Friday, January 28, 2011

~Tips kesihatan mental...bahagian 1~

Salam semua..

Pagi-pagi ni nak kongsi tips ngan korang semua...tak pernah letak tips apa pon sebelum ni dalam blog, so jom kita kongsi yea...

Tips kesihatan mental?..kenapa ek..kebelakangan ni minda saya teruk diuji dengan pelbagai perkara yang mendatang...jadi, untuk mengelakkan berlaku perkara yg tidak diingini saya banyakkan membaca dan mendekatkan diri dengan-NYA..

Gambar hiasan dari google..


So, antara tips yang saya baca banyak sebenarnya yang saya praktikkan...antaranya:

Langkah-langkah untuk mengatasi:
1) Amalkan cara hidup sihat
- Makan makanan seimbang
- Mengekalkan berat badan --->x menjdi pada saya sbb berat makin susut
- Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
- Cukup tidur dan rehat

2) Berpandukan kenyataan
- Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda
- Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai
- Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah

3) Berfikir dengan positif
- Mengamalkan bercakap positif pada diri sendir seperti
"Saya akan, saya boleh, saya akan cuba, saya juara, saya disayangi, dsb"

- Buat keputusan secara bijak:
-> Ketahui fakta-fakta yang berkaitan
-> Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan
-> Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan

4) Cari kawan
- Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama
- Menghormati pandangan mereka dan bersabar

5) Dengar suara hati anda
- Suara hati/ perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda

-Suara hati anda akan memberitahu anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti
-> Mencari teman bila kesunyian
-> Menangis bila sedih
-> Menyanyi dan tersenyum bila gembira

-Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan. Antara beberapa perasaan yang kuat dialami sesekali seumur hidup:
-> Keseorangan
-> Disayangi
-> Ketakutan
-> Kesedihan
-> Tiada upaya
-> Malu

- Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan anda.


Ok, takat tu dulu untuk bahagian pertama ni...next time kita sambung untuk bahagian seterusnya pulak..

Sharing is caring....=)...

p/s: Tips ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.

8 comments:

NasQ said...

SHARING IS CARING...
CARING IS ..........????

atuk said...

Assalamualaikum Eda

tif yg bagus
tahniah
terima kasih

Wassalam

Eda Latiff said...

Nasriq: pikir sendir boleh tak SHARING IS...?

Eda Latiff said...

Rozali: Waalaikumussalam..

terima kasih...sekadar berkongsi dengan raka2 blogger yg lain..=)

norh said...

tengah berusaha utk yg no 3 tu..he he

Eda Latiff said...

norh: chaiyok3!!...=)

sama2 la kita beruasaha utk no.3 tu ye..

Lina said...

satu info yg menarik...boleh lar diamalkan

Eda Latiff said...

Lina: sila2..jangan malu jgn segan..=)

Kamu semua akan dijejaki..=)

 

~~**sTorY oF mE**~~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template