Assalamualaikum semua..=)
Dah part 3 pon cite pasal Mabul ni ek..ok la..saya rasa eloklah saya akhiri episod ni kat sini yea..kang ada pulak yang menyampah baca cite pasal vacation je ek..huhu
11 Mac 2011 & 12 Mac 2011..
Pagi Jumaat, lokasi snorkeling yang kedua adalah di Kapalai..sangat cantik tempatnya...ikan2 juga lebih banyak berbanding di Lobster Wall..laut sedikit bergelora ketika kami sedang menjalankan aktiviti snorkeling di sini..masa tu, kami semua belum mengetahui tragedi gempa bumi dan tsunami yang dialami oleh Jepun..ramai antara kami yang muntah ketika snorkeling di sini..keadaan laut yang bergelora menyebabkan mereka pening..memang pening jugak la bila laut agak bergelora..tapi Alhamdulillah, saya tak muntah..
W/pn laut sedikit bergelora, keindahan dasar laut di sini sangat mengasyikkan..coral nya lagi cantik..ikan2 juga lebih banyak..selain tempat snorkeling yang agak luas..namun, selepas beberapa ketika, saya tak mampu lagi nak mengharung keadaan laut yang sebegitu..agak letih bila terpaksa menggunakan tenaga yang lebih bila berada dalam laut yang bergelora..layan gambar yang cantik ni yea...sumber dari -->
kamp izz beckerKapalai...buatan manusia..pemandangan yang marvelous..=)
Bersedia dengan kelengkapan sebelum memulakan aktiviti
Seronok...asyikkkk..;-)
Snorkeling sampai muntah..hehe
Lokasi ketiga snorkeling adalah..entah, saya pon tak pasti nama dia..haha..tapi berhampiran dengan Sipadan Water Village Resort..kat sini pon ikan2 banyak..dan coral juga berbagai..sangat syokkkk...
Sebelum ke lokasi ketiga, kami dikejutkan dengan berita tentang tsunami yang melanda Jepun..ramai ahli keluarga yang menelefon bertanyakan berita..waktu tu, kami search dekat internet pasal international tsunami warning..dan memang sebelum tu dah ada 2 siri gempa bumi & tsunami berlaku, namu tidak sekuat yang berlaku di Jepun, dan amaran tu juga dikeluarkan di kawasan Bali dan Filipina..bayangkan...kami berada di tengah2..memang sangat cuak..tapi, kami diamkan sebab nak pegi snorkeling lagi..huhuTempat ketiga ni takde gambar lak..sebab yang bw camera pun belum upload pics lagi..=)..Snorkeling di sini sangat best...namun, keadaan laut yang bergelora menyebabkan kami semua cepat letih..kuak2 duk tempat yang sama juga..rakan2 lain tarik pun, sekejap je bergerak..pastu kena tolak balik dengan air laut yang bergelora tu..dan perasaan agak cuak jugak pada waktu itu sebelum saya mengalah untuk naik ke bot..sebab dah tak berdaya nak menguak menghampiri bot yang berada ~10 m dari kami..Akhirnya, misi menyelamat mangsa yang letih..haha..keletihan sebab tak mampu nak ke bot dilakukan dengan jayanya..hehe..memang penat..Balik dari snorkeling, lepas bersihkan diri, kami bersiar2 di sekitar kawasan kampung lagi..untuk menghilangkan rasa gusar di hati..walaupun terdapat amaran dari kerajaan supaya tidak menghampiri kawasan pantai, apa yang dapat kami lakukan?..Pulau Mabul hanya lah seperti biji sawi jika dilihat dalam peta...apa2 yang jadi, memang kami tiada tempat untuk menyelamatkan diri..Pam air..sumber air bersih penduduk di sini Posing di Sipadan Water Village.. Antara gerai cenderahati yang terdapat di sini On the way back to our resort..masing2 jalan laju sebab hari dah nak gelap, padahal baru pukul 6 lebih..
Malam hari kejadian gempabumi & tsunami di Jepun, kami semua berada dalam keadaan gelisah..makan malam terasa seperti menelan pasir..amat payah untuk ditelan..masing2 berada dekat dengan laptop..melihat news dari BBC..memang kami semua redho jika apa2 berlaku..
bak kata seorang rakan, "minum kopi terasa seperti kopi terakhir aku"..
memang sangat gusar..nak tidur apatah lagi setelah kerajaan beri amaran supaya berjaga2 sehingga jam 11 malam..dengan keadaan cuaca yang hujan lebat tiba2 menambahkan lagi kegusaran di hati..Menunggu tsunami..huhu
Akhirnya, pada jam 11 malam, kerajaan menarik balik amaran berjaga2...selepas itu baru lah masing2 lega dan mampu tersenyum..Syukur la lokasi percutian kami terlepas daripada bencana alam sebegitu..Selepas kami melayan mat2 dan minah2 salleh yang minta request nyanyi lagu besday kat kwn dorang, aktivit memancing diteruskan bagi rakan lelaki la..saya stay kejap je sebab mata dah terlampau mengantuk..Besday boy..berbaju biru sedang menyanyikan lagu dalam bahasa France.
Mancing2 dapat belut...geli tengok bila belut ni berbelit2 kat tali pancing..huhu
Usaha menaggalkan mata kail pada belut..
Akhirnya dorang dapat ikan..hehe Hari terakhir berada di Mabul, terlewat bangun disebabkan tidur lewat..mana taknye..w/pn amaran dah ditarik balik, sape yang tak risau kan kalau apa2 jadi disebalik tu...pagi tu, kami dikunjungi peraih untuk menjual hasil tangkapan mereka..ikan, ketam, lobster, pari, udang..macam2 dijual..dan murah2...sangat murahhhhh..dan kami beli ketam ~16 ekor dimasak pedas, ikan kerapu besar sekor untuk dibakar, ikan pari 5 ekor juga untuk dibakar..kesemuanya berharga RM80...murah gilerrrrrrr..huhuKetam yang super delicious..byk isi lak tu..dapnyeeeee Pari @RM2 seekor Hasil tangkapan..konon2 nye la..haha
Lobster tu ada satu je, kalau banyak mmg dah beli tu..huhu Jadi, itu lah menu lunch kami pada hari terakhir di Pulau Mabul..akhirnya, tiba masa kami semua berpisah untuk memulakan rutin harian seperti sedia kala..Walaupun kebanyakan antara kami baru je kenal antara satu sama lain, namun keakraban yang ditunjukkan seolah2 kami semua dah lama kenal..sangat2 best..memula agak kekok..tp lama kelamaan persaan tu hilang..and this is the best vaction and peoples I'd ever met with..=)..mungkin icebreaking yang diadakan pada malam hari pertama kami di sini menyebabkan kami terasa seperti dah lama kenal..The moment..
ScubaJeffSipadan..panjang umur ketemu lagi kita..=)
Steady je kemudi bot..
Onthe way back to Semporna, keadaan laut yang bergelora menyebabkan hati saya dan yang lain2 sedikit gusar..dengan hujan lebat yang melanda..masing2 dalam keadaan tidak tenang..baju memang basah kuyup..dalam hati tak putus2 berdoa supaya perjalanan kami lancar dan tiada masalah yang menimpa..Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan hampir 2 jam menaiki bot, kami tiba di tanah besar Semporna dengan selamat dan terus ka Tawau..
Menunggu flight delay The best among the best..
Antara yang terlibat..=)
Kepada rakan2 yang terlibat dalam trip ni especially Linda, Sarah, Shima, Alya, Adli, Lina, MNasir, Nasir, Rina, Tika, Kamp, Hairi, Mad, Ai, Keri, Nadia & Faisal, korang memang the best..semoga talian persahabatan yang kalian hulurkan tidak berakhir setakat itu saja..TQ all..will miss this moment with all of u!!..=)
~THE END~
p/s: more pictures @
Linda