Saturday, December 22, 2012

~Fraud email..

2 comments
Salam semua..

Singgah jenguk kawan2 sambil cek emel jap hr ni..sejak keje kt KL ni mmg hari2 blk kul 8pm lebih..abih kje kul 6, jgn harap nk sampai 6.30pm..paling awal bleh sampai umh adalah pukul 6.35pm, tu pun sbb hari sabtu..oh, hari ni keje sebab replace utk 31st dec ni..so next week cuti pjg la..hehe..tgk tu, tajuk lain tp entry psl benda lain..huhu

Fraud emel yg saya dpt hr ni adalah dr ambank customer service...nk dijadikan cerita, dah la saya ni takde acc ambank tetiba ckp acc saya kena suspended sbb ada org lain akses byk kali tp error..kalau nk menipu tu jgn la mcm ni..kalau yg fraud emel dr maybank tu mmg dh byk kali la sy dpt, ayat yg lebih kurang sama..sib baik akal ni panjang skit terus call cust.service dia utk tanya betul ke emel ni..dorang ckp jgn layan emel yg mcm tu sbb itu adalah scam..huhu

Antara kandungan emel ni:


This message contains blocked images.

Show ImagesOptions

Dear valued Customer's


During our usual security enhancement protocol,
we observed multiple login attempt error while login in to your online banking account.
We believed that someone other than you is trying to access your account for security reasons,
we have temporarily suspend your account and your access to online banking and will be restricted if you fail to update it.

Please click on the link below to verify your information with us:
Ambank-Customer Care Service Department
Copyright © 1985-2010 AmBank(M) Berhad. All Right Reserved.


P/s: Apa nk jadi la dorang ni..korang2 jangan mudah percaya dengan emel yg mcm ni ye...adios, wassalam

Saturday, December 8, 2012

Pesan ayah....

1 comments
Salam semua..

Innalillah..

Perginya seorang lagi saudara terdekat kami setelah kehilangan bapa saudara 2 minggu yang lepas, semalam kehilangan lagi seorang sepupu yang terdekat yang tinggal bersebelahan rumah kami di kampung..

Usai proses pengebumian, dan sahabat handai sedara mara mula pulang untuk berehat di rumah sebelum tahlil malam ni, ayah mak & saya berbual di bawah bangsal belakang rumah..

Entah kenapa hati terasa sayu bila dengar ayah berpesan..

Kata ayah: Esok2 kalau ayah dah takde, ayah nak anak2 ayah mengaji quran di sebelah ayah..biarlah tak pandai mengaji pun, baca la apa2 ayat yang ingat, yang penting, mengaji sebelah ayah..tak kisah la terjemahan ayat quran pun..

Saya yang ada bersama2 waktu tu terasa sebak yang amat, sebak bila ayah berpesan sebegitu..dalam hati berdoa semoga Allah panjangkan usia mak & ayah..

P/s: sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah..Al-Fatihah.


Monday, December 3, 2012

Hidup ni macam-macam

4 comments
Salam semua..

3hb Dec 2012...sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru 2013 pulak..bukan nak ckp azam baru atau pun azam yang dibuat dulu apa yg dah  di capai ke tidak..cuma mahu bermuhasabah diri sebelum melangkah ke tahun baru 2013..

Asam garam kehidupan, macam-macam rasa ada..kalau di adun sebati entah apa hasilnya kan..hidup ni satu proses pembelajaran..selagi mana kita bernafas di muka bumi ini, selagi itulah tempoh pembelajaran itu tidak akan selesai..tp, apa yang kita pelajari? pernah kita renung kembali apa yang dah kita lalui dan apa yang kita dah pelajari daripada pelajaran kehidupan yang kita lalui? Ya atau Tidak?

Ada orang sentiasa dengan mengomel, meng'komplen', memuji, dan sebagainya..ada juga yang sentiasa bersyukur, rendah diri, dan sebagainya..kita pula bagaimana?

Hidup ini hanyalah sementara..ya..sementara..selagi kita dipinjamkan nyawa ini olehNYA, rebutlah peluang untuk mengejar akhirat yang mendatang dan semakin tiba..kita tak tahu ajal kita, tp DIA Maha Mengetahui segalanya..

Bersangka baik dengan semua orang walau apa pun yang telah, sedang dan yang akan berlaku..sesungguhnya, di sebalik kejadian tu, ada hikmahnya..

 Wassalam


p/s: Fikiran bercelaru..nafas terasa sesak dalam dada, maaf atas segalanya..


Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template