Selamat berhujung minggu...masih lagi dalam mood bercuti?...yazzaaa...saya masih lagi sebab minggu depan baru start kerja..hehe..w/pn bercuti masih lagi kena kerja...semuanya sebab takde rasa timbang rasa daripada pihak atasan...
"Work does not stop even if you are on leave" ----> inilah kata2 yang bisa membuatkan hati saya menjadi tawar setawar tawarnya untuk meneruskan bakti di sini...huhu..
Ok, lupakan perkara itu...terus ke tujuan asal iaitu Jemputan Umrah..kenapa agaknya yea, adakah saya mendapat peluang yang diberikan oleh pihak astro untuk mengerjakan umrah??...oh beruntungnya kalau dapat peluang sebegitu...bukan senang untuk ke sana..tambah pula secara percuma..=)
2-3 hari lepas, saya mengemas dan packing barang2 di rumah..maklum la, awal bulan 4 ayah dah pencen, jadi kami akan berpindah ke rumah sendiri la pulak, Alhamdulillah..tengah duk mengemas buku2 untuk dimasukkan dalam kotak, saya terjumpa cebisan kertas, di atasnya tertulis karangan pendek tentang jemputan umrah yang ditulis oleh mak saya..hampir menitis air mata saya membcanya...begitu teringinnya mak nak menunaikan ibadat umrah di Mekah..
Mak, ayah, anakmu ini berjanji akan bawa mak & ayah menunaikan umrah..kita akan ke sana sama-sama yea..insyaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita ke sana hujung tahun ni yea...moga dipermudahkan segala urusan...
Moga impian mak & ayah serta kami sekeluarga untuk ke sana menjadi impian...amin..