Huhu...tajuk tak boleh blah...
Ok, jom kita jenguk2 pasal zakat pendapatan ni..bukan apa, pg tadi di ofis ada salah sorang hamba Allah ni bertanya kepada me..
'Dah bayar zakat pendapatan?'..tanya hamba Allah itu.
Me dengan muka terkulat2 menjawab..'alamak, belum...sejak masuk sini lum bayar lagi'..
'Ish3..tak pernah bayar ke?'..tanya dia lagi.
'Huhu..kan ada kira2 brape nak kena bayar, lagipun ni la kerja tetap saya yang pertama'..
'Ooo..ok..alasan diterima. Tapi kalau nak, saya boleh panggilkan orang zakat datang ofis. Nanti dia akan terangkan macam mana..samada nak potong bulan2 ataupun nak byr skaligus je akhir tahun'..
'Boleh jugak tu..haih..jahilnye saya, macam mana boleh terlupa pasal ni'..sambil geleng kepala dan muka merah padam.
'Takpe, jangan risau..nanti dah kira baru tau amount sebenar'..katanya lagi.
Me tersenyum je la..huhu..
Ok meh kita jenguk apa itu ZAKAT PENDAPATAN ni..
Pengertiannya:
takrif pendapatan:
Harta pendapatan termasuk semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada tetap atau sekali sekala..(ini adalah termasuk kerja yang tidak tetap ye)
Dalil yang menyatakan wajib zakat:
Firman Allah S.W.T.:
"Wahai orang2 yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik2 dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu"
~Surah al-Baqarah (ayat 267)
untuk tahu lebih lanjut mcm mana cara nak kira zakat pendapatan kita, sila klik disini..
jom bayar zakat pendapatan!
Be Particular with your salat
12 years ago
0 comments:
Post a Comment