Tuesday, July 5, 2022

UJIAN NO 1 SELEPAS BERKAHWIN IALAH KEWANGAN

0 comments
Bila letak tajuk ni mungkin ramai yang tak setuju, dan tak kurang juga yang setuju.
Hari ni kita dikejutkan dengan berita yg suami kelar isteri & bayi yang baru lahir, kemudian bawa motor dalam keadaan tanpa pakaian. Mengucap panjang Cik Eda.

Ya, bila kita tengok berita ni, istighfar banyak2, doa moga Allah lapangkan dada & hati kita supaya tidak terikut dengan hasutan syaitan. Katanya juga persiapan untuk bersanding tak lama lagi sudah siap. Allahuakbar.

Semalam Cik Eda sempat berbual dengan staff, perkara paling penting bila dah berkeluarga adalah tentang pengurusan. Pengurusan masa dan juga pengurusan kewangan. Sebab apa, bila kita tak mampu nak uruskan kedua duanya, maka akan ada kepincangan dalam kehidupan berkeluarga. Malah, bilamana seorang anak dilahirkan, maka bertambah komitmen kewangan dalam keluarga, sebab tu pengurusan kewangan juga penting.

Selalu kita dengar orang cakap, "aku tak de barang mewah pun takpe, janji makan minum pakai anak2 aku terjaga aku dah ok". Benda ni Cik Eda tak nafikan, sebab kami suami isteri pun ada ucap ayat ni. Bagi kami, keperluan anak2 jadi keutamaan. Cik Eda akui ibu bapa diluar sana pun setuju dengan ayat ni kan. Sebab tu kita boleh lihat ada suami sanggup buat 2-3 jenis kerja semata mata nak cari duit untuk tampung perbelanjaan keluarga. Kalau takde duit, macam mana nak bagi anak bini makan? Isteri turut sama bekerja untuk bantu ekonomi keluarga, sanggup buat bisnes untuk dapat pendapatan sampingan. 

Bila suami/isteri dah buat banyak kerja dalam satu masa, timbullah pula isu pengurusan masa. Dekat sini, pengurusan masa memang sangat2 penting. Ini kerana, bila dah buat banyak kerja dalam satu2 masa, masa untuk bersama dengan keluarga semakin berkurang. Jadi, suami & isteri perlu bijak untuk seimbangkan masa bersama keluarga & anak2 supaya hubungan kekeluargaan tu sentiasa utuh & juga harmoni. So, kedua dua ni amat berkait rapat. Bila kewangan tak stabil, bermacam macam maslah kita boleh dengar. Tambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil dengan kadar inflasi semakin meningkat.

Kuatkan iman di dada. Bila stress je pergi ambik wudhuk, baca al-quran atau apa saja yang boleh menenangkan hati. Jangan sampai terbawa bawa dalam emosi kelak diri sendiri yang merana. 

Moga dalam rahmat Allah S.W.T. semuanya.


Lots of love,
Cik Eda 💗

Friday, June 24, 2022

Bila Rindu

0 comments

 Bila lama tak menulis, hati meronta ronta nak menulis. 

Otak mula berfikir, lama tak jengah blog, entah ada lagi entah tidak. 
Mula gerakkan cursor dan menaip, search. Blog masih di sini.
Setelah 3 hari meneroka, ku faham. Kini, blog tidak lagi popular untuk zaman kini. Mungkin kerana blog agak kaku dan agak skema.
Tapi ku kira blog ni sangat berguna terutama bila mencari sesuatu bahan2 yang tidak terdapat dalam media sosial arus ini.


Setelah 6 tahun, entry pertama Cik Eda, di pagi Jumaat.
Sungguh hati ni selalu ingat kematian. Pagi tadi sempat hantar anak pengasuh ke sekolah untuk latihan sukan, kebetulan depan skolah adalah tanah perkuburan tempat persemadian arwah abg ipar. Sempat sedekahkan alfatihah untuk arwah. Moga beroleh syurga yg kekal. Selang beberapa jam kemudian, menerima perkhabaran duka dari sepupu yang isteri anak sedara ayah meninggal dunia. Sungguh agak terkejut sebab selama ni tengok arwah sihat, & tidak tahu yg beliau ada penyakit.

Scroll pula di instagram, melintas satu posting dari page dakwah tentang kematian yang dicemburui. Tazkirah setelah pengebumian jenazah. Sedikit tazkirah berbunyi:

'Sesungguhnya mati itu pasti, syurga & neraka itu pasti. Jika dulu kita sukakan moto besar, & kerata besar, ketahuilah kereta terakhir kita adalah van jenazah seperti hari ini. Sekiranya kita sukakan rumah2 besar, ketahuilah pengakhiran rumah kita hanyalah sekecil liang lahad. Sekiranya kita dulu sukakan perfume2 mewah & wangi2, ketahuilah perfume terakhir kita nanti adalah kapur barus. Sekiranya kita dulu sukakan fesyen, baju2 yg mahal, ketahuilah baju terakhir kita adalah kain kafan"

Sungguh deep tazkirah yang diberikan.
Moga kita semua beroleh syafaat serta semoga iman sentiasa terpelihara.
Allah tidak pandang siapa kita pada mulanya, tapi Allah pandang pengakhiran kita bagaimana. 


Wallahualam.


Ikhlas,
Cik Eda with love
(rindu menulis dari hati)

Monday, August 29, 2016

Family tetap nombor satu di hati...

1 comments
Assalamualaikum...

Masuk hari ni, sudah hampir 3 bulan tak jenguk mak & ayah kt kampung. Rindu di hati dah tak tertanggung. Mengenangkan tanggungjawab yg perlu di pikul, hati menyembunyikan rasa sedih sebab terpaksa mungkir janji lagi untuk pulang ke kampung.

Andai mak & ayah baca coretan ini, anakmu ini terlalu ingin memeluk kalian. Sendu & tangis terpaksa disorokkan, tidak mahu ada yg terguris hati biar diri sendiri yg terhiris.

Hidup dalam persekitaran mertua buat aku terfikir, andai satu masa nanti aku sudah tiada, apalah yg akan berlaku. Bagaimana agaknya layanan yg akan diberikan kepada anakku. Sungguh bukan caraku untuk mendidik anak dengan kasar jauh sekali untuk menjarakkan hubungan anakku dengan sepupu2 mereka.

Di mata mereka, hanya mereka yg terbaik. Lumrah anak kecil suka bermain, jangan ditegah kerana itu salah satu proses pembelajaran tak formal bg mereka. Salahkan jika ingin bermain sesama sepupu? Yang amat menyedihkan bila ingin dijauhkan pula cucu & neneknya. Semua ni buat aku terfikir berpeluangkah anakku berjumpa nenek&atuknya jika aku tiada kelak?


#YaAllahkuatkanlahhatikuini
#rindupadafamilytaktertahan
#rindusangat2mak&ayah
#sentiasapositif

Thursday, August 6, 2015

Dah tak lama lagi dah..

3 comments
Assalamualaikum semua...

Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua...masih lagi di bulan Syawal kita ni, jadi dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata sepanjang berada di dunia ini...

Kurang lebih 2 bulan lagi saya bakal bergelar ibu dan akan melahirkan anak..dah tak lama lagi dah..

Pesan saya pada suami:

"B, tak lama lagi anak kita bakal lahir...kalau apa apa jadi dekat ayang lepas bersalin nanti, jaga lah anak kita baik baik..terapkan ilmu agama dalam dirinya supaya sentiasa berada di jalan yang benar. Kalau b tak mampu nak teruskan tanggungjawab tu, hantarlah anak kita kepada Mak & Ayah kat kelantan, biarlah diorang yang didik anak kita sehingga menjadi manusia yang berguna"




P/s: Perasaan bercampur baur bila tarikh dah makin dekat...semoga semuanya dipermudahkan olehNYA...




Thursday, June 25, 2015

Puasa pertama sebagai seorang isteri..

0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-8 umat Islam berpuasa...Selamat menjalani ibadah puasa...

Tahun ni saya sambut ramadhan bersama suami tercinta..ada sedikit kelainan terutama ketika bersahur...kalau tahun lepas, saya banyak berbuka dekat ofis je, maklumla tuntutan kerja di KL memerlukan saya kerja sampai ke malam...Alhamdulillah tahun ni Allah masih beri peluang pada saya untuk menjalani ibadah puasa...

Apa yang lain nya?

Tinggal bersama keluarga mertua tiada masalah bagi saya..ramai yang cakap di awal perkahwinan bolehla duk dengan mertua, layanan pun superb..tunggu la 2-3 bulan mula la ada yang berbunyi..tapi Alhamdulillah, keluarga mertua terlalu baik sehinggakan saya tak rasa janggal bersama sama dengan mereka...cuma dengan bapa mertua saya kurang bercakap, mungkin sebab dia pun tak berapa banyak cakap kalau tiada hal yang penting...MIL? ok sangat sangat..sampaikan tak larat nak layan borak dengan dia...hihi...

Puasa tahun ni bersama suami, satu pengalaman yang cukup indah...masuk hari ke-8 baru sekali berkesempatan memasak juadah berbuka untuk suami dan mertua...hari2 lain samada beli di pasar ramadhan atau pun MIL yang masak...selera FIL lain skit bila masuk bulan puasa ni, kalau boleh hari2 pun kena ada lauk yang berasaskan santan...so, saya jadi assistant MIL je la kat dapur, takut tak kena selera pulak FIL...saya cuma buat desert sahaja untuk berbuka..setakat ni dah buat puteri mandi, triffle puding & puding caramel...tapi saya perasan, mula2 diorang tak sentuh pun desert yang saya buat..ye la orang Kelantan kan selalunya makanan diorang manis2...tapi bila saya beritahu tak berapa manis sangat baru la diorang cuba..Alhamdulillah depa suka...

Suami? tak banyak kerenah pasal makanan...apa yang ada dia akan makan...selalunya dia akan lebihkan saya bila bab juadah berbuka...dia akan tanya saya nak makan apa kalau pergi bazar ramadhan...mungkin sebab saya tengah pregnant kut2 la teringin nak makan apa2 kan...setakat ni Alhamdulillah saya takde la mengidam sangat tentang makanan pelik2 ni...apa yang ada saya makan, cuma ada sehari tu teringin nak makan bubur lambuk & kuih tepung pelita...beli kat pasar ramadhan, bubur lambuk rasa macam nasi sup, kuih tepung pelita tu pula sebenarnya kuih tako...tapi orang kat sini panggil tu tepung pelita...ermm...lepas tu dah kecewa dah nak beli apa2 kat pasar ramdhan..

Syukur, walaupun berbadan dua, saya masih lagi dapat meneruskan puasa...ingatkan boleh la puasa penuh tahun ni, dah bocor sehari pada hari ke-2...risau akan memudaratkan kandungan saya terpaksa berbuka sebab muntah2...Lepas tu terus tak tinggalkan minuman tenaga saya iaitu milkshake + jus kurma...memang beri tenaga lebih bila ambil kurma ni...resipi suami la yang cadangkan sebab dia cakap waktu dia puasa kat Dubai tahun lepas itu la minuman tenaga yang paling berkhasiat bila bersahur...memang betul pun...kebetulan ramai kawan2 yang jual qaseh gold, apa lagi order la dengan diorang so tak payah nak blend lagi kurma tu, campurkan je dalam susu then shake aje...

Apa apa pun pengalaman berpuasa bersama suami adalah pengalaman terindah..mujur juga tak susah nak kejutkan suami bangun sahur...selalu tak perlu nak kejutkan sesiapa, kali ni lain pula...

Itu aje la untuk kali ni...dah tak tahu nak susun ayat dah ni...kalau rajin ada la update dari saya lagi...Selamat berpuasa semua...syukur dengan apa yang ada... =)

Friday, April 24, 2015

Tak pernah terlintas untuk berada di sini...

0 comments
Assalamualaikum...

Jumpa lagi walaupun jarang2 blog ni di update...huhu...masa luang amatlah terhad, nak buat macam mana kan...ini pun curi2 masa je ni...

Apa yang tak pernah terlintas tu..huhu...semuanya berkenaan dengan alam pekerjaan...ya...dulu waktu darjah 1, soalan cepumas yang cikgu tanya mesti cita2 nak jadi apa? maka keluar la jawapan seperti doktor, ahli bomba, polis, askar, cikgu, yang paling havoc skali bila ada sorang student jawap nak jadi angkasawan....apa benda tu angkasawan? dulu mana la minda ni berkembang sangat kan...pastu ada pulak yang jawap nak jadi ahli arkeologi...lagi la tercengang semua yang lain...hihi...itu dulu zaman baru sekolah rendah, soklan klise org cakap...

Bila dah masuk uni, baru la betul2 fikir apa nak jadi lepas tu...disebabkan saya study dalam bidang chemistry, dalam otak ni memang duk fikir samada kerja kat dalam analytical lab ataupun mungkin jadi lecturer...itu je...lab tu pula hanyalah analytical lab dan bukannya attached dengan production/ manufacturing plant....dan ya,mula2 dapat offer kerja itu la lab yang saya masuk dan ianya berkaitan dengan production agriculture product....hurmm...yang tu yang kat Seremban...

Kemudian, berpindah ke KL sebab pressure dengan company tu dan ianya berlainan daripada bidang yang saya pelajari...selepas 2 tahun dan after married, husband minta saya berhenti dan menetap di johor...sekarang saya pun dah menetap kat Johor dan mula bekerja semula dalam bidang yang saya belajar dulu...tapi tak pernah terlintas production plant tu ada kaitan dengan oil & gas...siapa sangka kan...mungkin ini lah orang kata rezeki lepas kahwin...alhamdulillah...


Lebih kurang macam kat atas tu la....biodiesel plant....sebelum ni memang takde experience pun dekat plant yang macam ni...setelah dua bulan barulah boleh catch up process diorang ni....byk gler nak kena blajar balik...orang kata bak macam span kosong...lepas tu serap air skit2...maklumla 2 tahun tinggal chemistry.....seronok kerja kat sini...disebabkan saya pregnant, dorang tak kasi saya masuk plant sebab kena panjat2 tu...mula2 masuk panjat juga sbb tak tahu dah pregnant...huhu

Sekarang ni duk fikir nak cuti panjang je...tak sabar nak balik kampung minggu depan...nak makan ABC nyior di PCB....yummyyy......


Adios... :)











Thursday, March 19, 2015

~Begini rasanya...Alhamdulillah~

2 comments
Assalamualaikum semua...

Hidup berdua lebih baik daripada sorang...bila dah berdua terasa nak bertiga berempat dsb pulak...ye tak...hehe

Alhamdulillah...saya disahkan mengandung anak pertama...perasaan? mestilah happy tak terhingga sebab kami memang tak merancang apa apa pun...ye la, masing masing bukan muda lagi...saya dan suami pernah kecewa pada bulan pertama kami kahwin..haha...teruk betul...ye la...masa tu lewat datang bulan...apa lagi terusla beli pregnancy test tu...last last kecewa sampai nangis nangis...huhuhu

Pelbagai dugaan untuk tempuh hidup sebagai ibu mengandung ni...morning sickness memang teruk sangat sangat sampaikan terpaksa dimasukkan ke dalam wad disebabkan tak dapat nak makan langsung...mana taknya, masuk je keluar balik...hurm...kesian mr hubby terpaksa papah ke hospital...mujur juga hubby ada kat darat...kalau tak, tak tahula macam mana...harap2 lambat lagi la dia belayar balik...huhu...

Perasaan cukup sensitif waktu2 macam ni....perasaan rindu dekat family kandung memang tak dapat nak dikata la...nak buat macam mana..dorang jauh di kelantan...saya pula kat johor...hurmmm...makan pula nasi panas2 + ikan/ayam goreng + kicap...ini memang laju je masuk tekak...huhu...lain2 slow skit...mengidam yang pelik pelik takde lagi setakat ni...harap xde la...

Apa apa pun, syukur dengan rezeki yang diberikan olehnya...semoga bayi yang saya kandung ni sihat & sempurna serta akan menjadi anak yang soleh/solehah dan berbakti pada kedua orang tuanya...amin..


Saturday, February 28, 2015

~My Life Change to 360 degree

1 comments
Salam semua...

Lama betul blog ni terbiar kaku tanpa entry yang baru...maklum la tuan tanah busy dengan kehidupan baru yang dilalui...kehidupan baru yang macam mana la ye..hehe...jom layan...

December 2014, merupakan bulan yang bersejarah buat diri saya...tanggal 20.12.14 saya sah bergelar seorang isteri kepada Khairul Ariffin Bin Hashim...bermula dari tarikh itu kehidupan saya, aktiviti harian dan lain lain berubah...selalunya semuanya buat sendiri sendiri je, sekarang tidak lagi... bermacam dugaan yang kami lalui untuk menyempurnakan majlis perkahwinan kami...namun siapa tahu kuasa Allah melebihi dari segala galanya...tidak perlu la saya ceritakan di sini disebalik kebahagian yang kami kecapi itu, cukuplah sekadar ianya menjadi kenangan yang cukup pahit yang tidak dapat saya lupakan...

Syukur segalanya berjalan dengan lancar walaupun tidak seperti apa yang kami inginkan... sokongan yang diberikan dari pihak keluarga dua dua belah pihak amat kami hargainya...hanya sokongan dari mereka yang menguatkan hati kami supaya tabah dengan qada dan qadarnya...

Saya pun dah pindah ke Segamat, tidak lagi menjadi penghuni ibu kota Kuala Lumpur...segala galanya baru buat saya disini...kekok pada mulanya, namun kini tidak lagi...tinggal bersama mertua tidaklah seteruk yang pernah kita tengok dalam drama tv dan sebagainya...mungkin juga bergantung pada seseorang, so far saya tiada masalah dalam menjalani kehidupan seharian cuma terasa tidak bebas sedikit bila ada orang tua ni...tapi itu bukanlah satu masalah bagi saya...

Alhamdulillah juga, saya mendapat kerja baru disini dan yang paling teruja adalah bila apa yang kita pelajari dapat diadaptasikan dalam kerja seharian...saya masih lagi dalam probation period, kalau ikutkan offer letter it will take 3 months or 6 months depends on my capability...hopefully xyah la lama2 sangat...huhu...at first agak cultural shocked dengan environment kat sini sebab before this belom pernah masuk refinery plant mana2 especially yang berkaitan dengan oil & gas...apapun syukur, rezeki lepas kahwin agaknya...slowly saya belajar mengenali tank farm, tanker, production plant, dan macam2 tank lagi la...siap kena panjat tanker lagi sebab nak pastikan yang tanker tu xde contamination from previous material...gayat memang toksah cakap la...,mana taknya, last panjat tempat tinggi waktu jadi trainer plkn kut...xpun waktu naik cable car kat langkawi, tapi tu xpanjat...kita duduk je dalam tu...huhu

Apa pun, my life really change to 360 degree after married...and nanti saya akan kongsikan lagi cerita pasal ni dalam next entry...mungkin jg saya akan selitkan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan saya...

Terima kasih kerana sudi baca coretan ini...

Wassalam..




Monday, November 10, 2014

Entry sebelum mata lelap..

1 comments
Assalamualaikum..

Ermm...lama xde fresh entry kat sini..kekangan masa membuatkan saya mengabaikan blog kesayangan..

Bila fikir pasal tanggungjawab, terasa berat sangat bahu ni..tanggungjawab ?? Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab yang diberi?

Persoalan yang timbul sering disertai dengan soalan yang lain tanpa mengetahui bila ianya akan berakhir..mungkin hanya selepas nyawa berpisah dari badan..

Kesempurnaan yang dicari mungkin tidak seperti apa yang diperolehi..bersyukur dengan kurniaannya itu lebih penting..


P/s: moodbercelarudikalamatamengantuk..nite

Sunday, September 7, 2014

Sensitif sangat

0 comments
Assalamualaikum..

Lately, perasaan ni mudah sangat tersentuh...sensitif sangat²...nak pulak bila menyentuh tentang hati & perasaan...

Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini..kurniakanlah kesabaran yang tinggi agar aku tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara..permudahkanlah segala urusanku di dunia ini mahupun di akhirat kelak..amin

Sunday, August 31, 2014

pangkor--> its a vacation that I will never forget

0 comments
Salam semua..

2:05am....hati ni malam kaca yang baru terhempas ke lantai...fragile sangat...

Company trip kali ni ke Pangkor island...& mungkin menjadi percutian yang takkan saya lupa sampai bila²...

Klu Ku tahun begini dari awal lagi saya tarik diri dari menyertainya...

Ya Allah, berikan aku kekuatan & ketabahan dalam menempuh apa saja ujian yang mendatang, sesungguhnya hambuMu ini teramatlah lemah & kerdil..

Wednesday, August 20, 2014

bersedia @ tidak?

1 comments
Assalamualaikum...

Sekarang jam baru menunjukkan pukul 6:08am..bangun awal sebab ni la waktu² yang available untuk bercakap dengan encik tunang....ermm..subuh sudah..tp nk siap g kje awal sgt pulak

Communication...jarak beribu batu..phone wassap wechat & fb je la caranya untuk berhubung..itu pun if internet available..

Beberapa bulan lagi....sedia ke tidak? Masih lagi soalan yang sama diberikan...

Hati kata sedia, tapi belum sepenuhnya...ermm...masih byk yg perlu diperbaiki..terutamanya dr segi mental & fizikal..sedia dgn sebarang kemungkinan yang tak terduga...

Berusaha untuk perbaiki diri menjadi yang terbaik..kekurangan yang ada perbaiki lg.. Amal yang ada ditambahkan lagi..

Perasaan rendah diri sentiasa ada..tak yakin..perasaan yg ada jgn sampai dilukai lagi kelak buruk padahnya..

#cintayanghakikihanyauntukNYA

Sunday, July 6, 2014

Letih nak jaga perasaan orang..perasaan sendiri??

3 comments
Assalamualaikum..

Salam ramadhan semua..sekejap  je puasa tahun ni..dh selesai 8 ramadhan..& byk juga ujian yg datang awal ramadhan ni..

Seperti tajuk entry..Itu la perasaan yg dirasakan sekarang ni..letih dh rasa bila asyik nk jaga hati & perasaan org lain..at the end hati sendiri yg robek xde pon org lain nk jaga..bila tali persahabatan yg terjalin terlalu rapat, ni la jadinya..

Saya yakin, semua orang ada kehidupan peribadi masing2 dan ada alasan tersendiri bila x dpt sentiasa bersama sama rakan baik..namun jgn sangka rakan baik anda memahami setiap apa yg anda lakukan..apa jua alasan yang diberi mungkin tidak dapat diterima oleh mereka..

Dan benda ni terjadi sendiri dekat saya apabila kerap Kali menolak pelawaan rakan baik utk keluar makan @ berbuka @ menonton wayang..Saya ada alasan tersendiri kenapa perlu tolak pelawaan tu, tp telah disalahertikan oleh mereka pulak.. Seolah olah saya sengaja nk menjauhkan diri dari mereka..ya Allah, sentap sekejap bila ada yg sampai merajuk..huhu

Hati ni xde niat pun nk mengguris perasaan atau buat mereka merajuk..apatah lg dengan rakan baik sendiri..

Moga di bukan yg penuh dengan barakah ni, Allah bukakan pintu hati ni untuk sentiasa bersangka baik dengan semua org..amin..

Maaf andai ada yg terguris hati tatkala membaca entry ni..sesungguhnya hati kecil saya juga merayu agar kamu memahami hati & perasaan saya juga..




Saturday, June 21, 2014

Sabar dengan cabaran yang datang..pasti manisnya dikemudian hari

0 comments
Salam semua..

Datang jenguk kembali blog ni yang umpama tidak bertuan..
Orang kata sabar tu ada tahapnya kan..
Sabar selagi boleh sabar dan sentiasa fikirkan perkara yang positif..

Selalu bila ada sesuatu nk diluah baru la blog ni terisi dengan fresh entry..bagaikan bff yang kedua sekiranya x mampu nk luah dgn bff pertama..

Sepanjang hidup ni..byk sgt ujian Dan cabaran yang datang..kadang kadang rasa mcm kuat nak harungi semua tu tapi kadang kadang rasa terlalu lemah..lemah sampai x mampu nk berkata kata..

Hidup..terlalu singkat..amal? Entahkan diterima olehNya atau tidak.. Iman? Terlalu rapuh..sehingga kadang kadang lalai dengan tuntutanNya..

Goyahnya iman..binasalah hati..

Ya Allah..berilah peluang untuk hambamu ini untuk menikmati syurgaMu kelak..kuatkan iman di dadaku agar tidak goyah dengan bisikan durjana..



**semoga semuanya dlm lindungan Allah..



**banyak yang ingin dicoretkan..tp minda kaku untuk meluahkan..biar masa penentu segalanya...moga dipermudahkan..

Friday, March 7, 2014

Mata Tak Mau Lelap, Terhasillah Entry Ini

3 comments
Assalamualaikum semua,

Wah, lama betul tak up entry kat sini..akibat mata ni susah sangat nak lelap hari ni, maka terhasillah entry yang entah apa ke isi nya saya pun tak tau la..layan je la yea..

Hai la mata, nape la ko tak mau lelap ni...esok nak keje lagi, badan penat...ermmm...

Cerita pagi semalam...

Setelah sebulan di 'transfer'kan ke ofis baru di Masjid Jamek, maka LRT menjadi pengangkutan utama ke tempat kerja...xperlu bazirkan minyak & wang sebab confirm akan jam dan bayaran parking yang agak menggila mahalnya...

Setelah sebulan lebih menjadi pengguna setia LRT ni satu kejadian yang tak ku duga berlaku...sedang menunggu train yang sesak dengan orang akhirnya berjaya juga memasuki train setelah terpaksa melepaskan 2 train disebabkan terlalu padat (tak sanggup nak berhimpit bagai, tp terpaksa juga sebab menjadi kebiasaan di waktu pagi memang train akan sentiasa penuh)...hampir sepuluh minit di dalam train, peluh mula memercik di seluruh wajah ni...hati dah berdetik, "Ya Allah jangan lah aku tumbang dalam train yang sesak dengan manusia di pagi hari ni"..terus pegangan pada palang besi dikemaskan agar tak terlepas...peluh makin membasahi wajah tatkala train hampir sampai di Masjid Jamek..mata dah semakin kabur..sesampainya di stesen MJ, bangku besi menjadi sasaran utama, dan terus duduk sambil memejamkan mata...badan terasa menggigil sehingga tidak kuhiraukan panggilan rakan sekerja yang kebetulan berada dalam train yang sama dengan saya..

Hati terasa lega bila panggilan itu rupanya adalah dari ketua saya sendiri tapi tak berdaya nak membalas panggilan, hanya senyuman kelat mampu saya berikan...disuruhnya berehat seketika sebelum menuju ke ofis sambil beliau menemani saya..ditanya saya sudah breakfast ke belum..jawapan saya mestilah belum...selalunya akan breakfast kat ofis je..untung dapat ketua yagn caring denga staf ni...tapi tinggal satu minggu lebih je lagi lepas tu akan dapat ketua baru...haih..semoga apa yang pernah didengar sebelum ni menjadi sebaliknya...

Cerita tentang pagi semalam...cerita tentang pagi ni tak tahu la macam mana...yang pasti confirm akan mengantuk kat ofis pagi ni sebab sampai sekarang 0206am pun mata belum boleh lelap lagi..apa citer nih..

Wassalam...sempat jenguk satu blog je tadi..

p/s: tahniah TK bakal dapat sorang lagi cahaya mata...confirm ke? tahniah in advanced ya if confirm..











Sunday, November 10, 2013

Japanese Cuisine pulak...robek poket...huhu

3 comments
Salam semua..

Wah marathon nampak up entry hari ni...balas dendam ke apa ni sebab lama tak update blog ni ek..hehe

Ok, kat ofis saya ni memang kaki makan la semuanya..tiap tiap bulan ada je dorang ajak pegi sana pegi sini untuk makan besar...walaupun perut takde la besor mana..hehe

Nak jadikan cerita, sebelum Raya Haji baru ni saya mengalami tahap alergik yang agak teruk, pasai apa cek pun tak tau..tapi makan la apa pun badan naik ruam2..haih...lepaih tu depa ni ajak pulak makan seafood kat Jogoya Japanese Restaurant dekat Star Hill (amboi, omputih..ni kat Bukit Bintang la..hehe) memang berpantang habis la, tak syok bila kena pilih makanan masa nak makan..huhu..tengok je la dorang layan seafood tu..nak pulak ada less untuk ladies sampai bulan December ni..sempena apa ntah, lupa dah..so dapat la discount 50%, & untuk Gentle, tak de less tapi dapat free King Crab..pergghh..tapi King Crab kitorang bagi kat meja sebelah since dorang taknak makan..jom layan gambor..





Tetiba macam gambo ni sama je semua ek...malas nak edit biar kepala korang terteleng teleng tgk...hehe..gambar tak banyak sebab hp dah takdok bateri..maklum la power bank takdok nak cas cas hp ni..huhu

Ni lagi satu kami ke Tao Japanese Cuisine Restaurant kat Sunway Giza...kat sini menu order lagi banyak daripada yang dia sedia yang kita pilih2 tu..so ok jugak la sebab banyakkkkkk sangat menu yang sedap2, waktu ni dah tak alergik lagi so pulun makan habis habisan...hehe..layan je la ek gambo2 ni...


Soft Shell Crab with Cheese..sedappp

Abalone with creamy sauce..sedapppp..berkali2 kami order ni..

Oyster with lemon..erk...ni saya tak sanggup nak makan..

Fried Soft Shell Crab...ofismate cakap macam cekodok je tapi sedapp 

Ikan Yu...macam ikan masin kan..haha

Duck soup.

Desert dia tak banyak pun, ada aiskrim jugak tapi takde pulak gambo 



Berlakon sangat dorang ni tau..



Overall kalau nak compare dua restoren ni, i'll prefer Jogoya more than Tao...hehe..berbaloii....


p/s: jangan marah ye saya post pasal makan jerr...chill =)

Finally, hari ni bloghopping.. =)

0 comments
Assalamualaikum..

Seronok pagi2 ni line internet laju je..jadi sebelum buat apa2 saya nak bloghopping hari ni...jujurnya dah lama tak jenguk rakan seangkatan (erk, angkat apa je ek) rakan2 dunia blog ni la..wait for me all..hehe

Oh, jom layan gambar annual dinner office saya..theme Royal Palace Night2013 @Istana Hotel, KL, 8th Nov 2013.









Friday, November 8, 2013

Sekadar Luahan Rasa Yang Terpendam

1 comments
Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang dah lena waktu ni..saya? badan memang penat,tapi mata ni sukar untuk lelap..ermm..waktu macam ni la terfikir macam2 pasal kehidupan..

Hati terdetik, mungkin diri ini tidak sebertuah orang lain..kebahagian hidup..pekerjaan..jodoh..perjalanan hidup dll..masih banyak yang belum dkecapi..siapa yang tak mahu memiliki kehidupan yang lengkap, masa depan yang cerah..

Ejekan manusia sekeliling sudah umpama mencurahkan air ke atas daun keladi..sudah tidak dihiraukan..
Namun, syukur masih dberikan nyawa untuk bernafas dimuka bumi ini..teringat detik cemas ketika jatuh di bilik air, kepala trhantuk lantas pengsan untuk seketika..syukur Ya Allah..syukur Alhamdulillah msih boleh truskan hidup di mka bumi Allah..amin

#entrY ini tiada kaitan antara yang msih hidup mhupun yang telah kembali ke rahmatullah..sekadAdar coretan peribadi














Tuesday, November 5, 2013

Terkejut, terkedu..sesungguhnya mati tak kenal usia dan tempat

2 comments
Assalamualaikum..

Waktu senggang tadi sempat singgah d fb beberapa kawan2 sekolah, sekadar ingin tahu perkembangan mklum la kalau nak tepon tu memang tak la..selalunya hanya menyapa dkat fb chat saja..

Namun hati terkejut bila dpat tahu seorang rkan telah kembali ke rahmatullah..Innalillahiwainnailaihirajiun..

Rasa gentar lantas trasa di hati dan terfikir akan diri sendiri yang belum bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa..takut mengenangkan balasan akhirat yang amat dahsya..mauT menjemput tak mengira usia..moga masih diberikan ruang olehNYA untukku bertaubat dan memohon keampunan..amin

Al-fatihah buat sahabat2 yang telah kembali ke rahmatullah..
Moga ditempatkan di kalangan umatNYA yang soleh & solehah..



Tuesday, September 24, 2013

Unexpected

0 comments
Salam..

Tanggal 24th Sept 2013, unexpected..speechless..and feel like cannot give trust to anyone else anymore eventhough it is your closest friend, especially when they just want to use us stheir batu loncatan to get something..really feel unexpected..haih..

Ya Allah, bukakanlah hatiku supaya sentiasa brsangka baik dgn semua orang

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template