Friday, April 29, 2011

~Cer korang buat kesimpulan~

13 comments
Assalamualaikum..


Situasi pertama:

Seorang gadis sedang menangis teresak2 ditepi tangga kolejnya..lalu, datang seorang sahabat bertanya:

sahabat: kenapa kau nangis?..kau ada masalah ke?

gadis: tak..aku takde masalah..aku nangis sebab aku dapat cabutan bertuah sebuah kereta idaman melaya..

sahabat: oh..(terus berlalu)


Situasi kedua:

Seorang gadis tersenyum dari pagi hinggalah habis waktu bekerja..lalu bertanya sahabatnya;

sahabat: aku tengok kau ni happy je dari pagi sampai ke petang..ada berita gembira ke?

gadis: eh, tak ada apa2 la..takkanlah kalau aku senyum untuk tutup rasa sedih pun tak boleh?.


situasi ketiga:

Seorang gadis kelihatan murung, pucat dan tidak bermaya..lalu datang sahabatnya bertanya kan khabar si gadis;

sahabat: kau nampak pucat la hari ni..tak sihat ke?

gadis: tak adalah..aku tak cukup tdur la semalam..tu yang muka selenga nih..


tu je nak citer..jadi, bila jumpa kwn2 yang sama mcm situasi di atas jangan cepat buat kesimpulan..nangis tak semestinya sedih, hepi tak semestinya gembira dan sebagainya...

Tuesday, April 26, 2011

~Lama tak makan ni..sedap betul!~

20 comments
Assalamualaikum semua..=)

Petang tadi balik dari ofis terus la menjalankan misi mencari mihun sup..selesai beli semua jalan la nak balik umah..tetiba hidung tertangkap satu bau yang dah lama betul la tak rasa makanan nih..slalu jumpa kat terengganu je..memang jarang sangat la nak jumpa kat negeri lain...

Oh sata...lama betul tak makan ni..ada 3-4 tahun kut...ermmm..memang nikmat betul la..sedap, tapi tak dapat tanding sata kat terengganu lagi la...tapi ok la..sedap la jugak..pas je makan nyesal tak beli banyak..haha...giler tamak..huhu...secucuk RM1.30, 4 cucuk RM5.00...minggu depan kalau ada lagi nak beli 4 cucuk la..hehe..

Sata orang nogori...secucuk ada dua je..kalau kat terengganu biasanya dorang guna buluh panjang..pastu satu cucuk ada dalam 4-5 biji..memang tak puas makan..huhu

Monday, April 25, 2011

~Selamat hari Isnin~

4 comments
Assalamualaikum semua..=)


Tiada apa yang nak diungkapkan just nak quote ayat yang semua orang dah selalu sangat ucap dan kita dengar:



"WALAU APA PUN YANG BERLAKU, HIDUP MESTI DITERUSKAN BUKAN..PERJALANAN DI MUKA BUMI INI MASIH TERLALU JAUH, INSYAALLAH"..


"SEMOGA HARI2 YANG MENDATANG PENUH DENGAN KILAUAN CAHAYA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN PUDAR KERANA DILINDUNGI AWAN TEBAL"


Selamat hari Isnin semua..huhu..takde kena ngena pun..;)

Friday, April 22, 2011

~Bersemadilah dengan aman~

8 comments
Assalamualaikum..

21 April 2011..Petang Khamis (selepas Asar)..


5.58 p.m, saya menerima panggilan daripada ayah..seperti dapat mengagak apa yang akan disampaikan..saya menyahut panggilan daripada ayah...dengan hati yang penuh debaran..air semakin memenuhi kolam takungan di mata..

"Eda, ayah nak cakap ni..Pak Ngah dah tak de dah" kata ayah sambil menahan sebak..

"Pukul brape ayah?"..jatuh jua air yang ditahan..

"Baru kejap tadi, ayah nak pegi hospital dah ni, mak ada kat sane tu..nanti sampaikan kat kak long yea"


Ya Allah, tempatkanlah arwah Pak Ngah ku di kalangan umatMU yang soleh..ameen..Al-Fatihah

Terpaksa berhenti menaip...tak mampu nak teruskan..

Thursday, April 21, 2011

~Serba tak kena~

7 comments
Assalamualaikum...

Baru je lepas tepon ayah bertanyakan khabar pakcik...ermm..semakin kritikal..semalam lepas operate utk keluarkan air dah stabil..tadi ayah cakap pakcik koma..

Nak buat keje serba tak kena..='(

Ya Allah, ringankanlah sakit yang ditanggung oleh pakcik ku ini..semoga saat kritikal ni cepat2 berlalu..amin...

Wednesday, April 20, 2011

~Semoga Pak Ngah cepat sembuh~

7 comments
Assalamualaikum semua..


Mood tengah bercelaru..baru tadi terlihat status di fb cousin yang berada di Kelantan menyatakan yang Pak Ngah saya tengah tenat dan berada di hospital Kota Bharu..Kali terkhir saya jumpa Pak Ngah adalah waktu raya puasa tahun lepas..waktu tu Pak Ngah masih sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda2 yang mempunyai penyakit..

Awal tahun ni, Pak Ngah didiagnos mengidap penyakit paru-paru berair....dan hari ni Pak Ngah tenat di hospital..walaupun saya tidaklah begitu rapat dengan beliau, tapi beliau adalah pakcik saya yang sangat cool..yea, boleh saya katakan semua pakcik saya pun cool dengan anak sedara mereka..

Ermm..mak & ayah sedang on the way pulang ke Kelantan..semoga perjalanan mereka selamat..makcik dan pakcik yang di Jengka juga akan bertolak malam ni..saya hanya mampu memanjatkan doa dari jauh..semoga beliau cepat2 sembuh dan lalui ujian dari Allah ni dengan hati yang tabah..amin..


p/s: mood bercelaru lagi...mendengar berita seperti ini buat kesekian kalinya menyebabkan saya jadi lumpuh seketika...=(

Tuesday, April 19, 2011

~Manusia sering terlupa~

9 comments
Assalamualaikum semua..

Dalam hidup ni, macam2 perkara yang akan kita lalui..dari kecil..peringkat pembelajaran untuk jadi insan yang berguna..peringkat pembesaran sehingga menjadi seorang manusia yang matang dan punya akal untuk berfikir perkara yang baik dengan tidak..

Manusia bila semakin pandai sebenarnya dia semakin kekurangan ilmu..ilmu untuk dibawa ke akhirat..disebabkan terlalu taksub dengan ilmu dunia, ilmu akhirat dilupakan..

Begitulah lumrah kehidupan manusia..hanya ingat Tuhan bila berada dalam kesusahan..waktu senang, sedikit pun tidak diingat akan Penciptanya..bila berada dalam kesusahan baru sibuk nak mencari sejadah memohon ampun dan minta pertolongan dariNYA..mohon perlindungan..mohon itu mohon ini...bak kata orang menyesal di kemudian hari..

Sering terlupa bila tiada masalah yang menimpa..kalau cepat sedar, baguslah..ada setengah tu bukan nya nak memohon pertolongan dariNYA..disalahkan pulak takdir yang menimpa..lepas tu mulalah mencari hiburan yang boleh menyesatkan..konon2 nya boleh menghilangkan stress dalam kepala otak..last2 bertambah2 pulak dosa yang dilakukan..

Ermm..manusia..manusia...manusia..itu lah lumrah kehidupan yang sebenar..tak pernah puas dengan apa yang ada..yang kaya makin ghairah mencari harta..yang miskin terus begitu tanpa mahu mengubah nasib..yang tertindas terus akan ditindas jika tidak tegas..yang suka melihat kehancuran orang lain akan sentiasa mentertawakan orang yang dirasakan kerdil baginya..yang suka ambil kesempatan akan sentiasa cuba mencari peluang..

Hidup ni singkat..siapa lagi yang akan tolong kita bila berada di dalam kesusahan?..rakan baik?..kawan ofis?..keluarga?...tanpa izin dariNYA belum tentu mereka2 tu semua akan menolong kita bila di dalam kesusahan bukan..

Maaf semua jika ada terkasar bahasa...=)

Monday, April 18, 2011

~Lemau~

9 comments
Assalamualaikum semua..


2-3 menjak ni, mood untuk update blog agak lemau..idea pun takde nak merapu apa dalam blog..ni pun sebab bosan ngadap keje yang tak pernah habis..ermm..apa pasal entah..konflik dalaman mungkin..eh, ada kaitan ke..

Emosi?..tak tau la stabil ke tak..nak kata stabil macam tak balance sangat..nak kena hantar kedai buat alignment agaknya..huhu

Nak berehat dari dunia blog rasa sayang pulak..sebab kat sini lah tempat saya luah apa saja..at least, ada jugak la tempat nak buang semua rasa yang terpendam...takde la nak lepas kat orang lain pulak kan..

p/s: jom bercuti..haha..tetiba...hujung tahun ni kalau de rezki lebih nak pegi bercuti..hehe..kena saving dari sekarang..hehe..sape mau ikut?..;P

Friday, April 15, 2011

~Sangat2 penat..nak tidur awal malam ni..=)~

13 comments
Assalamualaikum semua..

Sekarang sedang menikmati mee goreng mamak yang sedap tapi pedas giler sampai berasap telinga..huhu..ni baru nak makan sebab tak lunch pun tadi..lapo giler2 rasa nak pengsan dah..

Alhamdulillah, 2-3 minggu ni banyak perkara yang dah setel dan tak memerlukan otak untuk dikerah supaya berfikir lebih..sebab tu la blog ni jarang diupdate setiap hari..sangat2 bz dengan kerja dan personal matter yang lain2..baru boleh bernafas dengan panjang..kalau tak semput je..

Waktu tidur pun tak menentu 2-3 minggu sebelum...waktu kerja apatah lagi..pukul 6 lebih baru balik rumah..slalu sharp pukul 5 dah cabut dah dari ofis..pastu suara2 sumbang sering kedengaran la kat telinga ni..yang tu tak kena yang ni tak kena..ermm..macam2 la nak kena buat..penattttt sangat2...huhu

So, malam ni plan nak tidur awl...lepas isya' je nak shut down semua..haha..boleh ke ek..huhu..skali duk online sampai lewat malam..haha..




p/s: nak beralih angin la dari n9 ni...ada sesapa nak offer saya keje lain ke?..hehe..;P

Wednesday, April 13, 2011

~Kerenah manusia yang pelbagai~

15 comments
Assalamualaikum semua..

Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan..
Pemandangan yang indah, yang tidah indah, mungkin akan dilihat sepanjang perjalanan..

Keluhan demi keluhan yang keluar dari mulut bukan bererti tidak redha dengan ketentuanNYA..kadang2 keluhan yang terkeluar barangkali boleh melegakan sedikit rasa yang terpendam agar tidak terlalu membebankan..

Manusia juga ada pelbagai ragam..yang baik, yang tak baik, yang menurut perintah, yang ingkar dan macam2 lagi..adeiii...tak reti lak nak berkias pasal ni..ok, straight to the point..

Saya baru balik dari kuantan..cuti 2 hari untuk hadir ke mahkamah majistret berkaitan dengan tuntutan saman ke atas insurans kereta saya..erm..pengalaman pertama masuk mahkamah..pertama kali berjumpa kembali dengan keluarga plainitif..

Bukan nak mengata atau menghina, tapi sedih dengan sikap manusia kini..yang mungkin sudah kekurangan sifat perikemanusiaan yang sepatutnya ada..kami tiba awal di sana dan berselisih dengan keluarga plainitif, masih ingat lagi muka2 yang pernah hampir terjadi pergaduhan ditempat kejadian, kami tersenyum bila nampak mereka..tapi, langsung tidak dibalasnya senyuman yang dilemparkan..

Peguam datang dan terus saya tanya, kenapa still jalan jugak, takkan tak boleh settle luar court..then, lawyer tu pon bgtau..insurans dah offer utk bagi 10k, tapi mereka enggan menerima tawaran tersebut..itu yang jalan jugak..kami pon terkejut dengar lawyer ckp gitu...memang materialistik betul la..eee..geram pon ye jugak..

kemudian, kebetulan pegawai penyiasat yang siasat kes ni ada skali di tempat menunggu...kami pun berbual2 la dengan dia...dan dia jugak terkejut mereka failkan jugak kes ni sedangkan terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh plainitif..pegawai tu kena hadir jugak sbb plainitif enggan terima tawaran..sambil2 berbual tu En.Azizudin ni pun ckp la, sebenarnya kalau ikutkan undang2 mmg budak tu byk kesalahan..tapi, dia masih boleh menuntut NCB kereta saya..maka, akan berkurang la NCB kereta saya..huhu..mungkin ada yang nasihatkan mereka utk fail saman..

Akhirnya pakcik yang failkan kes ni bersetuju juga setelah tawaran akhir dikemukakan dan setelkan diluar mahkamah..kalau teruskan jugak pun, mungkin dia takkan dapat sebanyak tawaran yang diberi..

Manusia ni berbagai2 ragam kan..rambut mungkin sama hitam..tapi hati sapa yang tahu?..

Pengalaman mendewasakan kita..pengalaman yang saya dapat ni tak semua yang boleh dapat kan..dalam hal ni jugak saya bersyukur punya sahabat yang bukan sahaja sahabat ketika senang, malah ketika susah juga..terima kasih dan minta maaf kepada yang terlibat..menyusahkan emosi korang je kan..

Apa yang terjadi semoga tidak berulang lagi di masa hadapan..

Kepada semua..berhati-hati di jalan raya..ingat orang yang tersayang..=)

Monday, April 11, 2011

~Jom jaga kesihatan dari sekarang!~

15 comments
Assalamualaikum semua..

Belum sampai seminggu berita kematian ayah ofismate, hari ni dengar lagi kematian rakan baik ayah saya..innalillahiwainnailaihirajiun buat arwah pakcik sulaiman..rakan baik ayah saya waktu sama2 di Felda Jerangau..

Saya masih muda, tapi jangan ingat orang muda tak dijemput olehNYA pada usia muda..ingat lagi bulan lepas rakan saya yang dijemput olehNYA disebabkan sakit yang dialaminya..dan kini bermacam2 penyakit jugak boleh menyerang tanpa mengenal usia..

Jaga pemakanan adalah yang terbaik pada waktu ini..kurangkan makanan manis, berlemak dan yang tinggi kolesterol...jangan ingat org kurus takde kolesterol...org kurus pon kadang2 kolesterol tinggi cuma lemak je yang rendah..

Arwah pakcik sulaiman ada penyakit diabetes..dan dah 3 minggu dimasukkan ke wad..baru 4 hari lepas menjalani pembedahan utk potong kaki nya pada paras peha..bila dengar berita tu, hanya doa je la yang mampu dipanjatkan..orang cakap kalau penyakit diabetes, sebolehnya berpantang la selagi boleh elak kaki drpd kena potong..kalau dah kena potong tu, tau je la luka dah la lambat baik..nak pulak kalau dah merebak, bertambah la kronik..

Makanan sekarang pun susah nak percaya jugak yang betul2 sihat ke tak..maksud saya lebih kepada organik atau tidak..mana taknya, bila ada rakan bangsa cina yang bagitau hati2 bila beli sayuran organik dari pasaraya tuttt..sebab ada masuk paper yang pekerja dorang guna ridsect utk elak serangga...tak ke tu dah tercemar dengan bahan kimia...erm..jadi seeloknya tanam la sayur sendiri kalau ada laman..sekarang guna tray pun boleh..saya?..dalam proses utk tanam sayur sendiri la ni..bila dah pindah rumah, ada la tanah skit boleh guna utk cucuk tanam...hehe..tapi rasanya tanam dalam tray kut...senang nak angkut..jimat space pulak tu..

Ayam pun dah jarang sangat makan...selalu pegi pasar pun kami pilih ikan je..tak pun udang dan sotong..ayam sekarang pun pakai hormon utk cepatkan tumbesaran dia..ermm..mcm2 teknik dorang guna utk dpt keuntungan berlipat ganda..nak yang sihat kena bayar lebih la utk beli ayam organik @ ayam herba..sekilo mau 13 hinggit gak tu..huhu

Orang ckp mencegah tu lebih baik daripada merawat kan..jadi, sebelum penyakit yang kronik datang, elok lah kita jaga kesihatan dari sekarang...bersukan/beriadah tu salah satu aktivit yang baik utk jaga kesihatan..

Panjang pulak jadi entry ni..huhu..semalam pegi Pedas Hot Spring..berendam dalam kolam air panas tu rasa mcm duk sauna..berpeluh2..pastu buat refleksologi pulak dalam kolam bersebelahan, siyes penat sangat rasa badan lepas tu..adakah itu petanda mempunyai penyakit?..mintak dijauhkan la..amin..



p/s: JOM JAGA KESIHATAN DARI SEKARANG..=)....esok & lusa saya cuti..hehe

Saturday, April 9, 2011

~Merapu-merapu dimalam hari~

11 comments
Satu..dua..tiga...
Satu satu..akan tiba pula yang kedua..
Ketiga akan tiba bila yang kedua menghilang..
Kemudian?

Emak pesan, jangan malas belajar..
Nanti dah besar jadi orang berguna..

Ada kereta tak semestinya kaya..
Yang kaya penjual kereta,
bukan pemilik kereta..

Yang jahat tak semestinya jahat..
Yang baik pula tak semestinya baik..
Baik di mata orang belum tentu baik segala2nya..
Manusia ni susah dijangka..

Busuk hati sukar dirawat..
Jika hati tak sentiasa ingat kat DIA..
Semua pun jadi cacamerba..
Lintang pukang la jawabnya..

Hati gundah tiada siapa yang peduli..
Bila dapat gading baru berebut2 nak ambil hati..
Kalau tak lantak kau la nak jadi apa pun..

Hidup bermasyarakat..
Tak perlu menyombong diri..
Esok lusa jiran juga yang tolong tengokkan rumah..
Buat apa nak bermusuh sesama kita..
Jika tu semua bawa kehancuran..

Musuh jangan dicari..
Kalau cari, binasa la badan..
Nak pulak kalau musuh tu gangster ke ah long ke..
Erkk...minta dijauhkan..

Entah la kenapa merapu-rapu je ni..laju pulak tu menaip..tak pk2..terus je jari ni menaip tanpa henti..huhu..




Friday, April 8, 2011

~Syukur dengan apa yang ada~

13 comments
Assalamualaikum semua..

Penatnya hari ni...keje sangat22222 banyak..rasa tak termampu nak handle..kepala dah mula penin sejak 2-3 hari ni..banyak sangat nak kena fikir...makan dah tak menentu..

Masa kecik2 dulu..slalu dekat dengan family..waktu skolah rendah sampai lah ke form 3 memang tak pernah berenggang dengan family..form 4 dah start duk asrama..walaupun pernah nangis ngongoi2 kat public phone asrama sebab nak balik, tetap sabar kan hati teruskan kehidupan di asrama sampai lah habis spm..yang nyata, kehidupan asrama tidaklah menggembirakan saya sebab terpaksa ikut peraturan walaupun slalu jugak langgar je peraturan tu..hehe

Kemudian, syukur dapat ke matrikulasi walaupun jauh dilubuk hati terasa seperti dengan result spm yang macam tu mana mungkin dapat peluang masuk matrik..dalam masa yang sama juga dapat tawaran untuk ikuti diploma kejururawatan..nampaknya bukan tempat saya untuk menjadi jururawat dan berada di hospital..

Tahun 2003 diterima masuk ke UM selepas menamatkan pengajian di matrikulasi..walaupun tak berjaya mendapatkan biasiswa JPA (eh, ada mohon ke?..mcm tak je..huhu)..dengan duit ptptn tu la saya berbelanja..setelah ditolak yuran dan asrama, yang tinggal hanya lah ~RM800 untuk satu sem..terpaksa la berjimat cermat..itu la nak beli buku itu la nak belanja, semua2 la..nasib baik kolej kediaman ada sediakan makanan, jadi tak perlu risau tentang makan minum..syukur ada duit ptptn utk tampung pelajaran..dapat jugak habiskan pengajian..

2007, dapat tawaran untuk further study, sambil2 bekerja sebagai RA, sambil2 belajar..berjaya jugak habiskan pengajian dengan titik peluh sendiri..

Abis blaja, dah ada kerja..dengan duit gaji ini dapat la bayar hutang masa belajar, bagi kat family skit, tanggung adik blajar..syukur dengan ape yg diberikan olehNYA..

Entah kenapa cakap pasal ni saya pon tak tau..sekarang ni, banyak sangat benda nak kena fikir..kadang2 tu bila concentrate satu benda, yang lain akan terlepas pandang dan kadang2 tu tak teringat..erm..adakah sebab proses penuaan yang berlaku?..minda pun jadi tak berapa kuat nak mengingat..papepon syukur masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan seharian..

Hanya satu yang perlu saya lakukan..bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYA...amin..

Thursday, April 7, 2011

~Hadiah utk Mr. Iz dikembalikan..huhu~

9 comments
Assalamualaikum semua..

Baru kejap tadi posmen return balik hadiah yang saya kirim ke Mr. Iz...waaaaa...Mr.Iz, adakah itu alamat kamu yang betul?...sila email kan kembali address dan full name anda kembali yea..sebab menurut posmen tu, org yang berada dialamat tu tak kenal siapa ijate d alfonso (Mr. Iz) tu..huhu..so, sila email full name anda..

Yang lain2 khai & mina dah terima ke hadiah?

Wednesday, April 6, 2011

~Believe in yourself~

9 comments
Assalamualaikum..


Short entry.


Every time, we need to believe in our self..

What we can do only we know the ability of our self..

Pushing your body over to the limit just make you feel pain if you exceed the limit..

Do the best what you can do as you do not break the rules...

Pray to Allah to get his bless..

Tuesday, April 5, 2011

~Entah la..terasa seperti putus asa~

7 comments
Assalamualaikum semua..


Sejak akhir2 ni saya asyik mendengar berita tentang kematian saja..entah bila pulak giliran saya dijemput olehNYA..dosa2 yang ada entah diampunkan entah tidak..hanya DIA yang tahu..

Hari ni juga saya rasa penat sangat..penat nak berdepan dengan perkara2 lama yang datang kembali..penat nak menurut apa yang perlu dilakukan..penat yang amat..

Kadang2 terasa seperti dah putus asa nak berdepan dengan hidup..banyak sangat dugaan yang datang..tak habis2..hati ni pun entah la..dah tak dapat bertahan..

Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambaMU ini..Sesungguhnya aku tidaklah sekuat yang disangkakan..berdepan dengan kehidupan yang penuh pancaroba ini..membuatkan aku jadi lemah..lemah segala2 nya..

Sunday, April 3, 2011

~Berjaya menawan Broga Hill, 03-04-2011~

16 comments
Assalamualaikum semua..=)

Hari ni sangat exhausted..penat..kaki sakit..buku lali sakit..peha pun sakit..

03-04-2011...

Akhirnya rancangan yang terbengkalai minggu lepas berjaya dilaksanakan minggu ini..misi menawan Broga Hill diteruskan tanpa diiringi dua rakan yang sepatutnya ikut serta..tapi atas sebab2 kesihatan mereka membatalkan misi ini..namun, rancangan yang telah dirancang takkan dibiarkan berlalu tanpa terlaksana..

Saya akhirnya bertanya rakan UM yang lain samada mereka nak ikut serta atau tidak..dan kebetulan ada satu group junior saya juga bercadang ke sini..maka, jadilah kami satu group w/pn saya kenal 2 orang je dikalangan mereka..takde hal punya la..

Pukul 3.40am bergerak dari Seremban menuju ke UM..sampai2 je terpaksa menunggu rakan yang terlewat bangun..hasrat melihat sunrise berkubur begitu shj..akhirnya dalam 6.40am kami sampai di kaki bukit..misi disertai saya, sity, bond, vicit, rafiq, ainul, atie, iman,shai dan adik bond..namun, hanya saya dan sity sahaja yang berjaya sampai ke puncak yang paling atas..

Bawah ni korang layan je la gambar2 yea..malas lak nak bercerita..=)

Tengok puncak pertama ni, hati ragu2 samada boleh panjat ke tak bukit..agak curam jugak dan sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal..


Ada berani mau naik??..huhu


Berehat sebentar sebelum sampai puncak yang pertama..


View puncak pertama dari puncak kedua..


View puncak kedua dari puncak ketiga..


View puncak ketiga, kedua dan pertama dari puncak keempat (final)..


Bangga dengan pencapaian diri sendiri..=)


Akhirnya, broga hill dalam genggaman..=)


Nak turun sudah...memerlukan kekuatan kaki..sampai merangkak pon yea..asal selamat sampai..


Antara koleksi kasut2 yang koyak dan tercabut tapak yang dipamerkan di sini..


Next puncak: Gunung Angsi, di Ulu Bendul Kuala Pilah..ada sapa2 yang mau ikut??

Saturday, April 2, 2011

~Hari ni nak bayar hutag yang tertunggak~

12 comments
Assalamualakum semua..

Hari ni hari membayar hutang sedunia..hehe..macam banyak je hutang ek..

1) Kereta ---> done
2) Celcom broadband ---> done
3) Maxis ---> not yet (14/4)
4) Sewa rumah ---> tak payah bayar sbb dah include dalam deposit
5) ptptn ---> done
6) CC ---> done
7) Utk parent ---> jap lagi bank in.
8) ape lagi ek..huhu

oh, hutang untuk pemenang pon belum lunas lagi..skarang saya mau print itu address, maybe kalau pos opis bukak hari ni jap lagi boleh la ke sinun utk pos kan..hehe..sabo ye..;)

Friday, April 1, 2011

~Satu ayat je entry ni~

7 comments
Kita selalu inginkan yang terbaik tanpa sedar kekurangan yang ada pada diri sendiri..

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template