Monday, December 3, 2012

Hidup ni macam-macam

Salam semua..

3hb Dec 2012...sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru 2013 pulak..bukan nak ckp azam baru atau pun azam yang dibuat dulu apa yg dah  di capai ke tidak..cuma mahu bermuhasabah diri sebelum melangkah ke tahun baru 2013..

Asam garam kehidupan, macam-macam rasa ada..kalau di adun sebati entah apa hasilnya kan..hidup ni satu proses pembelajaran..selagi mana kita bernafas di muka bumi ini, selagi itulah tempoh pembelajaran itu tidak akan selesai..tp, apa yang kita pelajari? pernah kita renung kembali apa yang dah kita lalui dan apa yang kita dah pelajari daripada pelajaran kehidupan yang kita lalui? Ya atau Tidak?

Ada orang sentiasa dengan mengomel, meng'komplen', memuji, dan sebagainya..ada juga yang sentiasa bersyukur, rendah diri, dan sebagainya..kita pula bagaimana?

Hidup ini hanyalah sementara..ya..sementara..selagi kita dipinjamkan nyawa ini olehNYA, rebutlah peluang untuk mengejar akhirat yang mendatang dan semakin tiba..kita tak tahu ajal kita, tp DIA Maha Mengetahui segalanya..

Bersangka baik dengan semua orang walau apa pun yang telah, sedang dan yang akan berlaku..sesungguhnya, di sebalik kejadian tu, ada hikmahnya..

 Wassalam


p/s: Fikiran bercelaru..nafas terasa sesak dalam dada, maaf atas segalanya..


4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Eda

moga tahun hadapan akan lebih ceria lagi

Eda Latiff said...

waalaikumussalam atuk,

InshaAllah..:)

khaifaiz said...

bertambahlah umur kita lepas ni

Eda Latiff said...

oh, itu sudah pasti la en.khai..hehe

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template