Wednesday, December 1, 2010

~Ikhlas itu penting jika mahu berubah~

credit to mr. google

Kebelakangan ini, masa terluang saya banyak saya habiskan dengan membaca sesuatu yang boleh mengisi kerohanian saya. Terlalu nipis ilmu saya sehingga menyebabkan saya alpa dengan apa yang saya ada. Mungkin niat untuk berubah menyebabkan saya mengambil tindakan sebegini. Saya ada blog, tapi kebanyakan entry saya hanyalah berkisar mengenai diri saya. Mungkin dimasa hadapan saya akan masukkan entry yang lebih bermanfaat untuk kita semua.

Ada satu artikel yang saya baca, antara petikan ayat yang dinyatakan ialah “Ikhlas itu penting jika mahu berubah”---> ayat ini telah diubahsuai mengikut pemahaman saya. Bermula dengan niat, kemudian berubah dengan perlahan-lahan. Katanya lagi,”tidak ada manusia yang boleh berubah sekelip mata, dan jika ada berkemungkinan besar dia akan berubah menjadi jahat dengan sekelip mata juga. Jika niat yang terbit dari hati itu benar2 ikhlas, insyaAllah niat itu akan diperkenankan olehNYA. Namun, jika kita sekadar berniat tapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh, kemungkinan niat hanya tinggal niat.

Hidup ini adalah untuk mencari redha Allah. Saya bukanlah sempurna untuk berbicara tentang agama. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Sebelum terlambat eloklah saya perbaiki apa saja kekurangan saya terhadap agama saya. Saya juga ingin mendapat keredhaan NYA sepanjang bergelar makhluk di muka bumi ini. Semoga hidayah-NYA sentiasa ada untuk saya menikmati segala yang indah di sana. Amin.

p/s: entry ini tiada kaitan dengan yang hidup dan akan hidup di bumi ini..


2 comments:

Anonymous said...

Hei blog yang sangat bagus! Man .. Indah .. Amazing .. Saya akan bookmark blog anda dan mengambil feed juga ....

Eda Latiff said...

tq bagi sokongan...sila lah letak url anda..mudah utk sy jejak anda kembali...=)

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template