Saturday, December 31, 2011

~Harapan di hari terakhir 2011~

4 comments
Assalamualaikum..


Semalam dah gi klinik...hurmmm...need to see doctor again after 3 days if nothing changes...aiiyakk..hurrrmmmmmm...


Hari terakhir di tahun 2011...hopefully 2012 will be full of happiness in life and carrier..

Friday, December 30, 2011

~Pesanan dari penaja~

6 comments
Assalamualaikum..


Kurang 48jam kita akan melangkah ke tahun baru 2012, apa pencapaian yang dah kita capai tahun 2011?..

Adakah kesihatan kita semakin baik?
Adakah keluarga kita semakin harmoni?
Adakah kita puas hati dengan apa yang kita dapat?

Tepuk dada tanyalah hati..semua tu pasti ada jawapannya..

Wihiiii...bukan nak cakap pasal azam tahun baru pun sebenarnya..cuma nak bagi pesanan kat rakan-rakan semua supaya jaga kesihatan elok2...jangan terlalu taksub dengan kerja sehingga kita mengabaikan kesihatan tubuh badan kita sendiri...sedangkan enjin kereta pun kita servis..inikan pula badan sendiri..

Nasihat ni saya tujukan pada diri sendiri...sebab dah hampir seminggu saya postpone untuk buat medical checkup...dan parents saya pun tiap2 hari call tanya dah pergi check up ke belum...huaaa..siap bagi warning lagi dah sampai klinik call dorang, dah siap check up pun call dorang...adeiii..

Harapan saya selepas check up nanti:

1) Parents tak perlu bising2 lagi suruh saya pegi klinik...muehahaha..
2) Perkara yang baik2 sahaja yang akan saya dengar daripada mulut doc..(ini sangat cuak!)
3) Saya boleh tenang2 lepas ni...huhu

Agak2 doc marah tak ek kalau saya cakap saya lupa nak gi klinik?...huhu..hurmmm.

Tuesday, December 27, 2011

~Impian adik untuk ke Universal Studios, Singapore jadi kenyataan~

5 comments
Assalamualaikum..

See..tajuk entry ni tak boleh blah kan..hehe..bukan apa..kami cuma merealisasikan impian adik untuk ke Universal Studios, Singapore je..so, layan je la ye gambar2 kat bawah ni..lets pictures talk..=)




















Ok..tu je dulu...dah tak larat nak tunggu gambo ni upload..poning kepalo den ni ha.kalau rajin den upload lagi yo...=)

Tuesday, December 20, 2011

~Bos bagi handphone..tapi dah tak reti camane nak guna..huhu~

6 comments
Assalamualaikum..


Haaa...tengok tajuk entry ni...maknanya bertambah lagi la koleksi hp saya..tiga3 pun lain2..
Korang sebut je...cik norkiah ada, mr.black ada, cik x-tion pun ada...huhu

Ermm...tp sebab dah agak lebih kurang setahun tak guna hp yang ada button ni (maklumlah yang lain semua touch screen)..saya terpaksa menggunakan khidmat ofismate utk mengaktifkan phone ni...huhu...

Ermmm...tp yang tak bestnye...bila hp pun dah di bagi, maka pasti akan dikacau sepanjang masa w/pn ketika bercuti..haih...


p/s: pssstt..psssttt...jom2 wiken ni masuk universal studio singapore...hehe

Monday, December 19, 2011

~Bila dah addicted...fuhhh...haha~

2 comments
Assalamualaikum semua..

Ceria2 di pagi Isnin walaupun majoriti akan berkata "Monday Blues"...hehe

Hari minggu sangat la terisi dengan aktiviti untuk mencantikkan diri...haha...kannnn...kata nak jadi beautician, mestilah kena belajar lagi..dan lagi...dan lagi...hihi..;)

Saya ke ladies & beauty carnival di Sunway Convention Centre semalam..bila dah addicted dengan beauty, apa sahaja yang berkaitan dengan beauty kita akan pergi..tak kira la jauh ke dekat ke..nak pulak bila dapat barang free...hahaha...tu sebenarnya..kihkih..

Dapat make over free lagi...worth it..kalau tak bayar la RM280...hehe..syokk habiss...lepas make over, ada lagi free photo shoot...auu..cameraman tu siap bagitau lagi cara nak posing ala2 model giteww..."Kepala tunduk sikit, senget skit ke kanan, tangan tu silangkan, mengiring skit yea"..haha...best2..;P..jakun betul..first time org make over and dapat photo shoot free la katakan...hehe

Dan pulak, bila berkesempatan pulak untuk tengok pertandingan ratu cantik...perghhhh...tak berkelip mata ni tertumpu pada pentas je...fuhhh..huhu..layan je la gambo2 ni yea..tapi picture2 ratu cantik tu takde la saya letak kat sini yea...hehe..;)

Sangat ramai yang mahu cantik..hehe

Free facial juga...

Amber Chia antara judges untuk ratu cantik...beliau sangat cantik!!

Entah kenapa picture ni jadi terbalik...dah rotate banyak kali jadi normal pun masih macam ni jugak...huhu

Friday, December 16, 2011

~Percubaan pertama..=)...sukanya buat nih...hihi

7 comments
Assalamualaikum..


Kan dalam entry sebelum ni saya ada cakap nak buat bisnes kan...dan sebagai seorang perempuan mestilah tidak lari dari kecantikan...tak kira la dari luaran atau pun dalaman...dan semalam saya buat percubaan facial dengan kawan2 saya dulu...peralatan semua saya dah beli dan bagi mereka cuba dulu and rasa urutan tu dulu..dan Alhamdulillah mereka suka...hihi

Haa...sape2 nak buat appointment ngan saya boleh la contact2 kat sini yea...hehe..saya belajar buat facial ni waktu pegi kursus total beauty workshop di Concorde Hotel Shah Alam baru2 ni..and sangat teruja bila tengok yang pegi tu semua cantik2...hehehe..;)

Bawah ni gambar waktu saya buat facial kat kwn2 saya...hehe...harapnya pasni makin berkembang la..=)

Wednesday, December 14, 2011

Kerja sendiri lagi bagus kan..

10 comments
Assalamualaikum..


Ermm...dah lebih 2 tahun saya makan gaji ngan orang...maksudnya kerja ngan company orang lain la..bukan company sendiri..

Tapi saya realise satu perkara..........iaitu, saya sedikit sukar untuk menerima arahan daripada orang lain..dan selalunya saya hanya akan terima arahan tersebut dan terus buat sesuatu tu bila saya rasa saya suka nak buat dan bukan sebab terpaksa...then, kalau arahan tu macam satu paksaan, saya akan lambat2 skit nak buat sesuatu tu...ermm..

Nampak gaya, saya mesti meletakkan tarikh keramat pada surat rasmi yang dah 2 bulan lepas saya karang...dan tarikh itu pastinya akan membuatkan saya rasa bebas sebebas bebasnya...=)..dan pastilah perkara yang akan saya buat selepas itu adalah sesuatu yang saya suka...bukan lagi atas arahan orang lain..=)

Tuesday, December 13, 2011

~Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan olehNYA walaupun ianya hanya lah bersiffat sementara~

5 comments
Assalamualaikum semua..

Selamat kembali bekerja setelah bercuti semalam..dan hari ni tak banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sehinggakan saya tak tahu nak buat apa lagi dah...hehe

Wiken baru-baru ni saya menghadiri majlis perkahwinan adik rakan baik saya di Temerloh..dan terkejut yang amat apabila sampai di rumahnya sebab rumah beliau betul2 berhadapan dengan sungai pahang...

Sesampai je rakan saya ni terus gorengkan ikan patin untuk saya untuk jamu saya makan...orang datang dari jauh la katakan..lagipun kami pun dah jadi adik beradik angkat dah pun...mak & ayah angkat saya sangat la sporting morting...hehe...sebabnya, semuanya dilayan sama rata..walaupun kami jarang jumpa..

Malam tu bagi penduduk kat sini, kenduri sudah bermula..maka dijamu lagi dengan ikan patin masak tempoyak...aduhhh...belum sempat lapar, makan lagi skali..huhu..teringat2 lagi rasa yang enak ikan patin masak tempoyak tu..=)...slurppp..yummy!

Namun, apa yang sangat menginsafkan saya ialah keakraban yang ditunjukkan sesama ahli keluarga rakan saya ni...mereka sangat2 rapat sehinggakan sanggup berhabis untuk menjayakan majlis adik mereka ini..walaupun timbul sedikit masalah semasa berlangsungnya majlis pada malam itu, saya lihat rakan saya ni tetap tersenyum melayan tetamu yang datang..

Ya, kasih seorang kakak terhadap adik..bukan balasan atas penat lelah yang diharapkan, bukan balasan wang ringgit yang diharapkan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang dinantikan daripada sang adik yang sedang meniti hari bahagianya itu...namun semua tu tidak diperolehinya, malah dihinanya pula...langsung tidak bersyukur dengan apa yang diberikan..sehinggakan air mata seorang bapa menitis disaat meraikan anak mereka...

Dan, ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir...sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, sekali air mata mereka jatuh disebabkan oleh kita segera lah meminta ampun daripada mereka sebelum kita mendapat gelaran anak derhaka...wassalam..

p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri

Thursday, December 8, 2011

~Robot pun boleh jammed!

2 comments
setelah sekian lama kelopak ini kering, hari ini basah kembali seiring dengan hujan yang menggila di luar sana..

Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku dalam menjalani kehidupan seharian agar aku sentiasa tenang + sabar dgn kerenah manusia yg egois...

~R.I.N.D.U.~

2 comments
Assalamualaikum semua..selamat pagi..

Rindunya nak mencoretkan sesuatu kat blog ni...la ni belum berkesempatan nak mengadap laptop ni muka ke muka (omputih cakap face to face) untuk tulis apa yang ada...mungkin sedikit masa lagi akan dicoretkan apa2 yang patut la..

Rindu juga nak menjelajah bloggers yang ada macam zaman setahun yang lepas...hoho...dalam sehari dalam 2-3 blog je yang saya terjah...yazzaaa...kekangan waktu yang terhad menjadikan aktiviti blogging saya jadi sedikit slow...

Tapi itu bukanlah satu alasan bukan...happy blogging ye semua...=)

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template