Monday, February 6, 2012

Jom ambik ilmu kesihatan skit

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul semua..

Ok, baru2 ni saya ada buat check up skit dengan doktor & tekanan darah tu cam ala2 naik skit la...mungkin stress tempat kerja, tu yang naik tu...and then, last week kena pulak gastric setelah beberapa tahun tak kena..last kena seingat saya la waktu zaman blaja dulu2...lama dah tu..disebabkan 2 perkara ini saya ambil inisiatif untuk betul2 jaga kesihatan...then baru teringat hari tu (eh, macam tahun lepas je...hehe) ada beli buku "Bruce Miller's Better Health Series"...versi bahasa melayu punya...tajuk je english..yang ni siri untuk Tekanan Darah Tinggi...so, untuk ringkaskan macam mana kita nak tentukan samada kita ni dah terkena penyakit ni atau belum kat bawah ni saya letak jadual...jadi korang nilai la sendiri yea...=)

KATEGORI SISTOLIK/ DIASTOLIK PENGESYORAN
NORMAL Kurang daripada 130/85 Periksa semula dalam masa 2 tahun.



NORMAL TINGGI 130-139/85-89 Periksa semula dalam masa 1 tahun; mulakan perubahan gaya hidup.



HIPERTENSI PERINGKAT 1 140-159/90-99 Sahkan dalam masa 2 bulan; mulakan perubahan dalam gaya hidup.



PERINGKAT 2 160-179/100-109 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa sebulan.



PERINGKAT 3 180-209/110-119 Penilaian perubatan; mulakan rawatan dalam masa seminggu.



PERINGKAT 4 210/120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera.

*Sistolik = tekanan yang dijanakan apabila otot jantung mengecut dan memaksa darah mengalir menerusi ateri.
Diastolik = tekanan yang ada pada arteri ketika jantung sedang mengisi dan bersiap sedia untuk berdegup semula.

Apabila jantung mengepam, tekanan dalam arteri itulah tekanan darah kita. So, sama2 la kita nilai sendiri kita pada tahap yang mana ye..

0 comments:

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template