Assalamualaikum..
Sedikit petikan dari ANIS, bil 172 untuk tatapan kita semua..
Manusia sentiasa berhadapan dengan 2 seruan iaitu seruan keduniaan yang dihiasi dengan kelalaian, kealpaan dan kelazatan yang amat memukau serta menggiurkan.. dan juga seruan keakhiratan yang dijanjikan dengan keindahan yang tidak dapat disifatkan.
Seruan dunia dapat ditepis dengan sabar manakala seruan akhirat pula dapat dicapai dengan syukur. Syukur dengan segala pemberian Ilahi, insaf dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, sedar betapa banyaknya anugerah Illahiyyah yang dimiliki namun amat sedikit nikmat yang disyukuri.
Rugi atau untungnya manusia di akhirat kelak ialah bergantung kepada seruan mana yang dijawab oleh manusia. Menjawab seruan dunia bermakna manusia menyahut panggilan untuk kelazatan dan keindahan yang sementara, indah lagi mengasyikkan pada tatapan mata namun memedihkan pada penghujung kesudahannya.
Menyahut seruan akhirat maka manusia memilih untuk berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan cubaan yang perlu dihadapi namun indah lagi mendamaikan pada penghujungnya.
Hidup ini sebenarnya antara sabar dan syukur, antara istighfar memohon keampunan daripada Allah dan Alhamdulillah, pujian kepada Allah S.W.T.
Setiap kesalahan, kesilapan, dosa dan maksiat yang dilakukan maka disucikan dengan istighfar, manakala setiap anugerah nikmat kesenangan, kelapangan yang diterima diungkapkan dengan Alhamdulillah.
p/s: Sekadar renungan untuk kita semua dan peringatan untuk diri sendiri..moga kehadiran tahun baru Maal Hijrah akan memantapkan lagi iman di hati kita semua..
Salam Maal Hijrah 1433 untuk semua...=)
Be Particular with your salat
12 years ago
0 comments:
Post a Comment