Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Friday, March 18, 2011

~Mabul Island, part 3 (finale)..syukur tiada apa yang berlaku~

17 comments
Assalamualaikum semua..=)

Dah part 3 pon cite pasal Mabul ni ek..ok la..saya rasa eloklah saya akhiri episod ni kat sini yea..kang ada pulak yang menyampah baca cite pasal vacation je ek..huhu

11 Mac 2011 & 12 Mac 2011..

Pagi Jumaat, lokasi snorkeling yang kedua adalah di Kapalai..sangat cantik tempatnya...ikan2 juga lebih banyak berbanding di Lobster Wall..laut sedikit bergelora ketika kami sedang menjalankan aktiviti snorkeling di sini..masa tu, kami semua belum mengetahui tragedi gempa bumi dan tsunami yang dialami oleh Jepun..ramai antara kami yang muntah ketika snorkeling di sini..keadaan laut yang bergelora menyebabkan mereka pening..memang pening jugak la bila laut agak bergelora..tapi Alhamdulillah, saya tak muntah..

W/pn laut sedikit bergelora, keindahan dasar laut di sini sangat mengasyikkan..coral nya lagi cantik..ikan2 juga lebih banyak..selain tempat snorkeling yang agak luas..namun, selepas beberapa ketika, saya tak mampu lagi nak mengharung keadaan laut yang sebegitu..agak letih bila terpaksa menggunakan tenaga yang lebih bila berada dalam laut yang bergelora..layan gambar yang cantik ni yea...sumber dari --> kamp izz becker

Kapalai...buatan manusia..pemandangan yang marvelous..=)


Bersedia dengan kelengkapan sebelum memulakan aktiviti

Seronok...asyikkkk..;-)

Snorkeling sampai muntah..hehe


Lokasi ketiga snorkeling adalah..entah, saya pon tak pasti nama dia..haha..tapi berhampiran dengan Sipadan Water Village Resort..kat sini pon ikan2 banyak..dan coral juga berbagai..sangat syokkkk...

Sebelum ke lokasi ketiga, kami dikejutkan dengan berita tentang tsunami yang melanda Jepun..ramai ahli keluarga yang menelefon bertanyakan berita..waktu tu, kami search dekat internet pasal international tsunami warning
..dan memang sebelum tu dah ada 2 siri gempa bumi & tsunami berlaku, namu tidak sekuat yang berlaku di Jepun, dan amaran tu juga dikeluarkan di kawasan Bali dan Filipina..bayangkan...kami berada di tengah2..memang sangat cuak..tapi, kami diamkan sebab nak pegi snorkeling lagi..huhu

Tempat ketiga ni takde gambar lak..sebab yang bw camera pun belum upload pics lagi..=)..Snorkeling di sini sangat best...namun, keadaan laut yang bergelora menyebabkan kami semua cepat letih..kuak2 duk tempat yang sama juga..rakan2 lain tarik pun, sekejap je bergerak..pastu kena tolak balik dengan air laut yang bergelora tu..dan perasaan agak cuak jugak pada waktu itu sebelum saya mengalah untuk naik ke bot..sebab dah tak berdaya nak menguak menghampiri bot yang berada ~10 m dari kami..

Akhirnya, misi menyelamat mangsa yang letih..haha..keletihan sebab tak mampu nak ke bot dilakukan dengan jayanya..hehe..memang penat..

Balik dari snorkeling, lepas bersihkan diri, kami bersiar2 di sekitar kawasan kampung lagi..untuk menghilangkan rasa gusar di hati..walaupun terdapat amaran dari kerajaan supaya tidak menghampiri kawasan pantai, apa yang dapat kami lakukan?..Pulau Mabul hanya lah seperti biji sawi jika dilihat dalam peta...apa2 yang jadi, memang kami tiada tempat untuk menyelamatkan diri..

Pam air..sumber air bersih penduduk di sini

Posing di Sipadan Water Village..

Antara gerai cenderahati yang terdapat di sini

On the way back to our resort..masing2 jalan laju sebab hari dah nak gelap, padahal baru pukul 6 lebih..


Malam hari kejadian gempabumi & tsunami di Jepun, kami semua berada dalam keadaan gelisah..makan malam terasa seperti menelan pasir..amat payah untuk ditelan..masing2 berada dekat dengan laptop..melihat news dari BBC..memang kami semua redho jika apa2 berlaku..

bak kata seorang rakan, "minum kopi terasa seperti kopi terakhir aku"..

memang sangat gusar..nak tidur apatah lagi setelah kerajaan beri amaran supaya berjaga2 sehingga jam 11 malam..dengan keadaan cuaca yang hujan lebat tiba2 menambahkan lagi kegusaran di hati..


Menunggu tsunami..huhu


Akhirnya, pada jam 11 malam, kerajaan menarik balik amaran berjaga2...selepas itu baru lah masing2 lega dan mampu tersenyum..Syukur la lokasi percutian kami terlepas daripada bencana alam sebegitu..Selepas kami melayan mat2 dan minah2 salleh yang minta request nyanyi lagu besday kat kwn dorang, aktivit memancing diteruskan bagi rakan lelaki la..saya stay kejap je sebab mata dah terlampau mengantuk..

Besday boy..berbaju biru sedang menyanyikan lagu dalam bahasa France.

Mancing2 dapat belut...geli tengok bila belut ni berbelit2 kat tali pancing..huhu

Usaha menaggalkan mata kail pada belut..

Akhirnya dorang dapat ikan..hehe

Hari terakhir berada di Mabul, terlewat bangun disebabkan tidur lewat..mana taknye..w/pn amaran dah ditarik balik, sape yang tak risau kan kalau apa2 jadi disebalik tu...pagi tu, kami dikunjungi peraih untuk menjual hasil tangkapan mereka..ikan, ketam, lobster, pari, udang..macam2 dijual..dan murah2...sangat murahhhhh..dan kami beli ketam ~16 ekor dimasak pedas, ikan kerapu besar sekor untuk dibakar, ikan pari 5 ekor juga untuk dibakar..kesemuanya berharga RM80...murah gilerrrrrrr..huhu

Ketam yang super delicious..byk isi lak tu..dapnyeeeee

Pari @RM2 seekor

Hasil tangkapan..konon2 nye la..haha


Lobster tu ada satu je, kalau banyak mmg dah beli tu..huhu

Jadi, itu lah menu lunch kami pada hari terakhir di Pulau Mabul..akhirnya, tiba masa kami semua berpisah untuk memulakan rutin harian seperti sedia kala..Walaupun kebanyakan antara kami baru je kenal antara satu sama lain, namun keakraban yang ditunjukkan seolah2 kami semua dah lama kenal..sangat2 best..memula agak kekok..tp lama kelamaan persaan tu hilang..and this is the best vaction and peoples I'd ever met with..=)..mungkin icebreaking yang diadakan pada malam hari pertama kami di sini menyebabkan kami terasa seperti dah lama kenal..

The moment..

ScubaJeffSipadan..panjang umur ketemu lagi kita..=)

Steady je kemudi bot..

Onthe way back to Semporna, keadaan laut yang bergelora menyebabkan hati saya dan yang lain2 sedikit gusar..dengan hujan lebat yang melanda..masing2 dalam keadaan tidak tenang..baju memang basah kuyup..dalam hati tak putus2 berdoa supaya perjalanan kami lancar dan tiada masalah yang menimpa..Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan hampir 2 jam menaiki bot, kami tiba di tanah besar Semporna dengan selamat dan terus ka Tawau..

Menunggu flight delay

The best among the best..


Antara yang terlibat..=)


Kepada rakan2 yang terlibat dalam trip ni especially Linda, Sarah, Shima, Alya, Adli, Lina, MNasir, Nasir, Rina, Tika, Kamp, Hairi, Mad, Ai, Keri, Nadia & Faisal, korang memang the best..semoga talian persahabatan yang kalian hulurkan tidak berakhir setakat itu saja..TQ all..will miss this moment with all of u!!..=)

~THE END~


p/s: more pictures @ Linda

Thursday, March 17, 2011

~Mabul Island, part 2~

14 comments
Assalamualaikum semua..=)

Entry kali ni adalah entry yang penuh dengan gambar2 sepanjang percutian di Mabul..layan je la yea..

10 March 2011, hari kedua di Semporna Sabah...jam 9.00 pg, kami bergerak ke Pulau Mabul dengan menaiki bot..Perjalanan mengharungi Celebes Sea selama sejam lebih..cuaca pada pagi itu baik sekali, perjalanan juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..

Bertolak ke Mabul Island

Di tengah lautan yang kurang bergelora

Setibanya kami di Mabul Island, kami disambut dengan ramahnya oleh staf ScubaJeffSipadan.. sementara menunggu untuk check in, kami bersiar2 di sekitar kawasan berdekatan untuk melihat keadaan kampung nelayan di situ..


Ice blended @50 sen..boleh tahan la

Ketam ais, untuk parut ais diletakkan dalam ABC, manual tu..

Dah check in dan lunch..kami berehat sebentar sementara menunggu trip pertama snorkeling @ Lobster Wall, Mabul Island..pengalaman pertama untuk snorkeling menyebabkan saya sedikit cuak dan kurang yakin..last masuk air tahun 2007..itupun sbb jadi trainer PLKN yg mana kami diwajibkan untuk menjalani latihan water confident sebelum diiktiraf sebagai trainer..

First trip to first snorkeling location

Apabila kaki mula mencecah air, perasaan mula cemas..maklum la..saya bukannya reti berenang pun..confident pon sbb ada safety jacket tu..pemandangan dasar laut memang menakjubkan..walaupun tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain bila berada dalam air..namun, perasaan yang dirasakan begitu indah..melihat ikan2 berenang dalam kumpulan..bermacam-macam jenis ikan yang berwarna warni dapat dilihat..berada di situ seolah2 beroleh satu ketenangan yang tak dapat digambarkan..Gambar dasar laut takde pulak..kamera saya bukanlah waterproof..kamera seorang rakan yang waterproof jugak dah termasuk air..jadi, tak dapatlah kami semua rakam pemandangan dasar laut..

Bernafas menggunakan mulut semata-mata...nafas ditarik dengan dalam...terasa lapang dada tatkala nafas dihembus...Maha Hebatnya ciptaan-NYA..sangat indah..tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..Subhanallah..mungkin kamu semua patut cuba snorkeling atau diving..tak dapat di Mabul Island pun, Semenanjung juga punya banyak tempat2 menarik untuk aktiviti ini..=)..

Kalau diving, akan dapat lihat coral yang lagi cantik di dasar laut dalam..nasib kami kurang baik, hajat untuk melakukan discovery scuba diving tak dapat dilaksanakan kerana mereka kekurangan dive master (DM) untuk guide kami..kabetulan waktu trip saya ni, ada sekumpulan doktor sedang menjalani kursus untuk ambik diving license, so, DM pon tak mencukupi..

Pemandangan di sekitar Pulau Mabul


Panorama indah ketika matahari terbenam..=)

Setakat ni dulu yea..akan disambung pada entry akan datang..

Tuesday, March 15, 2011

~Pemenang contest SAYA NAK HADIAH DARI MABUL, Mabul Island Part 1~

11 comments
Assalamualaikum semua..=)

Hhaha..update lagi...ok2..secara ringkasnya saya nak umum pemenang contest anjuran saya minggu lepas--> contest.


So, kepada pemenang sila tinggalkan address anda supaya senang saya pos hadiah dari Mabul tu..Pemenang pertama jatuh kepada:


Pemenang tempat kedua jatuh kepada:




Kat bawah ni saya upload sebahagian pics yang sempat saya upload..hehe..internet weng skit la skang ni...=)

Hari pertama percutian; 9 Mac 2011..

Perjalanan dari KLIA ke Tawau mengambil masa 2 jam 50 minit..dalam flight takde apa yang nak diceritakan selain flight yang saya naik adalah lengang dan boleh berlari2 kat dalam tu sebab tak ramai penumpang..dan layanan daripada pramugara/i adalah tip top la sbb tak ramai penumpang..=)..saya suka..breakfast makan nasi lemak sambal udang..takde la sedap sangat pun..huhu

Sampai di airport Tawau, rakan2 lain sedang menunggu sebab flight dorang awal, jam 7.20 pg kalau tak silap..perjalanan dari Tawau ke Semporna pula mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan menaiki van..sepanjang perjalanan tiada apa yang menarik kecuali kiri kanan jalan di penuhi dengan ladang2 kelapa sawit dan juga hutan..so, masing2 tidur je dalam van sebab hari tu bangun awal utk ke airport..



Di Semporna, kami menginap di Dragon Inn Floating Resort sementara menunggu satu group lagi yang tiba pada waktu malam dari KL..pekan Semporna juga kecik je..penuh dengan travel agency yang mempunyai resort masing2 di Pulau Mabul..disebabkan kami sudah awal2 menempah resort di Mabul, jadi semua tu kami pandang sebelah mata je..hehe..Sempat ke pasar basah Semporna untuk teman seorang rakan membeli barang2 dapur rumahnya..jadi, kami pun apa lagi beli la jugak ikan kerapu sekilo..RM5 je sekilo..bawa ke kedai makan minta tolong dorang masak..

Dragon Inn Floating Resort..=)


Keadaan dalam bilik..


Toilet yang unik dan creepy..huhu

Masakan memang marveles..sapa2 yang nak ke sana singgah la di kedai makan Anjung Paghalian..berdepan dengan Jeti Awam Semporna..kedai tu beroperasi dari pukul 4 petang ke 2 pagi kut..Jadi, makan la kami kerapu stim, 3 rasa, butter prawn, kailan, dengan sotong celup tepung..pic takde dalam simpanan lak sebab tak bawa kamera..dan semua tu hanya la RM85 je untuk 6 orang makan..siap bertambah2 lagi air minum..jus memang betul2 pure..sedap sangat2..=)


Antara ikan2 yang dijual..nak makan pun sayang..haha

On the way balik singgah sebentar di pekan Semporna untuk cari apa2 yang patut..jalan2 waktu malam kat situ agak menyeramkan jugak..sebab kedai pun banyak yang dah tutup..tapi jangan risau sebab polis marin berdekatan saje dengan pekan tu..nak balik ke resort, kami diekori oleh seekor anjing yang adeiii..memang gugur jantung rasanya..makin kami cepatkan langkah, makin dekat pulak di hampir..last2 saya & rakan belok ke arah pejabat ape ntah..huhu..sib baik anjing tu tak ikut dah..macam2 ayat dah terkeluar rasa nak menangis pun yea jugak..haha..klaka jer rasa bila pk2 balik..

Malam tu jugak group lagi satu tiba..hampir jam 11 malam dorang sampai resort..lepas dorang dinner semua pun hanyut..Internet malam ni slow la...next entry saya cite lagi yea..pengalaman ke Pulau Mabul..=)

~Tak sempat nak update betul2 lagi~

7 comments
Assalamualaikum semua..

Sorry la pada semua pembaca blog ni yang ternanti2 cerita tentang percutian saya di Mabul Island, Sabah tu..seriously memang tak sempat nak upload pictures and cerita pasal percutian tu lagi..mood nak blogging tertinggal kat laut agaknye...haha


Apa2 pon kalau korang nak tengok gambar2 yang diambil oleh rakan saya, boleh la ke website ni:
----> mkizwan

best..best..best..rasa nak pegi lagi...hehe..jom bloggers!!..hehe..;-)

Sunday, March 13, 2011

~Back to Semenanjung with safe..=)~

13 comments
Assalamualaikum semua..=)

Setelah berada di bumi Sabah selama 4D3N, akhirnya saya kembali ke Semenanjung dengan selamat..sekarang ni tengah upload pictures2 yang diambil sepanjang percutian di Mabul Island, Sabah..percutian kali ni memang sangat menyeronokkan..

Walaupun pada 2 hari terakhir kami di sana, kami dikejutkan dengan berita dari Jepun yang mengalami gempa bumi dan sekaligus menyebabkan tsunami..dengan adanya family members & rakan2 yang tak putus2 update berita amaran dari kerajaan, syukur Alhamdulillah lokasi percutian kami tidak mengalami apa2 bencana..cuma hujan yang lebat menyebabkan kami sentiasa dalam keadaan berjaga2..

Percutian ini sangat2 bermakna..first time snorkeling dan first time berada di pulau yang boleh dikatakan kecik je *sejam je boleh abis pusing satu pulau* pengalaman yang tak dapat digambarkan..melihat keindahan dasar laut sangat mengujakan saya..mungkin nak ambil diving license pulak lepas ni..;-)..

Ok, ni nak update skit pasal contest saya hari tu..tak ramai pun yang join..tapi takpe..appreciate korang yang join..TQ yea..nanti saya umum pemenangnye..=)

Antara mereka yang join:
1) Zaty Embong @Jat
2)
Khaifaiz
3)
Intan
4)
Kak Ina
5) Kurekure Comel @mina

Ok, kawan2..tunggu update dari saya yea psl contest ni..=)

Kat sini saya letak group photo kami semeasa berada di Mabul Island, before kembali ke Semenanjung..=)


Seronok dapat kenal kamu semua..oh, tak sangka juga Presiden Ayam Serama KL pun join trip ni..;)

Mina, cuba tengok picture ni..ada sape2 yang kamu kenal ke?..rata2 yang join percutian ni adalah staf dari TM..semua pon baru kenal masa kat Mabul Island...dan mereka semua memang terbaik la..hehe

Ok la..next entry saya cerita lebih lanjut pasal trip ni yea..=)


Friday, March 11, 2011

~Just wanna say hai~

7 comments
Assalamualaikum semua..=)


Hai2..=)

Update dari Mabul Island...snorkling sgt best..=)

Ok, just nak say hi to all..=)

jap lagi nak turun lagi..=)

Wednesday, March 9, 2011

~Selamat tinggal..jumpa lagi minggu depan..nak hadiah tak?~

15 comments
Assalamualaikum semua..=)

Autopublish!

Mungkin ketika korang semua baca entry ni saya sedang berada di dalam pesawat MH2660 menuju ke Tawau...yeay!..saya keseorangan dalam ni..eh, tipu!..haha..penumpang lain pun ada jugak..cuma saya tidak ditemani sesiapa yang dikenali...yea..sebab kwn2 yang lain naik Airasia ke Tawau..saya?..masa booked tiket ni, MAS lagi murah compared to AA..jadi, buat apa bayar lebih kalau boleh dapat perkhidmatan yang lebih selesa kan..hehe

Ke Tawau buat ape?..oh, bukan la pi ukur jalan mcm si tukang karut tuh...ahaha...asyik2 tukang karut je yg disebutkan ek...mcm takde orang lain...tu je contoh plg dekat..hehe..

Harusla CUTI-CUTI MALAYSIA...yeehaaa!!..hehe...

Lokasi percutian adalah Mabul Island...percutian budget..mungkin tak seselesa mana sebab nama pon percutian budget kan....tapi, agenda utama adalah untuk melihat keindahan underwater kat sana...orang kata cantik...Mabul Island ni terletak berdekatan dengan Sipadan..mungkin kalau berpeluang boleh ke sana..tapi seperti yang saya tahu, kalau nak pegi Sipadan kena reserve dulu sbb max hanya 120 orang saje yang boleh ke sana sehari..

Saya harap, balik dari percutian ni akan buat saya lebih matang..nak dapatkan mood yang baru supaya lebih tenang untuk menghadapi hari2 yang mendatang..hehe...juga nak makan seafood...ce tgk blog tukang karut tu..asyik2 ye upload gambo seafood...jeles beb..huhu

Ok2..sape mau hadiah dari saya sila angkat tangan tinggi2...yang agak2 rendang tu sila panjat kerusi sambil angkat tangan supaya saya boleh nampak..*gurau2 ek..hehe*

Sekarang, sila ikut arahan di bawah...


1) Buat satu entry bertajuk: SAYA NAK HADIAH DARI MABUL ISLAND, letak banner di atas dan link blog ini..
2) Sila buat satu entry kreatif..kalau rasa nak letak gambar letak la..kalau nak letak apa2 yang rasa menarik letak je...tak de halangan..nyatakan kenapa anda nak sangat hadiah dari Mabul Island ni..

3) Tidak lebih daripada 150 patah perkataan..haha..kang panjang2 tak larat pulak
den nak membaca..

4) Suka hati la nak follow blog ni ke tidak..tapi, kalau tak follow mcm mana nak tau sape yg menang kan..hehe..*tiada paksaan..terbuka kepada semua*

5) Sesudah selesai semua 4 step di atas..sila tinggalkan link entry anda di comment box sini..senang utk saya terjah nak kasi markah..

6) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12/03/11..jam 12 malam..tak perlu tag rakan2 yang lain..

Oh yea..masa first saya buat contest yang tak macam contest dulu ada yang komplen saya buat time semua orang dah cuti blk kampung..kali ni saya buat time korang semua keje/ blaja, tapi saya pula pegi bercuti..haha..adil la tu kan..penganjur bukan nak masuk pun kan..hehe..

So, sekembalinya saya dari percutian, saya akan jenguk blog2 kamu yang ikut serta dalam contest ni yea.. *eh, mcm la ramai yang nak masuk..huhu*.. 2 pemenang dicari tanpa mengira jantina mahupun bangsa..=)..selamat mencuba semua!!..ini adalah first official contest yang saya buat..harap dapat sokongan ramai..hehe


p/s: doakan perjalanan saya sepanjang percutian selamat pergi dan selamat kembali ke semenanjung...=)...sukeeeee sangat...hehe...;-)

Monday, January 3, 2011

~Cuti2 TaHuN baRu 2011 ::Pahang - Terengganu~

0 comments
Salam semua...

Tibalah masanya untuk menceritakan perihal cuti2 tahun baru 2011...seperti yang sedia maklum, bila Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010, seluruh rakyat Malaysia pun dapat habuan iaitu cuti umum sehari...maka, cuti tahun baru jadi panjang berganda....maka dengan itu, ramai la warga2 kota yang berlumba2 ingin pulang ke kampung halaman tercinta....termasuk la saya..

Pagi 31 hb, konon2 nya nak pegi awal stesen bus sebab belum beli tiket pon lagi...gamble pegi sebab nak ke Bandar Pusat Jengka, bas nye setiap setengah jam...jadi, berlengah2 la....pkul 10.15 pagi sampai stesen bus...mak aiiiiii...pjg gler beratur nak beli tiket...last2 dapat tiket pukul 12 tengah hari, w/pn waktu tu baru pukul 10.50 am...terpaksa la menunggu bus...layan gambar sat sementara tggu bas..

Beratur punya la panjang...nak beli satu tiket je pun...


Lagi..sesak2...dah la silap beratur kat lane salah destination...adeiii..kena beratur balik..


"Helo, ko kat mana ni?..bas nak sampai dah ni..cepat skit"...mungkin itu yang di bualkan oleh orang yang kat pondok tepon tu..hehe


Sementara tggu bas, masa diisi dengan aktiviti yang berfaedah..membaca jambatan ilmu..=)


Ini la tiket saya..RM15.60 untuk perjalanan 3 jam...makcik cakap, 1 jam = RM 5.00....betul jugak tu..

Sangat seronok bila sampai Jengka, semua sedara & family pun baru sampai je...jadi, bila kelaparan semuanya, tiadala gambar lauk ikan patin masak tempoyak yang di snap pic nye..huhu...

Keesokannya kami konvoi 3 buah kereta ke Terengganu...gerak ~11.00 am...tapi, persinggahan untuk sampai di Terengganu banyakkkkk amat...memula kami bercadang untuk ke Bukit Gambang Resort..tapi, memandangkan cuaca yang tidak menentu waktu tu...sekejap hujan sekejap panas, jadi niat nak bermain2 air terpaksa dibatalkan...jadi, singgah saja di Kuantan untuk membeli dan membelah...layan gambar yea..=)

"Hai, mari la kita berkenalan...nama saya Nik Adam Rayyan"..


Tengok..bibir saya dah pecah...huhu


Bapak-bapak sedang menunggu ibu-ibu sedang bersiap..Ayah dan pakcik..


Ibu-ibu...Mak bersama-sama kakak-kakak dan adiknya serta cucu..sama kan muka dorang..=)


Sebelum memulakan perjalanan...


Kami semua...macam raya je..ni baru 4 family..tu pun tak lengkap ni..


Bapak-bapak dan ibu-ibu...


Kami sepupu..

Berhenti rehat di R&R Gambangg untuk mengisi perut serta membuang apa yang patut..

Dalam Kuantan Parade..penat berjalan, sesi mengurut badan dan kaki yang lenguh2..RM 1 = 3 minit..


Syoknye....tggu giliran..


Sesi pilih memilih beg...skali cousin borong 6 buah beg...hoho..


Mereka hanya menunggu anak2 menghabiskan duit..


3 bersaudara..


Hai2..sape mau otograf saya?..hehe

Makan busat..

Mana la nasi ngan ikan besaq tak sampai lagi ni...

Masing2 dah kepenatan dan kelaparan..

Keesokannya kami ke UiTM Dungun untuk menghantar 2 orang cousin yang blaja di situ..

Sesi mengangkut barang2...2 buah kereta digunakan untuk membawa barang2..


Sebelum naik ke tingkat atas...dulu masa blaja mak hantar masa 1st sem 1st yr je...huhu

Ok, itu je la...penat dah tunggu nak upload gambo2 ni...sebelum kami berpisah, singgah di Cendering untuk beli keropok lekor..cadangnya nak ke Seberang Takir, tapi sebab dah lewat maka berhenti je la kat gerai2 yang ada..dan keropok kat situ pon sedap...Warung Keropok Lekor 007...berhadapan dengan Masjid Terapung Kuala Ibai...

P/s:adeiii...penat dah tangan......huhu

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template