Thursday, September 30, 2010

~Lumpuh~

Cuaca di luar kelihatan mendung..
Mungkin sebentar lagi akan memuntahkan
isi yang sudah semalaman di kandung..
Dia termenung di tepi jendela..
Merenung masa depan yang masih kabur..
Yang belum pasti menjanjikan sesuatu..

Rintik-rintik hujan mula menghentam tanah..
Tanah yang kering basah ditimpa hujan..
Debu-debu kering diterbangkan angin yang lalu..
Melayang bebas kemana saja..
Serentak dengan bunyi gempita..

Dia terjaga dari lamunan dek terkena tempias hujan..
Namun, tidak diendahkan..
Masih merenung ke luar jendela..
Hujan semakin lebat seperti mahu bah..
Kanak-kanak leka bermain di padang
walaupun jeritan ibu memanggil pulang..
Masih tidak dipedulikan..

Dia, lumpuh di situ..
Tidak mampu kemana-mana..
Hanya mampu merenung ke luar jendela.....

0 comments:

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template