Assalamualaikum..
Zaman skarang ni, kebanyakan antara kita ramai yang mementingkan diri bukan..tak kira la dari apa segi sekalipun..semuanya kerana kepuasan diri sendiri..dan, selama ni juga kita hanya diberi 2 pilihan..samada meneruskan kehidupan ataupun menikmati kehidupan..apa agaknya pilihan korang..
Seorang sahabat pernah bercerita satu cerita yang mungkin boleh buat kita berfikir banyak kali kenapa kita harus menikmati kehidupan yang dikurniakan..
Jom layannn...
Di satu pekan kecil, seorang pengembala kambing meneruskan rutin hariannya seperti biasa..pagi2 bawa kambing2 tuannya meragut rumput..petang2 bw balik..rutin yang sama dilakukan..dan kadang2 ketiduran di bawah pohon rendang ketika melihat kambing2 itu meragut rumput..pada satu hari, dia berfikir..kalau aku hanya melakukan pekerjaan ini sampai bila aku boleh meningkatkan taraf hidup keluarga aku..kalau aku ada anak nanti, macam mana pula aku nak tanggung kehidupan aku nanti?..haih..esok2 pun aku akan mati jugak...tak ada bezanya mati sekarang dengan mati kemudian...fikir pemuda tersebut..
Kemudian, satu hari pemuda ini bertekad untuk menggantung dirinya pada pokok, tujuannya untuk membunuh diri..pemuda tersebut menuju ke sebatang pokok dengan membawa tali..sedang dia mengikat tali pada salah satu dahan pokok itu, pokok itu pun berkata2..
"Wahai pemuda, jangan lah engkau mati di sini, sesungguhnya aku ni dah tua, kalau kau gantung diri kau di sini, patah la dahan aku ni..aku nak hidup lama lagi"
Terkejut dengan kata2 pokok itu, pemuda tersebut menuju ke pokok yang lain..kemudian, sambil dia mengikat tali pada dahan tersebut, pokok kedua tu pun berkata-kata;
"Wahai pemuda, janganlah kau menggantung dirimu di sini, kat atas ni banyak sarang2 burung yang didiami oleh sekawan burung..anak2 burung tu pulak baru sahaja menetas, tak kurang juga yang baru bertelur..pergi kau dari sini..jangan kacau mereka"
Pemuda tadi, tak putus asa lagi, dia cari lagi dan menuju ke pokok yang ketiga, dan ketika sedang mengikat tali pada pokok tersebut, pokok ketiga ini juga berkata2;
"Wahai pemuda, janganlah kau menggantung dirimu di sini, sebab di sini ramai manusia dan binatang2 yang datang berteduh di sini..jangan kau ganggu perjalanan mereka dengan masalah yang kau ciptakan".
Akhirnya, pemuda tadi berfikir..pokok pun boleh berfikir untuk diri sendiri dan juga kelangsungan hidup orang lain, kenapa aku yang sihat tubuh badan dan mempunyai akal fikiran tak berfikir untuk memajukan diri dan juga keluarga sendiri?..lalu pemuda tadi pulang ke rumah dengan satu tekad, iaitu tidak akan mensia-siakan masa yang ada demi untuk kemusnahan diri sendiri..dan terus menikmati kehidupan di samping meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik..
p/s: cerita tadi dah di olah sedikit mengikut kefahaman saya...ada lagi satu cerita yang sahabat saya ceritakan..nanti saya kongsi di entry yang lain ye..dan mereka inilah yang banyak bagi kata2 peransang supaya sentiasa pandang ke depan..jangan biar diri kita sentiasa dibayangi kesilapan semalam yang kita lakukan..maafkan masa lalumu dan tawakl la untuk masa depanmu...
Be Particular with your salat
12 years ago
1 comments:
sayangi diri anda sebelum menyayangi org lain :)
Post a Comment