Jumpa lagi walaupun jarang2 blog ni di update...huhu...masa luang amatlah terhad, nak buat macam mana kan...ini pun curi2 masa je ni...
Apa yang tak pernah terlintas tu..huhu...semuanya berkenaan dengan alam pekerjaan...ya...dulu waktu darjah 1, soalan cepumas yang cikgu tanya mesti cita2 nak jadi apa? maka keluar la jawapan seperti doktor, ahli bomba, polis, askar, cikgu, yang paling havoc skali bila ada sorang student jawap nak jadi angkasawan....apa benda tu angkasawan? dulu mana la minda ni berkembang sangat kan...pastu ada pulak yang jawap nak jadi ahli arkeologi...lagi la tercengang semua yang lain...hihi...itu dulu zaman baru sekolah rendah, soklan klise org cakap...
Bila dah masuk uni, baru la betul2 fikir apa nak jadi lepas tu...disebabkan saya study dalam bidang chemistry, dalam otak ni memang duk fikir samada kerja kat dalam analytical lab ataupun mungkin jadi lecturer...itu je...lab tu pula hanyalah analytical lab dan bukannya attached dengan production/ manufacturing plant....dan ya,mula2 dapat offer kerja itu la lab yang saya masuk dan ianya berkaitan dengan production agriculture product....hurmm...yang tu yang kat Seremban...
Kemudian, berpindah ke KL sebab pressure dengan company tu dan ianya berlainan daripada bidang yang saya pelajari...selepas 2 tahun dan after married, husband minta saya berhenti dan menetap di johor...sekarang saya pun dah menetap kat Johor dan mula bekerja semula dalam bidang yang saya belajar dulu...tapi tak pernah terlintas production plant tu ada kaitan dengan oil & gas...siapa sangka kan...mungkin ini lah orang kata rezeki lepas kahwin...alhamdulillah...
Lebih kurang macam kat atas tu la....biodiesel plant....sebelum ni memang takde experience pun dekat plant yang macam ni...setelah dua bulan barulah boleh catch up process diorang ni....byk gler nak kena blajar balik...orang kata bak macam span kosong...lepas tu serap air skit2...maklumla 2 tahun tinggal chemistry.....seronok kerja kat sini...disebabkan saya pregnant, dorang tak kasi saya masuk plant sebab kena panjat2 tu...mula2 masuk panjat juga sbb tak tahu dah pregnant...huhu
Sekarang ni duk fikir nak cuti panjang je...tak sabar nak balik kampung minggu depan...nak makan ABC nyior di PCB....yummyyy......
Adios... :)