Assalamualaikum semua..
Selamat kembali bekerja setelah bercuti semalam..dan hari ni tak banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sehinggakan saya tak tahu nak buat apa lagi dah...hehe
Wiken baru-baru ni saya menghadiri majlis perkahwinan adik rakan baik saya di Temerloh..dan terkejut yang amat apabila sampai di rumahnya sebab rumah beliau betul2 berhadapan dengan sungai pahang...
Sesampai je rakan saya ni terus gorengkan ikan patin untuk saya untuk jamu saya makan...orang datang dari jauh la katakan..lagipun kami pun dah jadi adik beradik angkat dah pun...mak & ayah angkat saya sangat la sporting morting...hehe...sebabnya, semuanya dilayan sama rata..walaupun kami jarang jumpa..
Malam tu bagi penduduk kat sini, kenduri sudah bermula..maka dijamu lagi dengan ikan patin masak tempoyak...aduhhh...belum sempat lapar, makan lagi skali..huhu..teringat2 lagi rasa yang enak ikan patin masak tempoyak tu..=)...slurppp..yummy!
Namun, apa yang sangat menginsafkan saya ialah keakraban yang ditunjukkan sesama ahli keluarga rakan saya ni...mereka sangat2 rapat sehinggakan sanggup berhabis untuk menjayakan majlis adik mereka ini..walaupun timbul sedikit masalah semasa berlangsungnya majlis pada malam itu, saya lihat rakan saya ni tetap tersenyum melayan tetamu yang datang..
Ya, kasih seorang kakak terhadap adik..bukan balasan atas penat lelah yang diharapkan, bukan balasan wang ringgit yang diharapkan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang dinantikan daripada sang adik yang sedang meniti hari bahagianya itu...namun semua tu tidak diperolehinya, malah dihinanya pula...langsung tidak bersyukur dengan apa yang diberikan..sehinggakan air mata seorang bapa menitis disaat meraikan anak mereka...
Dan, ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir...sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, sekali air mata mereka jatuh disebabkan oleh kita segera lah meminta ampun daripada mereka sebelum kita mendapat gelaran anak derhaka...wassalam..
p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri
Be Particular with your salat
12 years ago
5 comments:
Assalamualaikum Eda
kadang2 manusia mudah lupa apabila mereka dah ada kesenang sedikit...meraka lupa, kesenangan mereka itu adalah antaranya kepayahan individu lain
Wassalam
Waalaikumussalam atuk..
Betul tu...manusia memang mudah lupa untuk bersyukur atas kesenangan yang diberikan..
sampai hati buat mcm tu...
betul tu khai...eda pun x sampai hati nak tengok..tambah pulak bila tgk muka ayah angkat yg runsing je spjg majlis tu..tp senyuman tetap terukir di bibir..
huhu,jat yg baca ni plak rasa sedih.kalau jat la, xsnggup nk tgk dah da.
Post a Comment