Tuesday, July 5, 2022

UJIAN NO 1 SELEPAS BERKAHWIN IALAH KEWANGAN

0 comments
Bila letak tajuk ni mungkin ramai yang tak setuju, dan tak kurang juga yang setuju.
Hari ni kita dikejutkan dengan berita yg suami kelar isteri & bayi yang baru lahir, kemudian bawa motor dalam keadaan tanpa pakaian. Mengucap panjang Cik Eda.

Ya, bila kita tengok berita ni, istighfar banyak2, doa moga Allah lapangkan dada & hati kita supaya tidak terikut dengan hasutan syaitan. Katanya juga persiapan untuk bersanding tak lama lagi sudah siap. Allahuakbar.

Semalam Cik Eda sempat berbual dengan staff, perkara paling penting bila dah berkeluarga adalah tentang pengurusan. Pengurusan masa dan juga pengurusan kewangan. Sebab apa, bila kita tak mampu nak uruskan kedua duanya, maka akan ada kepincangan dalam kehidupan berkeluarga. Malah, bilamana seorang anak dilahirkan, maka bertambah komitmen kewangan dalam keluarga, sebab tu pengurusan kewangan juga penting.

Selalu kita dengar orang cakap, "aku tak de barang mewah pun takpe, janji makan minum pakai anak2 aku terjaga aku dah ok". Benda ni Cik Eda tak nafikan, sebab kami suami isteri pun ada ucap ayat ni. Bagi kami, keperluan anak2 jadi keutamaan. Cik Eda akui ibu bapa diluar sana pun setuju dengan ayat ni kan. Sebab tu kita boleh lihat ada suami sanggup buat 2-3 jenis kerja semata mata nak cari duit untuk tampung perbelanjaan keluarga. Kalau takde duit, macam mana nak bagi anak bini makan? Isteri turut sama bekerja untuk bantu ekonomi keluarga, sanggup buat bisnes untuk dapat pendapatan sampingan. 

Bila suami/isteri dah buat banyak kerja dalam satu masa, timbullah pula isu pengurusan masa. Dekat sini, pengurusan masa memang sangat2 penting. Ini kerana, bila dah buat banyak kerja dalam satu2 masa, masa untuk bersama dengan keluarga semakin berkurang. Jadi, suami & isteri perlu bijak untuk seimbangkan masa bersama keluarga & anak2 supaya hubungan kekeluargaan tu sentiasa utuh & juga harmoni. So, kedua dua ni amat berkait rapat. Bila kewangan tak stabil, bermacam macam maslah kita boleh dengar. Tambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil dengan kadar inflasi semakin meningkat.

Kuatkan iman di dada. Bila stress je pergi ambik wudhuk, baca al-quran atau apa saja yang boleh menenangkan hati. Jangan sampai terbawa bawa dalam emosi kelak diri sendiri yang merana. 

Moga dalam rahmat Allah S.W.T. semuanya.


Lots of love,
Cik Eda 💗

Friday, June 24, 2022

Bila Rindu

0 comments

 Bila lama tak menulis, hati meronta ronta nak menulis. 

Otak mula berfikir, lama tak jengah blog, entah ada lagi entah tidak. 
Mula gerakkan cursor dan menaip, search. Blog masih di sini.
Setelah 3 hari meneroka, ku faham. Kini, blog tidak lagi popular untuk zaman kini. Mungkin kerana blog agak kaku dan agak skema.
Tapi ku kira blog ni sangat berguna terutama bila mencari sesuatu bahan2 yang tidak terdapat dalam media sosial arus ini.


Setelah 6 tahun, entry pertama Cik Eda, di pagi Jumaat.
Sungguh hati ni selalu ingat kematian. Pagi tadi sempat hantar anak pengasuh ke sekolah untuk latihan sukan, kebetulan depan skolah adalah tanah perkuburan tempat persemadian arwah abg ipar. Sempat sedekahkan alfatihah untuk arwah. Moga beroleh syurga yg kekal. Selang beberapa jam kemudian, menerima perkhabaran duka dari sepupu yang isteri anak sedara ayah meninggal dunia. Sungguh agak terkejut sebab selama ni tengok arwah sihat, & tidak tahu yg beliau ada penyakit.

Scroll pula di instagram, melintas satu posting dari page dakwah tentang kematian yang dicemburui. Tazkirah setelah pengebumian jenazah. Sedikit tazkirah berbunyi:

'Sesungguhnya mati itu pasti, syurga & neraka itu pasti. Jika dulu kita sukakan moto besar, & kerata besar, ketahuilah kereta terakhir kita adalah van jenazah seperti hari ini. Sekiranya kita sukakan rumah2 besar, ketahuilah pengakhiran rumah kita hanyalah sekecil liang lahad. Sekiranya kita dulu sukakan perfume2 mewah & wangi2, ketahuilah perfume terakhir kita nanti adalah kapur barus. Sekiranya kita dulu sukakan fesyen, baju2 yg mahal, ketahuilah baju terakhir kita adalah kain kafan"

Sungguh deep tazkirah yang diberikan.
Moga kita semua beroleh syafaat serta semoga iman sentiasa terpelihara.
Allah tidak pandang siapa kita pada mulanya, tapi Allah pandang pengakhiran kita bagaimana. 


Wallahualam.


Ikhlas,
Cik Eda with love
(rindu menulis dari hati)

Monday, August 29, 2016

Family tetap nombor satu di hati...

1 comments
Assalamualaikum...

Masuk hari ni, sudah hampir 3 bulan tak jenguk mak & ayah kt kampung. Rindu di hati dah tak tertanggung. Mengenangkan tanggungjawab yg perlu di pikul, hati menyembunyikan rasa sedih sebab terpaksa mungkir janji lagi untuk pulang ke kampung.

Andai mak & ayah baca coretan ini, anakmu ini terlalu ingin memeluk kalian. Sendu & tangis terpaksa disorokkan, tidak mahu ada yg terguris hati biar diri sendiri yg terhiris.

Hidup dalam persekitaran mertua buat aku terfikir, andai satu masa nanti aku sudah tiada, apalah yg akan berlaku. Bagaimana agaknya layanan yg akan diberikan kepada anakku. Sungguh bukan caraku untuk mendidik anak dengan kasar jauh sekali untuk menjarakkan hubungan anakku dengan sepupu2 mereka.

Di mata mereka, hanya mereka yg terbaik. Lumrah anak kecil suka bermain, jangan ditegah kerana itu salah satu proses pembelajaran tak formal bg mereka. Salahkan jika ingin bermain sesama sepupu? Yang amat menyedihkan bila ingin dijauhkan pula cucu & neneknya. Semua ni buat aku terfikir berpeluangkah anakku berjumpa nenek&atuknya jika aku tiada kelak?


#YaAllahkuatkanlahhatikuini
#rindupadafamilytaktertahan
#rindusangat2mak&ayah
#sentiasapositif

Thursday, August 6, 2015

Dah tak lama lagi dah..

3 comments
Assalamualaikum semua...

Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua...masih lagi di bulan Syawal kita ni, jadi dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata sepanjang berada di dunia ini...

Kurang lebih 2 bulan lagi saya bakal bergelar ibu dan akan melahirkan anak..dah tak lama lagi dah..

Pesan saya pada suami:

"B, tak lama lagi anak kita bakal lahir...kalau apa apa jadi dekat ayang lepas bersalin nanti, jaga lah anak kita baik baik..terapkan ilmu agama dalam dirinya supaya sentiasa berada di jalan yang benar. Kalau b tak mampu nak teruskan tanggungjawab tu, hantarlah anak kita kepada Mak & Ayah kat kelantan, biarlah diorang yang didik anak kita sehingga menjadi manusia yang berguna"




P/s: Perasaan bercampur baur bila tarikh dah makin dekat...semoga semuanya dipermudahkan olehNYA...




Thursday, June 25, 2015

Puasa pertama sebagai seorang isteri..

0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-8 umat Islam berpuasa...Selamat menjalani ibadah puasa...

Tahun ni saya sambut ramadhan bersama suami tercinta..ada sedikit kelainan terutama ketika bersahur...kalau tahun lepas, saya banyak berbuka dekat ofis je, maklumla tuntutan kerja di KL memerlukan saya kerja sampai ke malam...Alhamdulillah tahun ni Allah masih beri peluang pada saya untuk menjalani ibadah puasa...

Apa yang lain nya?

Tinggal bersama keluarga mertua tiada masalah bagi saya..ramai yang cakap di awal perkahwinan bolehla duk dengan mertua, layanan pun superb..tunggu la 2-3 bulan mula la ada yang berbunyi..tapi Alhamdulillah, keluarga mertua terlalu baik sehinggakan saya tak rasa janggal bersama sama dengan mereka...cuma dengan bapa mertua saya kurang bercakap, mungkin sebab dia pun tak berapa banyak cakap kalau tiada hal yang penting...MIL? ok sangat sangat..sampaikan tak larat nak layan borak dengan dia...hihi...

Puasa tahun ni bersama suami, satu pengalaman yang cukup indah...masuk hari ke-8 baru sekali berkesempatan memasak juadah berbuka untuk suami dan mertua...hari2 lain samada beli di pasar ramadhan atau pun MIL yang masak...selera FIL lain skit bila masuk bulan puasa ni, kalau boleh hari2 pun kena ada lauk yang berasaskan santan...so, saya jadi assistant MIL je la kat dapur, takut tak kena selera pulak FIL...saya cuma buat desert sahaja untuk berbuka..setakat ni dah buat puteri mandi, triffle puding & puding caramel...tapi saya perasan, mula2 diorang tak sentuh pun desert yang saya buat..ye la orang Kelantan kan selalunya makanan diorang manis2...tapi bila saya beritahu tak berapa manis sangat baru la diorang cuba..Alhamdulillah depa suka...

Suami? tak banyak kerenah pasal makanan...apa yang ada dia akan makan...selalunya dia akan lebihkan saya bila bab juadah berbuka...dia akan tanya saya nak makan apa kalau pergi bazar ramadhan...mungkin sebab saya tengah pregnant kut2 la teringin nak makan apa2 kan...setakat ni Alhamdulillah saya takde la mengidam sangat tentang makanan pelik2 ni...apa yang ada saya makan, cuma ada sehari tu teringin nak makan bubur lambuk & kuih tepung pelita...beli kat pasar ramadhan, bubur lambuk rasa macam nasi sup, kuih tepung pelita tu pula sebenarnya kuih tako...tapi orang kat sini panggil tu tepung pelita...ermm...lepas tu dah kecewa dah nak beli apa2 kat pasar ramdhan..

Syukur, walaupun berbadan dua, saya masih lagi dapat meneruskan puasa...ingatkan boleh la puasa penuh tahun ni, dah bocor sehari pada hari ke-2...risau akan memudaratkan kandungan saya terpaksa berbuka sebab muntah2...Lepas tu terus tak tinggalkan minuman tenaga saya iaitu milkshake + jus kurma...memang beri tenaga lebih bila ambil kurma ni...resipi suami la yang cadangkan sebab dia cakap waktu dia puasa kat Dubai tahun lepas itu la minuman tenaga yang paling berkhasiat bila bersahur...memang betul pun...kebetulan ramai kawan2 yang jual qaseh gold, apa lagi order la dengan diorang so tak payah nak blend lagi kurma tu, campurkan je dalam susu then shake aje...

Apa apa pun pengalaman berpuasa bersama suami adalah pengalaman terindah..mujur juga tak susah nak kejutkan suami bangun sahur...selalu tak perlu nak kejutkan sesiapa, kali ni lain pula...

Itu aje la untuk kali ni...dah tak tahu nak susun ayat dah ni...kalau rajin ada la update dari saya lagi...Selamat berpuasa semua...syukur dengan apa yang ada... =)

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template