Saturday, June 16, 2012

Tipah tertipu!

2 comments
Salaam


Feel like being fooled by someone...


Argggghhhhh!!!...tolonglah...


p/s: jangan mudah percaya dengan orang yang kita tak kenal...pesanan khas daripada penaja..sekian..

Thursday, June 14, 2012

Tak tahu letak tajuk apa sebab otak tengah bercelaru..

0 comments
Salaam..

Orang selalu cakap, kadang2 kenyataan yang sebenar selalunya susah untuk dihadapi..
Ya, memang benar...
Tambah pula bila ianya melibatkan 2 hati yang hidup..

Sampai masa kita tersedar
Segala-galanya berubah menjadi asing
Asing dalam diri
Asing dalam hati
Asing dalam pertuturan

Terlajak perahu boleh di undur
Terlajak kata buruk padahnya

Mimpi dan realiti tidak akan sama

Mimpi  membiarkan kita terbuai dalam anganan yang indah
Mimpi boleh membiarkan kita lupa asal usul kita
Mimpi juga boleh membuai kita ke alam yang tidak terjangkau oleh akal fikiran
Mimpi membuatkan kita hanyut dalam bayangan sendiri

Realiti
Terlalu sukar untuk dihadapi
Realiti yang teramat sukar untuk dijelaskan oleh akal fikiran
Realiti yang kadang kala membuatkan diri merana
Realiti yang kadang kala boleh membunuh jiwa raga
Realiti bisa membuatkan manusia hilang pertimbangan
Realiti juga membuatkan kita tersedar dari lamunan yang indah
Dan realiti inilah yang bisa membuatkan kita tersungkur kadang kala.....





Friday, June 8, 2012

Yeay...boleh tulis lagi kat sini..

5 comments
Salaam semua..

Fuhh...ingatkan dah tak dapat diselamatkan blog ni...entah kenapa tiba2 je cakap domain blog ni dah expired sedangkan saya tak pernah la pulak guna domain yang berbayar tu...huhu (free ada buat apa nak bayar kan..;)

Baru balik dari bercuti panjang di Kelantan, tapi tak sempat shopping dan jalan2 ke mana pun di Kelantan tu...pelik2...masa berlalu begitu pantas...haih...

Mak pun dah start berbunyi minta cari kerja kat sana je...gaji sikit pun takpe, asalkan duk dekat ngan family...sedang menimbang tara cadangan tersebut...agak2 ada ke orang nak ambik saya kerja??...huhu

p/s: moga pintu rezki terbuka di mana2 ada peluang untuk saya....kalau oversea?...erkkkk...

Tuesday, May 22, 2012

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini..

5 comments
Assalamualaikum semua..

Apa khabar?..:)
Lama sudah tak coretkan sesuatu dalam blog ini..

Alhamdulillah, sehingga hari ini masih diberi peluang untuk bernafas dan teruskan kehidupan di dunia ini..

21 Mei 1984, 28 tahun yang lalu..seorang bayi perempuan dilahirkan dengan berat hanya 2.8 kg..menangis, merengek mahu dibelai oleh ibu tersayang..bayi perempuan itu ditatang bagai minyak yang penuh..diberi kasih sayang yang tidak terhingga..segala kelengkapan dipenuhi..sehinggalah kini, bayi perempuan tersebut meningkat dewasa..anggun, ayu (hehe)..walaupun berada berjauhan daripada keluarga tersayang, beliau masih lagi mendambakan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya..tiada mereka, tiadalah aku..=)

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan, jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kedua orang tua saya, mak NIK KAMARIAH BT NIK SULAIMAN & ayah AB. LATIFF B. ISMAIL kerana telah melahirkan saya, mendidik saya, memberi kasih sayang yang tak terhingga, membesarkan saya, bersabar dengan setiap kenakalan saya, bersabar dengan kerenah saya, segala susah payah, penat lelah menjaga saya, ketika saya sakit, gembira, sedih..segala-galanya..semoga kalian diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia untuk melihat kajayaan dan kebahagiaan saya, sentiasa dalam lindunganNYA...

Dan kepada sahabat2 yang wish  for my birthday, cake..lunch treat, thank you so much..=)

Semoga dengan pertambahan usia ini, makin bertambah iman di dada..harap diampunkan segala dosa yang telah dilakukan, sentiasa diberi lindungan olehNYA, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia ini mahupun di akhirat kelak..

And, special thanks goes to my mr. right, thank you for your support, ur caring, ur everythings..hopefully everythings will go smooth as what we hv planned..pray & make doa to Allah to get HIS bless..amin..

p/s: Senyum, tak perlu kata apa-apa..=)

Thursday, May 3, 2012

Akal & hati

0 comments
Assalamualaikum..

Bila akal dan hati tidak selari..

Semua benda pun tak menjadi..

Fikiran melayang..

Hati pula bercelaru...hurmm

Semoga Allah bukakan hati kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini untuk mendapatkan keredhaan dariNYA...


Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template