Sunday, January 16, 2011

~Perkataan baru yang dipelajari~

Salam semua..selamat berhujung minggu..

Semalam sedikit kendur kerisauan di hati setelah mendengar jawapan daripada pihak insurans berkaitan tuntutan saman yang difailkan...harap2 semuanya berlalu dengan tenang dan tiada isu lain yang berbangkit...

So, mari kita blaja serba sedikit istilah guaman yang digunakan..setelah dapat surat daripada lawyer ni, macam2 istilah yang tidak difahami..jadi kena la selidik serba sedikit untuk tahu lebih lanjut..jom lihat antara istilah2 yang digunakan...istilah2 ini saya rujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP..

Gambar hiasan dari google image..


1) Plaintif ---->pihak yang mendakwa (dalam kes sivil yang dibawa ke mahkamah).

2) Defendan ---> orang @ pihak yang didakwa @ dituntut dalam mahkamah undang-undang.

3) Memorandum ---> 1. catatan @ peringatan utk masa yg akan datang. 2. laporan dan lain2 mengenai sesuatu yang telah disetujui tetapi belum lagi ditandatangani atau disahkan.

3) Pengindorsan ---> tak dapat dipastikan, tapi ianya seperti pernyataan untuk apa saja tuntutan la..correct me if i'm wrong..=)

4) Peguamcara ---> peguam yg menyediakan dokumen undang-undang spt wasiat, jualan tanah atau bangunan, menasihati klien tentang perkara-perkara perundangan dan bercakap bagi pihak mereka di mahkamah rendah.

5) Peguambela ---> peguam yg membela kliennya dlm mahkamah undang-undang.

6) Doktrin ---> prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima.

7) Res ipsa loquitor ---> perkataan Latin which means, states that the elements of duty of care and breach can be sometimes inferred from the very nature of the accident, even without direct evidence of how any defendant behaved...fahamkan...maknanya tanpa bukti pun plaintif can claim from the defendant walau macam mana berhemah pon defendan tu..

8) Gantirugi ---> Pampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta.

9) Taksiran ---> anggaran atau nilaian..

Ok, itu la sedikit sebanyak perkataan2 yang banyak digunakan dalam istilah guaman...banyak lagi..tapi antara yang kerap diulang adalah perkataan2 seperi di atas..=)

Sekian pelajaran kita untuk hari ini...;-)

4 comments:

Mat Ganu said...

baru tahu...hehehe

Eda said...

sama2 la blaja perkataan baru..

kadang2 dah lama dengar cuma tak tahu makna jer..=)

LiErOSe~QiEmi said...

baik cikgu eda, saya dah tau sekarang..hihihi

Eda said...

hehe..

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template