Friday, February 24, 2012

Promote skit...promote..gurlss, nak cantik tak??!!...hehe

3 comments
Assalamualaikum semua..

Hehe...tajuk apa tu...haha

Ni haaa......korang try la...support i skit...

EL-Marino ---->Klik sini untuk further info yea...hehe

Gurls out there, nak cantik tak??...kalau nak mesti2 order...haha..

Oh yea, kalau interested nak attend beauty forum 4/3/2012 ni di Royale Bintang Hotel Seremban, jangan lupa untuk pm saya yea, untuk booking tempat anda...pendaftaran RM 8 sahaja

Belajar untuk cantik RM 8 je???????...berbaloi2!!...dapat El-Marino free lagi 2 paket..boleh skin test PERCUMA lagi!!

Bukan apa..sebab saya jadi Program Director untuk projek ni...adoiii...hehe..kata nak cantik kan..huhu..

p/s: saya nak jadi bisnes woman yang berjaya pulak...ahaks...;)...mati lerr kena kutuk pasni..hehe

Monday, February 20, 2012

Kerja = tertekan = rasa macam??

2 comments
Assalamualaikum..


Kembali bertemu..blog ini akan sentiasa di sini..walaupun jarang di update..sememangnya saya memerlukan blog ini untuk luah apa yang terpendam..

Ikhlaskah saya selama ini?...perkataan itu yang sering berlegar dalam kotak fikiran selama berada di Terengganu tak sampai 24 jam..iye, gamble pulang ke sana sebab sangat2 memerlukan udara yang segar untuk seketika..serta memerlukan kata-kata nasihat daripada ibu tersayang..

Kerja saya...saya tak pasti kebelakangan ini saya ikhlas atau pun tidak dalam melakukannya..semakin hari semakin hilang kesabaran..semakin hari semakin rasa tertekan dengan work load..semakin hari semakin saya tak faham apa sebenarnya yang mereka nak..semakin hari saya rasa semakin tidak boleh terima lagi arahan-arahan daripada bos..semakin hari saya juga sudah hilang respek pada mereka..hanya disebabkan perkataan-perkataan yang saya kira tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang beragama Islam dan seorang yang terpelajar..hurmm..


semakin hari semakin rasa nak tinggal dengan parents je..bestnye kalau tempat kerja dekat dengan dengan umah parents...semoga ada rezeki di sana..aminn..

Thursday, February 9, 2012

Relevan lagi ke blog ni?

3 comments

Rindunya nak aktif blogging macam dulu2...tapi lately rasa mcam takde mood nak update blog...rasanya dah hampir setahun kut cmni...mungkinkah akan ku tutup blog ini?...hurmm..

Mula2 terlibat dengan dunia blog hanyalah suka2..sebab membe ada blog, jadi teringin nak ada jugak...macam friendster dulu2 la...membe2 ada, kita pun nak ada jugak..fb pun sama jugak, orang lain ada kita pun nak ada jugak...hehe..Semua benda pun akan dicoretkan di sini...kisah suka, kisah duka, kisah manis, kisah pahit..semuanya ada..

Kenapa saya dah jarang update?...bz?..malas?...hurmm..atau sengaja?..semua pilihan jawapan adalah betul..

Bz..memang sangat bz..nak pulak ada projek baru skang ni kat ofis...hurmm...mmg betul2 multitasking keje sini...

Malas...yup, bila badan penat..cerita yang dah lama karang dalam otak pun jadi berkarat nak kuar balik..last2 biar sampai hilang dari minda nih..tu sbb takde cerita tu..

Sengaja...sebab bila saya blogwalking saya akan terjah blog2 yang saya selalu singgah..sehinggakan kadang kala buat saya rasa sedih, dan seolah2 menyalahkan takdir diri sendiri..yup, semua orang punya cerita tentang kehidupan masing2, semua orang punya masalah tersendiri dan semua orang pun punya cara tersendiri dalam menjalani kehidupan harian..namun, bila kenyataan yang harus dilalui terlalu payah untuk ditelan, sukar untuk kita menjalani kehidupan seperti sediakala..

People said,

"Life must go on, same goes to you. If today is not your day, in future there will be your day. Pray to Allah..only Him can give us the right path which way we should follow. Forgive anyone who gave you pain and make your tears fall down".


P/s: tak pasti samada relevan lagi atau pun tidak blog ini..

Monday, February 6, 2012

Jom ambik ilmu kesihatan skit

0 comments
Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul semua..

Ok, baru2 ni saya ada buat check up skit dengan doktor & tekanan darah tu cam ala2 naik skit la...mungkin stress tempat kerja, tu yang naik tu...and then, last week kena pulak gastric setelah beberapa tahun tak kena..last kena seingat saya la waktu zaman blaja dulu2...lama dah tu..disebabkan 2 perkara ini saya ambil inisiatif untuk betul2 jaga kesihatan...then baru teringat hari tu (eh, macam tahun lepas je...hehe) ada beli buku "Bruce Miller's Better Health Series"...versi bahasa melayu punya...tajuk je english..yang ni siri untuk Tekanan Darah Tinggi...so, untuk ringkaskan macam mana kita nak tentukan samada kita ni dah terkena penyakit ni atau belum kat bawah ni saya letak jadual...jadi korang nilai la sendiri yea...=)

KATEGORI SISTOLIK/ DIASTOLIK PENGESYORAN
NORMAL Kurang daripada 130/85 Periksa semula dalam masa 2 tahun.



NORMAL TINGGI 130-139/85-89 Periksa semula dalam masa 1 tahun; mulakan perubahan gaya hidup.



HIPERTENSI PERINGKAT 1 140-159/90-99 Sahkan dalam masa 2 bulan; mulakan perubahan dalam gaya hidup.



PERINGKAT 2 160-179/100-109 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa sebulan.



PERINGKAT 3 180-209/110-119 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa seminggu.



PERINGKAT 4 210/120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera.

*Sistolik = tekanan yang dijanakan apabila otot jantung mengecut dan memaksa darah mengalir menerusi ateri.
Diastolik = tekanan yang ada pada arteri ketika jantung sedang mengisi dan bersiap sedia untuk berdegup semula.

Apabila jantung mengepam, tekanan dalam arteri itulah tekanan darah kita. So, sama2 la kita nilai sendiri kita pada tahap yang mana ye..

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template