Saturday, December 31, 2011

~Harapan di hari terakhir 2011~

4 comments
Assalamualaikum..


Semalam dah gi klinik...hurmmm...need to see doctor again after 3 days if nothing changes...aiiyakk..hurrrmmmmmm...


Hari terakhir di tahun 2011...hopefully 2012 will be full of happiness in life and carrier..

Friday, December 30, 2011

~Pesanan dari penaja~

6 comments
Assalamualaikum..


Kurang 48jam kita akan melangkah ke tahun baru 2012, apa pencapaian yang dah kita capai tahun 2011?..

Adakah kesihatan kita semakin baik?
Adakah keluarga kita semakin harmoni?
Adakah kita puas hati dengan apa yang kita dapat?

Tepuk dada tanyalah hati..semua tu pasti ada jawapannya..

Wihiiii...bukan nak cakap pasal azam tahun baru pun sebenarnya..cuma nak bagi pesanan kat rakan-rakan semua supaya jaga kesihatan elok2...jangan terlalu taksub dengan kerja sehingga kita mengabaikan kesihatan tubuh badan kita sendiri...sedangkan enjin kereta pun kita servis..inikan pula badan sendiri..

Nasihat ni saya tujukan pada diri sendiri...sebab dah hampir seminggu saya postpone untuk buat medical checkup...dan parents saya pun tiap2 hari call tanya dah pergi check up ke belum...huaaa..siap bagi warning lagi dah sampai klinik call dorang, dah siap check up pun call dorang...adeiii..

Harapan saya selepas check up nanti:

1) Parents tak perlu bising2 lagi suruh saya pegi klinik...muehahaha..
2) Perkara yang baik2 sahaja yang akan saya dengar daripada mulut doc..(ini sangat cuak!)
3) Saya boleh tenang2 lepas ni...huhu

Agak2 doc marah tak ek kalau saya cakap saya lupa nak gi klinik?...huhu..hurmmm.

Tuesday, December 27, 2011

~Impian adik untuk ke Universal Studios, Singapore jadi kenyataan~

5 comments
Assalamualaikum..

See..tajuk entry ni tak boleh blah kan..hehe..bukan apa..kami cuma merealisasikan impian adik untuk ke Universal Studios, Singapore je..so, layan je la ye gambar2 kat bawah ni..lets pictures talk..=)




















Ok..tu je dulu...dah tak larat nak tunggu gambo ni upload..poning kepalo den ni ha.kalau rajin den upload lagi yo...=)

Tuesday, December 20, 2011

~Bos bagi handphone..tapi dah tak reti camane nak guna..huhu~

6 comments
Assalamualaikum..


Haaa...tengok tajuk entry ni...maknanya bertambah lagi la koleksi hp saya..tiga3 pun lain2..
Korang sebut je...cik norkiah ada, mr.black ada, cik x-tion pun ada...huhu

Ermm...tp sebab dah agak lebih kurang setahun tak guna hp yang ada button ni (maklumlah yang lain semua touch screen)..saya terpaksa menggunakan khidmat ofismate utk mengaktifkan phone ni...huhu...

Ermmm...tp yang tak bestnye...bila hp pun dah di bagi, maka pasti akan dikacau sepanjang masa w/pn ketika bercuti..haih...


p/s: pssstt..psssttt...jom2 wiken ni masuk universal studio singapore...hehe

Monday, December 19, 2011

~Bila dah addicted...fuhhh...haha~

2 comments
Assalamualaikum semua..

Ceria2 di pagi Isnin walaupun majoriti akan berkata "Monday Blues"...hehe

Hari minggu sangat la terisi dengan aktiviti untuk mencantikkan diri...haha...kannnn...kata nak jadi beautician, mestilah kena belajar lagi..dan lagi...dan lagi...hihi..;)

Saya ke ladies & beauty carnival di Sunway Convention Centre semalam..bila dah addicted dengan beauty, apa sahaja yang berkaitan dengan beauty kita akan pergi..tak kira la jauh ke dekat ke..nak pulak bila dapat barang free...hahaha...tu sebenarnya..kihkih..

Dapat make over free lagi...worth it..kalau tak bayar la RM280...hehe..syokk habiss...lepas make over, ada lagi free photo shoot...auu..cameraman tu siap bagitau lagi cara nak posing ala2 model giteww..."Kepala tunduk sikit, senget skit ke kanan, tangan tu silangkan, mengiring skit yea"..haha...best2..;P..jakun betul..first time org make over and dapat photo shoot free la katakan...hehe

Dan pulak, bila berkesempatan pulak untuk tengok pertandingan ratu cantik...perghhhh...tak berkelip mata ni tertumpu pada pentas je...fuhhh..huhu..layan je la gambo2 ni yea..tapi picture2 ratu cantik tu takde la saya letak kat sini yea...hehe..;)

Sangat ramai yang mahu cantik..hehe

Free facial juga...

Amber Chia antara judges untuk ratu cantik...beliau sangat cantik!!

Entah kenapa picture ni jadi terbalik...dah rotate banyak kali jadi normal pun masih macam ni jugak...huhu

Friday, December 16, 2011

~Percubaan pertama..=)...sukanya buat nih...hihi

7 comments
Assalamualaikum..


Kan dalam entry sebelum ni saya ada cakap nak buat bisnes kan...dan sebagai seorang perempuan mestilah tidak lari dari kecantikan...tak kira la dari luaran atau pun dalaman...dan semalam saya buat percubaan facial dengan kawan2 saya dulu...peralatan semua saya dah beli dan bagi mereka cuba dulu and rasa urutan tu dulu..dan Alhamdulillah mereka suka...hihi

Haa...sape2 nak buat appointment ngan saya boleh la contact2 kat sini yea...hehe..saya belajar buat facial ni waktu pegi kursus total beauty workshop di Concorde Hotel Shah Alam baru2 ni..and sangat teruja bila tengok yang pegi tu semua cantik2...hehehe..;)

Bawah ni gambar waktu saya buat facial kat kwn2 saya...hehe...harapnya pasni makin berkembang la..=)

Wednesday, December 14, 2011

Kerja sendiri lagi bagus kan..

10 comments
Assalamualaikum..


Ermm...dah lebih 2 tahun saya makan gaji ngan orang...maksudnya kerja ngan company orang lain la..bukan company sendiri..

Tapi saya realise satu perkara..........iaitu, saya sedikit sukar untuk menerima arahan daripada orang lain..dan selalunya saya hanya akan terima arahan tersebut dan terus buat sesuatu tu bila saya rasa saya suka nak buat dan bukan sebab terpaksa...then, kalau arahan tu macam satu paksaan, saya akan lambat2 skit nak buat sesuatu tu...ermm..

Nampak gaya, saya mesti meletakkan tarikh keramat pada surat rasmi yang dah 2 bulan lepas saya karang...dan tarikh itu pastinya akan membuatkan saya rasa bebas sebebas bebasnya...=)..dan pastilah perkara yang akan saya buat selepas itu adalah sesuatu yang saya suka...bukan lagi atas arahan orang lain..=)

Tuesday, December 13, 2011

~Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan olehNYA walaupun ianya hanya lah bersiffat sementara~

5 comments
Assalamualaikum semua..

Selamat kembali bekerja setelah bercuti semalam..dan hari ni tak banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sehinggakan saya tak tahu nak buat apa lagi dah...hehe

Wiken baru-baru ni saya menghadiri majlis perkahwinan adik rakan baik saya di Temerloh..dan terkejut yang amat apabila sampai di rumahnya sebab rumah beliau betul2 berhadapan dengan sungai pahang...

Sesampai je rakan saya ni terus gorengkan ikan patin untuk saya untuk jamu saya makan...orang datang dari jauh la katakan..lagipun kami pun dah jadi adik beradik angkat dah pun...mak & ayah angkat saya sangat la sporting morting...hehe...sebabnya, semuanya dilayan sama rata..walaupun kami jarang jumpa..

Malam tu bagi penduduk kat sini, kenduri sudah bermula..maka dijamu lagi dengan ikan patin masak tempoyak...aduhhh...belum sempat lapar, makan lagi skali..huhu..teringat2 lagi rasa yang enak ikan patin masak tempoyak tu..=)...slurppp..yummy!

Namun, apa yang sangat menginsafkan saya ialah keakraban yang ditunjukkan sesama ahli keluarga rakan saya ni...mereka sangat2 rapat sehinggakan sanggup berhabis untuk menjayakan majlis adik mereka ini..walaupun timbul sedikit masalah semasa berlangsungnya majlis pada malam itu, saya lihat rakan saya ni tetap tersenyum melayan tetamu yang datang..

Ya, kasih seorang kakak terhadap adik..bukan balasan atas penat lelah yang diharapkan, bukan balasan wang ringgit yang diharapkan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang dinantikan daripada sang adik yang sedang meniti hari bahagianya itu...namun semua tu tidak diperolehinya, malah dihinanya pula...langsung tidak bersyukur dengan apa yang diberikan..sehinggakan air mata seorang bapa menitis disaat meraikan anak mereka...

Dan, ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir...sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, sekali air mata mereka jatuh disebabkan oleh kita segera lah meminta ampun daripada mereka sebelum kita mendapat gelaran anak derhaka...wassalam..

p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri

Thursday, December 8, 2011

~Robot pun boleh jammed!

2 comments
setelah sekian lama kelopak ini kering, hari ini basah kembali seiring dengan hujan yang menggila di luar sana..

Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku dalam menjalani kehidupan seharian agar aku sentiasa tenang + sabar dgn kerenah manusia yg egois...

~R.I.N.D.U.~

2 comments
Assalamualaikum semua..selamat pagi..

Rindunya nak mencoretkan sesuatu kat blog ni...la ni belum berkesempatan nak mengadap laptop ni muka ke muka (omputih cakap face to face) untuk tulis apa yang ada...mungkin sedikit masa lagi akan dicoretkan apa2 yang patut la..

Rindu juga nak menjelajah bloggers yang ada macam zaman setahun yang lepas...hoho...dalam sehari dalam 2-3 blog je yang saya terjah...yazzaaa...kekangan waktu yang terhad menjadikan aktiviti blogging saya jadi sedikit slow...

Tapi itu bukanlah satu alasan bukan...happy blogging ye semua...=)

Wednesday, November 30, 2011

~PENGAJARAN!~

2 comments
DON'T DO ANY WORK LAST MINUTE!!

Monday, November 28, 2011

~Pertanyaan seorang sahabat~

1 comments
Assalamualaikum..


"Aku sering mengikuti penulisanmu di blog..tapi sejak akhir-akhir ni aku dapati penulisanmu lebih ke arah keagamaan..kenapa ya?"

'Eh, yeke..thanks sebab selalu kunjungi blog yang lebih banyak benda-benda yang tak memberikan faedah tu..=)..ermm, rasanya lebih elok jika saya kongsikan sesuatu yang boleh beri manfaat pada semua orang daripada memperkatakan sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah bukan'

"Betul tu..aku pun lebih suka dengan perubahan ini..share lagi banyak benda-benda yang berfaedah ya..(sambil tersenyum)"

'InsyaAllah..=)'

~CintaMU ku dambakan~

0 comments
‘Ya Allah, aku memohon cinta-Mu,
cinta orang yang mencintai-Mu,
dan cinta akan perbuatan yang dapat mendekatkan
diriku kepada cinta-Mu. (HR At-Tirmidzi)’





Friday, November 25, 2011

~Seruan dunia VS seruan akhirat~

0 comments
Assalamualaikum..


Sedikit petikan dari ANIS, bil 172 untuk tatapan kita semua..

Manusia sentiasa berhadapan dengan 2 seruan iaitu seruan keduniaan yang dihiasi dengan kelalaian, kealpaan dan kelazatan yang amat memukau serta menggiurkan.. dan juga seruan keakhiratan yang dijanjikan dengan keindahan yang tidak dapat disifatkan.

Seruan dunia dapat ditepis dengan sabar manakala seruan akhirat pula dapat dicapai dengan syukur. Syukur dengan segala pemberian Ilahi, insaf dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, sedar betapa banyaknya anugerah Illahiyyah yang dimiliki namun amat sedikit nikmat yang disyukuri.

Rugi atau untungnya manusia di akhirat kelak ialah bergantung kepada seruan mana yang dijawab oleh manusia. Menjawab seruan dunia bermakna manusia menyahut panggilan untuk kelazatan dan keindahan yang sementara, indah lagi mengasyikkan pada tatapan mata namun memedihkan pada penghujung kesudahannya.

Menyahut seruan akhirat maka manusia memilih untuk berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan cubaan yang perlu dihadapi namun indah lagi mendamaikan pada penghujungnya.

Hidup ini sebenarnya antara sabar dan syukur, antara istighfar memohon keampunan daripada Allah dan Alhamdulillah, pujian kepada Allah S.W.T.

Setiap kesalahan, kesilapan, dosa dan maksiat yang dilakukan maka disucikan dengan istighfar, manakala setiap anugerah nikmat kesenangan, kelapangan yang diterima diungkapkan dengan Alhamdulillah.

p/s: Sekadar renungan untuk kita semua dan peringatan untuk diri sendiri..moga kehadiran tahun baru Maal Hijrah akan memantapkan lagi iman di hati kita semua..

Salam Maal Hijrah 1433 untuk semua...=)

~Syukur, masih ada yang sudi membantu~

2 comments
Assalamualaikum..

Disaat otak sedang beku dan minda kebuntuan, masih ada yang sudi membantu..

Namun, kata-kata daripada seorang sahabat baik saya ini hampir membuatkan hati saya terharu:

"Saya rasa sebagai seorang sahabat, saya bertanggungjawab bila sahabat saya yang sorang ni dah bagi satu amanah kat saya..dan saya rasa tak patut saya tak tunaikan tanggungjawab tu bila orang dah bagi kita satu kepercayaan yang mungkin belum tentu kita dapat dari mana-mana orang sekalipun"..

Hidup ni adalah satu proses pembelajaran..dan learning proses tu akan terus berjalan hinggalah ke hembusan nyawa yang terakhir..

Dan, terima kasih sahabat kerana telah membantu tunaikan tanggungjawab anda kepada saya dalam hal ini..sesungguhnya hanya DIA yang mampu membalas jasa baikmu itu..terkejut tau...=)...

Semoga semuanya dalam lindungan Yang Maha Kuasa...amin..

Thursday, November 24, 2011

~Bila diri tak setanding, apa pun terasa kerdil~

1 comments
Assalamualaikum..

Manusia sama manusia..
Namun darjatnya tetap berbeza..
Baik dari segi harta benda, fizikal mahupun dalaman..
Bila semuanya tak sekufu..
Apa-apa pun dirasakan kerdil..

Jalannya mungkin ada..
Halangannya mungkin berbahaya..
Tawakal kepadaNYA..
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan olehNYA...

Monday, November 21, 2011

~Isnin yang blurr...kan best kalau saya pun cuti mcm cikgu..hehe~

1 comments
Assalamualaikum..

Selamat isnin...dah nak abis pon...MONDAY blurr...huhu

Today, nothing has been done..

Nothing has come up with any brilliant idea what to be done..

Just sit..saw...thinking sampai rasa nak muntah..

Pandang luar tingkap tengok awan pun mcm tu jer...yang nampak langit cerah..mendung2 skit macam nak hujan...

Dah la call hotel tak dapat2 utk tukar tarikh...ahhh...saje je tau xmo pick up phone tuh...huhu

Holidayyyy....tak sabarnya...hehe

Saturday, November 19, 2011

~Dia sangat mengharap, tapi saya dulu tak macam tu pun..huhu~

1 comments
Assalamualaikum..

Huhu..kembali dengan aktiviti blog..harus dikekalkan seperti biasa setelah di "brain wash" oleh rakan yang begitu mengambil berat akan diriku ini..yezzaaa...semestinya rakan seangkatan dalam dunia maya ni jugak...jugak rakan masa di Mabul Island dulu...hehe..oh2..hari ni hari engagement beliau...maaf al, aku tak dapat hadir sbb keje hari ni..huhu..oh2, lagi sorang rakan yang akan melayari kehidupan baru lepas ni Mr. Tukang Karut..selamat pengantin baru..

Seperti yang korang semua sedia maklum, baru2 ni dah diumukan keputusan UPSR kan...yea..kami sekeluarga juga tak sabar2 nak tunggu hari besar tu..sbb adik bongsu ambik UPSR tahun ni..saya pun tepon la si bongsu ni utk tanya result...tapi tak diangkatnya tepon tu..last2 call ayah...jeng...jeng..jeng...adik dapat 4A 1B...syukur Alhamdulillah..

Tapi satu fenomena yang saya nak utarakan adalah situasi sekarang dan dulu...kalau saya dulu memang la ada jugak target untuk dapat straight A's..cuma perasaan tu biasa2 je..so, kalau tak dapat straight A pun ok je...tak rasa pun dunia ni akan berakhir...huhu

Tapi student skarang dah cukup matang agaknya berbanding dolu2 lambat skit nak matang..haha..adik saya nih, siap nangis ngongoi2 sebab tak dapat 5A..huhu...saya pun pk blk, awatnye nak nangis ngongoi2 bagai macam tu, ni baru first exam besar..hehe..oh, mungkin sbb dia dah sentiasa dapat apa yang dia nak, skali result yang dia harapkan dia tak dapat..tu yang upset giler2 agaknya...huhu..

Apa2 pun, untuk my beloved sister, Nurul Shahida, congratulations atas kejayaan ni...walaupun tak seperti yang diharapkan jangan mudah putus asa...masa depan panjang lagi..=)

Thursday, November 17, 2011

~Quote of the day.~

2 comments
A good listener is not only popular everywhere,
but after a while he/she gets to know something.


**************************************************

Monday, November 7, 2011

~Status: OFFLINE~

1 comments
Assalamualaikum..



Status blog ini adalah OFFLINE sehingga la diberi kekuatan untuk meneruskan bicara tentang kehidupan yang dilalui...



Sekian, harap maklum..

Thursday, November 3, 2011

~Saya memang suka bantah~

6 comments
Assalamualaikum..

Wahhaa...bantah sana!..bantah sini...haha..sampai muka bos menyampah tengok muka saya..huhu..ok, kejadian berlaku adalah semalam waktu presentation ngan bos..actually ada presentation ngan client, tapi sampai 2 jam kami tunggu client tak kunjung tiba..dan si bos pulak boleh hanya mendiamkan diri tanpa bagitau kami yang presentation adalah cancel...agak2 korang hangin tak?..haaaa..ni nak marah ni..sabo3..huhu

Setelah view 3-4 kali slide sampai saya sendiri pun naik bosan, terkeluar jugak soklan keramat nih..

"Sebenarnya, presentation ni jadi ke tak ni?..Orang --- tu dtg ke tak?"

Agaknya terkejut dengan soalan saya, terus bos palingkan muka & cakap cancel dengan nada yang perlahan..erkk..agak2 korang la kan, apa reaksi korang bila dengar perkataan CANCEL tu sedangkan anda dah tunggu lebih 2 jam..huh..

Dan, lepas tu ada beberapa perkara yang saya bantah cakap dia..huhu...mungkin sbb perasaan saya tu sampai terlahir di raut muka saya..sampaikan bos pun dah cuak nak bagi arahan...haha...

haaa...tu la..main2 kan staf lagi...kita punya la stayback nak siapkan apa yang tak siap, skali dia langsung tak nak ckp yg sebenarnya presentation adalah cancel..sapa tak hangi kan..



p/s: banyak pulak mengomel pasal company dalam blog ni ek...next time no more talking2 pasal kerja/ company...ermmm...lambatnya bulan 12 ni...nak pegi universal studio singapore with family members....;)

Monday, October 31, 2011

~Kenapa ek, manusia selalu mcm ni~

9 comments
Assalamualaikum..

Ermm..orang slalu nampak apa yg di depan mata..tapi bila tak nampak tak pernah pun nak ambik tahu..bila dah nampak, mula la nak baik2..gurau2..

Ahh..semua orang pun sama je..just see what they can see...never look deep into it...

Friday, October 28, 2011

~Belum tido..arghh!!~

1 comments
Assalamualaikum..

Hajat di hati mau tido lepas tgk indiana jones....tapi sampai la ni belum tido...adoiiii...come on la eda....esok keje laaaa.....huhu

Ermm...ni la prob bila malam menjelma...susah bonar nak tutup mata nih kasi lenaaaa je...

Thursday, October 27, 2011

~Menggeleng sambil tepuk dahi..bahasa Melayu sangat penting dipelajari oleh kaum lain..huhu~

5 comments
Di kedai motor:

saya: bang, sticker utk lekat road tax ada tak?

pomen: motor ke kereta?

saya: kereta

pomen: melilau2 cari dalam kedai..lantas di serahkan sticker tu pada saya..

Dari jauh saya menepuk dahi saya sambil menggelengkan kepala ketika beliau menuju ke arah saya..huhu

saya: saya bukan nak sticker "P" la..

customer lain: dia nak sticker yang letak road tax tu la..bukan sticker "P"

(dalam hati...."mesti mamat ni nampak saya tepuk dahi sambil geleng kepala tadi..huhu)

pomen: ooo..kejap2..sambil serahkan pula tempat utk letak road tax motor..

saya: adoii, bang...road tax kereta la bukan moto..

pomen: ooo...kereta takde kat sini la dik..

saya: ok, tak pe...terus blah dari kedai motor tuh..

Hahaha...lawak betul la tadi...adoii, saya rasa nak tergelak guling2 tengok muka innocent apek tuh..hihi...

Last2 saya ke kedai accessories kereta untuk mencari sticker berkenaan..hehe...saya pun satu, dah tau tu kedai moto pi cari kat sana buat apa...hehehe...;)

~Kenapa nak ikut orang, just be yourself~

10 comments
Assalamualaikum..

Whatever u do, just do it because of u are willing to do and not because of somebody else..kalau rasa tak dapat buat sesuatu tu dengan cepat, perlahan-lahan pun tak apa..the most important thing is, you enjoy your life by doing what u almost love to do...

Ermm...

Tuesday, October 25, 2011

~Hihi...dapat msg dari bos senyum meleret...haha~

11 comments
Assalamualaikum..

Woohaa....pagi ni bersiap2 awal untuk ke ofis..sampai2 je cek email semua2...good, takde email dari bos..hhehe..tiba2 dapat sms daripada 2nd bos...dia MC...pastu otak saya terus memikirkan sesuatu dan tetiba senyuman meleret hati berbunga riang....hahaha..;P...masyukk ni kalau gini...hehe..

Dah2...korang jangan nak pk bukan2 pulak yea...bukan dapat bonus pun..bonus tu mungkin dapat dengan co lain..huhu..company saya ni kedekut sikit..w/pn dorang ckp tak byk untung, tp bos2 kat sini asyik gi melancong je ngan family...pe kes tu..

Adoii la, dapat pulak sms dari big boss..huhu...lawak2 la dorang nih...berperang tapi cc jugak sms tu ke saya..haih..bos2..tunjukkan lah yang anda seorang yang profesional skit..jangan la benda yang remeh pun staf macam saya ni perlu ambil tahu jugak..huhu

Ok la...sape2 yang jadi bos kat luar sana, jangan sampai staf bawah anda rasa yang anda ni entah apa2 entah...huhu..;P


p/s: 2nd bos MC, agak2 big bos masuk ofis x ek...hahaha..;P..

Sunday, October 23, 2011

~Sepatutnya saya berada di Terengganu...:-(

6 comments
Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!!...mulakan harimu dengan senyuman...bangun pagi2 terus minum kolagen...ahaha...apa kes nih...kemaruk nak cantik ke apa...hehe..itu lah perempuan, tak boleh lari daripada keinginan mahu cantik...betul tak..

Selepas 15 minit..

Hehe...leka pulak kat fb...haa...tengok title entry nih....patutnya saya dah on the way menuju ke Pantai Timur...tapiiii...cuti yang saya apply terpaksa saya cancel kan....huaaaa...:'(

TERPAKSA....bukan sengaja yea..huhu...disebabkan next week adalah deepavali, maka saya TERPAKSA cancelkan cuti setelah menimbang beberapa perkara..tetiba je dapat email daripada big bos minta increasekan production line....huaaaa...dah kalau cuti sampai rabu cemana nak siapkan pulak....adoiiii...tengokk, multi tasking tak tugas saya...haaa...semuanya terletak atas kepala nih...adoiii...penatttttt...dari ke admin, R&D, QC, production, semua nya kena uruskan...tu pasal la sebelum ni saya selalu ambik EL..sebabnya kalau plan untuk cuti, confirm tak jadi atau pun terpaksa cancel..kalau EL hantar je SMS kt bos, form isi kemudian...huhu..

Semalam borak2 ngan mak & ayah tru phone...rindu gler kat depa...sob3..dekat sejam borak...sampai talian terputus sendiri...huhu..

Dan hari ni terlepek kt umah...nk p umh akak ke x ek jap lagi...ermm...gi sane pun bukan ada orang, dorang de kat kuantan skang nih...haih....nk tgk wayang takde geng lak....tdooo je la kt umah...huhu..;p


p/s: mode: bosan...

Thursday, October 20, 2011

~Kalau saya stress, saya akan baca blog~

5 comments
Assalamualaikum...


Stress kat tempat keje..pagi2 dah kena bambu ngan bos...ini adalah yang ke berapa puluh kali saya pun tak pasti...bak kata professor Ungku Aziz:

"Rajin bekerja, malas bercakap - kena buli"....rasanya itulah kategori saya kot...huhu

Ni yang malas nak keje nih....asyik kena buli je ngan bos...bukan keje kita pun, muka ni jugak la yang dicari nak lepaskan perasaan marah tu...dan akibatnya saya la yang tension..BENGANG!!.

Bos...tolongla cari orang lain untuk jaga staf bos yang lain...tolonggggg laaaaaa...*mengadu dalam blog macam la bos baca, bagus jugak kalau dia baca pun, bia celik skit mata tu*

Sib baik la ada blog, stres je sy akan tgk blog...baca citer2 lucu ke..kasi ceria skit hati sendirik nih..nak minta org lain hiburkan takde maknanya la..kalau ikutkan hati, hari ni jugak surat keramat tu saya letak atas meja dia...bia senang skit hati saya nih...huaaa..:(


p/s: bos saje tak masuk ofis sebab taknak sign borang cuti saya..dari mggu lps duk terbiar ats meja dia tanpa usik...unpaid leave pun taknak kasi jugak...pastu nak tanya progress staf lain pun call saya, kalau progress slow mula la marah2 kt telinga ni...double mencik di situ...:'(

Monday, October 17, 2011

~Entry satu ayat jer~

8 comments
Kadang-kadang saya kecil hati dengan mereka..

~Motivasi hari Isnin~

1 comments
Assalamualaikum..

Zaman skarang ni, kebanyakan antara kita ramai yang mementingkan diri bukan..tak kira la dari apa segi sekalipun..semuanya kerana kepuasan diri sendiri..dan, selama ni juga kita hanya diberi 2 pilihan..samada meneruskan kehidupan ataupun menikmati kehidupan..apa agaknya pilihan korang..

Seorang sahabat pernah bercerita satu cerita yang mungkin boleh buat kita berfikir banyak kali kenapa kita harus menikmati kehidupan yang dikurniakan..

Jom layannn...

Di satu pekan kecil, seorang pengembala kambing meneruskan rutin hariannya seperti biasa..pagi2 bawa kambing2 tuannya meragut rumput..petang2 bw balik..rutin yang sama dilakukan..dan kadang2 ketiduran di bawah pohon rendang ketika melihat kambing2 itu meragut rumput..pada satu hari, dia berfikir..kalau aku hanya melakukan pekerjaan ini sampai bila aku boleh meningkatkan taraf hidup keluarga aku..kalau aku ada anak nanti, macam mana pula aku nak tanggung kehidupan aku nanti?..haih..esok2 pun aku akan mati jugak...tak ada bezanya mati sekarang dengan mati kemudian...fikir pemuda tersebut..

Kemudian, satu hari pemuda ini bertekad untuk menggantung dirinya pada pokok, tujuannya untuk membunuh diri..pemuda tersebut menuju ke sebatang pokok dengan membawa tali..sedang dia mengikat tali pada salah satu dahan pokok itu, pokok itu pun berkata2..

"Wahai pemuda, jangan lah engkau mati di sini, sesungguhnya aku ni dah tua, kalau kau gantung diri kau di sini, patah la dahan aku ni..aku nak hidup lama lagi"

Terkejut dengan kata2 pokok itu, pemuda tersebut menuju ke pokok yang lain..kemudian, sambil dia mengikat tali pada dahan tersebut, pokok kedua tu pun berkata-kata;

"Wahai pemuda, janganlah kau menggantung dirimu di sini, kat atas ni banyak sarang2 burung yang didiami oleh sekawan burung..anak2 burung tu pulak baru sahaja menetas, tak kurang juga yang baru bertelur..pergi kau dari sini..jangan kacau mereka"

Pemuda tadi, tak putus asa lagi, dia cari lagi dan menuju ke pokok yang ketiga, dan ketika sedang mengikat tali pada pokok tersebut, pokok ketiga ini juga berkata2;

"Wahai pemuda, janganlah kau menggantung dirimu di sini, sebab di sini ramai manusia dan binatang2 yang datang berteduh di sini..jangan kau ganggu perjalanan mereka dengan masalah yang kau ciptakan".

Akhirnya, pemuda tadi berfikir..pokok pun boleh berfikir untuk diri sendiri dan juga kelangsungan hidup orang lain, kenapa aku yang sihat tubuh badan dan mempunyai akal fikiran tak berfikir untuk memajukan diri dan juga keluarga sendiri?..lalu pemuda tadi pulang ke rumah dengan satu tekad, iaitu tidak akan mensia-siakan masa yang ada demi untuk kemusnahan diri sendiri..dan terus menikmati kehidupan di samping meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik..



p/s: cerita tadi dah di olah sedikit mengikut kefahaman saya...ada lagi satu cerita yang sahabat saya ceritakan..nanti saya kongsi di entry yang lain ye..dan mereka inilah yang banyak bagi kata2 peransang supaya sentiasa pandang ke depan..jangan biar diri kita sentiasa dibayangi kesilapan semalam yang kita lakukan..maafkan masa lalumu dan tawakl la untuk masa depanmu...

Wednesday, October 12, 2011

~Jom pi jalan2 nak tak??~

8 comments
Assalamualaikum..

Hari ni terasa masa bergerak teramatlah perlahan..apsal entah..buat kerja pun terasa macam lemau2 skit..buat ala kadar je...untuk pengetahuan semua, saya memang slalu online kat fb tu..tp, jangan la ingat saya layan online tu..skype pon saya online..ym pon saya online kadang2..bukan apa..sebenarnya, kat ofis ni kami berkomunikasi dengan bosses melalui skype..jadi jangan la terkejut kalau tengok saya selalu online yea..hehe..canggih tak bos kami..dia yang request saya buka acc skype tu..before this mmg tak pernah ada pun skype tu..masuk sini baru ada..huhu

Bakpo la nk royak semua tu..bukan apa pon kan..hehe..pagi tadi ada kwn skolah rendah saya tegur di fb:

"Eda ni slalu jer online ek, rileks je keje nye ye"

Hahaha...memang la..online sepanjang duk ofis..tp guna bila waktu2 tertentu je..hangpa jangan ingat org yang slalu online tu dia slalu ada depan pc ke laptop ke..kdg2 sampai log off sendiri tau laptop tu..hihi...sudah..sudah..menyimpang jauh dari tajuk asal..

Jom pi jalan2 nak?...dak norh tu kan nak pegi beijing...tadi saya pun duk google la beijing & tempat2 lain jugak la kan..pastu2 mata dah bling2 dah..ahaha...syokkk nye kalau dapat pegi sana jugak...hihi...norh, awk kn baik hati..bawak la kita skali....boleh la...boleh la...merayu-rayu ni..huhu


mood masih mencari2 tempat yang sesuai untuk pergi bercuti..family plan nak pi singapore end of this year..nk p universal studio tu..tp, tak sure lagi jadi ke tak...member2 lain lak ada yang nak gi vietnam awl tahun depan...tu pun tgh survey2 tiket lagi..kut2 la tetiba jatuh lak harga tix tu kan..grab la cpt2..huhu..pastu, kalau de rezeki lagi nak pi beijing lak..ehehhee...syokk nyer...ada sapa2 nak taja saya tak?..hihihi..


p/s: kat tempat keje yang sangat boring tahap gaban..sampai rasa nak ambik cuti dan pegi mana2 yang boleh clearkan otak yang tersumbat nih...adeiii...rasa cam nak demam suda..ke sbb kena hujan semalam ni?..huhu

Monday, October 10, 2011

~Ahh...psyko betul~

2 comments
Assalamualaikum..


Ermm...rasanya ada konflik yang berlaku dalam diri..nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak..tapi yang pasti, mulut skang ni terasa berat untuk berbicara dengan sesiapa saja yang berada disekeliling...lebih banyak diam..kecuali dalam keadaan tertentu yang memerlukan lontaran suara..

Untuk mendengar orang lain bercakap juga terasa macam bosan yang amat..bosan bila dengar orang lain bercakap...dan fokus juga makin kurang dan kerap terbuang ke dunia sendiri..tanpa mempedulikan keadaan sekeliling..

Ermm..psyko...psyko,,psyko ke?..huhu

Saturday, October 8, 2011

~Sana sini cerita pasal bajet..rileks la, jangan nak emo2~

6 comments
Assalamualaikum..

Semua orang kat Malaysia ni dah tau yang semalam adalah pembentangan bajet 2012..saya pon dengar jugak...gigih connect melalui hot fm online tu..walaupun hakikatnya saya tau yang bajet tiap2 tahun yang dibentangkan tak datangkan apa2 perubahan pon pada kakitangan swasta..kami ni tumpang dengar je la..mungkin ada 1/2 perkara je yang boleh buat kami ni tersenyum..cth nya yuran sekolah yang dimansuhkan..ok la tu kan..

Tapi yang saya herannya, pagi ni masuk2 je ofis, pung pang pung pang ofismate duk bebel2 pasal bajet semalam..kata itu kata ini..rilek la bang..biasa la tu..kita ni sape nak dapat kelebihan kalau banding dengan gov servant tu..sipi2 pon takde nye kena tempias pasal bajet ni..jangan la nak emo2 pulak kutuk itu kutuk ini..

Terfikir jugak apa yang ofismate cakap tu ada betulnya..tapi tu la, terima je la..kalau nak naik gaji ke bonus ke, haa..pi mintak keje ngan gomen..huhu..apa pun harap bajet tu takde la digunakan ke tempat yang tak sepatutnya..

Thursday, October 6, 2011

~Buang yang keruh, ambil yang jernih~

5 comments
Assalamualaikum semua..

Kita kadang-kadang terlupa dari mana asal usul kita
hingga kita memalingkan muka bila berhadapan dengan insan yang kerdil

Kita kadang-kadang terlalu mementingkan diri sendiri
hingga menyebabkan insan lain terasa ditindas

Kita kadang-kadang terlupa yang kita merupakan seorang hambaNYA
hingga kita menjadikan orang lain pula sebagai hamba kita

Kita kadang-kadang terlupa kebahagian yang kita miliki hari ini
adalah dari kedukaan insan lain

Kita kadang-kadang terlalu taksub melihat keindahan dunia
hingga lalai terhadap keindahan akhirat

Kadang-kadang, kita mengeluh dengan permainan takdir
permainan yang sukar dijangka
yang tiada amaran awal atau pun kata pembayang

Sahabat sejati sukar dicari
sahabat yang menikam diri dari belakang senang dicari

Percaya kepada diri sendiri
percaya kepada kebolehan diri
usah biar diri terus ditindas
usah biar diri terus dijadikan hamba
usah biar diri terus berduka
semua itulah permainan dalam kehidupan
yang manis, yang tawar, yang pahit
menjadi rencahnya

Teruskan melangkah kehadapan
biarkan masa lalu berlalu ditelan masa
biarkan kepahitan yang bersisa itu
biarkan kedukaan yang berbekas di hati itu
kejar impianmu, jadikan ianya sebagai pendorong
untukmu maju kehadapan
masa lampau takkan mengubah nasib masa depan kita
tanamkan azam, tekad sebulat hati
teguhkan iman, supaya perjalanan di muka bumi ini di restuiNYA......

Monday, October 3, 2011

~Masa senggang di ofis adalah untuk lihat muka sendiri di laptop..haha~

6 comments

Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua..harap2 sihat la hendaknya yea..sepanjang wiken ni saya memang tak duduk diam…ada je nak gi mana2..dari sendayan ke sg. Buloh, balik semula ke sendayan..pastu ke senawang pula..balik semula ke sendayan, dan keluar lagi ke seremban jaya, blik ke sendayan semula..penat memang penat..tapi seronok pulak…sebab boleh makan freeee je..ahaha..giler kuat makan ko ni eda..huhu..tak la, jamah skit2 je sbb ulser tak hilang lagi…bermacam2 petua dah saya guna, tp tak jalan jugak..harap 2-3 hr ni hilang lah ia..

Yang tak seronoknya bila balik je umah, handphone automatic tak de coverage, siap ada sign pangkah lagi tu..adeii…tolong la wei sape2 yang keje MAXIS ni..jaga la skit perkhidmatan korang weii..saya ni dah la pakai bill, still sm je kena bayar w/pn tak guna tepon utk call @ sms…yang paling risau kalau ada emergency la..mcmn nak call kalau takde coverage..ermm…memang hampeh betul la perkhidmatan MAXIS ni lepas raya…sebelum raya baru ni takde lak dia meragam gini..eh..eh..ini dah lari tajuk nih..ahaha..

Ok, balik pada tajuk kita hari ni..slalunya la kan, kalau dekat ofis korang slalu buat apa ek kalau ada masa senggang skit..cthnya tgh kusyuk2 wat keje, pastu korang rest kejap dalam 3-5 minit, waktu tu korang buat apa?..duduk2 je ke..pejam mata sekejap ke, korek idong ke, kentut ke..hehe..ke korang gi kacau staf lain wat keje ke…saya mmg takde peluang la nk kacau staf lain sbb kat lab ni ada 2 org je staf..huhu..kesian kan tak bercampur ngan org lain..

Apa yang slalu saya buat ialah…jeng…jeng…jeng…hehe…laptop saya ni kalau shutdown ke sleep kan dia ke, akan jadi mcm cermin..so boleh Nampak la muka sendiri kat screen tu…waktu tu saya akan tenung dalam2 muka saya tu, muhasabah diri sekejap..pastu belek2 skit muka ni kat mana lagi kedutan yang ada..jerawat yg tumbuh…hihi…syok jugak kalau semua kedutan ni boleh hilang kan..huhu…bila usia makin meningkat, kadar pertumbuhan kolagen pun semakin berkurangn..tu la sbb nya kulit makin berusia makin banyak la kedut2 yg kelihatan…huaaa…best kan kalau kulit muka sentiasa macam kulit baby kecik..hihi..comel je..halussss je…gebuuu je..haha..

K la, bos dah pandang semacam tu duk sengih sorang2 nih..jeles kut kulit saya halus mcm baby...hahaha..hehe..babai..

Friday, September 30, 2011

~Adoii la..cepat2 la baik seperti sediakala~

6 comments
Assalamualaikum..


Masuk hari ni dah 4 hari saya mengalami kurang selera makan disebabkan oleh ulser yang terhasil dari gigitan yang terkena waktu kursus wiken baru ni...adoiii...dah la lately kena banyak bercakap, mmg asyik bunyik sss...ssss..sakit weii..

Haha...kecoh la ko ni eda...orang sakit nak beranak pon tak kecoh2 kat blog..huhu..cepat2 la baik wahai ulser ku cayang..biar saya punya selera makan makin bertambah2 supaya capai BMI yang ideal..hehe..

Jap lagi ada meeting..sempat lagi coret2 dalam blog ni...tak suka meeting..sebab asyik2 benda yang sama je yang dibentangkan..pastu sesi blame m'blame antara satu sama lain akan wujud nanti kalau ada problem atau tak capai target yang dikehendaki...ermm..ni la kalau keje makan gaji...bukan kita yang keje separuh mati ni yang kaya, tapi bosss jugak yang kaya...kalau bagi bonus 10 bulan tu ok la jugak..ini tak bonus 1 bulan pon dalam mimpi je la dapat..huhu

Rasanya tak lama lagi saya akan beransur keluar dari sini..target pun sampai hujung tahun ni je duk kat sini...pastu gud bye babeh...huhu..harap2 meeting nanti takde la saya kena bercakap...sakit la mulut ni...huhu...:(

Thursday, September 29, 2011

~Sekarang tak perlu lagi beli sayur & buah-buah organik..hehe~

3 comments
Assalamualaikum semua..

Best2...hari tu ada gi umah membe..duk sibuk2 kat dapur umah dia ternampak la benda alah ni...ingatkan periuk ke apa ke..skali dia cakap ni la detoxifier..



Antara ayat yang paling saya suka dengar :

"Kalu ko tak nak (malas la tu..hehe) cuci sayur2 tu guna air paip..ko guna je benda ni..dh ada setting dah untuk sayur ke buah ke, beras ke, daging ke..botol susu anak ko pun boleh"..

"Oit, aku mana ada anak lagi la wei"

"Haha..aku tau la, maksud aku esok2 bila ko dah ada anak la..hehe"

Pastu dia pun gi ambik buah anggur terus dia msukkan air dalam bekas ni dan tekan setting utk buah-buahan..pastu sambil2 tunggu lebih kurang 8 minit tu, kami borak lagi..saya lebih teruja untuk lihat hasilnya sebenarnya dari apa yang dia cakap...ahahaha..;P

"Skarang ni, ko dah tak payah susah2 nak beli sayur @ buah organik kat pasaraya tu..ko pakai je benda ni untuk remove toxic2 ke pesticide yg dorang guna tu..botol susu anak aku pun aku rendam je dalam ni..ala2 sterile mcm kat klinik gitu"

Dan hasilnya......alamak, tak snap picture la pulak..dan memang sedap rasa anggur yang dah di detox guna biosafe ni compare to anggur yang basuh biasa je..nama pun detoxifier kan..mesti la semua toxin pun boleh dibuang..dia cakap hampir 99% bahan kimia yang ada dalam buah boleh disingkirkan..best kan..sekali beli je boleh guna untuk buah2 yang bukan organic jadi organic..saya mmg suka kalau bab2 organik nih..


Ni saya copy skit information pasal benda alah ni untuk korang baca yea..korang semua bijak pandai kan bahasa english..kalau tak paham, copy paste kat google translation yea..hehe

Pesticides presence in our essential food chain like vegetable and fruits are a common thing we have to deal with. Even organic vegetables produce are not spare totally. The quality of the organic food as claimed by many organic food producer cannot be verify and ascertain. There are instance of organic vegetable farmers growing in a land surrounded by other non organic producer hence getting pesticides toxification from contaminated surrounding water source. Even though the farmer does not uses pesticide and chemical fertilisers, the corps still getting it from its surrounding environment.

Preservative are found in abundance in imported fruits. Why would that be the case? A ripe fruit would have rot within a few day without preservatives, it would have rot even before it gets a custom clearance during shipment. It has always been the case that we encourage our children to consume more fruits but what happen to the preservative? Would just soaking it in water be sufficient?

Washing with water and soaking it for a period of time would have been the case until recent innovative product with advance technology that has made break through in truly eliminating harmful chemical from our foods. Introducing the latest cutting edge technology in food cleansing technology – BioSafe Plasma Detoxifier.

What is BioSafe Plasma

BioSafe plasma detoxifier is a specially designed cleansing equipment use to cleanse common household essential like Vegetable, Fruits, Baby Utensils, Baby cloths and etc. Its main function is to kill off harmful bacteria and neutralises toxic commonly found in food in the form of pesticides.

How BioSafe Plasma Work

BioSafe Plasma Detoxifier uses an advance patented technology from Korea. BioSafe generates Hydroxyl Radical ion (OH-) to perform an active reaction with many Volatile Organic Compounds (VOC) tying away one Hydrogen (H+) ion from VOC. As a results from these reaction, toxic will be neutralised and bacteria killed.

Clinical and labratory tests have proven using of Hydroxyl radical is safe for housewhole usage because radical ion (OH-) produced in the cleansing process has a very short life span that is about 10-9 of a second and would not pose health hazard.

Features of BioSafe

BioSafe comes with a specially made detachable container that you can remove, wash and dry separately after used. This is to ensure the electrical part of the system does not get wet during wash thus reducing the risk of rust that can cause short circuit to its electrical component.

Its water container is able to fill up to 5 liters of water enough to comfortably clean food for the whole family.

It has a specially design holder which can be use to submerge floating fruits and baby feeding bottle to ensure maximum cleansing for floating items.

Its has four plasma generator to allow generate and evenly distribution of Hydroxyl Radical in its container during operation. All radicals produce will vaporise.

As compare to some older food cleansing technology, BioSafe does not emit odour or sound in operation. It does not required periodical routine parts replacement or servicing giving you cost saving in long run.


Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template