Assalamualaikum semua..
Tatkala melihat jam di desktop laptop ni, me tersenyum..tersenyum kerana leka membaca blog2 yang boleh mengisi kerohanian me..sudah lewat rupanya..
Lantas terfikir sejenak..banyak sungguh yang sudah ditinggalkan..terasa diri ini begitu hina di sisi-NYA..mampukah me harungi perjalanan ini untuk mendapat keredhaan-NYA?..
Terasa begitu berat dosa yang dipikul..hanya keampunan daripada-NYA yang ku pohon..amalanku senipis iman di hati..mengharapkan agar tidak lagi goyah menentang arus dunia yang penuh dengan pancaroba..
Ke mana saja me pergi sekarang ni..hanya satu yang me ingat...iaitu..Kematian..
Tak kira sama ada ketika memandu, di tempat kerja mahupun sedang berjalan-jalan di shopping complex..me begitu takut dengan perkataan itu..
Tatkala perkataan itu muncul, hati terus mengucapkan astaghfirullahalazim...tatkala itu juga semua kesalahan yang pernah dilakukan akan muncul di minda..
Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan...namun, haruslah kita ingat bahawa jika ajal sudah tiba, tidak akan terlewat sedikitpun walaupun sesaat...
P/s: ingatan sesama kita..
Be Particular with your salat
12 years ago
0 comments:
Post a Comment