Friday, September 30, 2011

~Adoii la..cepat2 la baik seperti sediakala~

6 comments
Assalamualaikum..


Masuk hari ni dah 4 hari saya mengalami kurang selera makan disebabkan oleh ulser yang terhasil dari gigitan yang terkena waktu kursus wiken baru ni...adoiii...dah la lately kena banyak bercakap, mmg asyik bunyik sss...ssss..sakit weii..

Haha...kecoh la ko ni eda...orang sakit nak beranak pon tak kecoh2 kat blog..huhu..cepat2 la baik wahai ulser ku cayang..biar saya punya selera makan makin bertambah2 supaya capai BMI yang ideal..hehe..

Jap lagi ada meeting..sempat lagi coret2 dalam blog ni...tak suka meeting..sebab asyik2 benda yang sama je yang dibentangkan..pastu sesi blame m'blame antara satu sama lain akan wujud nanti kalau ada problem atau tak capai target yang dikehendaki...ermm..ni la kalau keje makan gaji...bukan kita yang keje separuh mati ni yang kaya, tapi bosss jugak yang kaya...kalau bagi bonus 10 bulan tu ok la jugak..ini tak bonus 1 bulan pon dalam mimpi je la dapat..huhu

Rasanya tak lama lagi saya akan beransur keluar dari sini..target pun sampai hujung tahun ni je duk kat sini...pastu gud bye babeh...huhu..harap2 meeting nanti takde la saya kena bercakap...sakit la mulut ni...huhu...:(

Thursday, September 29, 2011

~Sekarang tak perlu lagi beli sayur & buah-buah organik..hehe~

3 comments
Assalamualaikum semua..

Best2...hari tu ada gi umah membe..duk sibuk2 kat dapur umah dia ternampak la benda alah ni...ingatkan periuk ke apa ke..skali dia cakap ni la detoxifier..



Antara ayat yang paling saya suka dengar :

"Kalu ko tak nak (malas la tu..hehe) cuci sayur2 tu guna air paip..ko guna je benda ni..dh ada setting dah untuk sayur ke buah ke, beras ke, daging ke..botol susu anak ko pun boleh"..

"Oit, aku mana ada anak lagi la wei"

"Haha..aku tau la, maksud aku esok2 bila ko dah ada anak la..hehe"

Pastu dia pun gi ambik buah anggur terus dia msukkan air dalam bekas ni dan tekan setting utk buah-buahan..pastu sambil2 tunggu lebih kurang 8 minit tu, kami borak lagi..saya lebih teruja untuk lihat hasilnya sebenarnya dari apa yang dia cakap...ahahaha..;P

"Skarang ni, ko dah tak payah susah2 nak beli sayur @ buah organik kat pasaraya tu..ko pakai je benda ni untuk remove toxic2 ke pesticide yg dorang guna tu..botol susu anak aku pun aku rendam je dalam ni..ala2 sterile mcm kat klinik gitu"

Dan hasilnya......alamak, tak snap picture la pulak..dan memang sedap rasa anggur yang dah di detox guna biosafe ni compare to anggur yang basuh biasa je..nama pun detoxifier kan..mesti la semua toxin pun boleh dibuang..dia cakap hampir 99% bahan kimia yang ada dalam buah boleh disingkirkan..best kan..sekali beli je boleh guna untuk buah2 yang bukan organic jadi organic..saya mmg suka kalau bab2 organik nih..


Ni saya copy skit information pasal benda alah ni untuk korang baca yea..korang semua bijak pandai kan bahasa english..kalau tak paham, copy paste kat google translation yea..hehe

Pesticides presence in our essential food chain like vegetable and fruits are a common thing we have to deal with. Even organic vegetables produce are not spare totally. The quality of the organic food as claimed by many organic food producer cannot be verify and ascertain. There are instance of organic vegetable farmers growing in a land surrounded by other non organic producer hence getting pesticides toxification from contaminated surrounding water source. Even though the farmer does not uses pesticide and chemical fertilisers, the corps still getting it from its surrounding environment.

Preservative are found in abundance in imported fruits. Why would that be the case? A ripe fruit would have rot within a few day without preservatives, it would have rot even before it gets a custom clearance during shipment. It has always been the case that we encourage our children to consume more fruits but what happen to the preservative? Would just soaking it in water be sufficient?

Washing with water and soaking it for a period of time would have been the case until recent innovative product with advance technology that has made break through in truly eliminating harmful chemical from our foods. Introducing the latest cutting edge technology in food cleansing technology – BioSafe Plasma Detoxifier.

What is BioSafe Plasma

BioSafe plasma detoxifier is a specially designed cleansing equipment use to cleanse common household essential like Vegetable, Fruits, Baby Utensils, Baby cloths and etc. Its main function is to kill off harmful bacteria and neutralises toxic commonly found in food in the form of pesticides.

How BioSafe Plasma Work

BioSafe Plasma Detoxifier uses an advance patented technology from Korea. BioSafe generates Hydroxyl Radical ion (OH-) to perform an active reaction with many Volatile Organic Compounds (VOC) tying away one Hydrogen (H+) ion from VOC. As a results from these reaction, toxic will be neutralised and bacteria killed.

Clinical and labratory tests have proven using of Hydroxyl radical is safe for housewhole usage because radical ion (OH-) produced in the cleansing process has a very short life span that is about 10-9 of a second and would not pose health hazard.

Features of BioSafe

BioSafe comes with a specially made detachable container that you can remove, wash and dry separately after used. This is to ensure the electrical part of the system does not get wet during wash thus reducing the risk of rust that can cause short circuit to its electrical component.

Its water container is able to fill up to 5 liters of water enough to comfortably clean food for the whole family.

It has a specially design holder which can be use to submerge floating fruits and baby feeding bottle to ensure maximum cleansing for floating items.

Its has four plasma generator to allow generate and evenly distribution of Hydroxyl Radical in its container during operation. All radicals produce will vaporise.

As compare to some older food cleansing technology, BioSafe does not emit odour or sound in operation. It does not required periodical routine parts replacement or servicing giving you cost saving in long run.


Wednesday, September 28, 2011

~Saya ni keje cop duit agaknya..adoiii~

11 comments
Assalamualaikum..


Ermm..saya tau la raya baru je lepas..tapi come on la..masa raya ritu nape belanja tak berpada-pada?..pastu mula la duk rayu2 nak pinjam duit orang lain pulak..

Dorang ni ingat saya keje cop duit ke hapa haa..dah la pagi td dah terbang dekat 2 riban, bayar insurans kete ngan ansuran kete skali..adeiii...nak duit usaha la weiii...ini keje pon tidak pastu nak harapkan orang lain pulak yang suap mulut dia....peminta sedekah pon usaha gi duk pasar malam nak cari duit..walaupun ramai yang hina dorang..ini korang yang duk goyang kaki kat umah pulak yang nak minta orang lain tolong suapkan...bukannya nak cari keje nak ubah nasib diri & keluarga tu...

Ermmm..ni la orang melayu kita..nampak orang senyum selalu je ingat orang tu sentiasa senang..dia tak tau betapa penatnya bekerja nak cari sesuap nasi...eceh..huhu..kadang2 saya pelik la..orang lain punya bersusah payaah kerja nak dapat duit, dia boleh pulak duk msg kat semua orang cakap nak pinjam duit..

"Tolong la..bulan ni short sikit, nanti hujung bulan saya bayar la balik"...

Pergghhh...ayat ==> TOLONG LA....sila la jangan guna ayat ni yea...cuba tengok kalendar tu bape haribulan?????...haaa...tunggu je la gaji hang masuk...uiiiiii...ni mesti laki hang tak kasi nafkah nih..tu pasai hang minta ngan orang lain pulak kannn...haih...si lelaki kat luar sana yang sudah berkahwin mahupun yang bakal berkahwin..tolonglah jaga pakai minum isteri anda supaya dia tak meminta dengan orang lain...itu dah jadi tanggungjawab si suami tau dakk..dan jangan ingat bila si isteri dah bekerja, tanggungjawab tu anda buat sambil lewa saja...

Ingat la wei...bila keadaan macam ni terjadi, laki tak rasa segan/ malu ke bila orang luar akan fikir :

"eh..eh..laki dia takkan tak boleh bagi anak isteri makan minum pakai semua tu...huh...buat malu je ada laki yang macam ni"...dan si isteri pula, jangan la kamu meminta2 dengan orang lain pulak, ingat la maruah suami kamu yang perlu dijaga tu..jangan sampai orang lain berfikiran seperti di atas..seperti apa yang saya fikir..huhu

DAhh..dahhh...bosan weii...minggu ni asyik kengkawan mesej sebab nak pinjam duit jerkkkk...


p/s: harap maaf...entry ini agak emotional sedikit...

Tuesday, September 27, 2011

~Handphone saya mana la ada 3G..huhu~

4 comments
Assalamualaikum..

Pelik la saya..dah byk kali dh rasanya orang tanya handphone saya boleh 3G ke x..tp semua org yang saya bgtau tu tak percaya kat saya..

Ermm...memang la handphone skang yang saya guna canggih sikit la daripada handphone yang saya guna sebelum ni..tapi handphone saya takde 3g laaaaa...huhu

Yang peliknya, depa ni takmo pulak pecaya cakap saya...

Percayalah...(ikut gaya ct nyanyi)..

Ermm...kalau tak caya cuba la search sony ericson xperia x8....ha..tgk spec2 yang ada..haih...tunggu la saya tuka blackberry...haa, nak 3g ke 4g ke..eh, blackberry ada 4g ke?...haha



Adios..=)

~Quote of the day~

6 comments
Jika kamu tak boleh
Kamu mesti mahu
Jika kamu mesti mahu
Kamu mesti boleh!

Monday, September 26, 2011

~Apa yang anda buat bila rasa down?~

7 comments
Assalamualaikum semua..

Yazzaaaa...moh kita kongsi sama-sama pengalaman yang anda tempuhi bila ada orang yang buat anda rasa down..contohnya, mula-mula anda rasa happy sangat2 dengan aktiviti harian yang anda lakukan...tiba-tiba datang seseorang yang anda kenali dan sangat2 rapat dengan anda menyatakan sesuatu yang bisa membuat diri anda terasa dengan kat-kata atau berjauh hati dengan apa yang beliau lontarkan atau yang sewaktu dengannya lah..

Kalau saya la kan...saya ni sensitif sangat orangnya...orang cakap sikit pun mula la rasa nak mengalir dah air mata..itu baru sikit, kalau kena kaw-kaw lagi la banjir agaknya tempat tu...cepat sangat air mata ni nak keluar lately...cepat sangat terasa hati dan cepat sangat terasa down bila kena..

Selalunya apa yang saya buat, saya akan beritahu kakak saya yang tersayang, kenapa dia cakap macam ni macam ni macam ni..ala...tak bestnya rasa...huhu

Dan, kakak saya selalu pesan kat saya,

"Jangan terlalu fikir sangat apa yang orang lain cakap tu..kalau kita duk emosi je, kita akan terperangkap dengan perasaan tu..jangan sampai kita tenggelam sebab susah nak timbul balik bila dah tenggelam dalam emosi ni..apa je yang berlaku tu jadikan pengalaman hidup kita seharian..orang ni ada macam2 ragam, hari ni kita jumpa dengan orang macam ni, esok lusa kita akan jumpa ramai lagi ragam orang yang lain"..

Dan lepas tu baru la saya akan bersemangat balik..apa yang jadi tu semuanya ada hikmah disebaliknya..kita sebagai manusia biasa ni ada kekuranganya, apa yang salah kita masih boleh perbetulkan..jangan tak betulkan langsung sudah...

So, pedulikan apa orang nak cakap..yang penting dalaman mesti kuat tempuh apa je yang mendatang..

Wallahualam..

Wednesday, September 21, 2011

~Fuhh...lap peluh yang memercik~

5 comments
Assalamualaikum..

Hari ni sangat pening kepala...dari tadi buat lab work..siap order mc d delivery sebab malas yang amat nak kuar ofis dan sempat hantar kete ke bengkel untuk servis dan tukar apa2 yang patut..fuhh..memang terpercik sana sini la peluh....(erkk..nampak sangat tipu..dalam aircond mana la kuar peluh den nih..huhu)..

Peluh terpercik sebab tangan terketar-ketar hulur duit kasi kat bengkel..huhu..kali ni tak servis kat perodua..perodua cekik darah..hhaha..gi servis kat bengkel sebelah ofis ni je..hehe

Macam biasa servis kali ke-6 dimana kereta ku sudah mencapai mileage melebihi 50K..tukar segala minyak yang perlu ditukar..tukar bateri kereta ke sel kering di mana memudahkan saya untuk tidak perlu jaga maintenance bateri seperti sel basah itu..tukar jugak wiper kereta yang dah tak boleh pakai (oh, ini formen tu memandai je tukar tau, saya nak tukar yang silikon punya tahan lama sikit, dia gi tukar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu..haa..hang igt cek xdak wit ke nak tukar yang mahal sikit non oi..huhu)...ok, takpe..kira dia prihatin jugak la cek semua keadaan kereta tu kan..hehe..pastu buat alignment ngan balancing...fuhhhh...terpercik peluh orang bengkel tu kerjakan kereta saya...melayang jugak la dekat rm400 tadi..fuhhhh..

Dan sekarang saya tak perlu risau lagi pasal bateri kereta itu..haha..sebenarnya hari tu kereta tu tak boleh nak start..punya la cuak..cek punya cek rupanya air bateri sampai kering..haha..toing..kena marah sebakul ngan abang ipor..hihi...relax la along..adikmu ini tak sempat nak jenguk air bateri tu..yang selalu dijenguk air cooler tu ngan air wiper..hehe..(padahal tak tau pon kena cek ke tak..hihihi)..pastu bila dah jadi camtu barulah tau perkara-perkara asas yang kena jaga..hehe

Orang servis kete sebelum raya..saya servis kete lepas raya..huhu..patut servis sebelum raya ritu..tapi full house beb nak gi servis..so, servis la lepas raya..hehe..pokoknya bulan ni ngan bulan depan, duit memang labur kat kereta je la nampaknya..bila nak labur untuk kecantikan diri pulak nih...ahaha..;P..sape mau pegi grooming, jom ikut saya..haha..jumpa kat concorde hotel wiken ni...hikhikhik..saya pegi grooming course....untung-untung boleh buka SPA lepas ni kan..haha...bewangan je ek...

Ok la, nak balik dah...babai...



p/s: rindu nak menjelajah blog-blog yang ada seperti dulu..tapi masa amat mencemburui saya kini..semua nye sekadar jeling tgk title saja..ermm..time keep changes, but history will remain kan..happy2 dan senyum2 selalu walau sehebat mana pun masalah yang kamu hadapi..=)

Tuesday, September 20, 2011

~Haih...cakap tak serupa bikin la kamu nih~

6 comments
Assalamualaikum...

Haaa...pe hal ni post entry tengah2 malam buta nih...yea...saya baru balik makan setelah lebih 2 jam duk kedai makan...

Housemate: Jom pi makan kat kedai nasi ayam kat sikamat

Saya: Ha?..kat mana tuh?

Housemate: Ala, dekat ngan ocean tu belah kiri, depan kem askar tu..

Saya: ooo...xtau la..haha

Memula malas nak ikut sebab baru je pas makan burger ayam + mayonis yang sangat lazat..

Housemate: pas isyak ke kita pegi..

Saya: masih diam membisu melayan novel R.A.M..sambungan kisah Hijab Sang Pencinta..eh, ke sambungan siri yg mn entah..haha...ala...laksamana sunan tuh...syokkkk..last2 pas solat isyak terus bersiap2..konon2 nak pekena nasi ayam..

Sampai2 kedai makan Lina kot nama kedai tuh..

Lhorr...tempat punya la luas, tapi takde orang..ermm..

Saya: sedap ke nih nasi ayam kat sini?

Housemate: tak tau la..tak pernah makan pun, membe yang bagitau..

Saya: laaa...yeke...eh, dah lama tak makan nasi ayam makcik yang kat flat tu kan..tp skang mcm dah tak buka je gerai dia tu..

Housemate: sedap ke makcik tu masak?..tapi nasi dia tu rasa..

Saya: oooo...tu sebab banyak halia dia letak..tu yg pedas2 skit..tapi ayam ngan sambal dia sedap laa..

.....................

waktu tu ada 2 meja je yang berpengunjung...tempat luas nih...tv lak duk hujang belah kiri..yang ada org belah kanan..

Saya: laa..apsal duk sini, duk ar dekat skit ngan tv...bleh layan tv skit..

Housemate: haa..nak duk sane ke?..

Tanpa menghiraukan pendapat saya, dia terus duduk tempat yang berdekatan dengan pengunjung lain....

Dalam hati waktu tu..dah start dah berkata-kata...

"Mesti ada sesuatu yang akan berlaku ni"

Dan, instinct saya memang sentiasa tepat dan jarang yang salah...maka berlaku la episod yang memang saya dah jangka...layan aje la....

...............................

Ermm...apa yang saya boleh simpulkan di sini...oh, bak kata orang2 di sana tadi, saya ni suka pre-judge sesuatu...haaa...meh cek nakk pre-judge korang pulak...eh, bukan korang...ada la orang tu...kadang-kadang, kita bila berkata-kata jangan cepat nak meng'kondem'kan orang lain...sebab kata-kata tu sebenarnya yang akan termakan diri hang balik...dan, kalau la hang baca blog ni , meh ceq nak habaq...hang sebenarnya dah jilat ludah hang sendiri tau dak...haaa...tu la....dulu hang duk kata kat orang ini tak elok itu tak elok...skang cek tengok hang duk anggukkkkkkk je apa yang orang kata kan...

Cek dah habaq dah kat hang dulu lagi...tengok dulu betul2....hang ego ngan cek...hang langsung tak mau dengar kata cek...last2 hang termakan jugak kan....pastu bila ceq tanya, hang teragak2 pulak nak jawab...hang tau dak ceq ni jenis yangg lagu mana?...haaa...hang dengan geng2 hang kan teror, hang sendiri mesti lagi pakar kan ceq ni lagu mana...walaupun umur ceq dah meningkat, tapi luaran tetap awet muda...eh...tetiba...ni kawan hang yang ckp...bukan ceq masuk bakul angkat sendiri yea..haha

Hurmm...manusia-manusia...bila seseorang mula berbicara, jangan la mudah untuk kita menilai seseorang itu hanya disebabkan kita mempunyai sedikit kelebihan...mungkin ada benarnya dan mungkin ada yang silapnya...kadang2 apa yang dah tertulis tu memang takdir yang menentukan..jadi, berusaha untuk mendapatkan kejayaan itu lagi penting dari segala-galanya..

Wallahualam....

Monday, September 19, 2011

~Serriously, mood ke laut!~

4 comments
Assalamualaikum..


Masuk keje pukul 9.00 am tadi...tapi minda duk pikir pasal kereta dari tadi sampai sekarang..
Duk pikir nak service kereta...nak tukar myk itam...nak tukar oil filter...nak gi cek bateri..nak cek alignment + balancing tayar..apa lagi yea yang perlu saya cek...adoiii..nak cek brape kena abis pulak kali nih...huaaa...sob...sob..

Dulu, masa belum pakai kereta tak pernah pikir pun pasal service kereta nih..yang betul2 pikir nye brapa duit minyak nak kena spend dengan duit tol..tu je...service kerete ada la 3 bulan sekali --->bergantung pada mileage.....mmg kompem setiap 3 bulan kena servis...huhu...tu belum lagi masuk kalau ada apa2 yang berlaku pada kereta...hurmm..

Rasa2 la...bulan ni mesti lebih 2k nak kena spend kat kereta...nak bayar insurans lagi...road tax dah nak expired bulan depan..huhu..adeii...semakin kurus duit simpanan...camne nak kawin nih kalau simpan2 pastu korek balik...huhu....buat kira-kira sampai dah tak terkira dah..kalkulator pun dah pening agaknya tgk amount..haha..


p/s: mood masih berada di luar ofis...harap2 trip ke PD bersama rakan2 lama akan dilaksanakan dengan jayanya...hehe

Friday, September 16, 2011

~Layan je la eh~

3 comments
Jom layan lagu nih....hehe



Wednesday, September 14, 2011

~Mereka ni tak jemu2 untuk telefon saya..glamor sangat ke nama saya ni kat ctu?..haha~

6 comments
Assalamualaikum..


Hari ni hujan lebat masa balik dari kerja..saya pasti, rata2 tempat kat Malaysia ni hujan petang tadi kann...

10 minit sebelum balik dari kerja..tiba2 terdengar lagu dari Aizat menjerit2 dari speaker handphone..ku tatap nombor yang keluar...tiada nama..nombor semata-mata..nak angkat ke tak ek..kalau tak angkat mana la tau emergency call ke..

Kedengaran suara si pemanggil:

"Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Eda Latiff?"

"Yes, speaking (ececeh..tetiba speaking pulak eh)"

"Cik bz ke skarang ni?..boleh bercakap tak ni"

(Dalam hati..ko ni nakk tepon pn tengok jam la skit...lagi 10 minit nak balik nih)

"Skit la, ada apa ye?..boleh saya bantu?"...balas saya dengan lembut.

"Saya dari ----cik ada beli barang dengan ----- kan?"

"Ye saya, kenapa ye?..ada masalah ke?"

"Oh, tak de masalah cik..rekod kita kat sini pon menunjukkan yang tiada masalah dari segi pembayaran dari pihak cik..dan kat sini saya nak bagitahu cik la yang nama cik terpilih untuk master card credit..bla..bla...bla"

"Ooooooo...tak pe la ye...awak ni orang yang ke-5 dah dari company yang sama call saya pasal ni..buat masa skarang saya tak berminat"

"Yeke cik..saya orang ke-5 ke yang call?"

"Iye..percayalah cakap saya ni"

"Kalau begitu, terima kasih ye cik..maaflah mengganggu cik petang2 macam ni"

"Ok, sama2"......end of conversation..



Slalunya kalau ada caller dari bank ke apa ke pasal credit card ke apa saya akan loud speaker, then biar dia ckp sorg2..tp kali ni kesian pulak nak biar dia ckp lama2...layankan aje...huhu

Tuesday, September 13, 2011

~Adoiiii...hari bergesel sedunia...kopak la mak macam ni~

3 comments
Assalamualaikum...



Hari ni hari bergesel sedunia....mari bergesel....jangan silap gesel dah...

"Adussss..sakitnya badanku kena gesel....belah kanan pun kena gesel belah kiri pun kena gesel"..kata-kata yang mungkin keluar dari kereta kesayanganku jika dia diberi peluang untuk bercakap...

Iyer...baguskan...dan yangg paling bagusnya bukan tuan punya kereta yang gi gesel kete orang lain, tapi orang lain yang gi gesel kat tuan punya kete..

Kejadian pertama:

Tengah hari td, waktu tuan punya kereta yang sememangnya lapar tahap gaban sehingga sanggup keluar lunch awl untuk mengisi perutnya yang dah sikit lagi mau pengsan kalau tak diisi..ermmm...di langgar oleh sebuah motor kapcai yang ditunggangi oleh seorang pakcik tua..(tua kut sebab muka dah banyak kedut dan banyak uban)..pakcik tua tu punya la syok undur motor dia sampai gi langgar kete saya yang tengah parking tuh...haih..sib baik skit je...kalau kemek tu mau saya minta ganti rugi..


Kejadian kedua:

Waktu sedang asyik menunggu waktu isyak tadi...digeselkan pula dengan kereta housemateku sendiri!...wuaaaa...kali ni bukan sikit...manyakkkkkkk...panjang pulak tuuuuuuuuu...huhu..ermm..hancur luluh perasaan melihat kesan calar di badannya...adusss...mesti kau sakit kan...tak pernah2 kena gesel dalam pagar rumah sendiri..tetiba hari ni kena pulak...wuaaa...agak2 la kan, kalau polish je ok tak ek??..huaaaa...sobbs...sobss...huhu



p/s: bulan ni banyak betul dugaan dengan kete ni..ke dia majuk sebab cakap nak tukar kete lain ek..huhu...alala..bucuk2...jangan la majuk eh..huhu

Friday, September 9, 2011

~Tak tahu nak letak title apa~

3 comments
Assalamualaikum..



Blogger..mesti nak update blog..
Kalau tak update terasa kurang sesuatu..
Kalau kat rumah tiba-tiba tak boleh nak connect internet..
Mesti macam cacing kepanasan..
Serba tak kena..
Mana taknya..tak boleh nak merayau-rayau ke sana sini..
Akibatnya, tidur pun mimpi update blog..haha

Tapi, kita terlupa sesuatu bila kita menulis di blog..
Pernah ke terfikir bila sesuatu dicoretkan, apa respon orang lain..
Contohnya macam sensitiviti orang lain..
Bagi si penulis, mungkin dia berfikiran --> "INI BLOG AKU,SUKA HATI AKU LAH NAK TULIS APA PON"..

Erm..no komen la untuk kenyataan di atas, sebab saya pon pernah bagi statement tu rasanya dalam entry2 yang lepas..hehe

Tanpa kita sedar, kadang2 apa yang kita tulis bisa mengguris perasaan orang yang membaca..
Kegembiraan yang kita lahirkan dalam bentuk tulisan kadang2 membuatkan si pembaca merasa sedih..
Kebahagiaan yang kita lahirkan kadang2 buat orang lain rasa sengsara..
Kesedihan yang kita lahirkan mungkin buat orang bersorak kegembiraan..
Kegusaran yang kita lahirkan mungkin akan buat orang lain risau..
Kekeliruan yang kita lahirkan mungkin ada penyelesaian daripada orang lain..

Huhu...merepek je...moh buat kerja..


p/s: tertinggal hadiah untuk pemenang kat rumah...adeiii..esok akan ku pos...tungguu yea..pemenang paling jauh berada di Sarawak..huhu

Thursday, September 8, 2011

~Surat rasmi bertajuk : TENSION!!~

3 comments
Kepada encik yang saya hormati..

Encik...sila la buat kerja encik betul2..jangan la nak berceloteh pasal negara orang la, mata wang negara asing la, jumlah percetakan duit RM1 kat Malaysia la, kuasa membeli rakyat Malaysia menurun ke hapa ke...adoiii...saya ni dah la sakit kepala dari tadi...ni rasa nak telan orang pon ada...dengan bunyi bising bangunan mana entah yang tengah renovate tuh...adoiii laa.....

Sekian, saya yang tengah sakit kepala..


p/s: sebarang surat menyurat berhubung perkara ini tidak akan dilayan..

Wednesday, September 7, 2011

~Please..please..jangan la bercerita pasal politik, undang-undang and what so ever dengan saya~

5 comments
Assalamualaikum semua..

Hah..amek kau tajuk entry kali nih sama ngan status fb...ni memang saya rasa nak meletop dah nih..please la..please la..saya hanya amek tahu sikit2 je pasal hal2 berkenaan..jadi, kalau kamu rasa nak tanya pasal pendapat ke apa ke..tak payah la buang masa duk tanya saya..sebabnya saya tak berapa arif tentang perkara2 yang tersebut..

Yang buat rasa lagi nak meletup tu..bukan saja tanya itu dan ini..siap duk bagi komen dan persoalan lagi tu..kenapa mesti macam ni..kenapa bukan macam tu..adeii...kalau betul2 dia buat macam ni kenapa boleh jadi macam lain pulak..adoiiii..pi cari sendiri la jawapan kepada soalan tu yea..

Rasanya lagi bagus tanya pada yang pakar dan yang lagi banyak pengalaman daripada duk tanya saya nih..saya hanya tahu apa yang saya buat..apa yang orang lain buat saya tak tahu dan hanya orang tersebut dan Allah saja yang tahu perkara sebenar..saya bukannya ahli politik, saya bukannya pengamal undang-undang (peguam)..dah..tak payah nak ulas panjang-panjang pasal apa yang orang lain buat..kita doa saja mereka semua tu selamat dalam lindungan Allah..


Adios..



p/s: byk keje lain nak dibuat selain dengar soalan yang tak berkaitan..huh


Tuesday, September 6, 2011

~Cerita yang memang dicari~

2 comments
Assalamualaikum..

Akhirnya, cerita yang saya cari berkenaan dengan kejadian yang berlaku di Somalia tu dapat juga saya temui..macam tak puas baca kat newspaper..klik je atas tajuk kat bawah ni ye..


kemudian, muncul pula satu lagi artikel tentang analisa yang dibuat dari blog Military of Malaysia
(pendapat peribadi penulis serta rakan-rakannya)


Apa-apa pun yang ditulis, dari awal lagi saya dah ikuti perkembangannya dari blog papagomo yang ikut serta dalam misi tu..dia lagi tahu keadaan sebenar di sana..tapi agak terkilan jugak bila isu ni di politikkan oleh sesetengah pihak dan banyak tuduh menuduh yangg berlaku..

p/s: syukur hidup dibumi Malaysia yang aman dan damai..moga keadaan ini berkekalan hendaknya..Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul...


~Jangan bermain dengan acid, ianya sangat bahaya~

4 comments
Assalamualaikum semua..

Hari ni hari yang agak bizi agaknya..tapi tetap jenguk blog juga..hehe
Kenapa tajuk entry ni macam ni ek..bukanlah nak bagitau ada mangsa simbah acid yang terbaru..cuma, nak bagitahu kesan yang akan diterima je bila terdedah kepada acid..terutamanya acid pekat (concentrated acid dimana kepekatannya melebihi 65%)..

Hazard: Toxic


Hazard: Corrosive


Hazard: hazardous in the environment
Mari sini rapat-rapat kita belajar kimia hari ni..saya sebenarnya dah terdedah dengan bahan-bahan kimia ni secara langsung sejak di universiti lagi..iaitu tahun 2003 hingga lah sekarang ni..cuba bayanagkan berapa banyak toxic yang ada dalam badan saya ni..ermm..mesti tak terkira kan..pagi ni tergerak hati saya untuk tengok balik MSDS (material safety data sheet untuk concentrated acid) yang mana menerangkan secara terperinci ciri-ciri dan cara-cara pengendalian untuk apa sahaja bahan kimia..

Kenapa nak semak MSDS sedangkan kerja pun memang hari-hari mengadap bahan kimia..kadang2 kita manusia biasa ni bukanlah sempurna 100%..ada sesetengah perkara kita kena refresh balik..bila terlibat dalam bidang ni, selalu terfikir penyakit2 kronik yang berbahaya..sebabnya ada satu hari tu, saya langsung mengabaikan ciri keselamatan yang sepatutnya saya ambil masa mengendalikan concentrated hydrochloric acid (fuming acid)..tanpa mengenakan pakaian yang sesuai, hanya menggunakan glove & facemask je...dengan tak pakai goggle & labcoat..dan secara tak langsung, saya juga telah membahayakan keselamatan staf lain..huhu..

Kita tengok acid tu warna dia jernih..tapi warna jernih tu sebenarnya sangat berbisa..bila ada je mangsa simbahan acid yang kena acid ni, memang mengucap panjang la saya..sakit tertitis sedikit pon tak terperi rasanya, ni kan pula kena simbah abis satu muka..dan kecederaan yang kena pulak kemungkinan akan kekal..jangan kan terkena acid, terkena minyak & air panas tu pun pedihnya dah tak boleh nak tahan..jadi, jangan lah disebabkan ingin suka2 nak cuba bermain dengan acid, tanpa sedar bukan saja kita membahayakan orang lain, tapi sebenarnya turut membahayakan diri sendiri jika tidak dikendalikan dengan sempurna..

Kalau nak tahu lanjut pasal chemicals ni, korang type je kat mr.google tu nama acid yang korang nak tahu..pastu cari pula MSDS pasal chemicals tu..ok..saje nak share pasal ni..sebab saya terfikir2 dah brape banyak toxic agaknya terkumpul kat dalam badan..belum lagi masuk habuk2, debu2, asap2 kenderaan, asap2 rokok yang 'ter'hidu nih...haih...ajal maut kat tangan tuhan kan...selagi kita boleh cegah, kita cegah la..jangan disebabkan terlepas pandang, orang lain pula yang jadi mangsa...eh..merepek apa la saya ni...huhu

cau..cin..cau...air bandung cincau pon sodap nih...hehe...;)

Monday, September 5, 2011

~Cerita raya~

5 comments
Assalamualaikum..

Selamat kembali bertugas kepada semua bloggers yang rata-rata dah kembali bertugas...eceh..macam bertugas apa je ek..huhu..mood hari ni masih di awang-awangan, masih lagi mood bercuti..haha..seminggu sudah berlalu...sekejap aje kan..puasa pun sekejap aje rasa dah lepas sebulan...

Nak cite pasal raya..tapi nak citer apa pon tak tahu..yang saya tahu raya tahun ni tak berapa meriah..sebabnya kami tak balik kampung untuk beraya bersama sanak saudara yang lain-lain.. Seperti yang kami maklum daripada saudara di kampung, mereka juga beraya dalam keadaan yang biasa dan tidak berapa meriah..sebabnya rata-rata kami tak balik kampung beraya bersama-sama..semua pun biasa saje..cousin pon ramai yang tak balik kampung..yea la, mana taknya, cousin ramai yang jadi nurse..huuhu..polis pun ada, penguatkuasa pon ada..cuti pon lepas raya baru dapat..

Tahun ni merupakan tahun terakhir kami beraya di Terengganu..tahun depan dan seterusnya akan beraya di Kelantan pula..itu juga merupakan salah satu alasan selain adik bongsu yang ada kelas seawal hari raya ke-4..maklum la, minggu depan dah nak exam UPSR..akhir bulan 3 tahun depan ayah dah nak pencen..jadi, mungkin lepas ni dah tak beraya kat Terengganu..sedara pon kebanyakan ada di Kelantan..maka dengan itu, Terengganu akan sentiasa dalam kenangan kami adik beradik..huhu..

Semalam sempatlah jugak singgah kat umah makcik kat Jengka, dorang pon tak balik beraya kat Kelantan jugak..raya di Jengka aje..sempat la dibaginya kami adik beradik kek lapis yang ditempah (hehe..memula ingat makcik buat sendiri)..sedap bangat weh...lagi sedap dari kek lapis original dari Sarawak (seingat saya, kek yang saya kirim dengan kawan yang keje kat UiTM Sarawak tu memang terbaik, tapi yang ni lagi sedap la)..hehe...lapo la pulok..

Tapi, masuk raya ke-4, kita semua dikejutkan dengan berita kematian seorang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Somalia..kami sekeluarga memang ternanti-nanti berita tersebut..memang terkejut dengan berita tersebut..takziah kepada keluarga arwah..sampai ke hari ni pon, saya sanggup berhenti depan Tesco kat gerai jual newspaper semata-mata nak baca berita tentang kejadian..sebab saya tahu, hari ni lagi banyak berita pasal kejadian akan keluar..yea la, semua petugas media pun dah balik, mestilah masing-masing akan menceritakan detik-detik yang berlaku..apa-apa pun niat murni arwah tu patut kita hargai..mana taknya, kalau takde laporan dari media, mana kita nak tahu negara tu rakyat dia macam mana..kebuluran ke, apa ke..kita yang ada kat Malaysia ni patut bersyukur sebab keadaan kat sini tak seperti di negara-negara bergolak di luar sana..

Kalau nak cerita pasal kejadian tu, memang tak akan habis..hehe..jadi, kamu kamu semua sila lah baca news paper untuk maklumat lanjut..nah link untuk paper yang boleh di baca secara online:

Utusan Malaysia...Metro Harian..Berita Harian..yang lain-lain tu, cari sendiri la yea..hehe..apa2 mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Md. Noor yang terbunuh dalam kejadian teresebut..Al-Fatihah..



Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template