Tuesday, April 19, 2011

~Manusia sering terlupa~

Assalamualaikum semua..

Dalam hidup ni, macam2 perkara yang akan kita lalui..dari kecil..peringkat pembelajaran untuk jadi insan yang berguna..peringkat pembesaran sehingga menjadi seorang manusia yang matang dan punya akal untuk berfikir perkara yang baik dengan tidak..

Manusia bila semakin pandai sebenarnya dia semakin kekurangan ilmu..ilmu untuk dibawa ke akhirat..disebabkan terlalu taksub dengan ilmu dunia, ilmu akhirat dilupakan..

Begitulah lumrah kehidupan manusia..hanya ingat Tuhan bila berada dalam kesusahan..waktu senang, sedikit pun tidak diingat akan Penciptanya..bila berada dalam kesusahan baru sibuk nak mencari sejadah memohon ampun dan minta pertolongan dariNYA..mohon perlindungan..mohon itu mohon ini...bak kata orang menyesal di kemudian hari..

Sering terlupa bila tiada masalah yang menimpa..kalau cepat sedar, baguslah..ada setengah tu bukan nya nak memohon pertolongan dariNYA..disalahkan pulak takdir yang menimpa..lepas tu mulalah mencari hiburan yang boleh menyesatkan..konon2 nya boleh menghilangkan stress dalam kepala otak..last2 bertambah2 pulak dosa yang dilakukan..

Ermm..manusia..manusia...manusia..itu lah lumrah kehidupan yang sebenar..tak pernah puas dengan apa yang ada..yang kaya makin ghairah mencari harta..yang miskin terus begitu tanpa mahu mengubah nasib..yang tertindas terus akan ditindas jika tidak tegas..yang suka melihat kehancuran orang lain akan sentiasa mentertawakan orang yang dirasakan kerdil baginya..yang suka ambil kesempatan akan sentiasa cuba mencari peluang..

Hidup ni singkat..siapa lagi yang akan tolong kita bila berada di dalam kesusahan?..rakan baik?..kawan ofis?..keluarga?...tanpa izin dariNYA belum tentu mereka2 tu semua akan menolong kita bila di dalam kesusahan bukan..

Maaf semua jika ada terkasar bahasa...=)

9 comments:

intan.maisarah said...

manusia perlu diingatkan

Anonymous said...

terima kasih kerana mengingatkan.. Ingat mengingati sesuatu yang dituntut..

iwan_dextrous said...

nice entri untuk peringatan semua..^_^

KUREKURE COMEL said...

hhmm...lumrah manusia...betul kata eda...


kita sbg manusia kena byk bersyukur atas nikmat tuhan....



bila susah DIA ada kan....

zati embong said...

bila senang ramai yang terlupa mengucapkan syukur kepada Dia.

Mr iz said...

ye betul tu cik eda... terima ksih mengingatkan sesama kita...

Eda Latiff said...

intan: betul tu..meh ler kita saling mengingatkan..




khai: sama-sama...tak rugi pun kan..

Eda Latiff said...

iwan: entry yang merapu utk igtan sesama kita..




mina: kena makan supplement lebih kut kasi kuat skit igtan tu kan..huhu

syukur la masih diberi kesempatan untuk merasa nikmatNYA..amin..

Eda Latiff said...

jat: betul tu..kdg2 eda pun terlupa jugak akan hal ni..huhu



mr.iz: sama-sama..

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template