Friday, December 16, 2011

~Percubaan pertama..=)...sukanya buat nih...hihi

7 comments
Assalamualaikum..


Kan dalam entry sebelum ni saya ada cakap nak buat bisnes kan...dan sebagai seorang perempuan mestilah tidak lari dari kecantikan...tak kira la dari luaran atau pun dalaman...dan semalam saya buat percubaan facial dengan kawan2 saya dulu...peralatan semua saya dah beli dan bagi mereka cuba dulu and rasa urutan tu dulu..dan Alhamdulillah mereka suka...hihi

Haa...sape2 nak buat appointment ngan saya boleh la contact2 kat sini yea...hehe..saya belajar buat facial ni waktu pegi kursus total beauty workshop di Concorde Hotel Shah Alam baru2 ni..and sangat teruja bila tengok yang pegi tu semua cantik2...hehehe..;)

Bawah ni gambar waktu saya buat facial kat kwn2 saya...hehe...harapnya pasni makin berkembang la..=)

Wednesday, December 14, 2011

Kerja sendiri lagi bagus kan..

10 comments
Assalamualaikum..


Ermm...dah lebih 2 tahun saya makan gaji ngan orang...maksudnya kerja ngan company orang lain la..bukan company sendiri..

Tapi saya realise satu perkara..........iaitu, saya sedikit sukar untuk menerima arahan daripada orang lain..dan selalunya saya hanya akan terima arahan tersebut dan terus buat sesuatu tu bila saya rasa saya suka nak buat dan bukan sebab terpaksa...then, kalau arahan tu macam satu paksaan, saya akan lambat2 skit nak buat sesuatu tu...ermm..

Nampak gaya, saya mesti meletakkan tarikh keramat pada surat rasmi yang dah 2 bulan lepas saya karang...dan tarikh itu pastinya akan membuatkan saya rasa bebas sebebas bebasnya...=)..dan pastilah perkara yang akan saya buat selepas itu adalah sesuatu yang saya suka...bukan lagi atas arahan orang lain..=)

Tuesday, December 13, 2011

~Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan olehNYA walaupun ianya hanya lah bersiffat sementara~

5 comments
Assalamualaikum semua..

Selamat kembali bekerja setelah bercuti semalam..dan hari ni tak banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sehinggakan saya tak tahu nak buat apa lagi dah...hehe

Wiken baru-baru ni saya menghadiri majlis perkahwinan adik rakan baik saya di Temerloh..dan terkejut yang amat apabila sampai di rumahnya sebab rumah beliau betul2 berhadapan dengan sungai pahang...

Sesampai je rakan saya ni terus gorengkan ikan patin untuk saya untuk jamu saya makan...orang datang dari jauh la katakan..lagipun kami pun dah jadi adik beradik angkat dah pun...mak & ayah angkat saya sangat la sporting morting...hehe...sebabnya, semuanya dilayan sama rata..walaupun kami jarang jumpa..

Malam tu bagi penduduk kat sini, kenduri sudah bermula..maka dijamu lagi dengan ikan patin masak tempoyak...aduhhh...belum sempat lapar, makan lagi skali..huhu..teringat2 lagi rasa yang enak ikan patin masak tempoyak tu..=)...slurppp..yummy!

Namun, apa yang sangat menginsafkan saya ialah keakraban yang ditunjukkan sesama ahli keluarga rakan saya ni...mereka sangat2 rapat sehinggakan sanggup berhabis untuk menjayakan majlis adik mereka ini..walaupun timbul sedikit masalah semasa berlangsungnya majlis pada malam itu, saya lihat rakan saya ni tetap tersenyum melayan tetamu yang datang..

Ya, kasih seorang kakak terhadap adik..bukan balasan atas penat lelah yang diharapkan, bukan balasan wang ringgit yang diharapkan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang dinantikan daripada sang adik yang sedang meniti hari bahagianya itu...namun semua tu tidak diperolehinya, malah dihinanya pula...langsung tidak bersyukur dengan apa yang diberikan..sehinggakan air mata seorang bapa menitis disaat meraikan anak mereka...

Dan, ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir...sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, sekali air mata mereka jatuh disebabkan oleh kita segera lah meminta ampun daripada mereka sebelum kita mendapat gelaran anak derhaka...wassalam..

p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri

Thursday, December 8, 2011

~Robot pun boleh jammed!

2 comments
setelah sekian lama kelopak ini kering, hari ini basah kembali seiring dengan hujan yang menggila di luar sana..

Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku dalam menjalani kehidupan seharian agar aku sentiasa tenang + sabar dgn kerenah manusia yg egois...

~R.I.N.D.U.~

2 comments
Assalamualaikum semua..selamat pagi..

Rindunya nak mencoretkan sesuatu kat blog ni...la ni belum berkesempatan nak mengadap laptop ni muka ke muka (omputih cakap face to face) untuk tulis apa yang ada...mungkin sedikit masa lagi akan dicoretkan apa2 yang patut la..

Rindu juga nak menjelajah bloggers yang ada macam zaman setahun yang lepas...hoho...dalam sehari dalam 2-3 blog je yang saya terjah...yazzaaa...kekangan waktu yang terhad menjadikan aktiviti blogging saya jadi sedikit slow...

Tapi itu bukanlah satu alasan bukan...happy blogging ye semua...=)

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template