Dah part 3 pon cite pasal Mabul ni ek..ok la..saya rasa eloklah saya akhiri episod ni kat sini yea..kang ada pulak yang menyampah baca cite pasal vacation je ek..huhu
11 Mac 2011 & 12 Mac 2011..
Pagi Jumaat, lokasi snorkeling yang kedua adalah di Kapalai..sangat cantik tempatnya...ikan2 juga lebih banyak berbanding di Lobster Wall..laut sedikit bergelora ketika kami sedang menjalankan aktiviti snorkeling di sini..masa tu, kami semua belum mengetahui tragedi gempa bumi dan tsunami yang dialami oleh Jepun..ramai antara kami yang muntah ketika snorkeling di sini..keadaan laut yang bergelora menyebabkan mereka pening..memang pening jugak la bila laut agak bergelora..tapi Alhamdulillah, saya tak muntah..
W/pn laut sedikit bergelora, keindahan dasar laut di sini sangat mengasyikkan..coral nya lagi cantik..ikan2 juga lebih banyak..selain tempat snorkeling yang agak luas..namun, selepas beberapa ketika, saya tak mampu lagi nak mengharung keadaan laut yang sebegitu..agak letih bila terpaksa menggunakan tenaga yang lebih bila berada dalam laut yang bergelora..layan gambar yang cantik ni yea...sumber dari --> kamp izz becker
Lokasi ketiga snorkeling adalah..entah, saya pon tak pasti nama dia..haha..tapi berhampiran dengan Sipadan Water Village Resort..kat sini pon ikan2 banyak..dan coral juga berbagai..sangat syokkkk...
Sebelum ke lokasi ketiga, kami dikejutkan dengan berita tentang tsunami yang melanda Jepun..ramai ahli keluarga yang menelefon bertanyakan berita..waktu tu, kami search dekat internet pasal international tsunami warning..dan memang sebelum tu dah ada 2 siri gempa bumi & tsunami berlaku, namu tidak sekuat yang berlaku di Jepun, dan amaran tu juga dikeluarkan di kawasan Bali dan Filipina..bayangkan...kami berada di tengah2..memang sangat cuak..tapi, kami diamkan sebab nak pegi snorkeling lagi..huhu
Tempat ketiga ni takde gambar lak..sebab yang bw camera pun belum upload pics lagi..=)..Snorkeling di sini sangat best...namun, keadaan laut yang bergelora menyebabkan kami semua cepat letih..kuak2 duk tempat yang sama juga..rakan2 lain tarik pun, sekejap je bergerak..pastu kena tolak balik dengan air laut yang bergelora tu..dan perasaan agak cuak jugak pada waktu itu sebelum saya mengalah untuk naik ke bot..sebab dah tak berdaya nak menguak menghampiri bot yang berada ~10 m dari kami..
Akhirnya, misi menyelamat mangsa yang letih..haha..keletihan sebab tak mampu nak ke bot dilakukan dengan jayanya..hehe..memang penat..
Balik dari snorkeling, lepas bersihkan diri, kami bersiar2 di sekitar kawasan kampung lagi..untuk menghilangkan rasa gusar di hati..walaupun terdapat amaran dari kerajaan supaya tidak menghampiri kawasan pantai, apa yang dapat kami lakukan?..Pulau Mabul hanya lah seperti biji sawi jika dilihat dalam peta...apa2 yang jadi, memang kami tiada tempat untuk menyelamatkan diri..
On the way back to our resort..masing2 jalan laju sebab hari dah nak gelap, padahal baru pukul 6 lebih..
Malam hari kejadian gempabumi & tsunami di Jepun, kami semua berada dalam keadaan gelisah..makan malam terasa seperti menelan pasir..amat payah untuk ditelan..masing2 berada dekat dengan laptop..melihat news dari BBC..memang kami semua redho jika apa2 berlaku..
bak kata seorang rakan, "minum kopi terasa seperti kopi terakhir aku"..
memang sangat gusar..nak tidur apatah lagi setelah kerajaan beri amaran supaya berjaga2 sehingga jam 11 malam..dengan keadaan cuaca yang hujan lebat tiba2 menambahkan lagi kegusaran di hati..
Akhirnya, pada jam 11 malam, kerajaan menarik balik amaran berjaga2...selepas itu baru lah masing2 lega dan mampu tersenyum..Syukur la lokasi percutian kami terlepas daripada bencana alam sebegitu..Selepas kami melayan mat2 dan minah2 salleh yang minta request nyanyi lagu besday kat kwn dorang, aktivit memancing diteruskan bagi rakan lelaki la..saya stay kejap je sebab mata dah terlampau mengantuk..
Hari terakhir berada di Mabul, terlewat bangun disebabkan tidur lewat..mana taknye..w/pn amaran dah ditarik balik, sape yang tak risau kan kalau apa2 jadi disebalik tu...pagi tu, kami dikunjungi peraih untuk menjual hasil tangkapan mereka..ikan, ketam, lobster, pari, udang..macam2 dijual..dan murah2...sangat murahhhhh..dan kami beli ketam ~16 ekor dimasak pedas, ikan kerapu besar sekor untuk dibakar, ikan pari 5 ekor juga untuk dibakar..kesemuanya berharga RM80...murah gilerrrrrrr..huhu
Jadi, itu lah menu lunch kami pada hari terakhir di Pulau Mabul..akhirnya, tiba masa kami semua berpisah untuk memulakan rutin harian seperti sedia kala..Walaupun kebanyakan antara kami baru je kenal antara satu sama lain, namun keakraban yang ditunjukkan seolah2 kami semua dah lama kenal..sangat2 best..memula agak kekok..tp lama kelamaan persaan tu hilang..and this is the best vaction and peoples I'd ever met with..=)..mungkin icebreaking yang diadakan pada malam hari pertama kami di sini menyebabkan kami terasa seperti dah lama kenal..
Onthe way back to Semporna, keadaan laut yang bergelora menyebabkan hati saya dan yang lain2 sedikit gusar..dengan hujan lebat yang melanda..masing2 dalam keadaan tidak tenang..baju memang basah kuyup..dalam hati tak putus2 berdoa supaya perjalanan kami lancar dan tiada masalah yang menimpa..Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan hampir 2 jam menaiki bot, kami tiba di tanah besar Semporna dengan selamat dan terus ka Tawau..
Kepada rakan2 yang terlibat dalam trip ni especially Linda, Sarah, Shima, Alya, Adli, Lina, MNasir, Nasir, Rina, Tika, Kamp, Hairi, Mad, Ai, Keri, Nadia & Faisal, korang memang the best..semoga talian persahabatan yang kalian hulurkan tidak berakhir setakat itu saja..TQ all..will miss this moment with all of u!!..=)
17 comments:
bersiri tak vacation ni...huhu...
seronoknye cuti..
xde souvenir utk intan??hehe
mungkin...nape?..nak ikut ke
mungkin....
Assalamualaikum Eda
percutian yg hebat
misti tak boleh lupa yer
Wassalam
intan: souvenir tuk diri sendri pon xdak..huhu
Nasriq: klau de nnt ai inform..tp mungkin u dah kawen kut waktu tu..
Atuk-phd: waalaikumussalam..memang tak boleh lupa..=)
Apa? Ikan pari seekor RM2.. Perghhhhhh
aah khai...2 hinggit je sekor...tu yg sampai 5 ekor ktorg beli..hehe
eda,gmbr yg org kemudi bot 2 jat rasa alamak tenang sesangat tau!
cantik sgt2 pulau 2 O.o
wah ketam fresh tu... perghhh manis tu... lapar la pulak ni..he he he
bila awak nak pergi lagi? kalau dpt ambik gambar waktu snorkeling mesti best..
woohaa..pemandangan yang best..air yang membiru.....memang cantik ciptaan Allah..:)
tips terbaru
Tip Memupuk Minda Kelas Pertama
Tips Menghadapi Jerawat
Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman
Semua Untuk Kamu, My Lovely Follower
No Condom - NO PLAY PLAY
Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh
best kan??? next trip plssss!!!
jat: siyes tenang je kan...act budak2 yang bawah umur 12 thn pon ada yang bw sampan sendiri..
Mr. iz: sangat fresh..masa beli tu pon hidup lagi ketam2 tu..manis..sedapppp..hehe
norh: belum tau lagi..mmg syok kalau dapat ambik gambar masa snorkeling tu..
Yutaka: ciptaanNYA memang yang terbaik...=)
Linda: haha...jgn lupa inform aku tau..;-)..jom krabi!!..hehe
babe kat sini ape yg best shopping?
ayu: rasanya kalau nak shopping bukan ini tempatnya...hehe..sebab kat Mabul Island ni memang takde tempat shopping pun..kalau kat tawau tu ada la kut.. =)
Post a Comment