Thursday, September 30, 2010

~Kau punya pasal la ni!~

0 comments
'Ini semua kau punya pasal la ni'

'Apa pulak aku, berani buat berani la tanggung'

'Eh, ni bukan aku yang buat. Aku nampak si polan bin si polan tu yang buat'

'Kau ada bukti ke aku yang rosakkan benda ni?'

Ayat-ayat di atas adalah ayat biasa di dengar bila berlaku salah faham atau kerosakan.
Biasa la, mana ada orang yang nak mengaku kesalahan sendiri melainkan orang tu benar2 seorang yang jujur..

~Lumpuh~

0 comments
Cuaca di luar kelihatan mendung..
Mungkin sebentar lagi akan memuntahkan
isi yang sudah semalaman di kandung..
Dia termenung di tepi jendela..
Merenung masa depan yang masih kabur..
Yang belum pasti menjanjikan sesuatu..

Rintik-rintik hujan mula menghentam tanah..
Tanah yang kering basah ditimpa hujan..
Debu-debu kering diterbangkan angin yang lalu..
Melayang bebas kemana saja..
Serentak dengan bunyi gempita..

Dia terjaga dari lamunan dek terkena tempias hujan..
Namun, tidak diendahkan..
Masih merenung ke luar jendela..
Hujan semakin lebat seperti mahu bah..
Kanak-kanak leka bermain di padang
walaupun jeritan ibu memanggil pulang..
Masih tidak dipedulikan..

Dia, lumpuh di situ..
Tidak mampu kemana-mana..
Hanya mampu merenung ke luar jendela.....

Wednesday, September 29, 2010

~Nasib Baik~

0 comments
Semalam, kt opis ni air cond asyik trip je die nye fius..
Pagi ni panggil technician tuk cek..
Opismate pun tunjuk la fius mana satu yg asyik trip tu..
Skali technician tu menjerit...

'Amoi!!..lu jgn pegang dengan tangan itu fius, nanti boley mati woo'..

'Ha??..ya ka?'..balas opismate dengan mata terbeliak..

actually me pon skali terbeliak mata dengar itu technician cakap itu macam..
sebabnya semalam mmg kami byk kali pegang pon sbb nk on blk..

huaaa!!..tetiba rasa sangat bersyukur sebab tak jadi apa2 semalam..
kalau tak mungkin...tak sanggup nak teruskan ayat tu..

Friday, September 24, 2010

~Hari ni tak produktif langsung~

0 comments
Sorang lagi kat ofis..
Bos dah start cuti..maklum la nak sambut menantu sulung..
Ofismate pon cuti lagi..ni pon sebab hal berkaitan ngan kawen jugak..
Keje ade..tapi tak banyak..tak urgent lak tu..
Surf sana..surf sini..
Tak tau la ape yang di surf..
Baca paper online berkali-kali..(hehe..padahal tgk tajuk jer..kuikui..mls mau bc)
Nak wat keje mmg sangat la malas..huhu

Bosannnnnnnnnn......

Thursday, September 23, 2010

~Nyawa macam dah tak ada HARGA~

4 comments
h0h0...takut tak ngan tajuk entry ni?..dengar pun tak0t kan..

Semalam me sempat la membalas sms sorg rakan skolah lama..
Dan..sgt mengejutkan bila dia bgtau me yang kat kg dia ada kes pembunuhan..
Dengan rasa terkejut me pun tanya la soalan2 yang bese di tanya oleh org lain..
Sape kena bunuh?..kat mana?..macam mana kena?..bla bla bla..
Orang yang kena bunuh tu tak di kenali..
Katanya kena pukul kemudian di bakar..tapi tak ada la sampai jadi abu..
wah..dh macam kes Datuk Sosilawati lak bakar2 ni..
Katanya lagi mayat tu dah berbau.mungkin dah lama kena tapi tak ada orang perasan..
Tempat kejadian berhampiran hutan kecil kt kg tu la..
Actually jalan tu adalah short cut nak keluar..dekat skit nak ke jalan besar..
Biasa la bila dah sunyi ni..jarang la orang nak lalu situ..

Dan pesanan penaja dari dia adalah:
1)Berhati2 walau di mana anda berada..cewah..ayat ni di ubah suai tapi masih mengekalkan maksudnya..
2) Jangan mudah PERCAYA dekat orang lain walaupun rakan baik sendiri.
3) Doa banyak2 minta jauh dari segala bala bencana.
4) Nak selamat lagi, kawen cepat2..ada org jaga duk jauh dari family.

h0h0...yang ke-4 tu agak sukar sedikit..apa2 pon doa je la smoga selamat di dunia & akhirat.

p/s: tetiba rasa sangat gerun bila memikirkan soal kematian...

Monday, September 6, 2010

~Akhirnya, mereka kembali bersama~

2 comments
Nak cakap ke tak yea..
Segannya sebab kami dah lama tak bertegur sapa..
Tapi, raya kan dah nak dekat..
Tak guna juga kalau masing2 tak mahu bertegur..
Nanti tak ceria la hari raya..
Akhirnya, hati pun berdetik..

Hati: Mulut2, kau apa khabar? aku rindu nak dengar suara kau, celoteh kau..
aku tahu bulan puasa ni kau tak banyak bercakap, tapi aku nak la berbual2 dengan kau ,macam dulu2'..

Mulut: Eh, suara siapa tu...macam selalu ku dengar..tapi di mana ya..

Hati: Ala..kau merajuk lagi ke dengan aku?..sepatutnya aku yang merajuk dengan kau tau..tapi aku tak boleh hidup tanpa kau..cewahh..=)

Mulut: Tersenyum. =)..

Hati: Baguslah kalau kau dah boleh senyum..tapi aku harap senyum tu adalah senyuman yang paling ikhlas dari kau.

Mulut: Eh2 kau ni, takkan la kau tak tahu kalau senyuman tu ikhlas ke tak. Aku ikhlas. Aku pun tak nak la lama2 tak bertegur sapa dengan kau. Seksa kau tahu.

Hati: Aku tahu...=)..

Mulut: Tahu tak pe..hehe..mesti kau ada apa2 ni kan. Kalau tak mesti kau tak tegur aku lagi.

Hati: Kau memang kawan sejati aku la. Aku belum bagitahu pun kau dah tahu kan.

Mulut: Itu sebabnya kita ni sehati sejiwa..kemana je kau pergi aku kan ada juga..

Hati: Yea la..aku tahu..

Mulut: Apa dia kau nak bagitahu aku?

Hati: Eh, tadi kau cakap kau dah tahu..so, tak payah la aku bagitahu lagi.

Mulut: Ermm..kau ni..memang la aku tahu yang aku tak tahu..cuba kau bagitahu apa2 yang aku tak tahu..=D

Hati: Kau ni cakap berbelit2 lak..kena belit ngan ular baru tahu..

Mulut: Ala..gurau sikit pun tak boleh.kau ni sensitip sangat la sejak akhir2 ni..datang angin ape la kau ni sejak akhir2 ni ek..

Hati: Tu la aku pun tak tahu la..kalau ada angin tu rasa la juga nyaman sikit2..ni aku tak rasa nyaman pun..

Mulut: Haha..ada2 aja la kau ni..kalau nak angin sepoi2 bahasa kau pegi la pantai..bukan sepoi2 bahasa je, entah2 ribut pun boleh datang juga.

Hati: Wei, aku serius ni..

Mulut: Hehe..yea la.yea la..=D


Begitulah akhirnya mereka kembali bertegur sapa..mana la boleh dipisahkan mereka ni..dari kecil sampai ke umur dah suku abad tak pernah berpisah..kalau terpisah tu pun atas kehendak-NYA..=)

Friday, September 3, 2010

~Bila..bila..dan bila~

0 comments
Dalam kita sibuk memuji orang lain,
Tanpa kita sedar kita telah menghina orang lain,
Padahal kita sendiri bukanlah insan yang mulia.

Dalam kita sibuk mencari kesalahan orang lain,
Kita terlupa kesalahan diri sendiri.

Dalam kita sibuk mengejar kemewahan,
Kita terlupa untuk bersyukur.

Dalam kita sibuk mengejar keseronokan yang sementara,
Kita terlupa untuk mengejar keseronokan yang hakiki.

Dalam kita sibuk mencari kebahagiaan di dunia,
Kita terlupa untuk mencari kebahagiaan di akhirat.

Dalam kita sibuk mencari kesempurnaan,
Tanpa kita sedar kita hanya menyerlahkan ketidaksempurnaan yang ada.
Mengapa perlu mencari kesempurnaan
jika diri sendiri juga tidak sempurna.

Mengapa perlu mencari kejujuran
jika diri sendiri juga tak pernah jujur....

p/s: tepuk dada tanya lah hati..

Gila kentang banyak entry sehari...ngeh3.

~When heart start talking...i care about you~

0 comments

~Nak raya dah ke?~

0 comments
Hari ni hari malas sedunia..hahaha..boleh tak..
Actually kerja2 yang sangat memerlukan kesabaran fizikal dan mental dah disiapan..
Tu yang jadi malas..
Memang sangat stress minggu sudah..sehinggakan suara ini terpaksa ditinggikan dengan bos..(yeke..bukan sengaja ke..huhu..pape je la)..
akhirnya berjaya juga mengharungi dengan perasaan yang tak tenang..
hari ni boleh la lepak2 sambil melayan blog2 orang..hehe..

Minggu depan dah nak raya..
Kat ofis ni memang takde suasana raya langsung la..
memang la tak ramai melayu yang keje kat opis ni..
tapi rasa cam pelik lak bila dorang tak hias opis ni..
patut la mood raya tak sampai2..memang tak rasa pun dah nak raya..

Shopping pun lebih kepada keperluan harian untuk pegi kerja..
Orang lain sibuk duk pilih baju raya, kasut raya dan macam2 lagi la..
Tapi me sibuk duk cari benda2 lain..
Baju raya dah tempah..cuma beads je yang belum siap jahit kt baju tu..
So, lepas kerja kena la bersengkang mata lak mengadap benda2 kecik tu..
Kasut raya...malas la beli..macam tak perlu je..

Kuih raya nampaknya tahun ni memang tak berkesempatan la nak buat..
Sempat buat cornflake coklat je hari tu kat rumah kakak..
Sedappp...haha..sambil2 buat sambil2 makan..hehe..
Dapat la 5 balang hari tu..
Yang lain2 tu tunjuk2 je ngan kawan yang jual kuih raya..
Entah sempat entah tidak..harap2 sempat la..
tak de la balik kg tangan kosong je nanti..

Bab cuti raya malas la nak cakap..
Sebabnya me cuti sekejap je..
Sangat la tak best..
Dulu masa tengah belajar boleh cuti lama2..
Tapi bila dah keje..cuti lak tak banyak..
terpaksa balik opis balik lepas beberapa hari je raya..wuaaaa..=/
nak ambik mc pas raya pun macam tak jadi sebab lepas raya lagi banyak kerja yang menanti..

Erm...ape lagi ye nak merapu..
Dah kehabisan idea..
Lain2 tak dapat di publishkan lak..
Jumpa lagi dilain masa...

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template