Monday, September 5, 2011

~Cerita raya~

Assalamualaikum..

Selamat kembali bertugas kepada semua bloggers yang rata-rata dah kembali bertugas...eceh..macam bertugas apa je ek..huhu..mood hari ni masih di awang-awangan, masih lagi mood bercuti..haha..seminggu sudah berlalu...sekejap aje kan..puasa pun sekejap aje rasa dah lepas sebulan...

Nak cite pasal raya..tapi nak citer apa pon tak tahu..yang saya tahu raya tahun ni tak berapa meriah..sebabnya kami tak balik kampung untuk beraya bersama sanak saudara yang lain-lain.. Seperti yang kami maklum daripada saudara di kampung, mereka juga beraya dalam keadaan yang biasa dan tidak berapa meriah..sebabnya rata-rata kami tak balik kampung beraya bersama-sama..semua pun biasa saje..cousin pon ramai yang tak balik kampung..yea la, mana taknya, cousin ramai yang jadi nurse..huuhu..polis pun ada, penguatkuasa pon ada..cuti pon lepas raya baru dapat..

Tahun ni merupakan tahun terakhir kami beraya di Terengganu..tahun depan dan seterusnya akan beraya di Kelantan pula..itu juga merupakan salah satu alasan selain adik bongsu yang ada kelas seawal hari raya ke-4..maklum la, minggu depan dah nak exam UPSR..akhir bulan 3 tahun depan ayah dah nak pencen..jadi, mungkin lepas ni dah tak beraya kat Terengganu..sedara pon kebanyakan ada di Kelantan..maka dengan itu, Terengganu akan sentiasa dalam kenangan kami adik beradik..huhu..

Semalam sempatlah jugak singgah kat umah makcik kat Jengka, dorang pon tak balik beraya kat Kelantan jugak..raya di Jengka aje..sempat la dibaginya kami adik beradik kek lapis yang ditempah (hehe..memula ingat makcik buat sendiri)..sedap bangat weh...lagi sedap dari kek lapis original dari Sarawak (seingat saya, kek yang saya kirim dengan kawan yang keje kat UiTM Sarawak tu memang terbaik, tapi yang ni lagi sedap la)..hehe...lapo la pulok..

Tapi, masuk raya ke-4, kita semua dikejutkan dengan berita kematian seorang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Somalia..kami sekeluarga memang ternanti-nanti berita tersebut..memang terkejut dengan berita tersebut..takziah kepada keluarga arwah..sampai ke hari ni pon, saya sanggup berhenti depan Tesco kat gerai jual newspaper semata-mata nak baca berita tentang kejadian..sebab saya tahu, hari ni lagi banyak berita pasal kejadian akan keluar..yea la, semua petugas media pun dah balik, mestilah masing-masing akan menceritakan detik-detik yang berlaku..apa-apa pun niat murni arwah tu patut kita hargai..mana taknya, kalau takde laporan dari media, mana kita nak tahu negara tu rakyat dia macam mana..kebuluran ke, apa ke..kita yang ada kat Malaysia ni patut bersyukur sebab keadaan kat sini tak seperti di negara-negara bergolak di luar sana..

Kalau nak cerita pasal kejadian tu, memang tak akan habis..hehe..jadi, kamu kamu semua sila lah baca news paper untuk maklumat lanjut..nah link untuk paper yang boleh di baca secara online:

Utusan Malaysia...Metro Harian..Berita Harian..yang lain-lain tu, cari sendiri la yea..hehe..apa2 mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Md. Noor yang terbunuh dalam kejadian teresebut..Al-Fatihah..



5 comments:

NasQ said...

wuarhhhh... ai baru bangun tdo... cuti lagi... rajin2 la ye berkerja...

zati embong said...

Al Fatihah.semalam jat balik dr tganu bosan2 bukak tv 3, ada live pasal arwah.smbhyang jenazah n interview semua org yg ada dlm trak masa incident 2.mngis jat tgk.

Eda Latiff said...

TK: selamat sambung cuti..


jat: betul tu jat..semalam masa singgah kat rumah makcik pun cepat2 mintak dorang tukar channel tv3 berita 1.30 sebab nak tgk pasal tu..tak sempat nak tengok live sebab tengah drive on the way balik KL..huhu

atuk said...

Assalamualaikum Eda

mereka semua tak balik kerana urusan negara juga...moga diberkati

Wassalam

Eda Latiff said...

waalaikumussalam atuk..betul tu..berbakti utk negara jugak tuh..hehe

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template