'APABILA membincangkan tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa kini, nampaknya fokus perbincangan hanya terarah kepada tindakan kejam gadis yang melahirkan bayi malang tersebut.
Masyarakat marah dan mempersoalkan tidak adakah langsung naluri keibuan dan belas kasihan terhadap bayi yang tidak berdaya itu? Dalam kesibukan masyarakat 'menghukum', mencerca dan menghina gadis terlibat, kenapa tindakan lelaki yang menghamili gadis tersebut tidak disentuh? Kenapa dibiarkan lelaki itu terus hanyut tanpa ada kesedaran bahawa apa yang telah berlaku itu adalah salah kedua-dua pihak.
Ia bukan sahaja tidak adil, malah menganiayai gadis-gadis yang terpaksa menanggung beban seorang diri sehingga mendorong mereka bertindak di luar batas kemanusiaan dengan membuang bayi yang baru dilahirkan.'
Petikan di atas diambil dr Utusan Malaysia Online-Rencana (9 April 2010)
Sedih,sayu, kesian..semua perasaan ade bila bc berita/email tentang pembuangan bayi2 yg belum sempat menikmati kehidupan di dunia ni..tindakan2 tersebut telah meletakkan mereka kembali semula ke zaman jahiliyah..seringkali juga hanya ibu2 yg membuang bayi tersebut yg sering dipersalahkan..sedangkan kedua2 pihak spttnya bertanggungjawab ke atas perbuatan tersebut..
Me harap, dengan adanya kempen kami prihatin yg dianjurkan oleh Utusan Malaysia ni mampu membendung masalah tersebut yg kian berleluasa..sama2 la kita menyokong kempen KAMI PRIHATIN dengan meletakkan logo kami prihatin di blog msg2..=)
0 comments:
Post a Comment