Friday, April 29, 2011

~Cer korang buat kesimpulan~

13 comments
Assalamualaikum..


Situasi pertama:

Seorang gadis sedang menangis teresak2 ditepi tangga kolejnya..lalu, datang seorang sahabat bertanya:

sahabat: kenapa kau nangis?..kau ada masalah ke?

gadis: tak..aku takde masalah..aku nangis sebab aku dapat cabutan bertuah sebuah kereta idaman melaya..

sahabat: oh..(terus berlalu)


Situasi kedua:

Seorang gadis tersenyum dari pagi hinggalah habis waktu bekerja..lalu bertanya sahabatnya;

sahabat: aku tengok kau ni happy je dari pagi sampai ke petang..ada berita gembira ke?

gadis: eh, tak ada apa2 la..takkanlah kalau aku senyum untuk tutup rasa sedih pun tak boleh?.


situasi ketiga:

Seorang gadis kelihatan murung, pucat dan tidak bermaya..lalu datang sahabatnya bertanya kan khabar si gadis;

sahabat: kau nampak pucat la hari ni..tak sihat ke?

gadis: tak adalah..aku tak cukup tdur la semalam..tu yang muka selenga nih..


tu je nak citer..jadi, bila jumpa kwn2 yang sama mcm situasi di atas jangan cepat buat kesimpulan..nangis tak semestinya sedih, hepi tak semestinya gembira dan sebagainya...

Tuesday, April 26, 2011

~Lama tak makan ni..sedap betul!~

20 comments
Assalamualaikum semua..=)

Petang tadi balik dari ofis terus la menjalankan misi mencari mihun sup..selesai beli semua jalan la nak balik umah..tetiba hidung tertangkap satu bau yang dah lama betul la tak rasa makanan nih..slalu jumpa kat terengganu je..memang jarang sangat la nak jumpa kat negeri lain...

Oh sata...lama betul tak makan ni..ada 3-4 tahun kut...ermmm..memang nikmat betul la..sedap, tapi tak dapat tanding sata kat terengganu lagi la...tapi ok la..sedap la jugak..pas je makan nyesal tak beli banyak..haha...giler tamak..huhu...secucuk RM1.30, 4 cucuk RM5.00...minggu depan kalau ada lagi nak beli 4 cucuk la..hehe..

Sata orang nogori...secucuk ada dua je..kalau kat terengganu biasanya dorang guna buluh panjang..pastu satu cucuk ada dalam 4-5 biji..memang tak puas makan..huhu

Monday, April 25, 2011

~Selamat hari Isnin~

4 comments
Assalamualaikum semua..=)


Tiada apa yang nak diungkapkan just nak quote ayat yang semua orang dah selalu sangat ucap dan kita dengar:



"WALAU APA PUN YANG BERLAKU, HIDUP MESTI DITERUSKAN BUKAN..PERJALANAN DI MUKA BUMI INI MASIH TERLALU JAUH, INSYAALLAH"..


"SEMOGA HARI2 YANG MENDATANG PENUH DENGAN KILAUAN CAHAYA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN PUDAR KERANA DILINDUNGI AWAN TEBAL"


Selamat hari Isnin semua..huhu..takde kena ngena pun..;)

Friday, April 22, 2011

~Bersemadilah dengan aman~

8 comments
Assalamualaikum..

21 April 2011..Petang Khamis (selepas Asar)..


5.58 p.m, saya menerima panggilan daripada ayah..seperti dapat mengagak apa yang akan disampaikan..saya menyahut panggilan daripada ayah...dengan hati yang penuh debaran..air semakin memenuhi kolam takungan di mata..

"Eda, ayah nak cakap ni..Pak Ngah dah tak de dah" kata ayah sambil menahan sebak..

"Pukul brape ayah?"..jatuh jua air yang ditahan..

"Baru kejap tadi, ayah nak pegi hospital dah ni, mak ada kat sane tu..nanti sampaikan kat kak long yea"


Ya Allah, tempatkanlah arwah Pak Ngah ku di kalangan umatMU yang soleh..ameen..Al-Fatihah

Terpaksa berhenti menaip...tak mampu nak teruskan..

Thursday, April 21, 2011

~Serba tak kena~

7 comments
Assalamualaikum...

Baru je lepas tepon ayah bertanyakan khabar pakcik...ermm..semakin kritikal..semalam lepas operate utk keluarkan air dah stabil..tadi ayah cakap pakcik koma..

Nak buat keje serba tak kena..='(

Ya Allah, ringankanlah sakit yang ditanggung oleh pakcik ku ini..semoga saat kritikal ni cepat2 berlalu..amin...

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template