Tuesday, November 30, 2010

~Mengapa HAWA dijadikan disaat ADAM tertidur dan HAWA melahirkan disaat dirinya terbangun~

0 comments
Salam semua..

Jalan-jalan petang2 macam ni, terjumpa pula satu artikel menarik tentang ADAM & HAWA.
Lupa lak jumpa kat mana sebab copy kat word lupa lak letak link dari mana..jangan marah yea tuan punya artikel..Jom baca sesama..kalau nak bagi komen amatlah dialu-alukan..=)

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan daripada tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibbu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyanyang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W., "Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya". Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmatanya, itu beerti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf darinya. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yng dia benci untuk orang yang dia sayang.

Amacam?...bawa makna untuk korang tak?
Me?...suke ayat yang last tu.."Wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang dia sayang".....me rasa ramai wanita yang setuju dengan ayat ni kan?

~Kalau saya MC, rasa2 huru hara tak opis?..hehe~

7 comments
Salam semua...selamat pagi..

Badan terasa tak sihat..kepala pun pening..mungkin sebab tak lena tido..
Terjaga awal sangat lepas tu terus tak dapat tido dah..

Rasa-rasa kalau ambik MC huru-hara tak opis?..hihi..(macam la org penting kt opis tu)
Hari ni de discussion dengan bos pasal projek baru lagi..pening pale memikirkan pasal tu..(macam la kena siapkan proposal..haha)..

Tapi, badan ni rasa teramat lemah...tolon!..tolon!..tolon!..
Tekak dah rasa sakit2 ni...kepala pon berat je..
Tapi, petang ni nak kena submit paper work..arghhh!!..stressss tahap satuperpuluhanduajuta kali..huhu

Bestnya kalau dapat bercuti panjang tanpa memikirkan hal dunia yang sangat mencabar minda dan fizikal..

Monday, November 29, 2010

~Lunch tanpa nasi?...diet kah?~

4 comments
Selamat tengah hari...hehe..sempat lagi nak update blog waktu opis hour..
Kerja melambak2..ada hati mau rilek2 pulak..

Sejak kehilangan opismate tersayang...eceh..slalu la makan sengsorang waktu lunch..
Hari ni kengkonon nak cari nasi, tapi entah kenapa dalam minda ni tak terbayang langsung bentuk rupa shape ape2 yang sewaktu dengannya pasal nasi..
Slalu nya kompem kena lunch ngan nasi kalau breakfast sekadar air nescafe sahaja..

Mau jadi minah LONDON ke...mata dah biru...hahaha..
Pastu asik la makan benda yang sama ---> bosan giler..
Kalau ada Seoul Garden macam kat Plaza Bangsar tu best la jugak..

Lunch hari ni sekadar chicken puff dengan tart telur...
Eh, cukup ke tu?...entah...hhahaha..
Nak kata diet, bukan dalam proses diet pon..
Nak kata tengah berpantang..mana de pantang ape2..pantang tengok makanan de la..=P
Takde selera nak mamam sebenarnya..ni pun saja pi jalan2 kat tesco yang baru bukak..
Pastu taktau nak wt pe..cam bosan je..
Pi tanya harga perfume pon..mak ai, lagi mahai dari yang order dengan kawan akak..
tapi sampai la ni tak sampai2..kapal dah karam agaknya..
Bosan weiii..keje..keje..keje...
Saya nak resign boleh takkk??
kompem bos tak kasi ai resign....ermmmmm...

Sunday, November 28, 2010

~MAHA 2010~

5 comments
Salam semua...

Bila tiba nya weekend mesti kita memikirkan apa aktiviti yang nak dibuat..
Daripada duk umah je layan perasaan yang kusut masai macam rambut kusut baru bangun tdo tu, baiklah diisi dengan aktiviti yang tidak memerlukan kita berfikir langsung kan..

Hari ni bermula la pengembaraan yang memerlukan kesabaran mental dan kaki menekan brek kereta...haha..
Semalam ajak akak pegi MAHA 2010..maklumlah, jaraknya hanyalah ~10 minit je dari umah..
Rugi woo~ tak pegi kalau dah dekat tu..


Dari jauh je dah nampak tanda2 jalan jem..baru je masuk simpang nak ke SKVE tu..
Lum lagi nak masuk gate MARDI..adoiiiiii...penat weiii nak menekan brek..
Sejam kami stuck dalam jemm...
Dan memang demm giler la...jem ni disebabkan pengunjung yang tak reti bahasa parking kete sesuka hati ditengah2 jalan...giler kannn..

Ok, ni nak bagi tips skit supaya korang2 yang nak pegi sana tidak terperangkap dalam jem yang sangat menguji kesabaran ituu..

Me nasihatkan korang masuk ikut PINTU 1..iaitu pintu utama untuk masuk MARDI..
Kalau korang tak jupe korang cari je jalan nak ke MAEPS..pe nama penuhnya tak tau la pulak..hehe..tapi tu la yang ditulis kat sign board..
Kenapa nak masuk ikut pintu utama?..bukan lagi jem ke?

Haaaa...tu la....bila semua orang pun fikir pintu utama lagi jem..mula la berebut2 nak masuk pintu 2 kann...
Ni nak habaq ni...disebabkan agak kurang sabar, me terus pecut dari lane kiri ke lane kanan untuk masuk PINTU 1..dah sejam stuck kt situ...tak sanggup weii..
Memang lengang la jalan...sampai la simpang nak ke MAEPS, iatu simpang nak ke pintu utama MARDI...lengang bebbbb....
bila dah nak sampai pun memang la banyak kete..tapi kat situ ada RELA yang jaga..so, takde la pengunjung2 ni parking sesuka hati..tak sampai 15 min pun dah boleh masuk tempat parking..
Masuk2 je memang rezeki hari ni kut..dapat parking tempat berbumbung lagi...
Teruja giler wehhh...rasa berbaloi w/pun ambil masa lebih kurang sejam lebih untuk sampai..

So, sape2 yang nk gi MAHA 2010 ni nanti sila la ikut nasihat ini...kompem tak nyesal...
Terutamanya pengunjung dari Seri Kembangan, Damansara, Puchong, Shah Alam...pendek kata terutamanya pengunjung yang menggunakan LDP, SKVE la...yang len2 tu tak pasti lak..hehe..

Saturday, November 27, 2010

~Saya takut, saya belum bersedia~

0 comments
Saya diam sebab saya tertekan,
Minda saya tak dapat henti dari memikirkan kamu,
Saya hidup dalam dunia saya sendiri,

Dulu, saya selalu mengadu dengan kamu,
Tapi kini, saya tak tahu nak mengadu kat sape,
Kalau saya mengadu kat kamu pun,
bukan saya dapat ubah keputusan kamu,
Saya tak layak untuk kamu malah untuk sesiapa pun,
Ini pengajaran yang paling besar saya dapat,
Kini, hanya pada DIA tempat saya mengadu.

Saya tak pasti hidup saya akan ceria seperti dulu atau sebaliknya,
Saya tahu kamu susah hati bila saya tak tegur kamu,
Atau, mungkin kamu berasa senang hati
sebab saya tidak lagi membebankan kamu,
Masing-masing pun ego untuk bertindak,
Memang saya tertekan dengan apa yang berlaku,
Bila di ofis, sebolehnya saya akan membizikan diri dengan kerja,
Tapi, saya tak suka bila memandu..tambah pula bila jarak perjalanan adalah jauh,
Mula lah saya fikir pasal kamu, pasal apa yang dah jadi,
Tak guna bila kini baru saya sedar,
Saya sepatutnya sedar dari awal,
Cuma saya sedikit terkilan bila kamu sedikit pun tidak mengingatkan saya tentang hal ini.

Saya gagal dalam mempertahankan IMAN di hati saya,
Saya lalai dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati,
Adakah taubat saya akan diterima oleh-NYA?
Saya tak layak untuk ke syurga-NYA, tapi saya tak sanggup ke neraka-NYA,
Bila memikirkan pasal akhirat, saya jadi gentar,
Mata saya tak berhenti dari mengalirkan manik-manik jernih,
Entah diterima entah tidak segala ibadat yang saya kerjakan selama ini,
Adakah ianya sia-sia belaka,
Puasa saya, solat saya, adakah semua itu sempurna?
Pasti ada yang tidak sempurna,

Saya takut,
Kalau ajal saya semakin dekat?
Sempat kah saya memohon maaf dengan mak ayah saya?
dengan adik beradik saya? dengan saudara mara saya?
dengan sahabat2 saya?
sempatkah saya bertaubat?

Saya takut,
Saya belum cukup bersedia,
Amalan saya tidak cukup untuk malayakkan saya ke Syurga-MU..
Dosa saya terlalu banyak untuk diampuni..
Tapi saya tahu, Allah itu Maha Pengampun.
Selagi pintu taubat terbuka,
selagi itu la taubat kita akan diterima...mudah-mudahan..Insya-Allah..

~1 daging, 1 Malaysia...haha...lawak la~

0 comments
Salam semua...selamat pagi...

Pagi2 bangun dah nak upload entry..hihi..addicted barangkali..

Haa..ni nak share satu iklan ni...tapi tak pasti pulak dari mana..rasanya tak de pulak dalam tivi..
Korang layan je laaa...hehe
Sila abaikan perempuan seksi disebelah ayam itu yea..

Lawak memang lawak..tapi ada mesej berguna yang nak disampaikan disitu...
mengenai halal haram apa yang slalu kita makan...enjoy!!...=)


Friday, November 26, 2010

~Sabo je la Nuffnang ni...buruk siku tauuu!!...hehe~

4 comments

Dear Nuffnanger,

Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November
were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November).
You are receiving this email because your account was affected.

We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed
earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.

We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with
us.


Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community.



P/S: patutla amount dalam acc nuffnang berkurang...tak baek tauu...buruk siku nanti...haaa

~Kelam kabut...Terlepas tol~

6 comments
Macam biasa pagi ni pi keje haruslah dari Seri Kembangan sebab semalam bermalam di sana..

Syok je drive dengan kelajuan yang average ~100 km/j..

Dah la terlambat bangun...alarm dah set kui 6.00 am...sedar2 kui 6.47 am...OMG!!..
Sebabnya..jam setting waktu tu adalah kui 6.47pm....apa????...sape yg ubah setting nih..ptt tak bunyik!...

Kesalahan sendiri rupanya..waktu hp ku dibaling ganas oleh anak menakan, takk perasan lak t'setting silap waktu tu....ermmm..

Kalam kabut mandi dengan baju lum iron...oooo...haruslha kecut perut terlewat sampai opis lak..

Tengok umah sunyi jer...alahai...apsal semua orang pun tak nampak batang hidung ni..

Tengok kt porch kete...awat along tak kuarkan kete nih..eh, kaklong tak de exam ke hari ni..slalu kul 6.00am dah kuar...pk2...patutla...jumaat mana de exam SPM daaa....adoiiii...kete itu telah menghalang kete ku utk kuar dr porch..

'Sori kacau...sila alih kan kenderaan anda kerana adik kesayanganmu ini mahu pegi kerja. Harap maklum' mesej dari saya ke kaklong...hehe

Kuar kete..terus pecut ke arah Putrajaya..lalu sipi2 je, tak masuk situ pon...

OMG!!...apsal hr ni byk kete nih...apsal kete depan ni tak gerak2 ni wei...cheeseeeee....kete rosak upanya!!..dah la tak letak kon ke hape ke...emergency signal pon tak pasang...memang hampeh tau dak!...huh..teremosi disitu..

Lepas je trafik light terasa lega..sampai R&R Seremban dalam 8.30 am..sempat brenti nih beli sarap...

So, dah tak menggelabah sangat bila dah sampai situ...drive dengan santai....

DANNNNN....oleh kerana terlalu santaiiiiiiii la sangatttttt.....ha....hambik kau.....terlepas tol seremban!...entah ape ang d pk kan pon tak tau la...sib baik tol senawang takde la jauh mana....


Pagi yang mengharubiru kan mata hitam ku...

p/s: jgn berangan sewaktu memandu..pesanan untuk diri sendiri...ermmm

Thursday, November 25, 2010

~Psstt...ini bukan no. ekor tau~

3 comments
Salam semua....sangat la windu ini blog....ni nak hupdate skit la...tak banyak pon...sekadar nak review no yang ada di barisan gadget sebelah kanan tu jea..

Log in blog, tengok2 la bape dah increase pengunjung blog ni....pastu memang cantik tul la no nih...

tengokkkkk...hehe..


huh...takde la ramai pengunjung pon...tu pon nak kecohh...ape da..bukan ape...bukan senang nak tengok no seecantik itu...sebenarnya me tunggu no yangg ke 001000....haaaa...tapi, dek kena hadiri workshop selama 3 hari, no 001000 itu telah terlepas dari pandangan mata kasar ku ini..

=)....ske2 je....dah..p la wt keje masing2...

Tuesday, November 23, 2010

~Award from Yna~Award untuk korang semua jugak!~

0 comments
Huaa...award ni dapat dah lama...kalau tak silap masa raya haji baru ni kut...me pon dah lupa...
Neway, thanks to Yna sbb bagi award ni....ni award yg ke-2 kut me dapat...lupa dah..



bukan taknak terima award ni...cuma memikirkan jawapan2 untuk soklan nye je...lagi satu agak kemalasan skit...hehe....jgn marah ye yna..=)


1) Berikan 1 nickname untuk saya..
Dari dulu people call me Eda..
tapi ske hati korang la nak panggil ai ape..asalkan yang baik2 suda..

2) Ucapan untuk pemberi award..
Ayat klise....mekasih bebanyak la bagi award ni kat me..me rasa blog me ni simple je..takde la banyak gadget cam blog2 orang len..
walaupun kita hanya kenal di alam maya yang serba fantasi & not too reality ini..
hehe...tak tau sebenarnya nk ucap ape dah..

3) Berikan 6fav artis/singer/group yang korang minat..
Ni yang payah nak jawab ni..sebab me pon tak pasti minat sape..
maklum la dah jarang2 nak admire artis2 bagai ni...tgk tivi pon sekadar mengisi masa terluang je..tak yah la sebut eh..kang jeles lak dorang kalau nama depa tak ditulis kat sini..(haha...macam dorang baca blog ai nih)

4) Tag award ini kepada 10orang blogger/follower..
Nak tag sape ek..senang cite..me tag semua follower blog ~~**STORY OF ME**~~
haaa...adil dan saksama bukan...
so, kalau korang rasa korang follower me..silalah berbesar hati terima award ini..
sekian, terima kasih...=)

Monday, November 22, 2010

~Sejahat manapun kita, jangan tinggalkan solat~

0 comments
Berblogwalking untuk menambah ilmu serta menguatkan kerohanian..

Terjumpa blog ni, sila klik...kalau rajin silalah baca..ini hanyalah untuk peringatan diri ini...

Nasihat yang sangat berguna drpd blogger ini:

(1)- Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.
(2)- Kalau nak buat jahat, jangan dibangga-bangga dan jangan ajak orang lain join.
(3)- Kalau terlanjur buat benda jahat, jangan lupa iringi dengan buat benda yang baik-baik.

Tak mau cakap banyak...dosa sendiri pun bergunung2 dah...

~Terjawab sudah teka teki teka tekuk...eh?~

4 comments
Haaaa....hari ni dengan hati yang waja memberanikan diri ke bengkel yang hanya terletak tidak sampai 100 meter dari opis...

"Tokey, tolong cek tayar kete ni. I rasa macam bocor la"

Foreman yang de kat situ cek2..guna alat pe ntah..cek2 lagi...

'Amoi, mana ada bocor, ok saja ni tayar banyak lagi angin'.

"Itu semalam baru i isi angin, memang la banyak lagi..cuba u cek tayar tu lagi sebab selang beberapa hari je mesti i kena isi lagi angin"..ni yang ai hangin nih...(ayat penambah rasa saja)..

Di ambilnye alat yang macam kepala buaya tu...me tak tau nama alat tu..tapi macam buaya..ala yang orang guna tuk tukar tayar tu...ape?...jet?jeg?jack?...lantak la pe pon..

DI pusing2 tayar itu...nah..ambik kau..upa2 nya ada paku terselit di celah2 bunga tayar tu...

Lalu ditampal nya tayar yang dicucuk oleh paku itu...
Macam tu je ke tampal tayar?...cam tak konfiden lak...

"Tokey, itu macam saja ka? konfem ok aa".

'Okey punya, u jangan risau la'.

"Ok la, brape?"

'5 ringgit saja'.

Wang polimer berwarna kehijauan itu pun beralih ke tangan si mekanik tadi...

Tamat la riwayat paku yang melekap di tayar keretaku...

THE END..=)

Sunday, November 21, 2010

~Cuti panjang: bermanja dengan mak~

2 comments
TErasa malas mau update...tapi blog ni memanggil2 untuk update..

Cuti raya aidiladha adalah sangat panjang...terasa malas mau p keje esok hari..

Petang raya kedua,

Me dan mak di sofa, ayah di meja makan menikmati minum petang, adik sebuk denagn my pinky..Tetiba me rebahkan kepala ke riba mak sambil berkata...

"Mak, nak brenti keje la....kete tu jual je la, pastu nak duk umah je tak mau buat ape2, boleh tak?"

'EH, nape pulak ni..orang lain punya la payah nak dapat keje, ni senang2 je nak brenti keje'

Ayah sekadar menjadi pemerhati, me diam saja lepas tu sambil memejamkan mata..



Sabtu pagi, ke pasar pagi di Kuala Berang,

Mak beli nasi kerabu sebab keluar tadi mak tak sempat nak sarapan, me ngan ayah dan mkn kat rumah..

Mak membuka bungkusan nasi kerabu lalu memakannya di dalam kereta..aktiviti ini tidak dapat dilakukan sekiranya adik laki ikut skali...jangan harap la dia nak bagi kitorang makan dalam kete..huhu

Me kat blakang, mak tanya: 'nak tak?'

'Tak nak la, tengah makan kopok ni'..

Sudah makan kopok, me jenguk ke depan, 'Mak, de lagi ke nasi kerabu?' sambil tengok kat tangan mak..

"Ada lagi ni, mak saja makan lambat2 kut2 la ada yang terliur"..=)

Me: 'Mak, nak skit nasi tu, cam sedap je'

Mak hulur bungkusan nasi kerabu.

Me: 'Ala mak, suap la..tak nak la kotorkan tangan'

Lantas mak menyuapkan me makan nasi kerabu...syokkkk...dah lama tak merasa makan mak suap...pastu mak suap lagi...dah 2 suap...suap kali ke-3..me pun cakap kat mak,

'Cukup la tu mak, 3 suap tu ok dah tu..kenyang pun'..=)

Mak: "Eh, ni ada lagi 1 suap ni, meh mak suapkan yang last ni".....


Sabtu malam sebelum naik bas,

Dalam kete mata kiri me asyik bergerak2, me pun tanya la mak,

"Mak, kalau mata kiri bergerak2 tandanya ape ye?"

Mak jawab, 'Kalau mata kiri bergerak2 nak menangis la tu, kalau mata kanan yang bergerak2 ada orang jauh nak jumpa kita, kenapa?'

"Takde, dari tadi mata kiri ni asyik bergerak2 je".......

Dalam hati, mungkin nak menangis kot ni......sekadar andaian...

Sebelum naik bas, salam ngan peluk cium mak, rasa xmo tinggal pon ada...

Thursday, November 18, 2010

~Pada ketika-ketikanya~

0 comments
Pada ketika-ketikanya,
kita adalah pengembara,
yang sering mengangankan hari-hari
tanpa resah,
ataupun duka
hidup seakan sebuah tasik tenang
indah dalam kedamaiannya
atau sebuah padang hijau terhampar
dan deretan pohon-pohon di kejauhan
lalu kita pun merasa bahagia

Dan pada ketika-ketika yang lain
kita menjadi kekasih yg begitu perasa
sepi oleh rindu yg menekan dada
pedih rasa di setiap senja turun perlahan
bahawa mimpi yg sekian lama kita bina
sampai di saat ini
masih samar semuanya di ruang mata

Demikianlah kita
dalam debar menanti
hari-hari datang
dengan warna-warna
yang lebih bermakna
tetap membangunkan harap dan cita
meskipun dalam rasa sedih dan terdaya...

Karya: Dr Lim Swee Tin

~Semoga masih diberi peluang itu~

0 comments

Mata melihat,

Mulut berbicara,

Hati berdetik mengkhabarkan berita,


Hidup ini hanyalah sementara,

Walau diberi kehebatan setinggi manapun,

Tetap akan kecundang,

Bilamana bisikan itu datang menghasut,

Anak adam yang senipis bawang keimanannya,

Terbuai, terleka, terawang-awangan,

Dek kerana terlalu mengikut nafsu,

Yang bisa merosakkan keimanan yang ada,

Hamba-MU ini insan yang lemah,

Selemah iman di dada,

Yang butuhkan bantuan dari-MU,

Agar dikembalikan ke jalan yang KAU redhai,

Jalan yang menuju kebenaran,

Yang bisa membahagiakan kehidupan di sana,

Yang kekal selamanya,

Semoga masih diberi peluang itu,

Untuk bersama orang2 yang mukmin......

Wednesday, November 17, 2010

~Selamat Hari Raya Aidil Adha semua!~

2 comments
Balik kampung raya haji!!.
Excited...tapi cuak sebab dah lama tak naik bas..
Me ambik keputusan naik bas sebab nye balik sorg2..malas nak drive..;-)
So, daripada menempuh jem dengan penatnye untuk drive, baiklah bagi kepenatan tu kat driver bas..hehe..

Perjalanan menuju ke tol Gombak adalah sangat menguji kesabaran pemandu bas..
Me boleh lihat sebab duk blakang driver je...wooo...sangat cuak juga bila duk depan..huhu
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya lebih kurang setengah jam menjadi hampir 2 jam...bayangkannnn...itu belum masuk karak lagi...

Dah masuk Karak pun jemmm juga tapi kenderaan still bergerak..dan puncanya adalahhh...
Banyakkkkk sangat kenderaan yang menuju ke arah Raub...mereka semua mahu ke klate...
Beratur panjang tu kat simpang situuuu...nak tido pn x nyenyak sbb sejuk...
Fuhh...lepas je simpang tu, jalan raya adalah sangat clear tanpa sebarang kesesakan..
Sampai R&R Gambang pu hampir pukui 2.00am...lama giler amik masa..slalu kul 12 dah sampai situ..dan kesejukan di dalam bas adalah melampau2 sehinggakan kaki ini cramp!!..

Sampai umah dah pun azan Subuh..sampai2 mak tengah prepare untuk juadah pagi raya.. tolong2 ape yang patut...rehat kejap dalam bilik...penatttt...mak pun tak kacau tgk penat sangat..tdooo la...
Sedar2 je bau makanan...hahaha...waktu tu dah kul 7 am...bukak mata tengok kt meja makan...ayah dah duk ngadap ngan mak & adik..terpisat2 tenyeh mata...
Lapooooo...seharian tak jamah nasi..bangun2 terus ngadap...hahaha...pastu baru sedar lum cuci muka & gosok gigi..huhu..

Makan2...burrppp...kenyangnya..duduk2 kejap skali terlelap lagi...huhu...tak pasal2 terlepas solat sunat raya..kesudahannya yang p mesjid mak ayah & adik laki je...baju raya ntah ke mana..semuanya entah hape2...huhu

Aktiviti di petang raya adalahhhh...mari kita bersalai!..hehe..
Kami buat daging salai....baunya sungguh la harum semerbak!..jom jenguk2 pe resipi tu wt daging salai nih....sebelum tu kami perap dulu daging tu dalam rempah2 yang di blend...

Bahan2 nya adalah: ----> me tak reti masak, cuma berpandukan pada resipi jugak dengan tunjuk ajar dari my beloved mother!..

Bahan A (dikisar):

1) 20 ulas bawang merah
2) 10 ulas bawang putih
3) 15 tangkai serai
4) Halia
5) Buah keras
6) Kalau nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam ---> resepi sendiri...muahaha..

Bahan B:

1) 2 kg daging/ ayam
2) 100 g rempah sate (tapi me main letak je..tade penimbang nak timbang2 ni)..kalau nak rasa rempah, letak je la lebih..=)
3) Garam secukup rasa
4) Satu sudu gula

Cara2:

1) Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B. Perapkan daging/ ayam selama setengah jam ---> yang ni me perap selama 2 jam. Lagi lama lagi la rasa rempah2nye..nak perap semalaman pon boleh..=)
2) Bakar/ salai daging tadi hingga masak ---> nak tau dah masak ke belum korang pandai2 belah daging tu tengok dah masak ke bolum..hehe..
3) SIAP UNTUK DIMAKAN!..hehe

jangan lupa siapkan air asam/sambal kicap untuk di makan bersama daging salai tadi...

Sedap hingga menjilat jarii!!...haha..


malam dah penin2 lalat sebab makan daging manyak sangat...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA BLOGGERS!!...=)

Monday, November 15, 2010

~Tahap kebizian yang melambung2..tips untuk student praktikal~

2 comments
Waahaaa....ooppss..salam semua..=)

Kamu bizi ka?..me?...entah kenapa hari ni tahap kebizian sangat la menaik grafnya..
Walaupun begitu, blog masih sempat di jenguk dan dihapdate...hehe..rasa macam dah tak boleh tinggal lak blog kesayanganku ini..

Hari ni me train student praktikal sini cemana nk wt keje dlm lab..
Jangan sekali-kali main kejar2 dalam lab tau adik2..kang jatuh tersungkur sapa mau jawab?..
Haa..degil ni budak2 zaman skang ni..

Ni nak bagi tips skit kat student2 IPTA/IPTS yang nak buat practical kat mana2 kompeni..
Me bukanlah nak kondem ke ape dak2 praktikal ni..tapi nak bagi kamu kamu dan kamu bukak skit minda tu..

Okeh, untuk hari pertama slalunya kamu akan diberi taklimat mengenai perjalanan aktiviti syarikat..oleh itu, sila dengar dengan teliti sebab ini juga akan menjadi salah satu bahan untuk kami yang monitor kamu kamu dan kamu itu untuk memasukkan nya dalam evaluation form korang...jadi, silalah bersedia jika ditanya mengenai syarikat...ala2 mcm nak kena intvw la...
oh, lupa lak nak cakap...ni untuk kompeni private la..klau praktikal kt gomen sektor me tak tau la..

Yang ke-2 : PUNCTUALITY
Haaa....ni yang me geram sangat ngan student praktikal kat opis me nih...hang ingat ni kompeni bapak hang ka?..nak datang sesuka hati je lambat...sabaq2..cool...

Ni me nak bagitau kenapa selalunya student praktikal akan lambat ke tempat praktikal/keje..
1) Sebab kamu semua dah terbiasa datang lewat ke kuliah, maka kamu ingat tempat praktikal tu pon tempat kamu nak pegi kuliah...ini adalah salah!..
2) Sebab kamu ingat kamu hanyalah student practical jadi tak perlulah nak datang awal macam permanent staf pulak...ini jugak adalah pemkiran yang sangat sumpit...eh..sempit..
Ketepatan masa korang termasuk juga dalam kriteria yang akan dinilai...jadi, jangan main2 dengan masa...sesuka hati korang je nak datang lewat..
Mcm kt kompeni me nih, me dah bagi warning pon dak ni bleh selamber badak je datang lewat jugak....takpe...hang tunggu la nanti evaluation form tu mcmn yek...so, be careful!

ke-3: Jangan la jadi macam pahat dengan penukul..

Kenapa ek?..korang kan dah di assign project ape2 yang akan dibuat..so, gunakan masa selama 3 bulan ni untuk siapkan ape2 yang patut..masa itu adalah emas..masa ni la korang nak grab experience sebanyak yang mungkin...kalau tak tahu silalah bertanya..jangan la pulak bila disuruh baru nak buat..
bila tanya dah buat report ke belum result yang dapat tu?...
nak pulak dijawab macamni...'Ha?..macamana nak buat graf yea?..saya takde kertas graf la'..
Oit....hang ni blajaq ja tinggi2, zaman la ni mana da orang pakai kertas graf lagi dik oi..hang guna la excel tu...haaaa...hang tau guna excel dak?..kalau tak meh cini cek ajaq..

Yeaaa....itu la yang terjadi pagi tadi di ofis ini...
wahaa..adik2 sekalian, me tau mungkin bunyik nye agak kasar, tapi bila korang dah start buat praktikal bermakna korang akan berdepan dengan pelbagai masalah yang mungkin dihadapi, tak kira la ada kertas graf ke tidak...yang ingin me TEKANKAN disini adalah:
GUNAKAN MINDA ANDA UNTUK BERFIKIR APA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG ADA..hambik ko..capslock gitu..dan rasanya seorang student IPT tidak seharusnya mengeluarkan jawapan sebegitu rupa..communication skill anda juga akan dinilai...tau??

Buat praktikal ni nampak macam senang, tapi sebenarnya waktu ini korang akan berdepan dengan situasi sebenar alam pekerjaan..dan me tak nafikan bila kita belum habis blaja, mentaliti 'SAYA STUDENT LAGI, TAK PE..' ini harus dibuang..sebabnya selepas bergelar student, kamu juga akan memasuki alam pekerjaan...dannnn...pengalaman kamu buat praktikal jugak akan masuk dalam resume kamu...dan jangan ingat interviewer2 yang korang apply keje tu takkan tanya pasal praktikal kamu..sbb ini juga dikira pengalaman ye...=)

Ok lah....panjang giler entry ni me buat...hadoiiii...penat dah otak....
Jadi, untuk adik2 yang bakal buat praktikal di mana2 saja, me nasihatkan jangan sesekali memandang remeh perkara2 ini...sebab apa yang anda lakukan, semuanya akan dinilai... kemajuan kamu juga akan dinilai....bukan Nilai Negeri Sembilan yea....hehe...=)

Woohaa.....entry ini sangat serius!
mari kita pegi lunch!!

Sunday, November 14, 2010

~JOM BERKENALAN: KHAS BUAT BLOGGER BARU~

23 comments

Waahhaaa....seperti tajuk dan header entry ni....jom kita berkenalan....wuuhuuu...me segan sebenarnya nak wat entry ni..hihi...dah lama me usha nak join benda2 camni yang dianjurkan oleh pemilik blog BEN ASHAARI nih...kali ni baru la terasa keseganan itu haruslah dibuang...hehe..walaupun blog ini bukanlah baru sangat pon...tapi me nk join jugak!!..haha

Blogger2 sekalian, mekasih sudi menjadi kenalan me di alam maya...jangan segan2 untuk tinggalkan komen anda di sini jugak yek...hehe....bak kata orang, SHARING IS CARING....

Selamat berkenalan semua!!....akan me terjah blog kamu jugak....=)

p/s: jom join semua!!


Saturday, November 13, 2010

~Dapat hadiah cokelat..hehe~

0 comments

H0h0...rasanya dah lama me tak dapat hadiah daripada sape2 pon...kesian kan...huhu
hadiah hari jadi pon takdak...ish2...kesiannn...

Okeh....hari ni me dapat hadiah....hari ni ada talk lagi dekat sekolah...fuhhh...penat seh nak bagi talk..(padahal bukan me pon yg jadi speaker..hehe)

Dan sunggoh tak disangka, kitorang dapat pewesen...iyeee....tiga2 dapat lak tuh..nasib la bos balik awal, so tak dapek la yo...
haha...kedengki tul ngan bos yg dh jadi millionaire tu...lebih dari ni la die mampu beli..huhu..

Balik umah...blogwalking sampai terlupa dapat hadiah, pas solat Zuhur baru teringat..
Goncang2..bunyik..pe benda ni ek..takkan pensil box lak..
Kotak sama besar ngan souvenir yang dapat dari Pusat Zakat ritu je...takkan bagi set yang sama kut..
Goncang2 lagik...arrgghh...bukak je lah nak tau ape isi..haha..mengong tak..huhu..blurr kejap memula nak tau ape isi..haha

B4 bukak ges lagik...cokelat kut...tapi takkan skolah bg cokelat lak..huhu


Taraaaa.....botul upanya tekaan den....depa bagi cokelatttt....
Yea...lama dah orang tak bagi hadiah cokelat nih...kesiannn...



First time dapat cokelat dolu ialah dr x-bf...woohaaa...satu balang ko die bagi..sampai rasa nak termuntah makan cokelat cadbury choclair tu...huhu...sedapp hingga menjilat jari...

Adoii...cemana nak abiskan cokelat ni ek..satu kotak lak tuh...me pon dah kureng skit cokelat2 ni skang...bukanlah bermakna ai diyet..tpi disebabkan kemuakan memakan cokelat itu..yang ni pon bolum raso lai..ntah sodap ntah idak..jom rasa sesama!!!...haha..

Tata..=)

~Sila jangan pandang kereta saya macam tu~

6 comments
Minggu ni asik outstation ke Tampin..
Hari pertama ke Tampin sangat la sangkut dalam jem..
Sebabnya ada lori bawa kayu terbalik melintang lorong kanan dan tengah..
Bukan setakat terbalik, tapi terbakar skali..
Pemandunya, wallahualam hidup ataupun sebaliknya..
Setengah jam baru lepas dari situ..
Hujan renyai2 melambatkan perjalanan..
Eh...pe kaitan tajuk entry ngan jem lak ni..huhu..

Ni nak habaq ni..
Semalam on the way dari Tampin ke Seremban, me singgah la kat R&R Pedas-Linggi tu sebab nak isi minyak..kang tak pasal2 de yang kena tolak kete kalau tak isi..
Pagi semalam mmg la hujan dari malam tak henti2..
Yea...sape yang de kete mestitau kan..bila melalui highway dengan disertai hujan..
Nak pulak kalau hujan lebat..
Apa akan jadi murid2?....haaaa..mentang2 asik gi skolah je mggu ni, dh jadi nada nk ngaja student lak ek..huhu

Akibatnye..........kereta itu akan menjadi teramatlah kotor sehingga meninggalkan jejak dot dot dot..titik titik titik...
korang paham ke tak ni?....haih...buat2 paham la yea..
Dan waktu isi minyak nih, de customer lain tengah isi minyak jugak...
Ditenungnya kereta Myvi ku macam nak tembus pintu tuh...
Huhu...sila jangan tenung kesan2 kotoran yang ada itu seolah2 dengan tenungan itu akan mnyebabkan kotoran itu hilang...
Yea..saya tau saya gegirl...jangan ingat me tak gi cuci kete okeh...kete ini baru 2 hari lepas cuci..
Dan ini lah akibatnya bila hari hujan dan selalu buat perjalanan di highway..

Tapiiii...ada satu perkara pelik di sini..kut2 la korang tau apa akibatnya kan..
Tiap2 kali me lalu highway PLUS menuju ke arah selatan di waktu hujan...lepas tu mesti ada jejak/kesan kotoran berbentuk dot dot kat kete...dekat bahagian pintu lak tu...apasal ek????...
nak kata masuk lopak, kt highway jalan smooth je...mana de lopak air..

Pelik2.....sentiasa berpk pasal ini...

Friday, November 12, 2010

~Suara itu sangat kurindui~

0 comments
Pagi yang hening...
Disertai hujan renyai2...
Tatkala jasad memasuki kereta..
kedengaran..telefon berbunyi..ring..ring..ring..
ku angkat kutanya siapa..

"Cik da!"....disertai dengan ketawa kecil..
Oh si kecit ini rupanya..
Dengan suara yang ala2 baru bangun tdo..
Asik la duk nanya...
"Cik da kat mana tu?'..alahai dak kecit kesayanganku...
nanti raya kita jumpa yea..

Si kecit ngan papanya sudah pulang ke kg terlebih dahulu..
mamanya menyusul kemudian...
Wuaaaa...syok tuuu...cuti lama bebbbb....

Dan 10 minit yang lepas, si kecit tepon lagi...
Asik nak dengar sore makcik dia jer...haha..
Merdu agaknya..
Tepon sekadar cakap...'Cik da!...cik da!'..

Last skali ' Babai cik da, babai cik da, babai cik da'..
Selagi me tak letak phone tu la die akan ckp ' Babai cik da'.

End of converstion sbb me letak phone..huhu


~Morning!!~

2 comments
Salam semua!!
Selamat pagi!
Good morning!

Awal tul entry ni me tulih...
Orang lain duk sebuk2 siap2 nak p keje ke skolah, me?..
Boleh lagi ngadap lappy cumil ni...sementara tunggu ayaq masak..

Awat pg benor nih...
Sebabnya semalam tak boleh tido..
Setiap sejam asik la jaga...
Asik terjaga tapi bukan nak wt solat tahajjud ke..solat tobat ke..
Ermmmm...
dan sikalang me rasa malas amat nak pegi keje..
hatta kejap lagi me kena outstation ke Tampin..eleh bukan jauh sgt pun,
setengah jam je pon dari seremban..

Tengok tuuu!!!..mandi pon bolum!..
apo nak jadi eh..

Ok la..tata ..

Thursday, November 11, 2010

~Apo kono eh jang~

6 comments


( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai

( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...

( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih

( P: )
Apo kono eh jang...

p/s: Dongar, jangan tak dongar eh jang...huhu

perkataan yang tak difahami:

1) boting
2) jelobak
3) ombung..

lain2 wt2 paham yo la jang...hehe

Wednesday, November 10, 2010

~Naluri~

0 comments
Naluri itu kurniaan dari-NYA..
Naluri itu sentiasa ada..
Ada dekat..
Hanya memerlukan kepercayaan..

Naluri itu membuatkn rasa tidak enak..
Berada dalam keadaan gusar..
Tidak aman & tenteram..
Dan kegelisahan...

Menafikan bermakna tidak mahu percaya..
Namun, pengalaman lepas
menjadikan rasa itu semakin kuat untuk mempercayai..
Mungkin akan ada musibah yang akan berlaku..
Entah..

Sukar sekali ingin membuang..
Naluri yang kerap datang..
tanpa diundang..

Bukan itu yang ku mahu..
Hanya keredhaan dari-MU yang ku pinta..

~Back to school~

2 comments
Hujung tahun orang go back from school, tapi me?..BACK TO SCHOOL..

Yea...itulah yang berlaku...
Ape?..jadi cikgu?..idak ler..ha?..amik spm balik?..eh, itu pun tidak walaupun result spm hanyalah sipi2 je lulus semua...huhu..
Dah 9 tahun tinggalkan sekolah, hari ni masuk skolah balik..

Oh, hari ni me sangat excited sebab masuk sekolah...haha..
(kalau student skolah dengar mesti dorang ckp pelik nih)..
Yea!..me sangat excited tengok student yang pakai uniform skolah..
Tengok prefect yang jaga kat kantin masa rehat..
Tengok student yang buat bising dalam kelas...
Sangat excited ok!!..
Rasa cam nak back to school betul2..haha...mengong..

Hari ni bermulalah perang antara 3 buah sekolah di Tampin..
Kenapa di Tampin?...
Sebab tiga2 skolah tu terletak di Tampin..
Ok, sebenarnya satu je kt Tampin, tapi lagi 2 kat Pulau Sebang..
sebelah2 jer...so, kira Tampin jugak la tu..

Perang ape lak ni?...
Perang untuk selamatkan bumi kita..h0h0...bukan guna ultraman yea..
Supaya lebih nyaman dan bersih...yazzaaaa...(sila sebut ikut gaya jimie trek selebriti)..

Ok...sebenarnya entry ni hanyalah untuk menyatakan keseronokan berada di skolah jer..
Terimbau zaman2 nakal masa kat skolah dulu2...(sedar diri dah semakin tuuu...aaa)..=)

Tuesday, November 9, 2010

~Saya tak suka stress~

0 comments
Ini adalah perkara yang paling me tak gemar..
Bila stress, mood pun akan jadi stress..
Bila mood pun stress mula la muncung panjang sedepa..
Bila dah muncung je mulalah malas nak bertegur sapa..
Bila malas nak bertegur sapa mulalah ada orang bisik2..
Bila orang dah mula bisik2 maknanya dia dah ngumpat kita..
Bila dah ngumpat tu mula lah nak bergosip..
Bila dah bergosip mulalah jadi wartawan tak terlatih..
Bila dah jadi wartawan tak terlatih maka banyak la berita yang di sunting..
Bila berita dah disunting akan keluar la macam2 versi berita itu..


Arrgggghhhh!!!..stressss...
keje untuk 3 orang tapi sorang yang kena buat!..
Huh!

Monday, November 8, 2010

~Kesengalan~

2 comments
Skang hampir kul 10.00 am...

Dan me ada presentation pukui 11.00am..

Adei...cmne leh lupa nih...

Tgkkkk!!!!...bukan nak prepare..lagi mau hapdate belog nih...

Slide dah ada...cuma tak tengok je lagi..

Sengal!

Saturday, November 6, 2010

~Refuse~

2 comments
Refuse?..
Fuse?..
Re?..
Bergabung! ===> REFUSE!

Mengarut je mukadimah...
Tapi betul jugak bila gabung ( re + fuse = refuse )..Heehe..

Kenape refuse ek?..tade benda lain ke?..
Memang takde sbb tu je yang ada..

Sejak kebelakangan ni..asyik belakang je..
Bila nak kedepan nih...huhu..

Ok, balik pada tajuk entry ni..kenapa refuse?..me pun taktau..

Sebabnya?....kan dah cakap tak tau tadi...ish.

Contoh2 nya:

I'm hungry but i refuse to eat ----> mungkin sebab ni sudah ramai yang tegur me semakin kurus..mungkin betul sebab jeans yang feveret pun dah semakin longgar...

I'm stuck in traffic jam, but i refuse to move out ---> dah nama pun traffic jam, mana de jalan nak kuar, mengong!..

I know what is wrong and what is the right things, but i refuse to fix it ----> ini degil namanya, orang dah bagi nasihat tp still tak mo dengar...

I know that i'm getting older, but i refuse to grow up ---> ok, ini pun tak sedar diri nama nya..muahaha...actually, ni salah satu blog yang me follow..silalah klik utk blogwalking ye...jgn marah yea tuan punya blog..entry ini tiada kaitan dengan kamu pun...=)

I'm tired but i refuse to get rest ---> ingat hang tu iron woman ke?

I used to believe my friends but now i refuse to believe anyone surround me ---> kenapa ek?..sebab tak ramai yang menghargainya..

I used to share my problem with my so called friend but now i refuse to share it --->lama2 akan jadi macam Gunung Merapi kat Yogjakarta, need to explode before it become worse...

I used to be ignorant but now i refuse to be ignorant ---> i'm just ordinary person without any x-factor that can make me being superior to anythings happened.

I used to cry when bad things happened but now i refuse to cry ---> no more heart feeling maybe..hoho..

I used to be talkative but now i refuse and just be silent ---> why?..i don't even know..independent maybe..but this is not good for my healthy..ada kaitan ke dgn kesihatan?..=D


Ok, tu antara perkara2 yang berlaku dalam diri me..refuse with so many things...not good right?..please do not follow those refuse things in your daily life...pesanan dari penaja..=)

Semoga kalian semua tidak keliru dengan apa jua situasi..

Adios

~Bersyukurlah kita di Malaysia~

1 comments
Sangat tragis bila baca berita pasal letusan Gunung Merapi di Yogjakarta..
Syukur la kat Malaysia tiada bencana alam seumpama itu..

Kat bawah ni de petikan berita daripada Utusan Malaysia..baca la yea..

Letusan paling dahsyat sejak 1930




YOGYAKARTA 5 Nov. - Gunung Merapi meletus lagi malam tadi, letusan paling dahsyat sejak ia mula meletus pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 77 orang lagi maut.

Letusan kali ini bukan sahaja menyebabkan korban yang lebih besar tetapi ramai mangsa yang maut, mati dalam keadaan tragis, selain turut menyebabkan banyak rumah hangus, kampung lenyap ditimbus lahar dan debu panas, beribu-ribu penduduk hilang rumah kediaman dan terpaksa dipindahkan serta banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Letusan kali ini menghamburkan debu dan awan panas setinggi 8,000 meter serta sejauh 28 kilometer dan memuntahkan lahar serta lumpur bara dan batu-batu yang mengalir menuruni gunung itu menyapu apa sahaja yang merintanginya sepanjang malam tadi sehingga pagi ini mencetuskan keadaan panik dan kelam kabut.

Ramai penduduk yang tinggal di kawasan sekitar gunung itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam keadaan gelap malam serta awan pekat menuju ke jalan-jalan raya untuk mencari perlindungan.

Dengan angka terbaru itu, jumlah korban Gunung Merapi sejak ia mula meletus 26 Oktober lalu, sehari selepas kejadian tsunami di Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat akibat gempa bumi, kini meningkat kepada 113 orang.

Jumlah mereka yang telah dipindahkan kini lebih 100,000 orang, dengan 30,000 ditempatkan di stadium sukan kira-kira 25 kilometer dari gunung itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sutjipto di Yogyakarta ditutup berikutan diselubungi debu panas setinggi 2,914 meter yang berbahaya kepada pesawat.

"Berdasarkan letusan hari ini, letupan yang dicetuskan oleh Gunung Merapi kali ini lebih dahsyat daripada letusan pada 1930,'' kata pakar gunung berapi, Subandrio.

Pada 1930, kira-kira 1,300 orang maut apabila gunung itu meletus yang dianggap paling besar sejak 1872.

Zon berbahaya telah diperluaskan dari 15 kilometer hingga 20 kilometer sekitar gunung itu dan mereka yang tinggal dalam radius itu telah diarah berpindah segera, katanya.

Menteri Pengangkutan Indonesia telah mengarahkan juruterbang supaya menjauhkan pesawat mereka kira-kira 12 kilometer dari debu panas gunung berapi itu dan beberapa penerbangan menghubungkan Jawa Tengah dengan Singapura dan Malaysia minggu ini telah dibatalkan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengumumkan penghantaran satu briged tentera bagi membantu kerja-kerja menyelamat di wilayah Jawa Tengah ekoran tragedi itu. - UTUSAN

Wednesday, November 3, 2010

~Lambaian tanganku disalah ertikan~

4 comments
Cewah...tajuk tak boleh blah..

Ok..ni nak cite..me and housemate baru balik dari makan..
Hari ni pekena car kue tiau udang besaq2..
Duk ralit kupas kulit udang tetiba..toing..
Mata otomatik pandang kiri kanan..
Tengok muke housemate..dah tersengih2..
Malu..malu..malu...hahahaha
Udang tu idup balik daaa...
hahhaha..;P...
tak pe..tak de org perasan...teruskan makan..hehe

Sesudah makan, ambik balik udang yang idup tadi letak lam pinggan..
Minum milo ais kaw2...sedapppp...tp manis skit..
ok, itu bukan sedap namanya kalau manis okey..

Dah abis makan me pun melilau la carik abg tukang kira nih..
Pastu nampak dorang duk lepak2 kat meja depan..
Me pun lambai la kt dorang nak suh kira..
Skali abang tu gi lambai balik..
Me tengok je la..awat abg ni tak mau datang sini nih..
Pastu bila cakap kira!..baru la dia tergelak2..
Me and housemate ape lagi, duk tergelak la kitorang..

Hahahah..'abang ni igt kita nak ngorat dia agaknya' ujar housemate ku..
'No wonder la dia lambai balik tangan tadi' me membalas...

Serentak kami ketawa tanpa henti..haha..perasan!.
Sehinggakan abang tadi suruh kawan dia yang lain untuk kira...
Terdengar dia duk cakap, 'Tak mo la, tengok tu dorang duk gelakkan aku tak abis2'..

Hahahaha...lawak2....=))

~Muncul lagi~

4 comments
Saat ini,
Petang yang redup,
Matahari kian beransur untuk melabuhkan tirainya,
Malam pula bakal menjelma,
Petang yang hening dengan tiada kicauan unggas,

Dari jauh,
Terlihat bayang-bayang samar,
Kabur, tidak jelas,
Semakin lama semakin menjelma di hadapan,
Tanpa teragak-agak untuk mengelak,
Lalu, pintu itu kau bolosi,

Pelik..
Kenapa bisa kau tembusi tanpa membuka pintu itu terlebih dahulu?
Atau bermimpikah aku di siang hari?
Bermimpikan seorang yang luar biasa,
Yang belum pernah dilihat dengan mata kasar,
Yang barangkali hanya sekali seumur hidup,
Kau terus menghilang di balik pintu yang bercahaya itu.

Cahayanya bisa buat mata berpinar,
Pedih,
Silau,
Kabur,
Yang terlihat hanyalah cahaya,
Yang sangat indah.


p/s: mata saat ini teramat mengantuk..makan nasi goreng hijrah sampai perut jadi x selesa..halia terlalu banyak, badan pun berangin jer..ok...tatau nape letak tajuk n3 ni muncul lagi..huhu

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template