Salam semua..
Jalan-jalan petang2 macam ni, terjumpa pula satu artikel menarik tentang ADAM & HAWA.
Lupa lak jumpa kat mana sebab copy kat word lupa lak letak link dari mana..jangan marah yea tuan punya artikel..Jom baca sesama..kalau nak bagi komen amatlah dialu-alukan..=)
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan daripada tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibbu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyanyang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W., "Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya". Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmatanya, itu beerti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf darinya. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yng dia benci untuk orang yang dia sayang.
Amacam?...bawa makna untuk korang tak?
Me?...suke ayat yang last tu.."Wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang dia sayang".....me rasa ramai wanita yang setuju dengan ayat ni kan?
Be Particular with your salat
12 years ago
0 comments:
Post a Comment