Thursday, October 6, 2011

~Buang yang keruh, ambil yang jernih~

Assalamualaikum semua..

Kita kadang-kadang terlupa dari mana asal usul kita
hingga kita memalingkan muka bila berhadapan dengan insan yang kerdil

Kita kadang-kadang terlalu mementingkan diri sendiri
hingga menyebabkan insan lain terasa ditindas

Kita kadang-kadang terlupa yang kita merupakan seorang hambaNYA
hingga kita menjadikan orang lain pula sebagai hamba kita

Kita kadang-kadang terlupa kebahagian yang kita miliki hari ini
adalah dari kedukaan insan lain

Kita kadang-kadang terlalu taksub melihat keindahan dunia
hingga lalai terhadap keindahan akhirat

Kadang-kadang, kita mengeluh dengan permainan takdir
permainan yang sukar dijangka
yang tiada amaran awal atau pun kata pembayang

Sahabat sejati sukar dicari
sahabat yang menikam diri dari belakang senang dicari

Percaya kepada diri sendiri
percaya kepada kebolehan diri
usah biar diri terus ditindas
usah biar diri terus dijadikan hamba
usah biar diri terus berduka
semua itulah permainan dalam kehidupan
yang manis, yang tawar, yang pahit
menjadi rencahnya

Teruskan melangkah kehadapan
biarkan masa lalu berlalu ditelan masa
biarkan kepahitan yang bersisa itu
biarkan kedukaan yang berbekas di hati itu
kejar impianmu, jadikan ianya sebagai pendorong
untukmu maju kehadapan
masa lampau takkan mengubah nasib masa depan kita
tanamkan azam, tekad sebulat hati
teguhkan iman, supaya perjalanan di muka bumi ini di restuiNYA......

5 comments:

Tukang Karut said...

yang keruh tu jangan buang jauh2 sangat ek... huhu...

Eda Latiff said...

kalau yang keruh tu boleh memudaratkan diri buat apa nak disimpan..

zati embong said...

kadang-kdang kita lupa asal usul kita.

nyonyacyber said...

kadang2kala dalam jernih tertiba dtg juga keruhnya.. sabar yer

Mr iz said...

manusia biasala mudah terleka dan terlupa... kesabaran daklam kehidupan, berfikiran waras dan tenang tu penting... ksyukuran itu paling utama...kann...kann ...he he he

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template