Tuesday, August 16, 2011

~Kerdilnya aku di bumi ini~

Assalamualaikum..

Pagi 16 Ramadhan, 1432 H..

Tatkala umat manusia masih dibuai mimpi nan indah...
Aku termangu sendirian..
Sempatkah menghabiskan sisa-sisa ramadhan yang berbaki 13 hari?..
Sempatkah kutemui Syawal..
Bersalaman dengan kedua orang tua..
Mengucup lembut tangan-tangan mereka..
Mengungkapkan kata-kata maaf..
Mengungkapkan kata-kata sayang kepada mereka..
Berterima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini..
Berterima kasih kerana membesarkan aku..

Atau mungkinkah ini Ramadhan terakhir untukku?..
Tanpa sempat melakukan semua perkara di atas?

Kerdilnya aku di bumi ini..
Betapa beratnya dosa yang kutanggung..
Dosa-dosa yang mengikis keimanan di hati..
Dosa-dosa yang belum tentu diampuni..

Aku belum bersedia..
Belum bersedia untuk menghadapi kehidupan di SANA..
Gentar hati memikirkan azab yang akan diterima..
Gentar untuk menemui sang Pencipta..
Gentar untuk menemui Yang Maha Kuasa..
Gentar untuk menghadapi hari akhirat

Tatkala malam menjelma..
Mata sukar dilelapkan..
Adakah mata ini akan terjaga kembali setelah lena?
Atau mungkin tidak berpeluang lagi melihat keindahan alam ciptaanNYA..
Atau, bila terjaga..semuanya berubah menjadi sesuatu yang asing bagiku...

Ya Allah..
Ku mohon keampunan dariMU..
Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan..
Akibat kecuaian dan kelalaian aku sebagai hambaMU..
Jauhkanlah dan hindarilah aku daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan keimananku tehadapMU..
Sesungguhnya, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui disebalik kejadian yang terjadi..






4 comments:

khaifaiz said...

masih lagi ada masa utk memperbetulkannya...

atuk said...

Asssalamualaikum Eda

Insyaallah
kita berusaha memperhambakan diri kepada Nya hingga akhir ayat

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

zati embong said...

selagi kita masih bernyawa da.

Cik Amni said...

amin.. sama-sama kita dear... saya pun fikir benda yang sama...

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template