Thursday, March 17, 2011

~Mabul Island, part 2~

Assalamualaikum semua..=)

Entry kali ni adalah entry yang penuh dengan gambar2 sepanjang percutian di Mabul..layan je la yea..

10 March 2011, hari kedua di Semporna Sabah...jam 9.00 pg, kami bergerak ke Pulau Mabul dengan menaiki bot..Perjalanan mengharungi Celebes Sea selama sejam lebih..cuaca pada pagi itu baik sekali, perjalanan juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..

Bertolak ke Mabul Island

Di tengah lautan yang kurang bergelora

Setibanya kami di Mabul Island, kami disambut dengan ramahnya oleh staf ScubaJeffSipadan.. sementara menunggu untuk check in, kami bersiar2 di sekitar kawasan berdekatan untuk melihat keadaan kampung nelayan di situ..


Ice blended @50 sen..boleh tahan la

Ketam ais, untuk parut ais diletakkan dalam ABC, manual tu..

Dah check in dan lunch..kami berehat sebentar sementara menunggu trip pertama snorkeling @ Lobster Wall, Mabul Island..pengalaman pertama untuk snorkeling menyebabkan saya sedikit cuak dan kurang yakin..last masuk air tahun 2007..itupun sbb jadi trainer PLKN yg mana kami diwajibkan untuk menjalani latihan water confident sebelum diiktiraf sebagai trainer..

First trip to first snorkeling location

Apabila kaki mula mencecah air, perasaan mula cemas..maklum la..saya bukannya reti berenang pun..confident pon sbb ada safety jacket tu..pemandangan dasar laut memang menakjubkan..walaupun tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain bila berada dalam air..namun, perasaan yang dirasakan begitu indah..melihat ikan2 berenang dalam kumpulan..bermacam-macam jenis ikan yang berwarna warni dapat dilihat..berada di situ seolah2 beroleh satu ketenangan yang tak dapat digambarkan..Gambar dasar laut takde pulak..kamera saya bukanlah waterproof..kamera seorang rakan yang waterproof jugak dah termasuk air..jadi, tak dapatlah kami semua rakam pemandangan dasar laut..

Bernafas menggunakan mulut semata-mata...nafas ditarik dengan dalam...terasa lapang dada tatkala nafas dihembus...Maha Hebatnya ciptaan-NYA..sangat indah..tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..Subhanallah..mungkin kamu semua patut cuba snorkeling atau diving..tak dapat di Mabul Island pun, Semenanjung juga punya banyak tempat2 menarik untuk aktiviti ini..=)..

Kalau diving, akan dapat lihat coral yang lagi cantik di dasar laut dalam..nasib kami kurang baik, hajat untuk melakukan discovery scuba diving tak dapat dilaksanakan kerana mereka kekurangan dive master (DM) untuk guide kami..kabetulan waktu trip saya ni, ada sekumpulan doktor sedang menjalani kursus untuk ambik diving license, so, DM pon tak mencukupi..

Pemandangan di sekitar Pulau Mabul


Panorama indah ketika matahari terbenam..=)

Setakat ni dulu yea..akan disambung pada entry akan datang..

14 comments:

Anonymous said...

Wah.. nmpk best pemandangan.. Laut dia warna hijau tak cik Eda.. Excited ni

NasQ said...

Nak gambar lagi... nak gambar lagi... lagi....

Eda Latiff said...

Khai: pemandangan memang best...laut dia warna biru yang cantik sangat..tp, bila kat kawasan dalam tu nampak hijau skit la..



Nasriq: mungkin tak letak semua kut kat sini..nak tgk lebih sila ke fb ai yea..

Mr iz said...

wah best nye... tak layan memancing ke cik...

Mr iz said...

wah best nye... tak layan memancing ke cik...

bunga_rose said...

syoknyeeeeeeeeeeeeee..... scuba diving.. tak penah pun.. sbb tak pandai berenang.. nama je dok tepi laut hhahha..

Eda Latiff said...

Mr. iz: mancing punya cite dalam entry akan datang...tungguuu..hehe



Bunga: eda pun tak reti berenang la..dia ada teknik dia kalau diving ni..kalau yg takde lesen mmg tak boleh buat scuba diving nih..so, buat la discovery scuba diving..ada orang tlg bw ke dasar laut...=)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Wow bestnya....

saya tak pernah lagi keluar dari semenanjung

sekamar rindu said...

salam...

saya rasa nak pergi juga laa kat sini..

norh said...

sy jeles...
nak pegi pulau lagi, ajaklah saya ye.. he he

Eda Latiff said...

GKSB: dah keje nnt kaluar la yea..;)


SR: sila la..best tempat ni bagi pencinta alam..=)



Norh: ok...next time kalau ada trip lagi sya inform kamu..=)

Intan7 said...

waa.. beshnye.. jeles intan tgk..hikhik

zati embong said...

alahai da,jat pun xreti berenang tau.mmg x berani kalau nk try snorkeling,tp kalau da sendiri ckp selamat,jat kena try ni O.o

Eda Latiff said...

intan: jgn jeles2 yea..hehe



Jat: kena cuba..memang tak rugi...mula2 je rasa panik skit..lama2 ok la..=)..syokkkk..=)

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template