Thursday, November 18, 2010

~Semoga masih diberi peluang itu~

Mata melihat,

Mulut berbicara,

Hati berdetik mengkhabarkan berita,


Hidup ini hanyalah sementara,

Walau diberi kehebatan setinggi manapun,

Tetap akan kecundang,

Bilamana bisikan itu datang menghasut,

Anak adam yang senipis bawang keimanannya,

Terbuai, terleka, terawang-awangan,

Dek kerana terlalu mengikut nafsu,

Yang bisa merosakkan keimanan yang ada,

Hamba-MU ini insan yang lemah,

Selemah iman di dada,

Yang butuhkan bantuan dari-MU,

Agar dikembalikan ke jalan yang KAU redhai,

Jalan yang menuju kebenaran,

Yang bisa membahagiakan kehidupan di sana,

Yang kekal selamanya,

Semoga masih diberi peluang itu,

Untuk bersama orang2 yang mukmin......

0 comments:

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template