh pun sangat cepat..dah 2 kali kemo, tapi alhamdulillah selepas kemoterapi pun mak dia tak alami apa2 simptom seperti kebiasaan orang yang kena kemo..rasa loya, demam dan muntah2 langsung tak di rasai oleh mak dia..sangat syok bila dia ckap..

"Akak happy sangat ni bila doktor pakar cakap tak payah operate"..dapat bayang muka dia yang senyum lebar sampai ke telinga..huhu..touching sgt2 kan..huhu

Ok2..kembali kepada tajuk entry..ni tetiba nak cakap pasal impian pulak..slalunya orang akan buat impian bila dah masuk tahun baru ke..akhir tahun ke..saya ni terbalik pulak...tengah2 tahun pulak dah ek..impian saya adalah:

1) Nak tukar kereta baru ---> Honda Jazz...erk...huhu...Pearl White..hehe
2) Nak bawa parents pergi umrah..insyaAllah tahun hadapan..doa2 kan la ye..=)
3) Nak beli sebuah rumah ---> ni pun harap2 dapat la merasa duk rumah sendiri..huhu
4) Nak pergi travel keliling dunia...mesti best kan...hihi..

Dah tu je impian saya yang nak dicapai dalam masa terdekat...dalam jangka masa yang panjang pula mesti la nak kesihatan yang baik...kalau kesihatan tak baik macam mana nak capai impian yang seperti di atas tu kan..hehe


p/s: dah2..sambung buat keje..saya dah siap dah..ni rasa nak cabut lari je dari opis..haha

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template